Pages

Saturday, April 4, 2015

Review Bersalin di Hospital Serdang

Dah lama gila nak buat review pasal Hospital Serdang ni tapi tak sempat je.. Anak dah nak setahun baru berjaya buat. Huhu

Memang pada asalnya Hospital Serdang or any government hospital bukan pilihan utama (As in previous entries). Sebabnya, takut dengan pelbagai cerita tak best pasal hospital kerajaan ni. Tapi memandangkan kite boleh dikatakan ada masalah (gdm), and takut kang tak pasal-pasal kopak duit bayar bil hospital sampai 10ribu, finally pujuk jugak hati untuk pergi ke hospital kerajaan je.. 

But Alhamdulillah, pengalaman kite bersalin dekat Hospital Serdang merupakan pengalaman yang menarik, jauh daripada cerita-cerita tak best yang ditakutkan tu. Let me share my experiences :

Proses pendaftaran 

Due to GDM, serah diri on due date eventhough takde sebarang tanda nak beranak pun. So masa proses pendaftaran tu dalam keadaan tenang je. Orang pun takde masa kami mendaftar. Bak kata hubs, tak ramai orang nak beranak hari Sabtu agaknya.. Heh.

Masa pendaftaran, kite bagi buku pink bagitau yang kite diarah serah diri due to gdm. So staf kaunter refer buku pink tu and mintak bukti nikah. Kami tunjukkan kad nikah pintar kami and dia key-in data yang patut.. Sementara tu dia bagi 1 pamphlet untuk kami sambil-sambil baca..




Dah sudah, staf mintak kite sign 2 borang. Borang pertama yang kite faham pasal procedure ward (tempoh maksimum kite kena tunggu untuk masuk wad kalau wad penuh) and borang kedua untuk pengesahan kebenaran kite nak suami temankan masa dalam bilik bersalin. Hanya suami yang sah sahaja dibenarkan ok.. Kalau tak suami, ibu kandung. Antara dua ni je yang boleh.

Dah setel semua, kite kena tunggu kejap sampai nurse panggil masuk. And the rest of the story afterwards bole baca dekat sini sebab sekarang ni nak cerita pasal proses mendaftar je.

Ward

Kite dapat merasa dua kelas ward : First class and third class. 

Since kite kena serah diri and without gl, nak bayar sendiri, so masa daftar tu, kite tak boleh nak pilih wad. Wad hanya boleh dipilih kalau kite dah nak masuk labour room (dah nak terberanak tu baru boleh demand ward). Ada sebabnya kenapa dorang buat macam ni. So automatically malam pertama tu kite tidurlah dekat ward kelas tiga..

Ward kelas tiga/third class

Satu wad yang besar, ada few compartments, dalam satu compartment pulak ada few katil. In my compartment ada 7 katil, termasuk katil tambahan.

Seluruh wad ni air cond actually tapi kalau dekat area compartment ada kipas siling, air cond tak rasa sangat. Ada jugak disediakan kipas kaki untuk katil yang jauh sikit dari kipas. Tapi memandangkan malam tu kite dapat katil yang dekat dengan kaunter nurse, so merasa la jugak air cond sipi-sipi..

Walaupun dalam satu compartment ada few katil, tapi setiap katil ada : locker, meja tepi, meja makan sendiri and curtain/tirai untuk privacy (of course), bakul sampah, kerusi pelawat and plug. Plug sendiri so senang je nak charge hp unlimited. 

Dari segi keselesaan tidur and berehat tu memang takde masalah. Cumanya kalau dah tidur dalam compartment yang tujuh katil (2 katil kosong, termasuk katil sebelah), dengan ada 2 newborn babies, pulak tu sorang mak tu bersalin c-zer, so u have to expect yang suara baby menangis malam. Tapi kite ni walaupun penat, kalau baby tak menangis pun memang tidur tak nyenyak. Yelah dengan first time dalam hidup tidur wad, dah tu nervous nak tunggu apa jadi hari esok, macam manalah nak tidur lena..

Toilet and shower, memadai dengan jumlah patient dalam wad. Even dekat compartment ada toilet sendiri cuma setakat ada 1 sinki, 1 toilet and 1 shower, probably cukupla untuk 7 patient dalam compartment tu. Ada jugak toilet and shower lain yang lebih besar dalam wad ni and I preferred to have my business in that one sebab lagi dekat dengan katil, takyah lalu-lalang katil orang lain. Kebersihan toilet, pagi-pagi memang akan ada pekerja bersihkan tapi faham-faham jelah kalau dah ramai daripada pelbagai jenis manusia yang pakai, susah nak maintain cleanliness tu.. But takdelah sampai tahap geli nak guna, masih ok.

Tv ada dekat ruang menonton.. So siapa-siapa nak tengok tv, boleh la pergi situ. Luas, bersih, selesa. Cuma takdelah boleh tonton sesuka hati sampai tengah malam macam dekat rumah sendiri. Dari pukul 8am-10pm sahaja ya. Still, it's not a big deal since pesakit bukannya heran sangat nak tengok tv kalau dah tengah malam kan.. Lagilah zaman sekarang orang tak lepas dari screen smartphone. So tv not a main attraction.

Dalam ward besar ni selain ward third class, ada jugak bilik-bilik untuk ward second class, which lagi selesa, satu bilik 4 katil. Then ada bilik rawatan, pantry and bilik-bilik lain yang not in my concern huhu. Dekat bilik rawatan ni lah patient akan diberikan rawatan/pemeriksaan yang lebih privacy. For example, kalau patient nak diinduce, or pasang belon macam kite, or even masa ketuban pecah, kite terus dibawa ke bilik rawatan tu untuk pemeriksaan doktor.

Overall, wad third class dekat sini memang selesa berbanding wad third class hospital lain yang kite pernah pergi melawat. Mungkin sebab hospital ni boleh dikatakan masih baru.

Wad kelas pertama/first class

First class ada 2 jenis. 1 single bed per room. 1 lagi double bed per room.

As told earlier, pesakit hanya boleh request untuk masuk first class ward bila dah nak masuk labour room. Kalau orang yang memang dah sakit dari rumah, masa daftar tu dah boleh request nak wad kelas berapa. Requested ward ni pun depends on availability. Ada rezeki, dapatlah. Sebab of course pihak hospital akan beri priority dekat pesakit yang ada gl. Tapi inshaAllah, high potential untuk dapat sebab masa time kite tu pun banyak je wad-wad first class (double bed) yang kosong..

**Update : Kite dimaklumkan (tapi dari sumber yang bukan dari pihak hospital sendiri) yang ada kuota wad first class untuk yang menggunakan GL dan juga yang bayar sendiri (kuota asing). Dan kebiasaannya kuota wad first class guna GL sentiasa penuh berbanding untuk yang bayar sendiri. Jadi peluang untuk dapat wad first class bagi mereka yang nak bayar sendiri lebih tinggi berbanding guna GL. (Atau dalam bahasa kasarnya, dorang lagi suka dapat cash money compared to claim. Wallahuallam..)

In our situation, kite dah masuk labour room dari ward. Masa dalam labor room tu kite bagitahu nurse nak request ward after deliver. So nurse tolong cek-kan availability and minta hubs pergi uruskan bayaran deposit RM800 dekat kaunter pembayaran. Actually kite request single bed tapi yang ada kosong hanya first class yang double bed. Takpelah, asalkan first class, sebab yang paling penting ada orang boleh teman kite tidur wad.

Dah nama pun first class, so memang tip-top. Sama macam wad dekat private hospital dari segi ruang legar and dalam bilik sendiri. Yang beza, dalam bilik takde tv je. Tapi still ada ruang menonton disediakan.

Kebersihan, yang ni memang terbaik. Private hospital pun kalah. Setiap hari akan ada cleaner cuci tandas+shower and vacuum bilik. Tiap hari ok. Kalau yang kutip sampah tu jangan kata. Ntah berapa kali sehari dia datang kite pun tak sure. Memang tak sempatlah sampah nak duduk lama-lama dalam bakul sampah tu. Huhu.

Oh ya, walaupun kite dapat double bed, tapi kite sorang je dalam ward tu. Satu katil lagi kosong. So selesa lah ibu and hubs temankan. (Malam pertama ibu temankan, malam kedua hubs temankan). Selesa dari segi privacy. Sebab diorang tak guna pun katil sebelah. Tidur dekat kerusi sebelah katil kite.

Rasional kena stay dalam ward third class (sebelum deliver)
Nurse dalam ward third class lagi mudah untuk dipanggil/nurse lagi mudah nak pantau pesakit. Sebab dia berada dekat tengah-tengah compartment ('Easy access'). Doktor pun ada sekali. Kalau ward first class, kite dalam bilik. Nurse pulak dekat kaunter belah luar. So a bit payah kalau nurse nak sentiasa pantau.

This is our territory heheh. Ni 2nd day after labor so semangat lah sikit, boleh buat peace dah. Masa first day, terlepek apa pun tak larat nak buat haha
Takde gambar full room pulak. Tapi cuba bayang the room twice of this part. Selesa..
Pakaian

For both ward, baju pink tu akan diberi tukar sehari dua kali (pagi and petang). Tapi patient boleh je nak tukar bila-bila nak/tak selesa dah. Kalau dekat ward third class, ada satu bahagian tu memang disediakan banyak je pakaian pink baru and satu bilik untuk letak yang kotor. So boleh je nak ambil/hantar baju sendiri kalau jenis malas nak mintak-mintak nurse. But in first class, rasanya lagi senang mintak nurse kut? Sebab nak terayau-rayau cari dekat mana tu yang macam payah. Dah lah sunyi. Huhu

Makanan

Selalu orang kata makanan dekat hospital tak menyelerakan. Kite tak pasti apa yang menyebabkan diorang kata tak sedap sebab sepanjang kite stay ward, makanan ok je.. Takdelah teruk sangat. Siap ada dapat makan nasi lemak lagi (I balun sampai licin youu) so tu tak ok ke? Ok, memang ada lauk yang kite tak sentuh sangat. Ikan. Sebab kite memang kurang gemar makan ikan.So rasanya tak boleh lah nak cakap makanan hospital tak sedap kut, cuma tak kena dengan tekak sendiri. Lagilah orang sakit, tekak lain macam.

Makanan yang diserve depends on our diet. Ada tulis siap-siap dekat nota penghantar makanan and dekat kepala katil kite. Tapi rasanya diorang takdelah strict sangat (berbanding kat rumah haha) sebabnya, makanan lepas bersalin pun standard je. Serve ayam, telur jugak. Kalau kat rumah yang betul-betul strict, dapat ke merasa? Huhuhu.

Antara menu. Actually capture setiap menu tapi hp hilang, sekali dengan gambar-gambar. Huk. Setakat sekeping ni jelah yang ada. Tu pun korek hp hubs.

Kalau orang kata air tak sedap, itu ya! Selain air masak, kite dapat sepeket susu tepung and sepeket milo untuk bancuh sendiri. Milo ke? Dia bukan milo tapi konon-konon milo. Tak sedap!!! Memang tak minumlah kan.. Nasib baiklah memang ada bawak milo 3in1 sendiri, selain mintak hubs bawakkan jus buah (masa sebelum beranak)

Untuk air minuman (plain water), akan diberi satu jug setiap katil setiap pagi. Tapi kalau tak cukup, boleh ambil sendiri dekat satu ruang yang memang dah disediakan. Untuk air panas, juga disediakan, cuma ada jadual akan ditop-up (dalam ward third class). So, kalau time nak ambil air panas tu dah takde, memang kena tunggu next punya lah. Kalau di ward first class, request je dekat nurse nak plain water/hot water anytime.. Ohye, termos kena bawak sendiri yer, tak provided..

Nurse/Doktor

Nurse dekat dua-dua jenis ward peramah dan sopan, tak sombong. Bukan saja pada patient, malah pada visitor (ibu in my situation). Mungkin sebab semuanya muda-muda kut? And dah rezeki kite tak jumpa nurse yang menakutkan.

Kalau kata doktor pelatih akan ronda pagi-pagi lepas tu buat perkara seolah-olah pesakit ni bahan kajian, tak pulak kite dalam situasi macam tu. Memang ada a group doktor buat rondaan pagi, tapi bukanlah in a large group. Setakat 5-6 orang je kut. Itu pun setakat tanya keadaan kite secara general, and the rest diorang akan tengok laporan sendiri. Tak ada sebarang sentuhan fizikal pun.

Nurse/doktor/midwife (tak sure apa lagi spesifik panggilan) dalam labour room pun sama. Takde langsung jumpa nurse yang kekwat or kasar, walaupun ada yang dah senior. Dorang sabar je melayan kite yang kesakitan dengan bahasa yang sopan. For example, kite nak ward first class single bed tapi takde kosong. Tapi kite cakap dekat nurse kalau tiba-tiba ada kosong, kite nak jugak. Dengan sopannya, nurse tu siap cakap jangan risaukan pasal ward, yang penting u selamat, baby selamat. Dah lah chinese. Sentap sekejap mak haha. Banyaklah jugak dorang bagi kata-kata yang menginsafkan dan semangat, especially time nak push.

Kalau banyak baca orang kata seluk tu menakutkan, Alhamdulillah, sepanjang kite kena seluk menyeluk daripada dalam PAC, dalam bilik rawatan dekat ward and dalam labour room, semua doktor buat ok, takde rasa sakit or mengerikan seperti yang digambarkan hehe. And dorang pun takdelah main 'terjah' terus. Dorang akan bagitahu dulu and suruh relaks..

Jangan kata time seluk, time nak gunting (epi) pun mid wife akan cakap yang dia nak buat epi sikit. Pendek kata, dalam apa jua perkara yang dorang nak buat, dorang akan cakap dengan baik.

Masa bersalin, kite dapat doktor lelaki. Dekat dalam bilik rawatan yang masa cek time ketuban pecah pun, doktor lelaki. But don't worry, akan ada nurse/doktor perempuan yang akan duduk dekat sebelah doktor tu, tak akan tinggalkan kite berdua walaupun sekejap. For example, masa tengah proses jahit menjahit, kita haus sangat mintak air dekat nurse. Tapi masa tu takde nurse lain dalam labour room tu so dia kata "sekejap ye puan.. saya tak boleh tinggalkan doktor. Nanti dah selesai, saya bagi puan air untuk minum" Walaupun ada hubs disisi time tu.

Well, macamana pun, dorang pun orang biasa so apa yang penting, kita as patient kena well behave, bersopan, hormat dorang yang menjalankan tugas, so takde sebab untuk dorang kerek ye tak. Kalau kita sebaliknya, kira u deserved it lah huhu.

Labour room

Bilik yang sangat selesa, untuk seorang.

Masa ditolak masuk, kite tak perasan keadaan sekeliling sebab menahan sakit contraction. Bila nak ke ward lepas bersalin pulak, dah kepenatan so tak sempatlah kan nak belek detail. Tapi yang pasti, 1 bilik, 1 katil. Bilik berdinding ya, bukan kain, So takkan dengar orang dari bilik sebelah. Semua kelengkapan lengkap dalam bilik tu, dengan ada pc untuk key-in report. And memang ada jam dinding betul-betul melekat depan katil. Senang nak track masa hihu.

Dalam labour room keadaan tenang je.. Takde bunyi bising apa pun including any machine. So kalau nak sendiri meraung kesakitan tu, dengar jelas lah. Tapi kite tak buat ye.. Meraung tak, membebel ada. :p. 

Not sure kite boleh request ke apa, tak sempat nak tanya nurse sebab dah kepenatan. While tunggu nurse dekat ruang luar labour room untuk urusan masuk wad, kite ada terdengar satu bilik tu dipasang dengan ayat-ayat mengaji. Kalau betullah boleh request, tak kiralah bawak mp3 sendiri ke, alangkah bagusnya.. Menyesal pulak taknak tanya nurse before discharged. **Updated : Boleh refer dekat comment mengenai perkara ni*

Security

Tak pasti dekat setiap ward prosedur yang sama atau tak. Sempat stay sekejap je dalam ward third class, less than 24 hours so tak sempat nak observe. Ni base pada pengalaman di first class ward.

Security boleh dikatakan ketat. Few times a day seorang guard (during my time, Indian lady) akan jenguk ward untuk tengok pelawat. Pagi, setiap sebelum masa melawat dah nak habis dan lewat malam. Pagi and lewat malam tu untuk pastikan peneman yang dibenarkan sahaja ada dengan patient. Untuk hari pertama memang takde masalah sebab ibu yang temankan. Untuk malam kedua hubs yang temankan, biar ibu balik berehat. Itu pun sebab hubs tanya nurse and nurse kata boleh je memandangkan katil satu lagi kosong, so takde masalah.

Tapi yang jadi masalah, mak guard pulak yang tak senang duduk. Walaupun hubs dah kata nurse ok je. (But still hubs yang temankan malamtu). The next day, pagi-pagi mak guard dah jenguk mintak hubs balik (politely) sebab takut nanti ada patient masuk katil sebelah. Kami iya kan aje..

Then, nurse and doktor datang untuk morning check and bagitahu kami kena tunggu paed confirmkan report pasal baby dah ok pastu boleh discharge. Lega hati.. So bila lagi sekali mak guard datang (untuk pastikan hubs dah balik ke belum), hubs bagitahu yang kami dah nak discharge, so tunggu terus untuk discharge *Punya degil*.. Walaupun dia macam tak rela je nak biarkan, tapi dia tak boleh nak kata apa lah. Huhu.

Itu masa dalam ward. Masa nak keluar ward pun kena double check mommy and baby. Sekali masa before nak turun lift. Lagi sekali masa dekat bawah. Here's few things kena remark :

1) Kena ada surat dari hospital yang maklumkan kite dah dibenarkan pulang and dah settlekan bab pembayaran (dalam kes kami, kami yang kena ambil baki duit deposit RM800)

2). Ibu yang kena pegang bayi. Tak boleh orang lain walaupun mak sendiri. Memang itu prosedur. 

3) Mak guard akan check tag dekat tangan ibu sama tak dengan tag dekat kaki baby. Untuk pastikan yang baby tu betul-betul kita punya. Masa time kite, silapnya pakaikan baby seluar yang terus stokin. So payah sikit sebab nak kena bukak bedung baby, bukak seluar baby untuk tunjukkan tag tu. Pastu nak kena pakaikan balik dalam keadaan duduk dekat wheelchair, memang payah. Sudahnya, baby main balut-balut gitu je, tak bedung kemas-kemas. Dah lah masa discharge yang ambil mak mertua. So tak reti nak mintak untuk tolong huhu. Next time kena ingat pasal ni : Pastikan masa nak discharge tu pakaikan baby seluar and booties asing, bedung instant.

p/s : During my time, hanya dekat atas je kena check ketiga-tiga (atas) ni. Masa dekat bawah mak guard hanya tengok surat dan tag tangan ibu sahaja.

Lain-lain
1) Baby akan dimandikan oleh nurse. Kite just siapkan towel and pakaian yang bersih untuk nurse pakaikan nanti. Kalau ada toiletteries, siapkan sekali, Silapnya kite tak bawak toiletteries so maybe baby dimandikan dengan air je..

2) Banyak version mengenai item baby yang perlu disediakan and diberi pada nurse masa before masuk labour room (untuk dipakaikan baby). Rasanya it depends on hospital. Kite pun ada sediakan satu paper bag kecil khas untuk serahkan pada nurse (dah pesan dekat hubs untuk serahkan pada nurse masa nak masuk labor room). Tapi apa yang nurse minta cuma sekeping pampers sahaja.. The rest hospital punya.. Tapi kalau takde pampes pun tak apa (if terlupa) sebab rasanya nurse akan pakaikan pampes dorang/ ambil daripada beg free yang kita dapat  (point (3)).

Shazrie Iman fresh from the oven. Macamnilah rupa nya. Swaddle milik hospital.

3) Dapat satu beg free ada few merchandise which semua kelengkapan baby (in trial pack). Bagus jugak menda alah ni. Sudocream sampai sekarang ada lagi (2nd tub)

 

4) Hospital Serdang memang canggih sebab everything (medical report) terus key in dalam laptop/pc. Nurse setiap kali datang untuk check, akan usung laptop. Canggih tak canggih la kan. Even dalam labor room pun ada pc, so that any condition or treatment akan diupdate terus dalam system. This thing sangat berguna since one of hubs cousin is a nurse so she just refer to the medical update that she can access about my condition and bagitahu dekat family in law. Furthermore, dekat visitor's waiting hall ada monitor to show any updates : dalam labor room/dah bersalin/etc but unfortunately during my time that system down.

5) Masa nak discharge, boleh ambil wheelchair dekat bawah. Tapi, tu pun tak semestinya dapat. Bergantung pada ada. Kalau takde, kesian gak lah kan nak berjalan slow-slow. Alhamdulillah kite dapat merasa duduk wheelchair haha.

6) Cakap pasal discharge, once doktor dah bagitahu dah boleh discharge but have to wait for paed to re-confirm about baby's condition (in our situation), kena tanya/remind banyak kali dekat nurse. Otherwise, dorang boleh terlupa especially bagi yang dah nak balik syif (tukar syif). Sebab during my time, sepatutnya dah boleh balik awal, tapi kami dok tunggu paed yang katanya nak datang tapi tak datang. Nurse yang syif pagi pulak tu  sebelum habis syif lupa nak bagitahu yang paed tak dapat datang tapi dah endorse baby's report. Sudahnya, daripada boleh balik tengahari, petang baru kami discharge. Menyesal tak pergi tanya nurse. Ceh.

7) Bil. Hubs only paid RM576.00 for total  ; labor and 4 days 3 nights stay (1 night in third class ward and the rest in first class ward. Jauh lagi murah berbanding hospital swasta. Not being cheapskate, tapi kalau service and keselesaan as good as private hospital but we can pay cheaper, siapa tak nak kan? Dekat swasta most normal package yang katanya murah but still ribu-ribu pun biasanya 4 bedded, standard 2nd class je kalau dekat hospital kerajaan. (Big thanks to kerajaan Malaysia untuk subsidi. *poyo*)

Detail medical bill

As the conclusion, Alhamdulillah, dipermudahkan segalanya dari mula daftar sampailah melangkah keluar hospital. Pengalaman bersalin anak sulung di Hospital Serdang merupakan satu pengalaman yang menarik and manis bagi kite. Tak de yang buat rasa serik. Kalau orang tanya nak beranak lagi dekat hospital sama for next baby, Why not, kan?

Well, my perspective has been change. Hospital kerajaan taklah seperti yang dikatakan.

Boleh juga baca sedikit sebanyak servis di Hospital Serdang, especially semasa dalam labour room di Pengalaman Bersalin Part 1, Part 2, Part 3, and Part 4.

This is based on my experience/point of view. Mungkin ada yang berubah selari dengan masa (almost a year) tapi rasanya kalau ada perubahan pun, mestilah ke arah yang lebih baik..


p/s : Mencari nursing cover? Kite ada jual, RM33 sahaja! Siap dapat free gift worth RM10+ lagi.. Yok usha my projek suka-suka... :)


42 comments:

  1. Salam puan.. nak respon sikit dengan review puan.. First of all, thank you so much.. Review yang membuatkan saya ada rasa bangga sekejap (hahaha). . Berkenaan dengan mp3 mengaji, sebenarnya dalam setiap bilik tu ada mp3 tersebut dalam pc. Incase kalau kita tengok macam patient restless, kita akan pasang, atau dengan permintaan. Tetapi, kadang kadang, shortcut untuk mp3 tu boleh hilang dari desktop.. So, nurse yang veteran ni, susah sikit nak cari.. N.. the only one Chinese nurse dekat LR, sekarang da naik pangkat jadi sister kami.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Puan salah sorang staf di LR Hospital Serdang ye.. Tahniah untuk servis yang tiptop dan buat saya tak takut dengan hospital kerajaan lagi :). Pasal mp3 tu, ok noted. Tu lah, rasa ralat sangat tak tanya dengan any staff masa tu. Terima kasih untuk info ni.. Nanti saya akan update dlm entry saya, untuk rujukan saya sendiri dan reader yang lain. Dan, yang pasti saya mesti akan jadi penambah patient di LR HS kalau nak beranak lagi :).

      Delete
  2. sy yana nk tny maksud subsidi kerajaan tu orang yang kerje government ke? klu org yg kerje swasta harga dia mcm mana yea?blh x bg tau..nk ambik pengalaman ni.tak lama lagi nk bersalin.heheheh maaf klu ada terkasar bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf respon lambat.. Saya rasa semua Malaysian layak dpt subsidi kerajaan tu. Sebab saya tidak bekerja (postgrad student masa tu) dan suami pula bekerja sendiri, dan kami pun dapat subsidi tu.. Semoga semua urusan kelahiran puan dipermudahkan. Good luck! :)

      Delete
  3. Maaf , nak tanya sikit . Masa bersalin kite tak payah bawa plastik sendiri kan untuk letak uri? Dan alas katil pun provide kan ? Soalan ni pelik sangat sebab ade kawan kawan kate dorang kena bawa plastik n alas sendiri. Saya pun dah mula pelik ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut pengalaman sy di Hosp Serdang, tak perlu bawa sebab memang dah disediakan..

      Delete
  4. nak Tanya la...mcm mane proses nk bersalin untk yg 1st class ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy rasa sy dah terangkan dalam review atas ni atau dalam links pengalaman sy.. Sekiranya puan masih belum jumpa jawapan untuk soalan puan, boleh puan detailkan pada sy apa yg puan nak tahu?

      Delete
  5. bestnyaaaa kakk ceritaa pasal serdang hosp! rasa macam nak beranak situu. sebab husband pon keje gomen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki saya utk merasa pengalaman manis masa bersalin dkt Hosp Serdang. Mudah2an awk dan juga org lain dpt merasa yg sama/lebih baik drpd saya.. :)

      Delete
    2. in sha Allah. sis doakan saya ya. due 11/7.

      Delete
  6. Salam puan .. Sy pom berminat nak bersalin dgn gov hospital .. Ingat nak amil yg first class mcm ni .. Skrg just serve tgok2 dekat goggle je tentang harga tu .. Tapi kenapa yg awk punya murah ye ? Yg sy ada tgok bersalin normal Rm300 .. Tapi tak tahu la tu 300 untuk satu mlm ke atau mcm mana ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm kalau ikut kefahaman sy, RM300 tu caj kalau kita bersalin normal dan lepastu kita masuk wad first class. Kira itu untuk caj bersalin, bukan caj wad. So dikira 1kali sahaja. Untuk caj wad pulak, baru dikenakan per night dan caj yg dikenakan pada sy, sama macam dekat portal Hosp Serdang (kalau dalam bil sy, puan tengok 'Kadar Dicaj/Bil Unit'

      Utk detail, sy sertakan link portal Hosp Serdang :
      1) Caj wad (http://hserdang.moh.gov.my/index.php/ms/warga-awam/caj-bayaran/caj-wad)
      2) Caj bersalin (http://hserdang.moh.gov.my/index.php/ms/warga-awam/caj-bayaran/caj-bersalin)

      Sekiranya kefahaman sy ni salah dari fakta yg sebenar, sy minta maaf ye...

      Delete
  7. aslmkm puan....due saya insyaallah pada 12/7 ni tapi apa yang masih merungsingkan saya nak bersalin kt hospital mana?gomen atau private? sy checkup monthly kpmc kajang xpernah prgi buat buku merah dkt kk?agk2 hospital serdang boleh terima ke...saya xnk brsalin di hosp gomen kajang wlupun dkt dgn rumah...takot nti dia halau kenapa tak pergi hosp kajang dkt dgn rumah saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Ni pendpt sy ye..
      1) Private or gomen, bergantung pd puan. Tapi kalau dah buat check up dkt sesebuah tmpt tu, biasanya org akan pilih utk bersalin dkt tmpt yg sama sbb dah biasa dan doktor pun dah tau keadaan puan dari awal. So utk membantu, puan boleh cuba pertimbangkan dr segi :

      - Budget : Sy rasa puan xde mslh dr segi ni. Dan mengikut rate yg sy pernah survey utk KPMC, sy rasa package rate dia boleh dikatakan antara yg murah berbanding hosp private lain (utk normal delivery, and 4 bedded). Tp kalau nak dibandingkan hosp kerajaan yg first class (single or double bed), of course jauh beza, cuma xboleh nak jamin availability since tak boleh nak book dr awal.

      - Doktor : Dkt private, puan boleh pilih doktor (nak doktor perempuan muslim sahaja), tp dkt gomen sy rasa puan sedia maklum gomen tak boleh nak beri jaminan.

      - Epidural : Mengikut pembacaan sy dr kebanyakan review, kalau bersalin dkt private, epidural memang senang nak dpt (pantang nmpk kite mengerang lebih sikit je, mesti dorang akan sibuk offer utk epidural). Berbanding dgn gomen, ikut pengalaman sy, tiada langsung perkataan epidural disebut.

      - Paling utama, apa yg menyebabkan puan teragak-agak untuk bersalin dkt KPMC sedangkan puan memang buat monthly check up dkt situ. Puan je yg ada reasonnya.

      2) Tentang buku merah, sy rasa takde masalah untuk bersalin dkt hosp kerajaan walaupun takde buku merah. Cuma agak susah untuk pihak hospital refer keadaan puan sbb tiada rujukan monthly check up. Lebih-lebih lagi kalau puan ada risiko (diabetes/drh tinggi/lain2). Mungkin puan boleh minta salinan rekod check up puan dr KPMC (if possible) bagi memudahkan puan utk bersalin di tmpt lain selain KPMC?

      3) Tentang admission to Hosp Serdang, memandangkan puan org Kajang, memang sy rasa agak berisiko dan low chance utk puan dpt bersalin di Hosp Serdang sbb apa yg sy tahu, labour room Hosp Serdang sentiasa sesak. Jadi kebiasaanya bila LR full, patient mmg akan diminta pergi ke Hosp Kajang atau hosp gomen lain, walaupun patient tu dtg dari area Serdang sendiri. Tp semua tu bergantung pd rezeki masing2.. Mana tau time puan nak bersalin, ada LR kosong dan mmg rezeki utk puan bersalin dkt H Serdang, siapa tahu, kan? :).

      So kesimpulannya, nak bersalin dkt gomen, takde masalah pun cuma takde jaminan utk kita dpt apa yg kita idamkan/rancangkan. Berbanding kalau di private. Sesuailah dgn harga yg kita akan bayar. Harap membantu! And semoga semuanya dipermudahkan :)

      Delete
    2. terima kasih ats respon pn... actually mmg dr asal sy nak bersalin di kpmc ats dasar pgalamn n review yg memuaskn, lg satu sy terpaksa checkup monthly di private sbb suami hnye available time weekend n mlm, so dia suggestkn prgi private.... itu dlu mse sy still bekerja, tp skrg msalah budget tu yg buatkn sy n husband trpksa pkir untuk bersalin di gomen memandangkn sy telah berhenti kerja di saat ini... tkot slepas tu lg bnyk memerlukan duit.... btw kpmc for me mmg ok.... servis tiptop n berpatutan... tp bkn rzeki nk bersalin di situ...

      Delete
  8. Ya.. setuju sgt dgn review ni sis. Sy pun ade penglman yg ok sgt kt sana. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya masa tu. Plus doctor yg baik & nurse yg ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki masing-masing, kan.. Saya harap ada rezeki saya lagi untuk dipermudahkan kelahiran di Hosp Sedang Oktober ni..

      Delete
  9. Alhamdulillah, seronok baca pengalaman best bersalin kat hosp kerajaan. Saya sebenarnya takde pengalaman bersalin kat hosp kerajaan utk kelahiran anak2 sebelum ni. Bukan sebab apa, satu je.. sbb tak boleh pilih doktor perempuan untuk sambut baby... Kalau hosp serdang ni boleh request doktor perempuan ke tak ya? TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy rasa bergantung pada availability doktor ketika kita dalam labour room. So, kalau nak request pun, tak boleh nak jamin dpt ke tak..

      Delete
  10. Salam dear.. Hospital serdang ni time nak beranak boleh serah diri ker atau kene booking awal2 yer?? sbb sy skrg stay di Melaka tapi nak berpantang di Cheras.. so hospital paling dekat hospital serdang...

    ReplyDelete
  11. just nk share.
    sy pun pernah stay kt ward first class hospital serdang bile bersalin first daughter thn 2011 yg lps.

    tap utk 2nd daughter (mac 2015) sy experience situasi yg lain sgt drp thn 2011 dan dgn puan.
    pelik juga takde pulak yg bertnye utk stay wad kelas pertama walaupun mmg GL dh attached pd buku pink. dan pengalaman ditempatka. di wad transit sgt menyedihkan. biar panas, biar sempit, biar xde plug utk charge hp, tp yg sy frust tirai tidak disediakan utk ibu2 bersalin dptkan privacy esp. bile menyusukan baby mana taknye kalo dh suami/pelawat patient lain pun duduk skali time melawat, kite yg nk menyusu baby pun naik segan..tudung kne pakai 24hrs sbb xde tirai..

    tp tu la experience sy dan ibu2 yg lain yg merasa di wad transit. ikut rezeki masing2.

    semoga hospita serdang jadi pilihan terbaik utk ibu2 bersalin di masa akan dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa 2nd daughter tu, LR Hosp Serdang tengah dalam renovation ke? Sebab kwn sy bersalin 2014 hosp Serdang and 2015 bersalin di hosp Kajang sbb hosp Serdang refused due to tak cukup LR (dlm renovation). Mungkin sbb tu puan ditempatkan dalam keadaan tak selesa?

      Psl request wad kelas pertama, sy tak tahu pasal prosedur GL.. Tp dalam kes sy (tiada GL, bayar sendiri), sy mmg request ms baru masuk LR. Mungkin pihak hosp terlepas pandang/ ward first class full masa tu? Puan takde cuba bertanya dengan nurse ke? (Sy pun teringin nak tahu kenapa :) )

      Tulah, semuanya berbalik pd rezeki masing2. Sy pun nervous jugak untuk deliver bulan 10 ni. Harap-harap dpt pengalaman yg manis2 lagi. Nanti pape inshaAllah sy akan buat review jugak :)

      Delete
    2. mungkin la tgh renovate..sbb kawan sy pun bgtau skrg dh selesa sgt sbb dh setel renovate..
      anak 1st (2011) dulu takde tnye2, tros hantar ward 1st class..hehe..tp yg 2nd (2015) ni lain siap kne sign yg setuju diletakkan ward diluar kelayakan..dh sakit time tu, kite tak pikir ape..sign aje..hehehee..

      sy doakan awk dipermudahkan lah bersalin nnt..jgn lupe buat review yeh bersalin kt hosp serdang ni nnt.. ;)

      Delete
  12. Salam puan, tq for ur review including kos skali really helpful..sy nk tanyelah sekarang sy dh 6bln..monthly check up buat kat kk..jadinyer klo plan nk deliver kt hosp serdang kne register pape ke? Or at least kne dtg wat check up kt hosp serdang?..terima kasih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Tak perlu.. Just walk in bila dah sakit. Tapi bergantung jugak pada kekosongan labour room masa tu.

      Delete
  13. Yg jahit doktor laki atau perempuan ya..ok x jahitannya sbb kwn sy penah bersalin situ..katanya jahitan sngt xselesa

    ReplyDelete
  14. Yg jahit doktor laki atau perempuan ya..ok x jahitannya sbb kwn sy penah bersalin situ..katanya jahitan sngt xselesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor lelaki muda. Dan masih belum berkahwin (terdengar dia berbual dgn nurse/bidan sambil2 mereka buat kerja). Sy tak tengok sendiri jahitan/luka (sebab seram hehe) tapi suami kata ok, kemas. Even dah baik pun scar xberapa nampak

      Delete
  15. Nice sharing. Banyak info boleh dapat. Tengah berkira-kira kalau pregnant nak pergi Serdang / Putrajaya. Haha. Tq Shaziera untuk info pasal Hospital Serdang :)

    ReplyDelete
  16. Assalammualikum, salam sis :) saya sebenarnya saja google pengalam bersalin di Hospital Serdang. Anak pertama saya memang saya pon ada pengalaman yang menarik dekat Hospital Serdang nie.. masa tahun 2015 la. Skang anak nak masuk 2 tahun la Mac 2017. Saya tengah fikir samada nak bersalin HKL atau Hospital Serdang lagi untuk anak kedua nie. InsyaAllah due date June 2017. Masa bersalin anak pertama saya pon rezeki masa tu mmg bukan plan nak ke Hospital Serdang ke Putrajaya tapi pembukanan baru 2 cm, so ingat nak terus ke HKL. Skali tah cemana terlalu kat Hospital Serdang. Hehe...alhamdullilah cek cek buku pink saya dapat la daftar kat Hospital Serdang..masa tu memag takda ward FULL. So saya kata xpela janji saya di pantau sebab ketuban dah kurang masa tu. Overdue 4 hari. Then saya hanya duduk di waiting room selama sehari setengah sementara nak masuk labour room. Syukur hari kedua tu subuh baru saya bersalin tapi sebelum tu memang nurse2 sarankan saya amik 2nd class sebab itu saja yang available. Terkejut juga bila masuk ward 2nd class...terus terpadam segala pemikiran pasal orang selalu kata HOspital Kerajaan itu ini. Bagi Saya..saya mmg bpuas hati la...kalau ada rezeki memang nak bersalin lagi kat Hospital Serdang...heeee insyaAllah.. Thanks juga for your sharing ya!

    ReplyDelete
  17. Sis.. Labour room dan wad tingkat 1 ke? Klu drpd Petaling jaya nak bsalin kat hospt serdang boleh ye? Jd masa nak bsalin boleh terus dtg je ke hospt serdang lah ya? Sbb sini mmg xde hospt. Sy buat check up di kk PJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah lmbt reply. Lama xbukak blog *sigh*. By the way, labour room ground floor. Ward pulak tingkat 5.. Tapi kalau 1st class tingkat 8..

      Kalau dr PJ sy tak pasti lah. Sy rasa bergantung pd kekosongan labour room.. Kalau ada rezeki, LR kosong, dapatlah masuk HSerdang. Tp kalau takde rezeki, akan di suruh pergi ke HKajang/HKL.. Harap2 puan ada rezeki dan semuanya baik2 aje, dipermudahkan.. :)

      Delete
  18. pernah bersalin jugak deat hospital serdang 26hb 3 2016 ward pun mohon first class FPP dapat yg first class 4 bedded pm da slesa sbb satu org je dlam blik tu wlaupun ada 4 bedded.. lyan nurse mmg ok la sevis baik bagi..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih untuk review. Harap nasib saya pun baik mcm awk. Cuma nya nk tanya klau 1st class suami boleh tggu malam2 ke?

    ReplyDelete
  20. Saya 2x pengalaman bersalin di hospital serdang..even duduk dekat cheras nurse tya jgk xnk pergi kedai hukm ke.. Bkn ape takot ward xde.. Sy ckp xpe.. X Berani nk kemana2 da. .Hahaha.. Anak sulung 2012(dpt doctor laki) anak 2nd 2016(doctor perempuan),insyaallah skrg sy tgh tggu Hari utk bersalin anak no 3..kat hospital serdang jugak. .Xnk g mana2 da. .Hehhehe.even pengalaman Di ward kelas 3 xde la teruk mcm cite2 yg didengar..dlm labour room lepas je bersalin midwife terus bagi air Milo panas.. Perghhh lega tekak..doktor2/nurse smua ckp baik2. .Sy nk buang air besar dia x bagi turun..xpe. .Puan berak/kencing je.. Nnt kami cuci.. 😅..dorang xde la halau klo ward penuh ke.cuma bagi options. .Tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama mase menunggu selepas kite tandangan borang menunggu masa dftr tu.

      Delete
  21. Assalamualaikum puan..

    1- Berapa lama waktu menunggu utk masuk lr lepas kite tandangan borang menunggu di hospital serdang??

    2- suami boleh teman ke masuk lr?

    3- jd masa dftr tu, kite boleh terus mintak nak wad first class?

    ReplyDelete
  22. Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Puan Shaziera. Boleh saya contact puan?

    ReplyDelete
  24. Mashaallah bestnya baca bersalin dekat hospital serdang...rasa cam nak bersalin di situ jugak...saya baru 3 bulan ni kak hehe...

    ReplyDelete