Pages

Showing posts with label Baby Movement. Show all posts
Showing posts with label Baby Movement. Show all posts

Thursday, April 14, 2016

Our First Date! (of Second Pregnancy)

After confirm double line, tak dapat nak agak dah berapa minggu. Ikutkan nak je pergi mana-mana klinik untuk scan but hubs insists nak pergi jumpa Dr Ng terus. So on 3rd March ajak hubs pergi Dr Ng, setelah 2 tahun tak pergi menabung duit dekat sana hoho.

Takku sangka Dr Ng ingat kami lagi. Mana mungkin dia lupa salah sorang patient yang dah melabur banyak dekat dia huhu. Or untuk fikir yang lebih rasional, maybe sebab tak ramai patient Melayu dia, so senang dia nak ingat.

Through ultrasound, the embrio baru 5-6weeks. Masih awal patut pun masih takde rasa mabuk huhu. And it looks fine. Maksudnya, berada dalam rahim, dan dah ada degupan jantung. But still kena datang lagi in another few weeks untuk monitor perkembangan baby plus dapatkan due date.

Nak share gambar scan tapi tak berapa nampak lah sebab doctor print yang belum di zoom. Maybe next time kut?

Dalam 2 tahun tak datang, rate pun dah naik. Kalau dulu untuk consultation RM50, pastu baru ditambah service fee yang lain (scan etc etc). Tapi sekarang, each pregnancy check up akan terus dicaj RM200. Tak termasuk 4D scan yer.. So, untuk first visit ni fee kami RM203, termasuk print gambar 2D scan.

Nasib baiklah tak datang tiap-tiap bulan, datang bila nak scan je. So tak terasa sangat. Cadangkan jugak dekat hubs untuk scan dekat tempat lain, which way cheaper tapi so far hubs masih nak stick dengan Dr Ng. Tak taulah kalau dia berubah fikiran akan-akan datang. Nampaknya mommy kena try usha-usha klinik yang ada ultrasound canggih tapi harga yang lebih ok, tu pun kalau rajin lah kan :p.

Wednesday, July 1, 2015

No More Tandem Swing

Usually kalau nak naik buaian, mommy akan pangku Shazrie Iman (except buaian yang memang untuk babies). Tapi masa main dekat playground petang tadi dengan daddy, for the very first time, Iman naik buaian sendiri! I mean tak tandem dah. Biasalah, ayah-ayah berani sikit nak ajar lasak-lasak ni.. Kalau mak-mak, takut terjongkang lah, jatuh lah. Huhu. Tapi walaupun pertama kali, Iman takde terjatuh. Siap pandai lagi nak break kaki kalau nak berhenti *Proud mommy*

Wednesday, June 3, 2015

Baby Steps!

Shazrie Iman dah mula melangkah 3-4 tapak dalam seminggu. And finally, Alhamdulillah, tanggal 3 Jun 2015, genap Shazrie Iman 1 tahun 1 bulan 2 minggu, dah boleh berjalan..! And the best thing is, macam saje je dia nak tunjukkan dekat mommy and daddy dulu, time tu takde siapa dekat dalam rumah. So excited and gelak sakan lah kami laki bini..

Excited jalan sampai seluar londeh pun dah tak kesah dah

p/s: Nampaknya mommy dah underestimate Iman. Mommy expect Iman lambat lagi jalan, dalam setahun setengah (macam mommy heheh). You go boy! *Proud mommy*


Wednesday, March 25, 2015

Current Skills : Turun Katil Sendiri

Yeay! Finally at around 11 months Shazrie Iman dah pandai turun katil sendiri. So kurang risau kalau tinggalkan dia atas katil sorang. Tapi as beginner, still kena tengok-tengokkan while dia berusaha nak turun katil sebab ada chance untuk terjatuh. Takpe, practice makes perfect :).

Dah pandai turun katil, maknanya dah pandai memanjat. Kalau tangga dekat rumah nenek, laju je dia dah sampai tingkat atas. Nasib baiklah tangga dekat rumah Tokwan ni tersorok sikit.. Tapi yang jadi mangsa, cermin meja solek dalam bilik. Pulak tu kite ada letak satu plastic box dekat depan meja solek tu. Ha.. Budak bijak ni panjat la box tu, sebab nak tengok muka dia dekat cermin. Senyum-senyum, gelak-gelak, main-main macam dah takde tempat lain dia boleh main. Sabar jelah nak..

Berjalan bila pulak Shazrie Iman?

Tuesday, December 16, 2014

Current Skill : Merangkak

Lama kami tunggu Iman pandai merangkak. And finally, lagi 4 hari nak masuk 8 bulan, Iman pandai pon! Walaupun agak lambat berbanding baby lain, tapi still dalam range yang normal. Agaknya nak pandai before berjalan ke Hatyai huhu. Cumanya, kalau dulu mommy selalu dengar orang kata baby akan pandai merangkak gostan, tapi so far Iman takde pulak merangkak gostan. Ke depan je..
Bila dah pandai merangkak, Iman pun secara tak langsung dah reti duduk.. And duduk pun Alhamdulillah so far Iman takde lagi terlentang ke belakang. Steady je..

Next milestone : bertatih. Dalam firasat mommy, Iman pandai jalan lambat jugak kut.. Takpelah, daripada mana ntah mommy pernah baca stated that, lagi lama baby merangkak, lagi rangsang otak jadi pandai. Its ok baby, take your time.. Mommy and daddy will not pressure you.. :)

Friday, September 26, 2014

Current Skill : Menelentang

Masa pergi klinik untuk inject 5 bulan agak sedih sebab tak boleh nak tulis 'Ya' dekat column baby dah boleh meniarap and menelentang sebab memang Shazrie Iman dah lama boleh meniarap. Tapi tak nak telentang balik tu takda tunjuk tanda-tanda lagi.. *Sabar mommy..*

And finally, pagi tadi masa mamai-mamai bangun tidur, hubs yang tengah layan Iman bagitahu yang Iman dah pandai menelentang! (Tapi mommy missed the first action huhu).

Tengahari pulak, taknak biarkan mommy kecewa sebab terlepas newest skill Iman, lagi sekali Iman tunjukkan yeay! *Proud mommy*

Tapi tu jelah setakat harini hihi. 

Nampaknya another skill unlocked :)

Monday, August 18, 2014

Current Skill : Masukkan Jari Kaki dalam Mulut

Today, Shazrie Iman achieved another skill : Masukkan jari kaki dalam mulut. Tapi sekali jela buat. Tu pun masa nak bersiap lepas mandi pagi, sebelum pakai pampers. Maybe sebab takde pampers so senang sikit nak tarik kaki tu ke mulut :)

Kata orang tua-tua, kalau baby buat camtu maksudnya nak adik. Now? Not yet dear Shazrie Iman sayang.. Awak pun mommy bersilat lagi nak uruskan. Haha. 

Tuesday, March 18, 2014

9months Sickness

Bukan nak merungut, tapi betullah kata orang, once kita dah experienced sendiri kendong anak dalam perut, kita akan lebih appreciate dengan mak-mak di dunia. Huhu. Penat, yes memang penat. Nak bergerak, duduk bangun susah. Nak berjalan susah. Letih, sakit kaki, sakit pinggang, sakit belakang tak kira masa. Kaki jangan kata, bengkak dah macam kaki dinasor. Rasanya bukan kaki je kut, tangan pun dah susah nak genggam. Jerawat dekat belakang badan dah naik ke leher and tepi-tepi muka. Tunggu masa je nak penuh satu muka. Harap-harap taklah sebab nanti bertambah comot muka mak buyung ni :p

Kalau tengok dari segi berat badan, dah hujung-hujun ni berat naik sikit-sikit, tak mendadak. Sebab kurang makan! Hurmm kurang makan dari segi portion. Tak boleh nak makan banyak-banyak sangat dalam satu masa, nanti boleh heartburn. Once dah pedih ulu hati, lagi lah buat apa pun rasa tak sedap tekak. So better makan sikit-sikit, tapi kerap..

Tidur malam, memang dah susah. Ok bukan malam je, tidur bila-bila siang malam pagi petang haha. Susah dari segi apa, ke kiri salah, ke kanan salah, telentang lagi la salah. Semua serba tak kena, tak selesa. Baby dah penuh dalam ruang yang ada. Pastu bergerak-gerak kicking bagai. So bila tersilap position je, or baby aktif sangat, aduiii terasa betul sakitnya. Nak-nak kalau terkena tulang rusuk. Boleh nak termenitis jugak lah air mata. Kalau rasa kaki baby macam 'tertekan' dekat certain part, urut-urut mintak dia jangan mengeras dekat part tu. Kadang-kadang suruh hubs yang pujukkan. Tapi sekarang ni, baby dah mula menekan-nekan ke bawah, maybe dah nak masuk lorong kut. So lagi lah terasa sakit dia. Belah atas perut rasa kaki tengah menunjang. Belah bawah ari-ari pulak rasa sengal semacam.. 

Kadang-kadang terfikir, kalau sekarang ni dah sakit macamni, boleh ke aku nak tahan rasa sakit nak bersalin nanti. Arghhh serious nervousssss. Mudah-mudahan dipermudahkan lah semuanya...






Friday, February 14, 2014

3D/4D Scan for Second Time

Since dapat call untuk pergi KK next week, terus ajak hubs pergi O&G by this week. So, tadi pergi dengan hubs. Tunggu agak lama sebab sampai-sampai Dr Ng still tak masuk lagi, padahal dah pukul 11.15am! Lepas 10 orang patient, baru turn kami *jenuh tunggu*. Takpe-takpe, maybe ni last jumpa Dr Ng sebab decide nak bersalin dekat Hospital Serdang je, so stick check up dengan KK jelah...

Bila dah turn kami, as usual, Dr Ng akan tanya condition mommy and baby, and scan.. Kalau last visit muka baby tak clear sangat, harap-harap kalini dapatla tengok jelas. Tapi nampaknya bukan rezeki kami lagi.. Hukhuk. Nampak muka baby, tapi kurang jelas. Sebab apa, sebab baby asyik bergerakkkkk je. Bergerak, mengunyah. pastu tak sudah-sudah menguap! Haha. Macamana nak tengok jelas. (Nampak sangat baby kuat makan and tidur, macam mak nya. Kuikui)

Tang muka tak jelas, tapi tang tuut, jelas gila! Haha. Dr Ng tunjuk mana part penis and 'telur', memang nampak terang dan jelas, dah tak boleh nak pertikaikan lagi anak lelaki ke perempuan. Hehe. 

Ni lah genital part yang clear gila. Haha

Eventhough muka baby tak berapa jelas, tapi bak kata hubby, bibir baby ikut bibir mommy, tebal! Haha. Kite cakap apa, "He's gonna be a good kisser" Opssie" :p. And Dr Ng lagi sekali stresskan yang dagu baby ikut dagu daddy. Ish buat tak sabar nak tengok combination muka kami in real! *Sabar sabar, few weeks lagi*

Itu saja.. So, total cost for today : RM200 (RM150 scan + RM50 consultation)

Wednesday, February 5, 2014

Fifth Appointment (7th Month)

Check up harini kena repeat MGTT, so kena puasa and minum air gula lagi! Hubs anta pagi-pagi since tak nak dah drive sendiri :p. First time rasa orang tak berapa ramai masa sampai. Maybe awal lagi kut.. So proses pun tak lama, tunggu sekejap je dalam 15min dah kena panggil untuk amik darah before and minum air gula. Dulu rasa takdelah hazab sangat nak perabihkan air gula secawan tu. Tapi kali ni perghhhhh rasanya pekat gila kut!! Sampaikan tanya nurse sama ke tak sukatan glukos dulu. Nurse kata sama je tapi ntah kenapa tah rasa siksa betul nak minum sampai habis. Dah lah tak boleh nak bilas dengan air masak (lupa bawak!) dalam 2 jam. Aduhai...

Lepas dah minum air gula, as usual pergi urin test and blood test before jumpa nurse bilik 11. Harini nurse lain pulak, tak sama macam last month. And I think she's better than yg last month. Harap-harap stick dengan dia la sampai beranak. Huhu. Berat kite dah 60.3kg ya... Sudah cecah itu nombor enam.. Huhu. Blood pressure rendah tapi still dalam range normal. Hemoglobin count turun! 10.5 - thanks to tak makan pills and kerang hahaha. Nasib baik nurse tak bising cuma dia hairan kenapa turun (of course tak bagitahu dia yang kite tak makan pill huhu) and suruh try tukar cara pemakanan pill : Iron an hour before meal, obimin an hour after meal. Then suruh perbanyakkan makan hati ayam, ikan bilis, ikan laut, jambu batu (i loike!) etc instead of kerang je.. 

Heartbeat baby normal and position Alhamdulillah, masih cephalic. Oye, bermula hari esok, dah kena record time baby kicking ya... Kena catat dalam buku pink setiap hari, 10 kali within 12 jam (9am-9pm). Tanya jugak nurse macamana nak tau movement yang mana nak kira, sebab yela kadang-kadang kite rasa baby mcm kicking, tapi kadang-kadang macam bergolek-golek, susah nak compare kan. Nurse kata buat masa ni kira je any movement. Bila dah masuk 32 weeks baru kena betul-betul alert untuk kicking sahaja.. Harap-harap mudah lah.. 

Then jumpa Dr untuk repeat scan. Dr sangat muda.. Rasanya lebih kurang umur kite or lagi muda kut? Time scan, Dr cakap menda yang sama, position baby cephalic, tapi still ada possibility untuk tukar position. Mudah-mudahan tak lah.. Saja tanya Dr tu macamana nak maintainkan position baby camtu je tapi dia pun tak tahu haha. Dr just cakap kena banyakkan berjalan kut.. :). Baby jangan nak pusing-pusing lebih-lebih ye.. Dr tanya dah tau gender ke, kite cakap lah dah. Dia kata boy, and serentak dengan tu kite pun cakap lelaki. Haha. So memang confirmlah lelaki kut. 3 kali dah ni scan cakap lelaki... :p

Setel minum air gula, setel jumpa nurse, setel jumpa Dr and scan. Next, jumpa dentist plak. Bahagian dental dekat tingkat atas, orang tak ramai.. Tak sampai 10 orang. Tapi time nak register tu amik masa jugak lah.. Tak tau kenapa staff yang register tu lama sangat nak isi card kite. Yang pasti, jumpa dentist lagi cepat daripada proses register. Tak sampai 10 saat kut! Baring dekat kerusi, dentist belek-belek gigi kiri kanan atas bawah sambil cakap apetah dekat nurse sebelah dia (dental term), nurse tu catit-catit dekat card kite then tadaaaa siap! Haha. Kite siap tanya nurse dah setel ke? Sebab pelik kejap gila! :p

Setel semua, tinggal 10 min je lagi untuk cukup 2 jam and amik darah after. Tunggu lah kejap. 10.45am kena panggil, amik darah and as usual nurse kata kena tunggu dalam 2 minggu untuk tahu result (harap-harap normal lah!). Lepas tu amik pill (lagi!) and tunggu hubs datang amik..

Suka check up kali ni sebab tak menunggu lama. Sampai dalam kol 8.15am, 10.50am dah setel. Sementara tu macam-macam buat so tak terasa sangat...

Oye, ada satu cerita pelik berlaku :p. Sementara tunggu hubs, pergi dekat gerai yang ada sebelah klinik untuk beli air nak buat bilas tekak yang tak sedap kena telan air gula. Masa nak bayar, cashier budak perempuan (I think she's younger than me) mintak no phone? Pelik ok! So tanya lah untuk apa. Dia kata untuk berkenalan. Hahaha. Nak tak nak, bagi jelah. Terfikir nak bagi fake number, tapi tak sampai hati la pulak.. So bagi jela number betul.. Dia kata nanti dia msg/ miscall. Kite iye kan ajelah *Still blur sebab pelik sangat!*

Hubs sampai-sampai terus cerita dekat hubs. Hubs kata maybe dia nak jual any MLM products kut e.g Shaklee, Herbalife etc.. Oh ok.. Make sense jugak. Takpelah kite tunggu jelah ye.. :)

Friday, January 31, 2014

29 weeks!

Happy Chinese New Year! *tetibe*

Bangun harini, as usual check hp. Ada notification dari one of my pregnancy apps, bagitau yang kite already reached week 29! Oh gosh.. Pejam celik pejam celik, tak sangka dah nak dekat dah... Seminggu lagi dah mula dengan angka 3 pulak (30weeks). Terus cakap kat hubs nevesnyaaaa.. Huhu. So, apa perkara menarik yang berlaku sekarang ni :

1. Baby dah mula mengeras! Taktaulah betul ke tidak 'term' mengeras ni, tapi yang pasti, perut rasa tak selesa. Kalau tengah duduk tu, kena duduk menegak je. Rasa macam baby tengah mengeliat, tapi dalam tempoh yang lama (few seconds)

2. Constipation, or sembelit! Previously kite bukanlah orang yang kena hari-hari or tiap-tiap pagi 'melabur' hahaha. Walaupun makan banyak serat etc. Sekarang ni, boleh dikatakan hari-hari kena! Pastu payah pulak tu! Punyalah makan macam-macam buah including pisang berkoyan-koyan tapi tetap tak smooth *Sigh*

3. Jerawat di badan. Muka tak kena, tapi belakang badan mak aihhhh.. Boleh dikategorikan teruk. Memang dari awal hubs pernah cakap belakang badan banyak naik jerawat tapi ingatkan biasa-biasa je.. (Tak nampak lah katakan..). Bila ada balik rumah ibu last weekend, ibu perasan and tegur.. Ibu kata sama macam dia dulu pregnantkan Boy, badan 'kotor'. Kira pembawakan budak.. Nanti bila dah deliver, bersih balik.. Tapi ibu kata dia lagi teruk, 1 badan kena. Now, bila tengok-tengok balik, dekat area leher and dada dah ada sikit-sikit. Tak puas hati ini ke yang dikatakan jerawat yang sama macam dekat belakang badan, mintak hubs amikkan gambar bahagian belakang macamana rupa dia. Memang teruk!!! Harap sangat lah hilang nanti bila dah bersalin..

4. Mengidam pulut ayam : completed! Semalam masa tengah jalan-jalan cari makan dekat Sg. Besi, terjumpa warung jual pulut ayam. Hubs belikan sampai 3 bungkus! Mana tak, punyalah lama dah mengidam nak makan pulut ayam. Nak balik Perlis, semata pulak kan.. Hubs pernah search dekat internet, dia kata ada warung area Kg. Baru ada jual pulut ayam. Tapi masalahnya, bercinta kami nak ke sana. Kite ok lagi, faham-faham jelah orang lelaki.. Kang meradang dengan jem and nak carik parking. Huhu. Tu yang bila dah terjumpa dekat Sg. Besi, terus 'borong', eventhough tak tau rasa dia macamana :p. Rasa dia ok. Kira kalau bila-bila teringin nak makan pulut ayam, boleh lah.. Dah tau spot mana nak cari.. Harga pun standard, RM5. Sekali rupa-rupanya harini mak mertua memang dah plan nak buat pulut ayam! Haha. Bila dah dapat tu, makan tak sudah.. Dari semalam, bawak ke harini, seharian melantak pulut ayam! Melantaklah kau puas-puas. Nak sangat kan.. Huhu.


Tuesday, January 21, 2014

4D Scan

Semalam pergi check up dengan my gynae dekat Kuchai Lama.. First time pergi klinik malam. Biasanya pergi siang. Klinik ni siang malam sama je ramai. Cuma kalau pergi malam, senang sikit nak dapat parking. Kalau siang, perghh.. Tak pusing few times, tak sah!

Tunggu dekat sejam jugak baru kena panggil.. As usual Dr Ng akan tanya condition and akan scan.. Before ni scan 2D je.. Tapi saje tanya dengan Dr pasal scan 4D, bila sesuai nak buat since kalau dekat Klinik Mediviron Serdang, dia suggest minggu ke 27.. Dr cakap nak sekarang pun dah boleh.. Tapi dia nak tengok dulu position baby..

Mula-mula Dr Ng scan 2D dulu, ukur apa yang patut (kepala) and tunjuk tulang belakang and paha.. Dr tanya dia dah pernah bagitau gender kan before ni. "Yup, its a boy" :). Tapi kite mintak Dr double confirm kan haha (takut kang beria beli barang and baju baby untuk baby boy, sekali yang keluar girl, dah lari tune pulak :p). Dr ok je.. Siap buat lawak confirm baby boy. Kalau baby girl, dia kasik check up untuk arini free of charge haha. Punyalah over confident Dr Ng ni :p. So dia tengok dekat bahagian genital and confirmkan memang baby boy.. Siap tunjuk mana burung, mana telur (haha!) tapi kite tak dapat nak faham apa yang dia tunjuk tu, tak boleh nak imagine *sengal*

Then Dr tengok balik kepala baby untuk buat 4D. Dr kata position kepala baby dekat sangat dengan rahim, tapi dia cuba tengok boleh nampak tak muka baby. Nampak! Tapi tak berapa jelas sangat..

Sneak peek.. :)
Subhanallah.. Dengan teknologi sekarang, before bersalin dah boleh tengok muka baby kite.. Walaupun tak jelas, tapi hey thats our baby! Yang selalu 'berenang-renang' dalam perut mommy :). Time scan ni, baby behave je.. Not sure tengah buat apa tapi mata pejam and dua-dua belah tangan pegang pipi kiri kanan. Tidur kut.. How cute!! :). Dr kata dagu ikut dagu daddy *sambil usha dagu kite and dagu hubs haha*. Tengah godek-godek, tiba-tiba baby bukak mulut! Besar pulak tu.. Menguap agaknya hihi. Dr yang excited lebih. 2 kali baby bukak mulut :o. Dr still try godek-godek lagi untuk dapatkan image yang lagi cantik. Lagi sekali baby buat surprise, senyum dekat kami. Baby tahu ye kami tengah skodeng dia.. Hehe. Unfortunately, time baby senyum tak sempat nak record.. Sekejap sangat. Tak ikhlas ye.. Takpe-takpe.. Mommy daddy boleh tunggu :). 

Nampaknya takde rezeki kitorang nak dapat image yang sharp since muka baby dekat sangat dengan rahim.. Dekat sangat macam muka tertepek, pastu hidung pun penyek je masa tengah scan tu kalau tengok dari view depan. Haha. Takpelah. Untuk kalini, apa yang nampak tuh dah cukup.. Nasib baik baby still nak tunjuk muka dia, tak malu-malu.. :)

Lepas dah scan, Dr nak bagi injection tetanus. Kite bagitau yang kite dah dapat injection dekat klinik kerajaan, so Dr cancel. Kite tanya Dr pasal hospital yang biasa dia refer dekat patient and costs.. To simplify, here's the point :

1. 2 hospital : Hospital Tung Shin (dekat dengan Pudu) and Hospital Pantai KL

2. Dr Ng sendiri yang akan ada masa kite deliver.

3. Cost for normal delivery : Hospital Tung Shin RM 3000, Hospital Pantai KL RM6000 (Gila mahal!)

4. Cost ni all included. Termasuk untuk baby (paed) post delivery. (Tak tanya detail apa yang included tu. Dr just cakap lebih kurang macam ni)

5. Kalau ceaser hmmm Dr tak bagitau pasal cost sebab dia kata kite takde risk untuk ceaser (Mudah-mudahan Amin!)

6. So kite tanya Dr, macamana nak tahu sama ada delivery normal or ceaser. Dr kata, biasanya pasal size and position. Size baby terlalu besar or position songsang/melintang. 

7. Dr kata jangan risau pasal size baby sebab kami dua-dua kecik hehe. So far berat baby ok je, semua normal.. Cuma kena kawal makan, jangan makan menda manis-manis sangat, boleh buat baby besar. Dr shared his latest experience, sambut baby 5.7kg ok!! Super besar! Dia pun terkejut, first time dia sambut (ceaser) baby besar tu. Hehe

8. Pasal position pulak, so far position our baby pun ok.

9. Dr siap bagitau yang biasa orang risau bersalin dekat swasta, takut gynae sikit-sikit nak ceaser (Betul. Pernah dengar pasal ni). Kalau dengan dia, jangan risau.. Dia akan cuba macamana sekalipun untuk normal delivery. Dr siap cakap, kadang-kadang tu ada patient dah tak tahan sakit sangat, terus nak mintak ceaser. Dia tak bagi. Kira ayat dia lebih kurang camni lah "Buat apa nak ceaser. Kalau awak dah rasa sakit dalam beberapa jam, tahan jelah lagi sikit.. Manatahu dalam 2 jam lagi, baby pun keluar.. So buat apa awak nak keluar duit untuk ceaser..". 

10. Tapi kalau kena ceaser jugak, on the spot kite nak transfer ke hospital kerajaan pun takde masalah.. Dia faham kalau ceaser dekat swasta high cost.

Hmm tu je kut, yang kite ingat. Bila dengar pesan Dr pasal jangan makin manis-manis, hubs apa lagi.. Itulah yang dia tekankan sangat-sangat. Tak bagi kite minum air manis, suruh minum air putih je.. Tapi masalahnya, yang manis tu yang sedap! Huk. Baru je few days before cakap dengan hubs nak makan Original Glazed Krispy Kreme lah.. Cinnamon rolls Cinnabon lah.. Caramel Sticky Dessert Domino's.. Huish semuanya memang manis tak hengat! :p. Nampaknya macam tipis je harapan nak dapat. Heuheu. Kena pujuk hubs slow-slow :p.

Pasal hospital pulak, bila dengar Dr Ng cakap macamtu (pasal ceasarian), buat kite rasa yakin. And kalau ikutkan, lagi bagus kalau dia yang ada time kite nak deliver since dia memang dah tau my history from the very beginning. Selesa and dah biasa dengan dia. Tapi the problem is, 'Hospital Tung Shin' hahaha (Hospital Pantai excluded lah kan.. Huhu). "Bersalin dekat mana?"  "Hospital Tung Shin". Alamak.. Nama dia ke-chinese-an sangat.. Hehe. Orang lain kalau boleh bukan main nak An-Nur lah.. Az-Zahrah lah.. (Nama Islamic kononnya) kite pulak, lain peginya :p. Lagi satu, the location itself. Oh noooooooo.. Memang jem nak pergi situ. Dari arah Masjid Jamek jem. dari arah Jalan Sultan Ismail or Jalan Bukit Bintang lagi lah, gila-gila jem. Kang ada kite dah tak tahan nak terberanak, tersangkut dalam jem. Huhu. So, nak consider pun, ishhhh.. (Hospital Serdang jelah ye gamaknya kite.. Huk)

Dr suruh datang lagi after few weeks, around 10th Feb. Rasanya time tu baru boleh dapat better image 4D - hopefully! Sebab mommy tak puas.. Nak tengok baby lagi. Hehe. Dapat 2 kali 4D pun cukup :). Teringin nak buat detailed scan 2D sebenarnya, tapi hubs kata tak perlu. Tak berani nak bantah or tanya-tanya lagi 
-.-

Total damage for this visit : RM285 (RM150 for 3D/4D scan including CD + RM85 fish oil + RM50 consultation)

p/s : Balik-balik rumah, hubs terus play cd. Tak sudah-sudah tengok video baby bukak mulut. Hehe *Excited parents to be*

p/s : Current weight : 58.15kg! Oh noooo

Saturday, January 4, 2014

Shocking Baby

Memandangkan bengkel besi hubs betul-betul dekat sebelah rumah in laws, bunyi bising tu memang kite da imun.. Biasalah, dengan bunyi mesin welding, mesin spray cat and yang paling kuat mesin potong besi. Pernah jugak hubs tanya ok ke baby dalam perut dengan bunyi bising.. Kalau duduk dalam rumah tu, ok lagi.. Takdelah hunyi tu kuat sangat, tak direct. Lagipun baby selamat inshaAllah dalam amniotic fluid, bunyi-bunyi kurang sikit. Bengkel pun bukanlah sepanjang masa memekak and kite pun bukanlah sepanjang masa ada dekat rumah.. Kira bunyi tu acceptable lagi..

Dari segi pergerakan baby pun kite dah mula boleh agak masa-masa dia aktif and tak.. Setakat ni kalau time dia tak aktif sangat (maybe tengah tidur kut), kalau bengkel bunyi bising, takde lah baby tiba-tiba terkejut. Kira kalau dah memang time dia tak aktif, bising macamanapun, still sama je..

Ntah macamana, nak dijadikan pengalaman, semalam kami nak keluar kejap buat few urusan. Sebelum keluar, hubs singgah tengok pekerja dia dekat bengkel. Kite pun menyebok ikut sekali. Kebetulan time kami baru je sampai dekat, pekerja hubs pun mula buat kerja potong besi.. Bunyi je, baby yang tengah duduk diam dalam perut terus bergerak secara mengejut, sampaikan kite pun terkejut dengan tindakbalas baby. Cepat-cepat kite bergerak masuk kereta, usap-usap perut untuk redakan baby terkejut kononnya :p. Kesian baby.. Terkejut ya..

So, satu pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri, jauhkan diri daripada bunyi-bunyi yang boleh dikategorikan kuat sampai boleh buat baby terkejut.

Saturday, November 23, 2013

The First Movement!

Excited gila! Tuh je boleh cakap bila first time rasa baby movement inside my womb :). Sebenarnya daripada petang 19hb dah rasa macam ada 'something' dalam perut. Tapi time tu tak berapa sure betul ke tu baby or perut yang meragam haha. But deep inside mommy's heart, it is you! Sebab rasa dia lain sikit. Bagitau hubs tapi tak berapa confirm.

The next day, rasa tu makin jelas. Dah mula dapat bezakan rasa tu bukan pasal sakit perut or perut berangin. Rasa macam 'something' cuit kite daripada dalam perut. Hehe. 

And semalam, 22hb dah mula melayan that feeling. Masa before tidur, makin aktif baby bergerak. Ambil hubs palm letakkan dekat tummy, suruh hubs focus. Suddenly 'whoop!' hahaha hubs dapat rasa! Kami terus gelak excited hehe.

Sekarang ni memang akan sentiasa rasa je that movement :). Cuma kalau petang-petang and malam-malam rasa dia akan lebih sikit. Hubs selalu curious apa baby buat dalam perut tu hehe.

Betullah kata orang, this feeling yang buat kite appreciate more about pregnancy. Buat kite tambah menghormati perasaan orang yang belum dapat pengalaman ni..