Pages

Saturday, May 31, 2014

We Survived!

Sepanjang dalam tempoh berpantang, kite selalu dibantu orang lain (especially ibu) untuk uruskan Shazrie Iman. Kalau kena tinggal dekat rumah pun, untuk tempoh masa yang tak lama. But yesterday (30/5), first time kite kena tinggal berdua (actually bertiga dengan Kakde tapi pasal Kakde banyak buat hal sendiri)

So, bermula pukul 6 pagi, kite handle Shazrie Iman. Kite yang mandikan pagi (tak berapa pagi sangat sebab kami semua tidur, bangun lambat :p) dan petang. Walaupun a bit terkial, yela baru je belajar dengan ibu sekali, tu pun 2 days before, tapi my baby still bersih and wangi. Hehe. Lagipun Shazrie Iman memang tak pernah meragam time nak mandi. Mesti diam and macam enjoy bathing time :)

Alhamdulillah, Shazrie Iman macam tau-tau je yang nenek takde so dia tak meragam langsung! Kerja tidur je.. Bangun untuk susu then sambung balik tidur. Nak tidur pun mudah, tak payah nak berjoget, dukung and tepuk-tepuk sikit, terus tertidur..

 Finally, dekat pukul 12 tengah malam baru family sampai dari Johor Bahru.. Lucky us, survived for the whole day!

Friday, May 30, 2014

Pengalaman Berpantang

Kite bernasib baik sebab dapat merasa berpantang cara Jawa and Utara. Seminggu awal kite berpantang dekat Rawang. Ibu memang betul-betul jaga kite ikut macam mana dia berpantang dulu. Dengan berurut, jamu, berganggang, bertungku, semua cukup. Bengkung stokin pilis param tapel tak tinggal.. Memang tradisional betul huhu.

Mandi daun-daun herba
Ayah dan mak mertua ada bekalkan sebungkus daun-daun herba untuk kite masa kite nak balik Rawang. Ayah Pegawai Pertanian UPM so tau lah dia mana nak cari daun-daun tu. Kite pun ada beli bunjut mandian herba. So setiap pagi dan petang, ibu akan rebuskan daun-daun herba tu untuk kite mandi.

Berganggang
Kalau tak silap ada juga orang panggil bertangas. Lepas mandi, kite akan berganggang. Ibu dah siapkan bara api and kite kena berdiri (or mengangkang? Huhu) dekat bara api tu. Berdiri sambil selubung dalam kain. Pastu ibu tabur kemenyan arab nak bagi wangi and macam berasap sikit. Ni kira macam stim la so badan akan berpeluh-peluh. Tujuan untuk kecutkan peranakan. Kalau tak silap untuk bersihkan part vagina dari darah kotor pun boleh.

Berurut
Walaupun family baru setahun pindah Rawang, kite bermasib baik sebab ibu dapat carikan tukang urut sebab kebetulan anak jiran sebelah pun nak bersalin lebih kurang tarikh kite. Kite berurut dengan Makcik Rahimah, dengan caj RM60 per day. Memang puas hati sebab sedap, takdelah rasa sakit sangat. Lama pulak tu. Dia datang urut start pukul 9am, pukul 12 lebih baru setel. Kira berbaloi lah bayar RM60 tu. Orang nya pun ramah..

Sepatutnya kite urut 3hari, mula hari ke 3 (a day after discharge from hospital) tapi pasal sampai Rawang dari Serdang terlambat (belum campur nak mandi and makan dulu huhu) tukang urut refused nak urut. Tapi kite mintak urutkan bubi untuk produce susu (sini) and kena caj RM20 sahaja. So, kite mula berurut at day 4.

Bertungku
Besi yang panas dibalut dengan daun-daun dan kain tebal. Ibu akan panaskan tungku dekat atas dapur masak or 'dapur' ganggang. Yang ni buat pagi and petang or bila-bila free.

Jamu
Seminggu berpantang, kite tak makan jamu lagi, cuma minum air kunyit (wek). Sebab tak sanggup nak telan menda pelik-pelik banyak-banyak dalam satu masa haha. Then kite makan pil Sendayu Tinggi je dulu sebab balik berpantang dekat Serdang. Dah balik Rawang semula, kite mula minum jamu basah yang ibu bancuh, and makan jugak pil ST. Tapi baru 2 hari minum jamu basah, Shazrie Iman nampak macam susah nak berak. Kesiankan dia, ibu suruh stop dulu and just makan pil ST. Maybe dah abes pantang or pil ST dah abes baru minum balik jamu basah.

Sebagai orang yang tak suka minum or makan menda pelik-pelik, so hazab jugak lah nak telan air kunyit and jamu basah tu :p. Apa kite buat, time minum tu memang tutup hidung, telan laju-laju pastu cepat-cepat bilas dengan air masak and makan kismis or kurma untuk hilangkan rasa tak best dekat tekak. Huhu.

Pemakaian
Standard lah orang berpantang. Sebelum pakaikan bengkung ketat-ketat, ibu sapukan tapel dekat perut and param kat satu badan. Pastu pakai kain batik, berstokin and berselipar. Awal-awal pantang memang rajin. Bila dah tengah-tengah tu, mengelat jugak lah, since balik berpantang dekat Serdang sebab bersiap sendiri. Tapel and param dah ganti dengan krim pati halia and bedak sejuk. Hihi. Pilis and toncet tinggi pun dah tinggal after setengah jalan. Sungguh tak determine :(

Pemakanan
Ibu and mak memang particular bab makan. Kena makan semua yang panas-panas. Siap readykan serbuk lada hitam, ikan bilis sangai and ikan bilis + halia goreng. Lauk pun lauk standard orang berpantang.. Kite ok je bab makan ni, asalkan anak tak meragam. Macam pernah one night makan Kenny Rogers hubs tapau tak hengat donia bedal coleslaw, malamtu and the whole next day baby kembung! Kesiannyaa. Since that incident, tobat taknak makan sebarang.

Lain-lain
Ibu memang jaga, manjakan kite betul-betul. Kite tak boleh cuci pinggan, tak boleh buat kerja, semua ibu akan buatkan. Ibu suruh rehat je.. Sikit-sikit makan, tak bagi peluang langsung nak rasa lapar sikit. Nak minum pun main order je, tadaa ibu hantarkan. Huhu. Tapi kite yang degil. Lagi-lagi bila balik berpantang dekat rumah mak mertua, takkan nak demand. Kite buat lah sendiri. Siap cuci baju lagi. Tapi guna mesin lah.

 Berpantang dekat Serdang simple je.. Takde berganggang or mandi daun. Cuma bertungku je.. Sampai terbakar sarung tungku besi yang kite beli haha. 

Postnatal MGTT and First Depocon Injection

As a diabetic pregnant woman, selain kena hadap minum air gula masa mengandung, dah beranak pun kena hadap lagi sekali. Sebab untuk make sure kita still ada kencing manis eventho dah beranak ataupun tak (GDM mother ada risiko untuk terus ada diabetis walaupun selepas bersalin). 

So, pagi tadi kite pergi klinik sorang-sorang (first time drive sendiri after quite a long time kena pampered jadi mem haha) sebab dah tau kena stay dekat klinik lama (minimum 2 hours) untuk MGTT before and after. Kesian pulak kalau nak mintak sape-sape temankan nanti kena tunggu lama. So meaning that first time jugak tinggalkan Shazrie Iman dekat rumah dengan nenek.

By 7.40am dah sampai klinik. Orang belum ramai lagi maybe sebab awal sangat. Tak tunggu lama, dah kena panggil untuk ambil darah before (fasting) pastu minum air gula. As usual, time minum air gula tu, terkulat-kulat nak habiskan secawan. Urghh! Rasa nak muntah pun ada tapi tahan ajelah. Kang kalau termuntah, kena ulang balik. Mintak hampon huhu.

Sementara tunggu 2 jam untuk amik darah after, ada pulak ceramah breastfeeding dekat ruang menunggu. Bagusnya Klinik Kesihatan Rawang ni.. Dekat Klinik Kesihatan Serdang tak pernah pun ada ceramah-ceramah umum camni. Mungkin ada cuma kita tak jumpa tu tak taulah *bersangka baik*. Tapi sepanjang berbulan-bulan ulang-alik klinik sepanjang mengandung, takde pulak terjumpa. Kat sini, baru few times datang, jumpa pulak sesi ceramah ni.

Ceramah simple je. Siap ada demo lagi. So memang membantu first time mother or kalau tak first time pun, yang kurang amik port menda-menda ni boleh tambah ilmu dorang. Memandangkan kite dah bersalin (konon dah berpengalaman la walaupun setahun jagung haha) plus kite banyak membaca, so apa yang nurse cuba sampaikan semua kite dah tahu.. Ikutkan malas nak amik port tapi nurse rajin tanya-tanya soalan and 70% participants yang ada tak bagi respond, kite jadi tak sampai hati nak biarkan nurse tu sendiri tanya sendiri jawab huhu. So kite pun jawablah.. Bukan sekali, 3-4 kali jugak kite jawab soalan yang nurse tu tanya, sampaikan nurse maybe curious and tanya kite kite dah berapa anak. Tersipu-sipu malu kite nak jawab baru satu :p. (Sebab 30% participants yang bagi respond dekat nurse tu pregnant anak yang kedua ketiga or lebih).

Meanwhile, tunggu jugak turn kena panggil untuk bukak buku perancang keluarga tapi tak jugak kena panggil. Sampailah dah almost time untuk amik darah after, baru kena panggil untuk check blood pressure.. Dah check, tunggu kejap, number kena panggil untuk amik darah after. Right after setel je part MGTT, terus kena panggil untuk part perancang keluarga pulak.. Baik punya timing.

Since kite dikira menumpang je dekat Klinik Kesihatan Rawang ni, so rupa-rupanya tak perlu bukak buku perancang keluarga (macam-macam buku ceh). Nanti bukak kemudian dekat Klinik Kesihatan Serdang.

Lagi satu, kite ingatkan nurse nak tau je jenis perancang keluarga yang mana satu kite nak. Rupa-rupanya terus 'dikenakan tindakan'! Huhu. Since kite decided nak pilih injection, terus kena inject tang tu jugak ngupenyerr. Pasal tak bersedia dari segi mental, cuak jugaklah nak kena inject tadi.. Pulak tu bukan dekat lengan, kena inject dekat pinggul. Siap tanya nurse sakit tak before nak kena inject tu huhu. Nurse cakap sakit sikit je tapi nanti akan rasa sengal dekat tempat injection tu for few days..

Perancang keluarga - setel. Kena tunggu lagi 2 bulan baru ulang inject lagi sekali. Tapi kite tak sure nak ulang ke tak. Kalau semua ok, rasanya malas lah nak bergantung dekat ubat. Nak stick dekat plan asal, nak plan sendiri je *degil*. Haha.

By 10.40am dah sampai rumah, Shazrie Iman tengah tidur.. Memang sepanjang dekat klinik message ibu tanya khabar anak, ibu kata dia ok je.. Alhamdulillah..

Thursday, May 29, 2014

Bath Time!

Alhamdulillah, dari awal baby Shazrie Iman memang tak pernah menangis time mandi. Macam enjoy je setiap kali time mandi :)






Masa awal-awal memang tak berani nak mandikan baby sendiri sebab rasa macam lembut sangat.. Takut je tergeliat. So ibu yang akan mandikan. Masa berpantang dekat rumah mertua pun, mak yang mandikan. Memanglah time pantang mak-mak yang akan uruskan baby sebab ibu berpantang tak boleh nak renyah sangat, plus tak boleh nak kena air sangat (sejuk). Tapi dah abes pantang pun kite still tak berani, just tengok je dulu macam mana ibu mandikan (observing).

And finally, tadi baru first time mandikan Shazrie Iman sendiri, belajar dengan ibu. Tu pun belajar sebab maybe Sabtu ni kena tinggal berdua dengan Shazrie Iman since yang lain nak balik Johor Bahru jap.

Wednesday, May 28, 2014

Borak-borak

Day 38 : Shazrie Iman dah mula ramah nak ajak borak :)


Pengalaman Bersalin Sulung Part 4

20 April 2014 (Bersalin)

(Eh, dah setengah jam?) Dalam 8.45malam, doktor and nurse dah ready. Doktor melayu lelaki, muda bakal sambut baby kami lahir nampaknya. Hubs dah berdiri dekat sebelah kiri. Katil yang full dah diturunkan half, menda yang untuk kangkangkan kaki tu dipasang kiri kanan katil. So kite pun dah fully terkangkang huhu.

Bila contraction datang je, kite kalut-kalut bagitahu nurse and doktor yang contraction datang (every contraction macamtu huhu). Pastu kite mula tarik nafas panjang-panjang, tunduk dagu rapatkan ke dada and meneran, without keluar suara langsung.  Tak sure berapa ramai doktor and nurse keliling kite untuk bagi support. Nurse-nurse dok jerit suruh meneran macam berak sembelit haha. Tapi seriously, memang kena meneran macam tu *baruku tahu*. Hubs pulak support belakang badan kite, sekali-sekala raup rambut. Hubs bernasib baik sebab kite tak pegang dia, berpaut pada besi kiri kanan katil. So tak rasa azab kena picit or genggam kuat-kuat huhu.

Tak sure berapa kali curi nafas, first teran tak berjaya keluar completely (ofcourselah kan). So sempatlah relaks kejap sementara tunggu next contraction. Second contraction pun rasanya tak berjaya jugak so nurse  (yang bagitahu prosedur kelahiran mula-mula masuk labour room) bagitahu yang dia akan gunting sikit (episiotomy). Nampaklah dia pegang gunting and 'buat kerja' kat bahagian tu haha (don't worry, takde rasa pape langsung time dia gunting tu). Dah potong, barulah senang kepala baby keluar time kali ketiga meneran..

Bila dah keluar kepala, dorang semua, including hubby bagi support sambil bagitahu kalau betul-betul teran lepas ni, baby akan completely keluar. So datang je next contraction, kite pun push la betul-betul, curi nafas selagi boleh and zuuuupp, tiba-tiba semua yang ada bagi salam and baby diletakkan atas badan kite.. Rasa suam, warna macam purple biru sikit, berlendir. Subhanallah.. Anak kami! Mula-mula baby tak nangis (maybe tengah blur haha). Few second lepas tu baru keluar suara nyaring baby menangis. Nurse and doktor ajak sama-sama selawat and doktor potong tali pusat baby. Dah potong tali pusat, nurse tunjukkan bibird baby sambil tanya kite dapat baby apa huhu, then baby diambil.. (Well nampaknya 4 kali jugak lah kite meneran baru baby selamat keluar)

**Time meneran and baby keluar tak terasa sakit part tu sebab sakit contraction lagi kuat. Tapi apa yang bagi kite semangat untuk push kuat-kuat setiap kali, kite akan fikir taknak baby lemas, nak baby keluar cepat dengan selamat without kena vacuum (taknak kepala baby lonjong huhu) or forcep.

Betul kata orang, once baby dah keluar, memang serta-merta rasa sakit separuh nyawa tu hilang. Completely! Bila baby dah diambil, hubs terus usap kepala kite and cium dahi. Kite mungkin dah kepenatan sangat, campur mabuk sedut gas entonox, nak nangis terharu pun dah tak larat. Huhu. Memang longlai abes, sampaikan dah tak pedulik dah berapa besar aku kangkang, berapa ramai yang tengok part tu. Dah tak larat nak amik port. Huhu

Lepas dah selamat baby keluar, mulalah doktor keluarkan segala 'isi perut' lain. Perut ditekan-tekan and diseluk-seluk untuk keluarkan uri. Masa uri keluar, adalah terasa 'something' meluncur dari vagina. Pastu ditekan-tekan lagi untuk keluarkan saki-baki darah. Kite sangat bernasib baik sebab sepanjang proses ni, hubs still ada dekat sebelah and dapatlah tengok. Dah setel bab kosongkan rahim, doktor pun bagi bius dekat part tu and mulakan sesi jahit menjahit.. Time jahit pun hubs dapat tengok sikit, before kena panggil dengan nurse untuk azankan baby..

Masa sesi menjahit tu, nak kata tak rasa langsung tu, taklah. Ada jugak rasa bila doktor masukkan jarum and tarik. Bila agak-agak terasa tu, terangkat jugak bontot. Haha. Tapi, bukan rasa sakit, macam rasa ngilu je kut. Maybe dah dibius and dengan bantuan entonox yang kite tak henti-henti menyedut :p. Lama jugak proses menjahit ni. Dah naik penat kaki nak mengangkang haha. Sampaikan kite asyik tanya dekat doktor and nurse beberapa kali lama lagi ke nak siap. Nasibaik tak sejuk sampai menggigil-gigil (macam most pengalaman bersalin orang lain yang kite ada baca). Cuma terasa haus sangat, since perut memang kosong sebab muntah. Tak cukup dapat air milo, mintak nurse air kosong pulak huhu.

Tak lama lepas setel jahit-menjahit, dan-dan hubs pun masuk semula dari lepas azankan baby and jumpa family dekat ruang menunggu.. Rupa-rupanya ibu and adik-adik yang on the way nak balik Rawang dari Johor singgah hospital.. Bila dah ada ibu, kite terus decide nak ibu temankan stay wad malamtu..

Then, nurse datang sambil bawak baby. Baby dibaringkan sebelah kite untuk breastfeed. Tersentuhnya tengok anak sendiri yang selama 40 minggu duduk dalam perut kite, menendang-nendang *sobs*. Baby pun pandai je menghisap *sobs*. Comelnyaaa (mana ada parents yang tak puji anak sendiri ye dak :p). Sambil belek-belek baby kami, kite cakap kat hubs serik ooi nak beranak lagi hahahaha.

Bila dah sudah (taktau lah ada susu ke tak), nurse ambil semula baby sebab dah nak get ready untuk masuk wad.. Hubs pun keluar jumpa family untuk bagitahu ibu yang kite mintak ibu temankan stay wad (so adik-adik boleh balik Rawang dulu) before balik ke wad yang kite stay semalam (wad 3rd class) untuk kemas and bawa beg kite ke wad baru (wad 1st class).

Baju pink dah tukar yang baru. Nurse and doktor cek semula jahitan kat bawah nun. Tah taktau kenapa, ada a bit controversy pulak jahitan kite. Huhu. End up semuanya ok ok saja.. Pindah katil, kite disorong keluar labour room..Tapi tak terus ke wad. Tunggu jap dekat ruang luar labour room tu sementara nurse cek-cek file yang nak dibawak sekali ke wad. Baby dalam basinette tepi katil. Dapatlah intai-intai jap dalam letih tu. Yang comelnya, ada satu mesin mana tah asek berbunyi selang beberapa minit. Setiap kali mesin tu beep, baby menangis. Halus je suara *touched* . Bila dah ready semua, nurse letak baby dekat kaki kite and kite pun disorong ke wad, sekali jalan dengan sorang lagi ibu baru bersalin.

On the way ke wad, terserempak hubs dengan beg yang baru diambil dari wad lama.. So masuk wad baru sekali dengan hubs. Masuk-masuk, nurse bagitahu hubs yang baby berak. For the first time ever, hubs tukarkan pampers baby! (Sambil diajar oleh nurse). Eventhough first time, boleh puji lah yang ok je hubs buat. Kalau kite mungkin lagi terkial-kial kut haha. Dah setel tukar pampers, kite suruh hubs panggil ibu..

Tak lama lepas tu, ibu pun sampai.. After nurse uruskan few things, dia pun keluar and taklama lepas tu, ibu suruh hubs balik rehat.. Yela mesti hubs penat gila uruskan macam-macam and 'bertarung' sekali dengan kite dalam labour room hehe.

Sepanjang malam tu kite boleh dikatakan pengsan kut. Letih gilaaa. Alhamdulillah, kite dah pun bergelar ibu, satu status yang memang dinanti-nantikan sejak 17 Disember 2011. Terima kasih Allah atas kehadiran suami yang sangat penyayang dan berani (untuk berada dengan kite sepanjang proses kelahiran, tengok segala mende yang mengerikan, yang kalau kite pun belum tentu berani nak tengok) dan kurniaan anak yang sihat dan sempurna sebagai pelengkap rumah tangga kami..


Friday, May 23, 2014

Pengalaman Bersalin Sulung Part 3

20 April 2014 (Labour Room)

Kite masuk labour room kira-kira pukul 4 petang.. Tangan kiri drip and nurse pasang CTG dekat perut. Pastu ada nurse datang perkenalkan diri yang dia akan handle kite sepanjang dalam labour room. Nurse tu bagi penerangan sikit sebanyak pasal prosedur sambut kelahiran. Kite tak berapa nak focus sebab tengah tahan sakit, tapi dapatlah tangkap sikit-sikit pasal episiotomy, which diorang akan buat untuk bantu kelahiran kalau baby tak berjaya nak keluar after few times try meneran. Then nurse bagitau yang dia akan bagi kite gas entonox untuk sedut untuk tahan sakit bila contraction datang and akan bagi satu suntikan dekat peha (pethidine), jugak untuk tolong kurangkan rasa sakit (katanyaaaa). Tapi suntikan tu hanya akan diberi bergantung pada result pattern heart beat baby. Kalau ok, baru diorang akan bagi..

Pastu ada sister (dengar nurse yang ada dalam labour room tu panggil sister), chinese, tanya suami ada sama tak sebab dia cuba panggil dari kaunter tapi takde. Kite katalah suami memang ada sekali, turun dari wad tadi so takkanlah tak sampai lagi (kite turun lalu lif dalam, hubs kena lalu lift biasa untuk visitor). Agak cuak and heran kenapa hubs tak sampai lagi. Sister tenangkan takpe dia akan try call hubs. Kite sempat bagitahu sister yang kite nak wad first class lepas bersalin (tengah sakit-sakit pun sempat nak demand. Haha) tapi takde guarantee letter, nak bayar sendiri. Sister kata nanti dia cek availibility dulu.

Tak lama lepas tu sister datang balik bagitahu yang betul ke nombor suami 013*** sebab dia call tak berangkat, dengar lagu je (call me tones). Ish lagilah kite tambah cuak. Tapi sister tenangkan lagi, takpe nanti dia akan keep calling. Pasal wad pulak, first class single bed full, yang ada first class double bed, so ok ke. Kite ok kan ajer, janji first class. So sister kata nanti dia book kan and mintak suami uruskan pembayaran deposit dekat kaunter pembayaran once suami da sampai. Ntah macamana, dalam sakit-sakit tu kite boleh lagi nak mengada-ngada cakap kat sister kalau tiba-tiba ada kosong first class single bed, kite nak jugak :p. Nasib baik lah sister tu baik je, dia cakap jangan risaukan pasal wad, kite selesaikan yang bersalin ni dulu, semoga semuanya selamat (padan muka aku. Hahahaha)

Dalam pukul 4 lebih, dengar dari dalam labour room nurse panggil 'suami Nurul Sha***' dekat kaunter luar. Tak sure kaunter tu memang dekat dengan labour room kite or area situ senyap sangat or telinga kite telebih peka walaupun tengah bergolek kesakitan or nurse tu yang terlebih teriak :p. Then selang berapa minit, nampak hubs masuk labour room, siap pakai lab coat putih. Legaaaa.. Kurang sikit rasa sakit (ok tipu je). Tanya hubs mana dia pergi sebab nurse cari dari tadi and call tak berangkat. Hubs kata dari wad, dia pergi toilet dulu and solat siap-siap, pastu dia tunggu dekat waiting room luar (tak sure ada berapa waiting room da.. huhu) so tak dengar pulak nama kena panggil. Kite sempat tanya hubs dia doakan banyak-banyak tak biar kite senang bersalin and selamat. Huhu.

Bila hubs dah ada, kite mintak hubs tolong gosokkan belakang and pinggang. Taktau kenapa, rasa macam sedap sikit bila kena gosok. Yang kite pulak, memang dah mengiring ke tepi kiri katil, tahan sakit sambil tangan kiri kanan paut dekat besi kiri katil setiap kali contraction datang. Tak lama lepas tu, nurse datang dengan doktor.. Doktor yang sama masa masukkan belon awal pagi tadi (doktor perempuan melayu).  Dorang mintak hubs keluar sekejap sebab nak seluk la ape lagi.. Doktor seluk, dengar dia kata bukaan 3cm lagi. Pastu dia korek punya korek kat bawah tu nak tolong besarkan bukaan *Pasrah*. Tiba-tiba dengar nurse kata pattern heart beat baby tak cantik (dalam nada risau) sambil tengok dekat chart paper mesin CTG. Dah try betul-betulkan strap dekat perut kite pun tak tunjukkan positive respond. So doktor arahkan nurse untuk tanggalkan strap dekat perut kite and masukkan something macam satu wayar halus dekat dalam tutt kite and disambungkan ke mesin CTG tu.. Tak lama lepas masukkan wayar tu, dengar nurse kata dah ok.

Bila nurse and doktor dah setel, hubs masuk semula and sambung tugasan :p. Kesian sangat dekat hubs.. Di luar kawalan, kite yang tengah menahan sakit contraction, menujang-nujang kaki ke kaki katil. Tapi berapa kali kite tersepak hubs yang tengah duduk dekat belakang kite (sambil gosok-gosokkan belakang badan and pinggang). Kalau hubs sempat tahan, hubs pegang kaki kite kuat-kuat. Kalau tak sempat, tah mana-mana body part hubs kite tersepak. Few times jugak kite mintak maaf after tersepak hubs. Tapi still jugak tak dapat nak elakkan daripada tersepak lagi *rasa bersalah sangat setiap kali teringat*

Next cek bukaan, daripada 3cm, dah ke 4cm. Alhamdulillah. Kite tanya doktor and sister berapa lama lagi agak-agak kite boleh deliver. Dorang jawab since ni first pregnancy, usually amik masa around 12 hours?!! Gila apa nak tahan sakit lama tu. Kite cakap kat dorang buat lah apeje yang dorang boleh buat (kau korek la banyak mana kau nak korek huhu) untuk cepatkan bukaan, janji cepat and kite tak bersalin operate, seboleh-boleh nak normal. Sister kata dorang akan buat apa yang dorang boleh buat, and puji semangat kite yang nak bersalin normal huhu.

MashaAllah.. Memang patutlah sakit nak bersalin dikatakan sakit yang paling sakit selepas sakit nak mati. Tak tertahan sakitnya! Walaupun kite cuba nak tahan diri menahan sakit, serious tak boleh! Kau sedutlah gas entonox tu banyak mana, lalok memang lalok (banyak jugak membantu) tapi still tak boleh nak beat the pain. Tak kira lah walaupun kau dah sedut sampai ke otak macam mat pet yang dah lama tak dapat dadah lepaskan gian. Teringatkan yang nurse kata akan bagi injection, juga untuk bantu kurangkan rasa sakit. So kite cepat-cepat mintak nurse injection tu. Nurse kata dia nak tengok dulu pattern heart beat baby. Kalau dah ok and stabil baru dia boleh bagi (pulak..)

Rasanya around pukul 6 petang, doktor datang lagi untuk cek bukaan.. Dah 6cm! Fuh.. Dengar doktor kata (masa dia tengah seluk) yang dia rasa rambut baby huhu. Taklama lepas tu, nurse cek lagi mesin CTG. Cepat-cepat kite tanya ok ke tak. Alhamdulillah, nurse kata dah ok and dia akan bagi injection dekat kite.. Right after nurse inject, kite tanya apa fungsi injection tu. Nurse kata untuk jarakkan sikit masa contraction..

Kusangkakan banyak lah membantu injection tu, rupanya sama je.. Takde rasa beza ponnn (or kite yang dah tak dapat nak bezakan tahap rasa sakit). So kite pun bertarunglah dengan rasa sakit tu. Sedut entonox banyak-banyak sampai lalok. Sampaikan mulut ni dah 'meracau' macam-macam. Antara yang 'diracaukan', cakap nurse tipu injection pethidine tu takde beza pun, apetah lagi dengan tips breathing technique tu, langsung tak membantu! Pastu tak sudah-sudah mintak maaf dekat hubs takut-takut ada buat salah yang dia tak maafkan lagi and jadi penyebab sakit tak berkurang. Sempat jugak kagum dengan mak-mak yang melahirkan anak ramai-ramai sebab survive rasa sakit ni. Huhu. Kalau nak kata baca ayat-ayat yang sepatutnya/berzikir, memang dah macam-macam ayat baca. Makin kuat rasa sakit, makin kuat kite baca.

Dalam tempoh menahan rasa sakit contraction tu, dah tak peduli dengan masa. Lagipun kesan sedut entonox, kite high je melainkan time contraction datang. Sedar-sedar dah malam, dah pukul 8.10malam. Tu pun sebab doktor datang untuk cek bukaan serviks and dah 9cm!! Alhamdulillah.. Doktor cuba suruh kite meneran sebab nak tengok kite pandai meneran ke tak. First time meneran, memang fail! Sampaikan doktor kata awak meneran ke tu? Salah tu.. (Kite macam mengeraskan diri - hubs kata). Haha. Pastu try lagi sekali, lulus dah, teknik yang betul hehe. Tapi bukan bersalin time tu jugak. Doktor kata tunggu dalam lagi setengah jam sebab nak baby betul-betul kat bawah so kite tak perlulah banyak meneran nanti.. Kite ikutkan ajelah *sambung high*

To be continue in Part 4 (final part, promise)





Thursday, May 22, 2014

Kaedah Merancang Keluarga

Daripada hospital sampailah ke klinik kesihatan, nurse and doktor suka betul tanya apa kaedah perancang keluarga yang kite nak pakai. Bila cakap nak plan sendiri or guna condom, tak boleh terima pulak. Kata tak 100% lah. Geram pun ada, seboleh-bolehnya taknak bagi orang mengandung. Ye memang betul, kena jarakkan atleast 2tahun untuk kebaikan kesihatan. Kite and hubs pun memang nak jarakkan. Tapi, yang seboleh-boleh macam tak setuju dengan kaedah yang kite dah pilih kenapa tah. Beria-ia benar pun, macamlah takde nurse or doktor yang mengandung anak rapat. Contoh memang dah ada depan mata tu sebab berani cakap. So, camne tu? 

Bila buat check up 1bulan baby, nurse tanya lagi nak rancang macam mana, suruh buat decision by 30hb. Kite ni bukan ape, kite ni period memang tak teratur dari zaman anak dara lagi sebab ada pcos. So takut nak amik something yang berkaitan dengan hormon (kena consume). Tu yang plan nak rancang guna kiraan or condom. Bila dah bising sangat tak galakkan, kenalah jugak pilih yang lain *sigh*. Lagipun doktor dah kata kite boleh amik any kaedah eventho kite pcos.

So daripada consultation doktor dekat klinik kesihatan, kaedah perancangan keluarga boleh disimplify as below :

1) Hormon
- Pil perancang : kena makan pil setiap hari pada masa yang tetap. 

- Suntikan : dapatkan suntikan hormon setiap 2 bulan.

- Implan : 1 rod dimasukkan dekat bawah kulit lengan. Sekali untuk 2-3 tahun. Kos RM250 (klinik kerajaan/LPPKN), RM500 swasta.

2) Bukan hormon
- Condom : less effective.

- IUCD : 1 alat berbentuk payung dimasukkan dekat dalam vagina. Sekali untuk 2-3 tahun.

3) Natural
- Kira menstrual cycle.

Kalau ikutkan, taknak berkaitan dengan hormon. Tapi nak pakai IUCD tu tak berapa berani sangat since kena masukkan dekat tutt. Walaupun takde pape rasa, painless (ibu guna kaedah ni) tapi kite still refused :p

Since dah takde pilihan, nak tak nak kena lah jugak pilih kaedah yang berkaitan dengan hormon.. Mulanya kite and hubs plan nak pilih implan, sebab senang, sekali je, takpayah nak ulang-alik klinik (kecuali kalau nak keluarkan). Tapi after dah baca few review, biasalah kalau yang berkaitan dengan hormon ni, banyak effectnya. Selain period cycle akan jadi tak betul (terlalu lama or langsung takde), boleh sebabkan berat badan naik, nausea, naik jerawat and menda-menda lain yang tak best huhu (depends pada badan). 

Ada terbaca review pasal dah tak tahan sangat dengan effect tu, dia keluarkan semula implan, eventho tak sampai 1 tahun masukkan. Bila kite fikir-fikir balik, kalau nak buat macamtu jugak (if badan tak serasi), rasa rugilah pulak sebab dah bayar beratus (kalau masukkan pun, maybe dalam 1 tahun je sebab kami plan nak baby every 2 years).

So, pilihan lain yang ada : pil perancang and suntikan. Ofcos kite pilih suntikan sebab kite bukan orang yang suka makan pil and tak berdisiplin langsung. Huhu. Suntikan pun maybe tak nak betul-betul sangat. Kalau ok, kite still nak rancang sendiri *degil*. Kalau tak ok pun (bagi effect tak best) boleh terus stop daripada amik suntikan without rasa rugi. Huhu.

Well, tengok dulu macam mana nanti after dah kena inject. Buat eksperimen dekat diri sendiri.

Tuesday, May 20, 2014

1 Month Check Up

Alhamdulillah.. Harini anak mommy and daddy, Shazrie Iman dah pun sebulan.. Maknanya kena inject 1 bulan.. So petang tadi kite pergi Klinik Kesihatan Rawang dengan hubs and ibu.. Nurse memang dah pesan (masa datang klinik untuk test darah jaundice) untuk datang dengan siapa-siapa time check up 1 bulan sebab untuk handle anak since nanti ibu akan sibuk kena periksa jugak. Mulanya plan nak pergi dengan ibu je. Sekali hubs pun datang, taknak miss the moment anak kena cucuk hihi. Bila hubs dah nak temankan, ibu nak cancel. Bila time nak pegi klinik, hujan lebat pulak tu.. So ibu temankan sekali sebab risaukan kami berdua nak bawak Shazrie Iman hujan-hujan. :)

Dekat klinik orang tak berapa ramai. Ibu kena cek air kencing, darah and perut. Anak pulak kena cek berat and panjang. Masa anak nak kena timbang, masuk dalam satu bilik dengan ibu. Mulanya hubs nak ikut sekali tapi pasal kebetulan nurse nak buat pap smear dekat 1 patient lain, so tak dibenarkan masuk. Bila hubs takde, maknanya kite sorang-soranglah kena handle Shazrie Iman. Luckily Shazrie Iman memang setiap kali datang klinik sedap je tidur nyenyak, so time nak bukak baju, timbang and ukur, dia tak meragam. Senang je.. Time nak pakaikan balik baju pun ok eventho dia dah sedar, sebab still mamai-mamai. Tapi kite ni first time mommy, tak biasa buat lagi, terkial-kial jugaklah nak buat sampaikan cakap dengan nurse nak panggil mak, takut dia tunggu kite siapkan anak lama sangat *sengal*. Nurse gelak je cakap takpe, awak amiklah masa banyak mana, buat slow-slow sampai siap, dorang boleh je nak tunggu *malu*.

Masa time inject (1 bulan inject Hepatitis B second dose), ibu and hubs yang bawak Shazrie Iman sebab kite tengah jumpa doktor. As usual, Shazrie Iman baik-baik aje.. Menangis sekejap je. Maybe sebab terkejut. Hubs ingat nak amik video tapi tak sempat sebab nurse bertindak pantas sangat huhu.

Orang tak ramai tapi since banyak prosedur check up kena buat, so dalam sejam lebih jugak la baru kami setel semua.. 

Rekod tumbesaran Shazrie Iman : (1 bulan <- lahir)
Berat : 4.4kg <- 3.2kg
Panjang : 54cm <- 47cm
Lilit kepala : 38cm <- 33cm

Semuanya normal ikut carta :). Alhamdulillah..

Monday, May 19, 2014

Mom and Baby Expo May 2014

As usual, pantang ada baby expo, mesti kite akan ajak hubs pegi untuk shopping. Masa pregnant, most of the stuffs memang beli dekat baby expo. Tapi malangnya, time-time pantang ni boleh pulak ada baby expo dekat Midvalley. Cis! Tapi, since ada barang yang nak dicari, hubs dengan baik hati and rajinnya pergi baby expo without kite.

Pergi berdua dengan adik ipar, banyak jugak barang yang hubs beli


-Nursing pillow
-Daddy's bag
-Steam sterilizer
-Warmer (car and home)
-Bottle drying rack
-Baby's fan (sampai 2! 1 yang ada lampu, 1 without)
-Bibs (4 pcs)
-Tumbler

p/s : Seller asik ingat adik ipar yang pregnant. Kesian.. Huhu

Saturday, May 17, 2014

Breast Engorgement

Kite bukan orang bernasib baik yang beranak je terus keluar air susu. Walaupun dah try picit-picit sendiri and pam guna breast pump masa dekat hotel  hospital, selain bagi baby untuk rangsang susu keluar, still takde keluar air susu. Sampaikan baby nangis kelaparan *bila teringat balik, rasa sedih je sebab kesian baby kelaparan*

That's why bila dah balik Rawang untuk berpantang, apa yang first kite mintak makcik urut urutkan adalah breast (since kite terlambat sampai untuk day 1 tu, she refused to urut the whole body. So kite request urut breast je. RM20). Masa makcik tengah urut, banyak juga susu keluar from both sides. Dah happy dah.

Lepas je urut tu, dah rasa breast bengkak. Cuba picit-picit, tapi susu tak keluar banyak. Setitik dua je. Cuba guna pam pun sama. Bila malam, bengkak makin teruk. Rasa penuh susu dalam breast tapi tak boleh keluar, macam tersumbat. So bayangkanlah betapa siksanya rasa sakit dia.. Ini rupanya breast engorgement. Memang sakit, bisa semacam. Sampaikan nak pegang or even bergesel dengan kain pun terasa bisa dia. Bergenanglah jugak air mata. Masa ni dok terfikir kenapalah banyak sangat rasa sakit yang ibu-ibu kena tanggung. Baru je lepas hazab sakit bersalin, sakit ni pulak. Huk.

Mengadu dekat ibu, ibu suruh tekup kobis. So kite pun buatlah, tapi takde rasa beza pun. Ibu memang bagi moral support cakap menda ni memang common, sampaikan boleh demam. Ok takpe. Tapi masalahnya sakit gila kut?!! Huhu. (Bila nurse datang, nurse bagitahu yang sebenarnya kobis tu boleh mengeringkan susu. So tak elok. Baruku dan ibuku tahu)

Kebetulan ibu and abah nak keluar malam tu. So kite cepat-cepat kirim painkiller ibuprofen (paracetamol pun dah tak pandang time ni). Fikir dapat hilangkan rasa sakit sikit pun dah ok, atleast boleh nak tidur malam. Bila dorang balik, dorang bagi ubat klinik. Rupa-rupanya dorang siap pergi klinik. Yang kelakarnya, abah yang jumpa doktor, bukan ibu. Hihi.

 
Kiri : Synflex (ubat tahan sakit), kanan Erythromycin (antibiotik)

Alhamdulillah, tak lama lepas makan pil-pil ni, terus rasa lega sangat.. Bukan setakat dah boleh pegang, siap boleh picit-picit lagi untuk perah susu. But still susu tak banyak keluar.

Esoknya, urut lagi. Makcik urut bagitahu yang susu kite dah banyak tapi laluan untuk keluar takde.. Tu yang dah membengkak tapi susah nak keluar..

Second day urut, dah ok.. Dah boleh bagi baby menyusu.. Cukup 4 hari berurut, memang dah lancar betul.. Alhamdulillah.. Tapi sekarang ni pulak, timbul masalah yang susu tak berapa banyak.. Bila kite pam, nak dapat 1oz pun susah and heran kalau tengok orang lain pam, boleh dapat banyak.

Bila nurse datang untuk postnatal check up, nurse ada bagitahu few makanan yang boleh banyakkan susu, and salah satunya is lobak putih. So ibu pun masaklah lobak putih. First time ni nak makan lobak putih, pahit gila rupanya rasa dia *jakun*

Pemakanan, pemakanan jugak. Kite still fikir nak makan supplement. Kalau sekarang ni the most popular is Shaklee. Tapi kite tak terbukak lagi hati nak amik Shaklee sebab banyak sangat yang nak kena amik. Kite nak try yang lain dulu, kalau tak jalan jugak, barulah try Shaklee.

So kite plan nak try yang paling simple : Jamu Asi. Kirim dekat ibu untuk belikan time dia keluar. Sekali bila balik, ibu belikan Asi Atika Beauty.. Maybe tak jumpa yang jamu Asi tu. Takpelah, kite pun try je minum..

Taktaulah pasal makan lobak putih or minum Asi tu, Alhamdulillah, the next-next day air susu dah melimpah ruah. Sekali pam boleh lah nak dapat sampai 3oz from both sides. Walaupun maybe tak sebanyak orang lain, takpe. Aim kite adalah nak susu yang mencukupi untuk anak :). Harap-harap dapat terus supply susu ibu sampailah ke umur 2tahun..

Friday, May 16, 2014

Pengalaman Bersalin Sulung Part 2

20 April 2014

Tengah (tak berapa) syok tidur, dalam pukul 4.30am kite kena kejut, mintak siap-siap and datang dekat bilik rawatan dalam wad tu jugak pukul 5.30am.. Dah kena kejut, mestilah tak boleh nak tidur balik eventhough konon-konon cuba nak sambung kejap sebab dah makin berdebar. So pukul 5 terus bangun and mandi.. Saja mandi siap-siap, lagipun malam tadi tak mandi before tidur. Perut pun dah mula rasa tak sedap maybe sebab nervous sangat. Cuba jugak pergi toilet tapi takde hasil :p.

Dah siap, pukul 5.30am kite pun tunggu dekat depan bilik rawatan yang dicakapkan tu.. Pasal nervous sangat, dengan perut tak sedap, jalan-jalan dekat area-area situ sambil baca segala artikel yang ada dekat dinding wad huhu. Ingatkan kite sorang je, rupa-rupanya ada lagi sorang patient yang kena tunggu untuk di-induce jugak. Tapi bukan pasal gdm, sebab jantung baby tak berapa cantik. And mungkin pasal nervous, dia pun rasa tak sedap perut and asyik ulang-alik pergi toilet but takde hasil :p.

Tunggu punya tunggu, pukul 5.50am baru kite kena panggil masuk bilik rawatan tu.. Ada 2 orang doktor muda perempuan (Tak taulah doktor pelatih or what). Doktor mintak kite baring atas katil dalam bilik rawatan tu. Bila dia cek perut kite, dia kata baby dah mengeras (Really?!) and tanya contraction dah selang berapa minit, dah 10minit ke.. Kite manalah tahu yang sakit perut tu sakit perut contraction baby mengeras. So kite cakaplah kite taktahu, ingatkan sakit perut nak pergi toilet so tak alert dengan time huhu.

Since baby dah mengeras, doktor masukkan satu benda yang dipanggil foley catherer (if I'm not mistaken) or dalam bahasa simplenya, doktor masukkan belon dekat dalam vagina kite and pesan kalau belon tuh terjatuh, bagitahu nurse.. Tak rasa sakit, tapi rasa pelik and macam agak weird nak berjalan, apetah lagi nak shishi :p. Daripada pembacaan simple kite, belon ni boleh dijadikan indicator bukaan. Belon akan jatuh sendiri kalau bukaan dah 4cm..

Taktahulah pasal dah masukkan belon tuh or memang dah tiba masa nak sakit, kite dah mula rasa sakit perut semacam dekat perut (contraction lah tu). Tapi mild je, boleh tahan lagi. Mula la alert tengok masa, yup memang betul rasa sakit tu datang in every 10minutes.

Dalam pukul 7 lebih, dapat sarapan. Nasi lemak lagi youu. Kite yang kelaparan ni bedal lah nasi lemak tu sampai licin haha. Dah kenyang, duduk-duduk kejap then lelapkan mata (dah tak tahu nak buat apa). Dalam pukul 10lebih tersedar, rasanya contraction dah makin kerap. Less than 10 minutes. Kite pergi mandi lagi sebab konon-konon nak biar segar masa hubs datang melawat nanti. Kalini dah tak senang duduk. Nak mandi pun amik masa. Bila contraction datang, pause sekejap untuk tahan rasa sakit before sambung mandi semula bila contraction dah takde.

Dah dekat time melawat, contraction dah 5minit. Tahan jelah sakit dekat katil sementara tunggu hubs datang. Hubs datang bawak pulut mangga sedap dari rumah and air sedap yang kite pesan (Pesan sebab kecur nampak 1 kotak besar Marigold Peel Fresh patient katil depan haha). At the same time makanan lunch pun sampai.. Ikutkan kite memang lapar, nak makan sangat especially pulut mangga. Tapi pasal menahan sakit, selera makan pun hilang.. Macam mana pun kite paksa jugak makan sikit-sikit, takut-takut takde tenaga kalau ditakdirkan akan bersalin hari tu..

Memandangkan hari Ahad, weekend, so masa melawat memang panjang, dari tengahari sampai ke petang. So hubs dapat temankan sepanjang petang tu walaupun tak dapat nak borak apa sebab kite menahan kesakitan. Hubs tolong tengokkan masa contraction, dah makin pendek, every 2minutes. Hishhh biar betul..

Dalam pukul 2 lebih, tiba-tiba rasa nak muntah. Bergegas lah kite dari katil, dengan tengah menahan rasa sakit tu, pergi toilet. Nasib baiklah toilet dekat depan je, tak jauh. Sekali bila masuk toilet, yang jamban ada orang. Takkan la kite nak lambakkan dekat shower.. Dah tak tertahan sangat, kite kuarkan segala isi perut *agak geli di sini* dekat singki - takde pilihan dah! Tapi jangan risau, kite seorang yang bertanggungjawab :p, so kite clearkan balik eh sinki tu.. :).

Disebabkan dah tak sempat, dekat baju pink hospital tu kena lah sikit.. So kite pergilah amik baju pink baru.. Saja taknak mintak hubs amikkan sebab kononnya nak banyakkan berjalan, biar belon yang dalam tu jatuh cepat. Sempatlah singgah kaunter nurse untuk tanya is it normal kalau kite muntah-muntah (takut kesan masukkan belon) and nurse jawab mungkin disebabkan effect kite menahan sakit so makanan ditolak keluar - yes satu jawapan yang bole diterima.

Dah salin baju dengan gigihnya sambil menahan sakit, pergilah toilet nak kencing, dengan harapan belon akan terkeluar, malangnya tidak. Huk. Pastu sambung buat muka kelat atas katil, sampaikan makcik yang tengah melawat patient katil sebelah tegur and cakap dia tengok kite kesakitan dia pun ngeri sama (makcik?! Ayat tu.. huhu).

Dah tiba masa minum petang, dapat roti je.. Pasal semua isi perut dah keluar (termasuklah nasi lemak yang dibalun pagi tadi), maknanya perut dah kosong balik. Tak berani dah nak makan makanan berat, mintak hubs bancuhkan air milo, nak minum untuk alas perut je. So hubs pergilah amik air panas.. Hubs balik je dari pergi amik air panas, kite yang tengah duduk terkulat atas katil tiba-tiba rasa macam ada bunyi 'pop' dalam perut and keluarlah cecair suam yang banyak dekat celah kelengkang.. Air ketuban pecah! Memang banyak, meleleh-leleh, habis basah katil. Dengan gelabahnya, kite mintak hubs panggilkan nurse. Nurse datang, tanya boleh jalan tak sebab nak ajak pergi dekat bilik rawatan. Kite cuba lah nak jalan, tapi takboleh sebab air keluar mencurah-curah! Dah basah lantai, kain kite ape lagi, lencun kuyup! So camane nak jalan? Nurse cepat-cepat pergi amik wheel chair, suruh kite duduk and bawak pergi bilik rawatan.

Dalam bilik rawatan air still meleleh-leleh. Sakit tak usah cakap lah, memang urghh! Amik masa jugak nak gerak bangun dari wheel chair and amik position baring dekat atas katil. Then bila doktor datang and check tak keluar lagi, doktor decided nak keluarkan je belon tu.. Bila dah dikeluarkan and check bukaan pulak, 3cm je.. (tu sebab belon tak keluar lagi..). Bila dah keluarkan belon, dah salin baju pink yang baru, nurse mintak hubs sorong balik kite dengan wheelchair ke katil semula.

Bila dah sampai katil, nurse tukarkan cadar yang dah basah and mintak kite baring untuk pasang mesin CTG. Tapi sebab contraction dah pendek, and kite plak menahan sakit, tak boleh nak baring terlentang, baring mengiring je. Bila nurse suruh menelentang, contraction tengah datang so kite suruh nurse tunggu jap. Bila contraction da reda kejap, nurse pulak ntah ke mana, datang semula bila contraction tengah serang balik. So memang tak boleh nak pasang mesin CTG tu. Tengokkan keadaan kite macamtu, nurse terus cekkan labour room ada kosong tak. Alhamdulillah, ada kosong so kite terus dibawa ke labour room.. (Ikutkan kalau tak silap kite, patient hanya akan dibawa masuk ke labour room bila bukaan dah 4cm)

To be continue in Part 3 :p

Wednesday, May 14, 2014

Sleeping Seat?

Currently our Shazrie Iman nampaknya suka tidur dekat his carseat carrier. The idea to put him in came out bila dia meragam tak tahu kenapa. Teringatkan yang dia suka duduk dalam kereta (setakat ni kalau letakkan dia dalam carseat and balik Serdang-Rawang, Shazrie Iman lena je tidur. Huhu), so kite mintak ibu try letakkan dalm carseat. Once da letak and goyang-goyangkan, terus Shazrie Iman tertidur lena.

So sekarang ni, bila nak tidur, kami akan letakkan dalam carseat (tukar-tukar dengan tidur atas tilam). Nampaknya berbaloi kami beli carseat dengan harga RM179 sebab betul-betul digunakan. Kalau tau, beli maxi cosi. Huhu.



Shazrie Iman tengah nyenyak tidur atas tilam. Bedung, ikat kaki and tutup kepala tu sekejap je.. Taklama dah ok ek ok ek  mintak bukak sebab rimas. Huhu

Monday, May 12, 2014

Pengalaman Bersalin Sulung Part 1

Sabtu 19 April 2014

Since gdm, kena serah diri ke hospital eventhough belum ada tanda langsung. Ikutkan malas sangat nak pergi (takut sebenarnya :p) tapi dah takde pilihan, kena jugak.. Bangun awal pagi sebab dah tak senang nak tidur :p, mandi, makan, buat apa yang patut sementara tunggu hubs bangun, malas nak kejut-kejutkan hubs sangat. Dalam pukul 10 baru hubs bangun and bersiap. Sempat lagi kami pergi sarapan roti telur bawang and mi soto dekat Anjung, plus hubs uruskan kerja sikit. Dah kenyang, baru balik rumah untuk amik beg hospital. MIL takde dekat rumah time tu, just ada FIL, so salam la FIL. Masa ni still berharap yang hospital kata balik dulu, tak payah stay wad so takdelah bersungguh masa salam FIL.

Pukul 12 tengahari baru sampai Dewan Bersalin Hospital Serdang. Selama ni boleh terlupa nak google mana patut pergi so kami berjalan agak jauh dari parking pergi ke lobby hospital dulu, tanya. Rupa-rupanya kena pergi dekat Dewan Bersalin. Sampai-sampai, orang tak ramai, ada berapa kerat je. Terus bagitau kaunter sambil serah buku pink.. Sesi pendaftaran pun bermula, staf dekat kaunter mintak i/c and kad nikah. Sambil-sambil tu dia bagi risalah untuk baca and kite kena isi 1 form yang mengesahkan kite faham term wad plus permission untuk benarkan husband temankan ke labor room nanti. Masa ni mintak staf tu untuk wad first class tapi staf kata wad hanya boleh pilih after kite dah bersalin.. Ok pasrah.

Dah setel, tunggu kejap dengan perasaan berdebar-debar. Tak lama lepas tu dalam pukul 1, nama kena panggil.. Nurse tanya ada bawak kain batik tak, kalau ada mintak salin kain batik.. Nasib baik kite memang dah ready siap-siap. Masuklah ke PAC, tinggalkan hubs dekat luar.. Nurse mula amik tekanan darah and tanya few basic question before mintak kite bagi urin and salin kain batik.. Dah salin kain batik, kite pun kena baring dekat katil dalam PAC tu untuk pasang CTG (mesin untuk cek denyutan jantung baby kut?). Mesin tu bunyi bising huhu. Sambil-sambil baring tu, whatsapp dengan hubs yang masih menunggu dekat luar.. Memandangkan akan amik masa yang agak lama, kite suruh hubs balik lunch dulu (lagipun hubs nak amik bag pack, tak sanggup nak bawak handbag kite ke hulu ke hilir).

Dah setel CTG, tunggu doktor untuk cek bukaan?! serious nervous sangat first time nak kena seluk. Rasanya yang buat tu doktor pelatih, so lembut je dia buat, tak terasa langsung. Baru 1cm (tak sangka ada jugak bukaan :p)

Bila dah setel, kena tunggu dekat 1 ruang menunggu dalam PAC tu. Tunggu apa, tak sure. Tapi dah nurse suruh tunggu, kite tunggu jelah.. Ada la sorang akak menunggu jugak dekat situ so boleh buat teman berbual.. Akak tu tengah tunggu bukaan nak bersalin anak keempat, dapatla tanya serba sedikit pengalaman dia..

Dalam pukul 2 lebih, hubs pun sampai dengan bawak makanan lunch.. Keluar kejap dari PAC untuk jumpa hubs and makan.. Hubs bawak nasi ayam dari rumah. Tak taulah nervous sangat or kelaparan, nasi ayam yang banyak tu boleh kite abeskan, licin lagi. Huhu. Dah kenyang, sambung tunggu lagi dekat luar sampai dalam pukul 3 lebih, baru masuk semula ke PAC, sambung menunggu dalam tu..

Tunggu punya tunggu, kena panggil lagi.. Kalini doktor India pulak yang nak cek. Dia scan-scan perut kite, tekan sana sini. Pastu sesi menyeluk sekali lagi.. Bukaan 2cm (eh?). Doktor India ni buat pun ok takdela rasa sakit.. Dah sudah, menunggu la kite lagi ye. Menunggu untuk dapat wad (?!). So memang nampaknya tidur wad la kite malamni. Huk.

Sementara menunggu tu, nurse bagi baju hospital pink untuk salin and doktor amik darah and cucuk mende alah yang kat tangan tu. Memandangkan first time kena pasang menda alah tak tau apa nama dia, so a bit jakun. Sakit.. Tak suka! Terus terbatas penggunaan tangan kiri. Naseb baik tak bagi tangan kanan, lagi payah.

Then nurse bagitau yang agak lama nak tunggu masuk wad (tunggu wad kosong) so nurse suggest suruh suami balik dulu sebab kesian nak tunggu, and datang semula untuk hantar barang once dah dapat masuk wad.. So, kite pun suruh hubs balik dulu.. Nasib baiklah rumah memang dekat, so senang hubs nak ulang-alik.. And since kite da kena admit wad malamtu, so makanan dinner memang dah ready.. Bermulalah pengalaman pertama makan makanan hospital.. Huhu. Tapi makan dekat satu bilik rehat untuk patient dalam PAC tu jugak, berdua dengan sorang lagi akak yang kena admit wad jugak sebab kes yang sama, gdm..

Tak lama lepas kami abes makan, dalam pukul 8, nurse panggil untuk bawak kami masuk wad.. Memandangkan kite and hubs bukan orang kerajaan and kami tak boleh nak demand wad (before bersalin), terpaksalah kite masuk wad third class, 5f..

Dah masuk wad, bagitahu hubs untuk hantarkan beg and yang paling penting, charger phone huhu. Sementara tunggu hubs, Azira, sepupu hubs yang kerja nurse dekat wad lain jenguk kite before dia balik kerja, saja untuk tanya khabar.. Dalam pukul 9.20malam baru hubs sampai dengan beg kite.. Pasal untuk hantar barang je, hubs cuma diberi masa dalam 10minit sahaja, tak lama. Rasa sayu la jugak masa hubs nak balik tu hukhuk.

Barang dah ada, bolehlah siap2 nak tidur.. Tapi since blur whats next and nurse plak takde bagitahu apa-apa langsung, kite pergi tanya nurse sendiri. Huhu. Nurse bagitahu yang kite akan di-induce esok pagi dalam pukul 5.30am.. *Berdebar*. Malam tu before tidur sempat msg2 dengan hubs (dalam keadaan line yang hampeh kejap ada kejap takde) and bila dah nak lelap je, nurse datang untuk cek tekanan darah and pasang CTG lagi dekat perut.. Yang kelakar tu, dah 10minit menda tu terpasang kat perut, bila nurse datang dia kata pattern tak cantik sebab baby tidur! So dia mintak kite usap-usap perut untuk kejutkan baby and ulang balik.. Giatlah kite pujuk-pujuk baby dalam perut suruh bangun.. Nasibaik the next time nurse check dah ok.. Setel CTG, tidur!

To be continue in Part 2




Saturday, May 10, 2014

Postnatal Checkup

Perbezaan besar buat antenatal check up dekat klinik kerajaan compared to klinik swasta : Postnatal check up. Nurse dari klinik kerajaan datang rumah untuk check keadaan ibu and baby.

Memang dah sarat mengandung nurse dekat Klinik Kesihatan Serdang keep on reminding suruh suami bagitahu klinik once kite dah deliver. Memandangkan kite kena serah diri on due date (Sabtu) and deliver the next day (Ahad), tak sempat hubs nak pergi klinik untuk inform (kena tunggu kite dah discaj sebab selagi belum discaj, buku pink pada pihak hospital), pihak KK Serdang dah call hubs, follow up. So, mudah. Tak payah nak susah-susah datang klinik, dorang tanya sendiri huhu.

And memandangkan kite berpantang dekat Rawang, for postnatal check up, kite kena deal dengan Klinik Kesihatan Rawang pulak. How? Hubs kena datang KK Rawang untuk maklumkan and bagi alamat rumah.

23 April 2014, around 11am Hubs maklumkan KK Rawang

24 April 2014, 10.15am Nurse dari klinik datang. 2 orang. Sorang check ibu, sorang check anak. Since kite berdarah O+, which high possibility untuk baby demam kuning, nurse suruh datang klinik untuk blood test. Plus, baby pulak ada tanda-tanda yang membimbangkan (kencing berdarah and merah-merah belakang badan), lagilah nurse suruh datang secepat mungkin. 

Petangnya, 3.00pm kite and hubs bawak baby ke KK Rawang.. Amik darah dari tapak kaki baby (luckily my baby such a strong boy, setakat ni setiap kali kena inject, nangis sekejap je, nangis terkejut) then tunggu result. Alhamdulillah, total bilirubin rendah je, 57 umol/L 3.3 mg/dll (up to 170 umol/L 9.9mg/dll) so baby tak kena kuning. 

Untuk kes kencing berdarah, refer dekat doktor, doktor kata normal (kite buat kesimpulan sendiri maybe sebab baby kekurangan air) tapi still kena pantau. Dengan sengalnya, kite terlupa nak tanya doktor pasal merah-merah dekat belakang badan baby.

25 April 2014, 10.30am Nurse datang lagi untuk follow up pasal baby. Alhamdulillah, kencing berdarah dah nampak berkurang (5kali kencing, 1kali je yang berdarah. Actually takdelah berdarah mana.. Cuma warna merah cairrrr je). Untuk merah-merah tu, disebabkan takde referral doktor, nurse mintak datang lagi klinik sebab kena jugak tanya doktor. Dorang takut kes yang lagi serious happen sebab memang ada kes baby kulit merah-merah, end up kulit dia macam melecur (Nauzubillah)

So, untuk kali kedua berturut-turut, kite pergi lagi KK Rawang at 4.00pm bawak baby, cuma kalini ibu and abah yang temankan (saja kan nak keluar rumah pantang-pantang ni haha). Refer doktor, doktor kata baby alergi dengan peluh sendiri.. Hah mengikut daddy la ni.. Ceh. So kite kena elakkan baby daripada berpeluh banyak. Dapatla losyen Calamine dengan krim untuk buat sapu-sapu.

Taktau lah kenapa nurse rajin sangat. Hari Sabtu, 26 April 2014, 10.15am pun nurse datang jugak untuk follow up. Unexpected gila. Nasib baik nurse datang ngam-ngam baby lepas mandi and kite pun dah siap semua. Huhu. Kencing berdarah dah completely ok. Merah-merah badan dah berkurangan.

28 April 2014, 11am Nurse datang lagi! Taktahulah memang sepatutnya sekerap ni or nurse KK Rawang terlebih rajin (or maybe jugak sebab baby ada few masalah). Kalini nurse timbang baby, 3.1kg. Turun 100g. Nurse kata memang normal sebab baby mengecut sikit few days after keluar then berat akan naik semula. Kalini merah-merah badan memang dah completely ok.

Sepatutnya nurse datang hari ke 15. Tapi kite balik Serdang jap so nurse datang hari yang ke 20, 9 Mei 2014, 8.10am. Actually tak confirm nurse nak datang bila. Tapi luckily haritu ibu dah suruh kite siap awal and baby pun dah siap awal. Sekali awal gila dia dah sampai huhu. Timbang baby and memang betul, dalam berapa hari je baby dah naik berat ke 4.1kg. Bam bam, patut pun tangan dah lenguh bila dukung hihi. Kata nurse, ni final day dia datang. The next check up, masa umur sebulan. Tu kite yang kena datang klinik.

So, what I learned, klinik kerajaan ni takdelah teruk sangat.. Sangat menjaga patient. Dah lah free tak keluar satu sen pun huhu. Kalau klinik swasta, ada pulak dia nak datang rumah untuk follow up kan.. Tak silap lah keputusan kite nak check up antenatal dekat klinik kesihatan dulu.. :)


Friday, May 2, 2014

It's Official!

Kami memang dah namakan baby pada hari ketujuh (sunat) tapi tak sempat lagi nak daftar dekat JPN since all the documents yang diperlukan ada pada kite. So, bila kite balik berpantang dekat rumah mertua, and kebetulan hubs pun ada masa, terus dia pergi daftar..

2 Mei 2014, Jumaat (Sempena penghulu hari)

Hubs : "Tak sangka dah ada bin Shairazi"