Pages

Showing posts with label Checklist. Show all posts
Showing posts with label Checklist. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Berendam di Sungai Gabai

Melayan kesukaan atok yang nak jelajah semua sungai-sungai yang ada dekat sekitar Selangor ni kononnya, kami pergi berkelah di Sungai Gabai.. Walaupun taklah berapa jauh daripada area kami, tapi ni first time mommy sampai sini. Kalau Sungai Tekala and Sungai Congkak tu pernah lah sampai. Padahal dekat-dekat je, punca yang sama rasanya (eh yeke?)

Sampai dah petang, so mandi pun tak lama.. Tapi sempatlah jugak Iman mengecutkan diri mandi air sungai yang sejuk, for the first time! Mula-mula dia bising je sebab air sejuk. Yelah budak manja ni kan mana nak mandi air sejuk.. Kat rumah asyik mandi water heater je. Kadang-kadang je bagi mandi air sejuk. Tu pun bukan main merengek. Tapi bila dah lama direndamkan dalam air sungai tu, naik syok pulak dia. Bukan setakat main tepuk-tepuk air, siap turun slide semulajadi lagi. Malu-malu kucing konon mula-mula tu eh... Ceh.

Before dicelupkan dalam air
Nampak tak budak tengah syok sendiri tepuk-tepuk air.
Aksi mencabar Iman! Huhu


Mommy percaya, mesti lepas ni ntah ke mana ceruk sungai lagi atok akan bawak Iman. Layankan jela.. Aktiviti beriadah lagipun, sihat badan :)

Monday, March 31, 2014

Beg Hospital

Setelah berkali-kali try untuk packing beg hospital, akhirnya ready pun!! Haha. Punyalah payah nak pack sebab barang-barang lain punyalah sakan beli, barang untuk beg hospital terlupa! Dengan ada few barang yang tak beli, nak pinjam je dari ibu eg kain batik and stokin, tapi dan-dan lama gila tak balik rumah Rawang untuk ambil. Sebab apa, sebab hubs busy kerja, or kami busy shopping barang baby. Ada tu, ibu pulak yang tak bagi datang sebab krisis air haha.

Try jugak google checklist mommy to be yang lain. Ada yang simple, ada yang agak banyak jugak barang yang dorang bawak. Maybe bergantung jugak dekat hospital kut.. Since plan nak bersalin dekat Hospital Serdang, and kebetulan ada kawan hubs yang bersalin dekat hospital yang sama around a year ago, so dapatlah tanya dia sikit sebanyak barang apa yang penting untuk disediakan.. 

Ada orang asingkan beg ibu and beg baby. Kite? Alah sekalikan ajer walaupun plan asal ingat nak lah beli beg baby.. Huhu. Sebab bila kite pack barang kite, muat je nak sumbat sekali dengan baju-baju baby. So buat apa nak asing-asingkan. Takut nanti leceh pulak nak bawak beg banyak-banyak. Cuma, kite asingkan lah antara baju baby and baju kite.. Lets peek what's inside my hospital bag :

Satu bahagian beg letak keperluan mommy.
Separate by zipped pocket, letak keperluan baby pulak..
As ramai mak-mak dah bagitahu, penting untuk asingkan pakaian baby untuk keluar dari labour room, yang hubs kena bagi pada nurse masa kite masuk labour room. Kite yang cheapskate ni :p pack kan keperluan tu dalam paper beg je.. Paper bag free yang dapat kenduri kawen orang. Heuheu

Takyah susah-susah ber beg bagai. Kasik paper beg ni je dah cukup, pastu nurse nak rembat (biar betul nurse nak rembat?? :p)  or buang paper bag tu pun dah tak kesah.. Huhu
 What's inside this free paper bag?

Complete set pakaian baby..



So inilah dia yang perlu diangkut ke hospital nanti.. Ada jugak siapkan bakul untuk bekalan makanan (atas pesanan orang-orang). Bakul tu pun pinjam ibu punya. Heh.

Ikutkan kite sebenarnya nak bawak barang banyak-banyak.. Mana pernah packing barang sikit kalau travel.. Macam-macam nak bawak. Tak payah cakap pasal travel, kalau nak balik Rawang untuk 1 malam pun beg penuh haha. Tapi since tak nak nampak 'meriah' sangat untuk beg hospital, so kite try sebolehnya untuk bawak sepenting yang mungkin. Kalau ada pape yang tak cukup, kenalah ada runner amikkan dekat rumah. Nasebaiklah dekat je rumah-hospital. Cuma nasiblah dorang jumpa ke tak. Mana-mana yang dikira penting memang kite dah letak dekat tempat yang mudah orang nak cari..

Untuk checklist, boleh tengok dekat sini 




Checklist Beg Hospital

For mommy's stuffs
- T-shirt (2)
- Kain batik (3)
- Bra (2)
- Longpants (1)
- Tuala mandi (1)
- Stokin (2 psg)
- Pad 1 pek overnight (16 pcs)
- Disposable panties (17 pcs)
- Disposable bra pads (3 psg)
- Washable bra pads (2 psg)
- Selipar bilik

Toiletteries
- Body wash
- Shampoo
- Toothbrush + toothpaste
- Facial wash
- Getah rambut
- Hand sanitizer
- Minyak panas (krim mustajab)

Keluar hospital
- Baju berbutang depan (1)
- Sweater (1)


For baby's stuffs
- Seluar and baju lengan panjang (1 psg)
- Seluar panjang and baju lengan pendek (1 psg)
- Jumper (2)
- Barut (4)
- Kain bedung (1 hooded, 1 tak)
- Mittens & booties (2 psg)
- Topi (2)
- Sapu tangan (1)
- Wet wipes (1 pek = 70 pcs)
- Newborn pampers (10pcs)
- Botol susu kecik 
(Atas nasihat beberapa mak-mak, incase susu takde or sikit masa baru-baru bersalin. Yang ni kena sembunyikan, jangan bagi nurse nampak. Nanti kena marah/buang huhu)

Beg masuk labour room
- Seluar and baju lengan panjang (1 psg)
- Barut
- Bedung
- Mittens & booties (1 psg)


Bakul makanan
- Thermos (air panas boleh mintak nurse)
- Kurma
- Kismis
- Biskut
- Milo 3in1
- Air zam-zam

Saturday, March 15, 2014

Update Keperluan Yang Dah Dibeli

Selagi tak beranak, selagi tu ada je barang yang nak dibeli.. Nasib baiklah baju/pakaian baby dah boleh tutup buku huhu. So we more focused on keperluan am lain untuk baby and mommy.. Pantang pergi mana-mana, tak kisah lah Jusco ke, Aeon Big ke, Giant ke, or even Econsave, kalau sempat beli, beli apa yang perlu.. Since mommy dah tak berapa larat nak jalan banyak-banyak, lama-lama, so mana yang berkesempatan, capai jelah...

Antara barang yang dah dibeli : 


Hair brush (RM7) , infant cotton buds(RM2.80), wet tissues (RM16.90), nail clipper (RM6.90) and grooming sets : powder, syampoo, lotion and shower bath (RM8.50). Grooming set tu memang saja beli travel pack punya (paling kecik pulak tu :p) sebab nak test dulu.. Takut-takut baby tak sesuai then tak rugi nak tukar yang lain. Lagipun, manatau orang bagi banyak as hadiah.. Huhu perasan pulak, macam ada je orang nak beri :p


Baldi (RM6.59), kids hanger (RM3.59) and newborn pampers (RM27.90). Untuk kite pun ada lah beli sikit-sikit as persediaan such as disposable panties (RM7.50), overnight pads (RM12.95 for 2packs of 16pcs) to replace maternity pads and a few new tshirts (RM15-RM19 selai), long pants (RM14.99) and panties (RM20 untuk 7 helai). Semua cari yang murah-murah je hehe. Saja beli baru since hubs suruh beli :). Oye, water spray beli dekat Daiso (RM5). Nak cari color hijau takde pulak so beli jela color biru.. Lari tema huhu.

Total perbelanjaan : RM208.62

That's all for my record now! Barang almost complete. Lega sikit hati. Maybe after ni boleh pack bag hospital pulak :).

Thursday, February 6, 2014

Third Trimester Sickness?

Ohyeah.. Selain as in my previous post, I discovered another sickness :

1. Swollen leg. Ibu yang perasan kaki dah membengkak masa balik rumah last weekend. Pasal kaki sendiri, so tak reti nak bezakan. Tanya hubs, baru la hubs perasan yang memang kaki dah membengkak (and mula la jadi bahan kutuk dia ceh). Tapi hubs sangat baik hati, tolong urut-urutkan kaki walau tanpa disuruh :) and time tido dia yang tolong letak bantal untuk tinggikan kaki. Kalau ikut kite, ngantuk je terus tidur. Takdelah nak setting-setting bantal bagai. Haha. I love u sayang!

2. Perut mengenyam gilaaa. Sebelum ni takdelah gatal sangat. So sapu minyak (Bio-Oil, ni je minyak yang dah ada dekat rumah hihi), tu pun kadang-kadang je bila rajin and teringat. Tapi sekarang ni, kena tonyoh banyak-banyak setiap kali lepas mandi. Itu pun boleh mengenyam juga. Tak tertahan betul. Takut sangat nanti perut buruk dengan stretch mark tapi bila dah sampai 'seru' kegatalan tu, boleh galak tergaru jugak.

3. Sakit pinggang and sakit belakang. Tak boleh nak jalan lebih sikit, dah mula sakit pinggang. Duduk pun kena bersandar and dengan postur yang betul. Kalau tak, sakit betul belakang. Hubs lah jadi mangsa untuk tolong urutkan. Tapi faham-faham jelah, bila kite mintak tolong dia urut time dia busy buat kerja lain or tengah tidur, cuit je lebih. Bukan urut. Boleh bikin sakit hati jugak :p. Tapi sabar jelah.. Dah orang nak tolong tu tak payah nak bising-bising sangat :p. Luckily masa balik rumah ibu, terjumpa si ladybird. Lepas ni senang dah. Suruh hubs guna menda ni je.. 

Thank you puppy! (as in Minions Despicable Me short video :) )

4. Berjalan ala mak buyung. Haha. Ni another bahan lawak hubs. Dia kata gaya kite berjalan ni dah macam mak-mak mengandung (Haruslah, dah mak ni memang mengandung! haha). Sendiri nak tengok, macamana pulak la kan.. So kite imagine macam kalau pregnant Sims (game) berjalan. Memang ada 'style' haha. Maybe I need to ask hubs to record a video gaya kite berjalan. Untuk kenangan.. Hehe.

5. Pusat semakin tersembul! Pusat kite jenis ke dalam. Tapi bila dah perut makin membesar, makin tegang, makin tersembul keluar. Dah tak boleh nak cover-cover lagi kalau pakai baju or dress yang material boleh nampak pusat terkeluar. Kadang-kadang tu 'redha' jela.. Malas dah nak adjust-adjust untuk cover. Huhu.

6. Kuat tidur. Before ni memang kaki tidur pun..:p. Tapi sekarang ni lagi lah kuat! Pantang baring sikit, mesti terlelap. Punya dahsyat tu, eventhough da tidur for 2 hours plus, terjaga around 2 hours, boleh tidur balik.. Hish dah tak tau nak control camne.


Oh just nak update :p, haritu pergi Tesco Puchong, terjumpa mittens and booties brand Pureen, 6 pasang (3 pasang mittens and 3 pasang booties) RM 9.90 sahaja! Lagi murah ok daripada dekat expo! So mommy apa lagi.. Sapu lah... Huhu. Now, dah cukup dah, dah boleh nak strikethrough

Mittens and booties

Tuesday, January 28, 2014

Shopping (Lagi?!) di One Utama

Balik rumah ibu weekend ni saja ajak berjalan ke One Utama.. Lagipun Angah nak ke KLCC. Daripada ke KLCC, lebih baik lah ke OU. KLCC tu tak boleh nak beli apa sangat! :p. Bila dah plan nak ke OU, berhajat nak ke Toys R' Us, since hubs kata Toys R' Us kat OU besar compared to dekat Midvalley. Bukan nak carik toys (not yet ofcos!:p) tapi nak survey travel system.. Tapi malangnya, kecik je.. Banyak jual toys.. Dah lain berbanding yang hubs imagine. Location pun dah beralih. (Kami jaraaaaang pergi OU. Besar sangat! Kalau pergi pun just untuk tengok wayang). Better lagi yang dekat Midvalley. Agak kecewa di situ. Tapi, bukan kami pulang dengan tangan kosong. Biasalah, macam orang lain jugak, selagi tak beranak, selagi tu lah kalau pergi mana-mana mesti nak jugak usha barang-barang baby, then terbeli. Dapat beli satu pun jadik :p. So kami termenyinggah Jusco and terbeli (ter lah sangat) all these items :

Hooded towel, nappy pants, nappy pins and liquid cleanser. Price satu-satu tak ingat, malas nak korek resit. Tapi total RM 64.35. All items, except towel ada discount.

Yes! Bertambahlah barang yang boleh di strikethrough daripada checklist :

Baby towel
Nappy pants
Nappy pins
Bottle organic cleanser


Untuk nappy pants, ibu kata sehelai cukup since dah ada cloth diaper, so boleh guna jugak dengan reusable napkin.. Plus takut nanti hujung-hujung, mak pak ni malas dah nak bernapkin bagai, pakaikan pampers saje! (Harap-harap taklah.. Kena cekalkan hati demi berjimat-cermat. Boleh ke? Huhu). Untuk liquid cleanser, main beli je since tak pernah jumpa botol kecik. Biasanya yang botol besar-besar or refill packets. Kite fikir buat apalah nak beli besar-besar sedangkan tak selalu pakai (due to azam nak breastfeed).

Ohye, again, nenek belikan baju lagi untuk cucu! 


Terima kasih nenek.. Makin bertambah lah baju baby.. Huhu

Saturday, January 25, 2014

7th Maternity & Children Expo Jan 2014

Expo yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Time expo dekat PWTC few weeks ago, takde pengalaman so tak reti nak start nak membeli.. Kalini dah boleh bayang dah macamana and apa yang nak beli.. Honestly, quite put some high expectation untuk expo dekat Midvalley ni since kami pernah pergi masa November lepas. Bila tengok participants pun, ada few well known brands yang join, especially our main target : Graco. So kononnya suruh lah hubs ready pocketly and mentally hahaha. Tapi malangnya, tak seperti yang kami expect.. Tak variety sangatlah, tak sama macam November punya.. Kami plan nak usha playpen, collapsible baby bath tub and travel system Graco tapi satu pun tak berhasil. Kami tak jumpa collapsible baby bath tub yang dah di-aimed. Playpen tak banyak choice (ni takpe sebab saja je gedik nak usha.. Mommy nak co-sleep dulu for few years :) ). Dekat booth Graco, memang ada few travel system tapi takde yang 3-wheel.. Dah tanya, dorang kata dorang memang takde yang 3 wheel.. Keciwaa.

Tapikan.. Tak best-tak best pun, 2 kali kite pegi youuuu.. Haha. Mulanya pergi hari Jumaat (sebab dah tau weekend confirm ramai orang) tapi kami sampai dah agak lambat since hubs habis kerja lambat. Orang boleh tahan ramai jugak, tak macam masa pergi expo PWTC dulu. Maybe sebab dah lambat kan.. Ada yang parents lepas kerja terus pergi ke.. Tak kisahlah tuh. So, sampai-sampai, tawaf semua hall dulu baru nak membeli. Ada lah beli sikit-sikit tapi tak belek sungguh-sungguh sebab nak 'scan' dulu heuheu. Yelah, ku sangkakan expo sampai pukul 10, or atleast 9.30pm, sempatlah masa yang ada nak tawaf 2 kali..Rupa-rupanya pukul 9pm tutup daaa... Tak sempat lah mak buyong ni nak tawaf kali kedua. Dekat-dekat pukul 9pm tu booth dah mula kemas-kemas. Nak belek-belek pun dah tak syok.. Walaupun takdelah nak beli apa sangat, tapi bila plan dah lari, jadi hilang terus mood. Bergenang lah jugak mata ni *mengada-ngadanyaaaa!!*. Time kami nak keluar tu, pintu hall pun dah tutup, just lalu 1 pintu kecik. Huhu. Nasib baik tak balik dengan tangan kosong malam tu. Ada jugaklah hasil kami sikit.. :

Sepasang RM 5. 3 pasang RM 10. Kalau ikutkan nafsu nak amik lebih. Hihi.
1 item RM 3 kut.. Dapat sepasang mittens and 2 topi :)
Hasil tangkapan dekat booth Pureen. Baju/seluar selai RM 8. Beli 7 helai (3 pasang + 1 baju). Topi RM 5. Mittens and booties sepasang RM 5. Total : RM 71
Barut ibu dah belikan banyak and pesan just cari 1 or 2 helai lagi.. So beli lagi 2 je, 1 helai RM 5.

Total for our 1st visit : RM 100 ngam-ngam

Balik, fikir punya fikir, cakap dengan hubs rasa macam nak pergi lagi expo tu sebab tak puas hati huhu. Tapi memandangkan hubs kerja, plan nak ajak adik ipar, Syamimi. Kira kalau Syamimi free and nak, pergi lagi sekali. Tapi kalau dia tak free, tak pergi pun takpe.. Sebab seriously takde lah dah aim apa-apa.. Cuma saja nak memuaskan hati sendiri :p.

Maka, dengan izin suami dan kerajinan adik ipar, kite pergi lagi Midvalley tadi! Untuk ulang tawaf yang tergendala semalam. Haha. Orang, memang ramai... Ramai dengan orang, pastu tambah lagi bersesak dengan stroller baby. Ramai yang usung stroller bukannya ada budak. Tapi untuk letak barang-barang shopping diorang. Tak considerate betul.. Stroller dah lah bagak-bagak. Macam-macam perangai manusia.. Huhu. Tapi pergi harini pun banyak sauk baju jugak! Macam dah kena rasuk dengan hantu baju pun ada. Wahaha :p.

Sepasang RM 10. 4 pasang RM 30. Apelagi, sapu....

Ni baju versi bodek mak ayah. Haha. Sehelai RM 20. 3 helai RM 50. Material ok, printing pun cantik, kira high quality lah. Ada jumpa jual online 1 helai RM 23, 6 helai RM 100. Nasebaik beli.. Huhu
Rompers lagi! 3 helai RM 20. Sapu jugak.....
Baby hooded towel. Dapat RM35.

Actually untuk towel, hajat di hati nak beli yang set 2 or 3 helai, murah sikit. Tapi kalau dah set-set macamtu, tak boleh nak pilih-pilih.. Kena terima je apa yang ada.. Mommy ni pulak cerewet. Dalam 1 set ada 1 yang tak berkenan, terus tak nak. Last-last beli la ala-carte walaupun a bit pricey compared to set :p. Dalam banyak-banyak, berkenan yang ni sebab tema dinosour huhu. Plus dia bercorak, tak macam kebanyakan towel, just ada gambar dekat hood dia je, the rest plain. Nantilah bila baby dah rasmi baru tunjuk part yang bercorak tu :)

So total damage untuk our 2nd visit : RM 135.

Balik, bila dah tengok semua barang, baru perasan baju baby dah banyak sangat ni. Huhu. So memang dah kena stop daripada beli baju/pakaian. HAVE TO!

Barang-barang yang dah boleh strikethrough daripada checklist :

Baju shortsleeve + seluar pendek
Baju longsleeve + seluar panjang
Baju lubang-lubang (pendek)
Baju lubang-lubang (panjang)
Jumpsuit
Romper
Topi
Barut
Bedung/swaddle blanket
Blanket/receiving blanket
Bib (Buat masa ni satu cukuplah kut.. Baby boleh lap-lap lagi guna towel/handkerchief



Dah banyak barang especially regarding pakaian dah ada. Tinggal nak cari few eg mittens booties lagi sepasang dua and towel lagi satu. Lepas ni boleh focus pada barang-barang lain including mommy's :)

Tuesday, January 14, 2014

Shopping Lagi..

Tengahari tadi tiba-tiba dapat message dari ibu, dia and angah nak pergi Midvalley.. Since kite tengah free and tanya hubs, hubs izinkan pergi jugak.. Hmm hubs pun nak ikut sekali pergi haha. 

Asalnya takde plan pape pun.. Just nak jumpa dorang and pusing-pusing and makan-makan. Tapi terfikir nak pergi cari barang baby sikit sebab based on experience shopping time baby expo aritu, kalau beli sikit-sikit, takdelah terasa sangat duit keluar beratus hihi. Hubs pun setuju so kami pergi Jusco.. Our aimed nak cari barang yang mungkin tak ada or harga lebih kurang time next baby expo this end of month.. Plus kebetulan ada ibu, boleh lah tanya few opinion pasal quantity barang especially baju, including how to choose the right size.. Huhu. 

Tak banyak barang yang kami beli, tapi atleast ada lah few items yang dah boleh strikethrough from my checklist. Nak beli baju-baju, time ni baru realized yang better beli time expo sebab boleh dapat lagi murah.. For example, baju yang kami beli time expo aritu, kami boleh dapat RM 12, per pair. Brand Disney lagi. Bila belek-belek tadi, 1 seluar RM 8.90, 1 baju RM8.90. So kalau 1 pair, dah RM 17.80. Tuh pun brand-brand biasa.. Harap-harap banyak lah pilihan baju murah-murah next expo nanti. Dah tau dah nak borong apa. Huhu.

Barang-barang yang kami beli tadi :


Botol Disney 2 oz (RM 8.90) - daddy pilih, napkin 8 pcs (RM 27.90), powder puff (RM 8.01, before discount RM 8.90) and changing mat large (RM 19.60, before discount RM 24.50) *take note gambar dinosour di situ huhu*

Botol tu, actually plan asal nak beli Avent or MAM, yang branded sikit huhu sebab ada anti colic. Tapi memandangkan dorang takde saiz yang super kecik macam kite nak, so beli jelah dulu botol ni.. Insya Allah, tak anti colic pun ok dengan pantauan ibu hehe. Sebab tak nak ajar baby minum botol sangat.. Beli ni pun untuk baby buat minum air mineral or air madu, buat bilas-bilas rasa.. Kesian pulak kalau asyik sumbat susu je, tak variety huhu. Tapi yang penting, botol ni BPA free..

Total damage kami untuk shopping kali ni : RM 64.40

Barang yang dah boleh strikethrough from checklist :

Botol susu kecik
Changing mat
Powder puff
Napkin (ibu kata 16 pcs dah cukup..)

Before balik tadi, angah bagi socks ni. Katanya beli dekat booth (tak tau booth mana). So, baby got another pair of socks, which not sure from mak ngah or nenek..



Saturday, January 11, 2014

1st Time Shopping Baby Stuffs! : Mother, Baby and Kids Expo Jan 2014

Eventhough still patah hati pasal hospital matters, atleast ada something yang boleh buat untuk cure the feelings heuheu. Petang semalam, kite ajak hubs pergi Mother, Baby and Kids Expo, dekat PWTC. Berbekalkan duit yang agak banyak (since tak jadi nak bayar deposit FPP sobs!) and prepared checklist, kami keluar rumah dalam pukul 4 lebih.. Luckily jalan tak berapa jem and parking pun senang dapat..

Sampai-sampai, before enter Hall 4, ada ladies mintak isikan survey (?) pasal i-Heal (Medical centre located at Midvalley). Simple survey, kite layankan jelah. Dapatlah 1 paper bag kecik isi sebatang pen and 2 brouchers.. Once entered the hall, terus jadi macam blur, tak tau nak start macam mana *poyo je lebih*. First timer la katekan.. Heuheu. Our very first time untuk shopping. Sebelum ni usha-usha je dulu. Expo pun kami pernah pergi masa dekat Midvalley November lepas.. Tapi masa tu tak shopping pape, just cuci-cuci mata sebab rasa awal lagi nak shopping (plus time tu lagi few hours nak pergi vacation Guangzhou, so mood berjalan lagi kuat :p).

First booth kami jumpa, jual-jual baju.. Ikutkan kite tak nak beli pape dulu, nak pusing-pusing dulu. Tapi hubs suruh beli atleast 1. So kite pun pilih lah.. Pilih punya pilih, beli rompers set Carter's : 

4 rompers 0-6m, 6 pasang socks. RM 40. Kalau beli 3, dapat RM 100. Tapi beli 1 je dulu..

Then jumpa booth Medela. Since plan nak beli breastpump Medela, usha-usha jugak booth ni.. Ada promo RM 269 Medela Harmony, dapat free 1 Medela bottle and nipple cream.. Rasanya tak berapa best promo ni so kite abaikan je..

Sampai dekat booth Disney Cuties, tengok ada ramai orang dekat offer bins. Try usha, rupa-rupanya sales sepasang baju short sleeve/pants or long sleeve/pants starting price RM 12.. Ada jual baju lubang-lubang, which included in my checklist, so kite pun join the crowd :p. Masalahnya for first timer parents to be, kami tak tau nak beli saiz apa! Newborn or 0-3m or 3-6m. Ada yang kata kalau beli Newborn, takut dapat pakai sekejap je sebab baby cepat membesar, so better beli saiz 0-3m or 3-6m for long term. Tapi kesian pulak baby kena pakai baju gedoboh-gedoboh. Ikutkan hubs, beli je newborn, kalau dah tak muat, beli yang next saiz pulak.. Tapi pada kite, kalau banyak-banyak baju kang nak buat apa pulak.. So end up kite beli sepasang baju long sleeve/pants saiz newborn and sepasang baju lubang-lubang short sleeve/pants saiz 0-3m.. Tak berani nak beli banyak-banyak, nak tanya pendapat ibu dulu hihi.

2 pasang baju (RM 12 per pair), sepasang mittens and booties (RM5) and 1 pack napkins 8 pcs (RM25). Total : RM 54


Booth yang dicari-cari, One Baby World pun ada.. And ada promo pakej breastpump. Mula-mula just tengok-tengok je dulu, tapi lepas dah fikir-fikir and dah compare kan dengan promo yang ada dekat their website (Medela Harmony pakej), rasanya lagi berbaloi beli dekat sini.. Walaupun kalau ikut checklist, cuma nak breastpump and milk storage bags je. Plus, rasanya hasil tangkapan kami untuk kali ni tak banyak, so better beli time ni, takdelah terasa sangat kekurangan duit haha. Bincang-bincang dengan hubs, hubs pun setuju, so kami pergi balik semula dekat booth tu and pilih pakej Medela Harmony...
RM 290. Free reusable ice packs (3 pek), storage bottles (10 pcs), storage bags (25 pcs), washable bra pads (4 pcs), 1 berus botol, 1 posh cooler bag, 1 receiving blanket.

Cooler bag tu actually ada 2 pilihan je, tak cantik pulak tu (pada pandangan mata kite :p). 1 color biru, plain and 1 lagi color hitam ada corak bunga-bunga ala English. Tak minat! Last-last kite mintak yang corak dekat atas, tu pun ambil yang display punya. Heuheu. Ala nama je display, tapi condition baru.. Maybe dia baru bukak untuk buat display untuk expo ni.. Other than this package, hasil lain kami dekat booth ni :

1 swaddle blanket (RM 31.90) and 2 receiving blankets (RM 10 each). So total kami habis dekat booth OBW : RM 341.90
Pada kite, expo ni tak best sangat sebab tak variety, tak macam masa dekat Midvalley haritu.. Banyak jual baju-baju je.. Accesories macam baby cot, strollers, tilam, ada tu ada tapi tak banyak pilihan. Strollers yang ada pun rasanya 3 brands je kut : Quinny (Mamours), Perenno (never heard before) and satu lagi tak ingat. Semua harga yang riban-riban. Booth yang ada pun tak banyak.. Kami boleh pusing 2 kali, tu pun rasa sekejap je dah habis pusing.. Hasil tangkapan lain kami dekat expo ni :

1 handtowel (RM 1 je! Nak beli banyak tapi dah tak banyak pilihan), 1 hat (RM 3), 1 cloth diapers with 2 microfibre inserts (RM 20). Actually CD ni ada promo, kalau beli 10, RM 150 je.. Tapi memandangkan kite jakun and tak tau macamana nak guna CD ni sebenarnya, just beli 1 je dulu, untuk belajar huhu.. All of these items we bought from QQbabyshop's booth. Total : RM 23

Start daripada beli jumpsuit ni, we both terus fall in love dengan dinosaurs' stuff! Hehe. Sebab pada kami, cute sangat!! So dah berangan nak beli banyak dinosours' theme huhu. We got this from Urbankids' booth. Jumpsuit (saiz 3-6m) and hooded swaddle blanket RM39 and dino bib RM10. Total RM 49.
1 bantal RM 14.90 (if not mistaken. Takde resit) from Ichiro's and Ideal temperature feeding spoon (2pcs) from Kidsme. Spoon ni for sure hubs' choice.. Hubs beria nak beli eventhough tak termasuk dalam checklist pun hehe. Kira dengan spoon ni, kita dah tak payah nak rasa-rasa baby's food panas or tak sebab dia boleh detect kan through color changing. We bought with RM 10 instead of RM 12.90.
Untuk expo kali ni, tak banyak barang yang dapat di-striketrough from my checklist.. Harap-harap expo masa Midvalley end of this month dapat cover lagi banyak barang.. And from our experience, better next visit to any expo datang hari weekdays (Jumaat) sebab seriously orang tak ramai! Nak belek-belek barang senang, nak pilih-pilih senang, nak pusing-pusing pun senang. Tak serabut dengan manusia and strollers as our visit to Midvalley's previously. Barang pun banyak lagi pilihan since awal-awal..

The strikethrough items :
Berus botol susu
Breastpump + cooler bag
Milk storage bag + milk storage bottle + reusable ice packs

Total damage for this expo : RM 532.80

P/S : 1) Ada 2 booth yang jual famous Fisher Price Rocker RM 160. I think cheapest price so far. But since tak termasuk dalam checklist 1st stage, hold dulu.. Lagipun hubs kata mesti boleh dapat dengan harga lebih kurang macamtu during next next next expo (Iyeke... hehe)

2) Found ELC Blossom Farm Sit Me Up Cosy RM 120. Since tak pernah usha this item before (tak tau range price berapa) and takde langsung dalam checklist, so abaikan dulu huhu. After dah cehck through online, rasanya that price ok. So maybe boleh consider in future, untuk buat-buat ada.. *Gedik*

Tuesday, December 24, 2013

Checklist Barang (1st stage)

Alhamdulillah.. Dah 2nd trimester.. Dah nak masuk 6 bulan. So maknanya dah boleh plan nak beli barang-barang baby and mommy.. Kalau refer pada checklist-checklist orang, seriously banyak gila nak kena beli! Tapi kite fikir, bagi kite, nak dahulukan barang yang lebih penting, yang nak digunakan masa dalam pantang.. Barang yang lain, boleh beli bila dah lepas pantang and bila perlu..

Checklist for baby
Pakaian
- Baju shortsleeve + seluar pendek
- Baju longsleeve + seluar panjang
- Baju lubang-lubang (pendek)
- Baju lubang-lubang (panjang)
- Jumpsuit
- Romper
- Mittens and booties/socks
- Topi
- Barut
- Bedung/swaddle blanket
- Blanket/receiving blanket
- Tuala mandi
- Bib
- Napkin
- Liners/pants for washable napkin
- Nappy pin
- Diapers pakai buang
- Cloth diapers + inserts


Grooming
- Baby lotion, shampoo, body wash, bedak
- Puff bedak
- Cotton bud
- Nail clipper
- Hair brush
- Nappy cream
- Wet tissue


Keperluan lain
- Set tilam
- Blanket
- Changing mat
- Kelambu
- Botol susu kecik
- Berus botol susu
- Baby organic cleanser (untuk botol)
- Besen mandi
- Laundry detergent 
- Tungku baby
- Botol spray air


Checklist for mommy
Pakaian
- Kain batik
- Stokin
- Pad
- Bengkung
- Panties/disposable panties
- Nursing bra
- Bra pad (disposable and reusable)


Keperluan lain
- Set berpantang (jamu, pilis, param)
- Nipple cream
- Breastpump


Checklist lain-lain
- Baby carrier/travel system
- Mosquito killer
- Bakul/kotak bertutup (untuk isi baju baby)
- Bakul kecik (untuk isi grooming set baby)
- Beg baju baby
- Hanger kecik
- Penyepit baju
- Baldi (untuk rendam baju baby)
- Penyidai bulat
- Span cuci botol baby


Considered stuffs
- Milk storage bag
- Bottle sterilizer
- Bottle and food warmer
- Bottle drying rack