Pages

Showing posts with label Gifts. Show all posts
Showing posts with label Gifts. Show all posts

Tuesday, August 2, 2016

Baby's First Gift!

Eventhough kami pergi baby fair di Midvalley last Thursday, tapi secara amnya kami masih belum beli apa-apa untuk baby. Sebab mommy belum kemas betul-betul barang Shazrie Iman (mana yang perlu bagi orang, mana yang bole dipakai/guna, cuci etc) so tak tau lagi apa yang perlu dibeli. Lagipun baru 6 bulan lebih, dah tu baru first time scan, tak nak lah beria excited shopping bagai benda-benda pink , kan? Buatnya salah, tak memasal haha. So.... First visit to baby fair tu lebih kepada nak amik mood kata orang :p.

Tapi, dah rezeki, baby dah dapat first item daripada Toksu, yang juga pergi babyfair hari Sabtu untuk teman Maklang carikan hadiah untuk kawan-kawan dia.

Rompers and socks.

Kata Toksu, yang buat dia geram nak beli sebab baju Hello Kitty tu. Huhu.

Nampaknya dah nak kena kemas barang Iman cepat, sebab boleh start shopping dan buat pre-wash. Kalau tengok keadaan sekarang yang almost 7 months ni cepat penat je, so maknanya ada possibility lagi cepat pancit bila dah sarat nanti. Nak kena settlekan semua keperluan sebelum sampai stage tu huhu.

Sunday, August 9, 2015

Nursing Cover Murah RM33

Mencari nursing cover?
Kite ada jual few pieces. Just projek suka-suka..
Mulanya nak buat untuk diri sendiri je. Bila dah pilih-pilih kain, ish rambang mata pulak rasa macam semua pun cantik and nak! So, nak spread the craziness with others hehe.

Ciri-ciri yang ada dekat nursing cover kite :

1) Kain sejuk.
2) Kain tak nipis and tak jarang. 
3)  Ada window untuk peek baby, and elak baby rimas lemas.
4) Adjustable tali.
5) Saiz sedang-sedang sahaja : Lebar : 99cm (~40inci), Panjang : 68cm (~27inci)
6) Dan yang paling penting, RM33 sahaja! (Add RM6 for postage SM and RM10 for Sabah/Sarawak. GST postage kite tanggung ewah)

Setiap nursing cover akan dapat zipper bag (macam dalam gambar). Ianya water resistance so boleh simpan nc daripada kotor and basah. (Kalau tak tahu, zipper bag ni macam sandwich bag or plastik yang letak ubat pil tu)

*Confuse patut beli ke tak? Anda boleh baca tips memilih nursing cover di sini*

Sila pilih mana yang berkenan di hati.. Ada 4 corak je.. Klik gambar untuk besarkan ok?

Wavy green


 


Wavy blue 


 


Zigzag


 


Owl


 


Semua color adalah original, no filter or editing. InshaAllah, sama macam real. Kalau beza pun, slightly sahaja.

Mahu? Tinggalkan email address or hp no untuk whatsapp dekat kolum comment. Takpun, boleh email kite dekat mommyshadaddyshai@yahoo.com. Ada few pieces je, sebab nama pun projek suka-suka :)

Wait! Ada other surprise for those who purchase my projek suka-suka nursing cover. Untuk 3 terawal yang beli, kite akan bagi baby cereal brand Heinz, for free! Yes, free!

'Kenapa 3?'
Sebab ada 3 je extra hehe.

'Kenapa nak bagi free? Zaman sekarang mana ada benda yang free?'
Sebab masa beli, borong sekali banyak tak ingat donia. Sekali tak sempat habiskan semua stok, anak dah takmo cereal, nak makan nasik macam orang besar. Daripada rugi tak tau nak bagi siapa or biarkan meluput je, lebih baik bagi dekat orang yang support projek suka-suka kite :).

Boleh pilih nak flavor apa. Tapi based on first pay first get lah ye.. Expiry date boleh refer dekat gambar.

 
Flavor oat & apple ada sekotak je. 

 
Flavor fruit and yogurt ada 2 kotak.

Don't worry.. We bought from Toys r' us. Price shown is per bundle (2 kotak). Maknanya kalau beli, sekotak dalam RM10+. And we are giving it for free!

Ni untuk mereka yang setuju nak je, ok? Kalau siapa tak nak walaupun dia antara 3 terawal, kite akan pass pada the next payment. Sebab kite tahu ada parents yang tak nak beri anak makan makanan yang segera macamni. (Kite beli pun untuk bawak masa travel je.. Tu sebab tak sempat habis..)


Monday, October 20, 2014

Anmum Lucky Draw at Baby Expo

As usual, we will try our best not to missed any baby expo :p. So, last weekend kami pergi ke Baby Expo di Midvalley, dengan tujuan nak usha baby walker and cloth diapers. Tapi malangnya both tak beli haha.

Apa yang kami beli: bib, cloth book, rusks biscuits, breastfeed choc, toys, and baju murah-murah of course. Other than that, wet wipes and detergent. Beratus jugak habis untuk benda yang tak tersenarai pun :p.

Apa yang nak cerita, while we were jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba ada sorang amoi dari booth Anmum approached hubs suruh isi satu form, untuk lucky draw katanya. Bab-bab isi borang ni automatically hubs akan suruh kite, plus dia tengah tolak stroller. Dah amoi tu kata isi je, tak payah nak beli pape, kite pun layankan jelah.. Tapi kite sempat tanya apa hadiahnya, bila dorang akan cabut and macam mana nak tahu yang kite dapat? (Banyak soal pulak..). Nasib baik amoi tu baik je nak layan, dia tunjuk lah grand prize apa, will cabut pukul 8 and will notify us (me actually) through sms, kalau menang lah kan..

Dah sudah tu, kami sambung jalan-jalan. Then pergi makan dekat food court sebab dekat je, nak sambung pusing hall lagi sekali senang (Tu dia). Baru je kami nak makan, tiba-tiba dapat msg daripada Anmum, bagitau yang kite menang lucky draw.. Since belum sempat makan, kite pergi jela dulu booth tu untuk collect hadiah apa tah yang dapat while hubs makan sambil tengok anak.

Sampai dekat booth (lepas da pusing-pusing mencari), terus tunjukkan sms yang dapat. Orang booth tu mintak resit (?) nombor kite and bos dia cek dekat dalam. Masa bos dia keluar, muka senyum meleret je so masing-masing tanya hadiah apa. Kite time tu dah fikir ni mesti setakat saguhati je. Sekali dia bagitahu kite dapat first prize! Ha apelagi, riuh la booth anmum tu sebab dorang tepuk tangan. Malu mak! Haha. Masa nak bagi hadiah tu, siap amik gambar macam menang hadiah hebat sangat. Tapi sayang, takde suami dan anak disisi nak share the moment.

Dah dapat hadiah tu, excitedly balik dekat foodcourt and cerita dekat hubs. Since tadi bergambar sorang without ada anak, pulak tu lupa nak mintak copy gambar, so kite bergambar la lagi sekali..
So, ini adalah kali kedua mommy dapat lucky draw! *hidung kembang kempis*. Alhamdulillah rezeki anak.. For those yang memang pembeli tegar susu Anmum, sorry! 




Friday, June 20, 2014

Play Gym

Ada terbaca dekat satu buku, baby 2 months dah boleh introduce play gym. So tadi mommy pun bukaklah play gym yang Tok Teh bagi Shazrie Iman.. Iman enjoy je, nampaklah yang dia dah mula respond dekat toys yang bergantung tengah-tengah play gym tu. 


Yang kelakarnya, bukan Iman (and mommy Iman) je yang jakun, ada jugak yang nak tumpang sekaki!

Usha dari jauh dulu
Datang dekat sikit.. Tapi tak berani nak usik sebab ada tuan dia.
Line clear! (Time ni Iman menyusu) 
Tapi sempat landing kejap jelah meow tu.. Lepas amik gambar je cepat-cepat kite halau. Huhu.

Sunday, April 27, 2014

Baby Bouncer

The most popular baby bouncer among parents mestilah Fischer Price's. So far kami tak plan lagi nak beli bila and brand apa. But, thanks to Makngah sebab belikan my baby the bouncer :). So, takyah mommy and daddy beli dah..


Syok lettew.. Siap ada vibration lagi.. 

Sunday, January 26, 2014

First Gifts for Baby!



Tadaaa.. 1 jumpsuit, 1 romper and 1 long pants.. Dari Neksu, or Granny Su? (Hubs' youngest aunty, which we call her Maksu). Neksu memang saje nak beli color pinky-pinky (maybe sebab mommy banyak beli color biru - dah nama nak dapat anak lelaki.. hihi) so that biar variety sikit.. Lagipun baby kecik-kecik lagi tak kesah sangat pun kan.. And memang kena pakai masa dalam pantang pun sebab saiz alahai comelll sangat! :p

Terima kasih Neksu.. :)