Pages

Showing posts with label First Time. Show all posts
Showing posts with label First Time. Show all posts

Monday, August 1, 2016

Sepetang di Dataran Merdeka

Guess what, walaupun dah lebih 15tahun duduk di Klang Valley, dari zaman belajar, kahwin, anak dah nak masuk dua, berpuluh kali lalu ulang-alik kalau nak pergi Sogo, tak pernah jejak Dataran Merdeka even sekali! Pernah pergi, tapi masa tu kite baby kut?! Dahsyat tak dahsyat lah kan padahal kalau kau tourist yang datang Malaysia, ni mesti tempat wajib yang akan datang hoho.

Nasib baiklah ada Pesta Durian, and abah yang hantu durian ajak pergi semalam (31/7).. Jejaklah kami akhirnya ke sini.. Tapi malangnya, pesta durian dah bungkus pun sebab durian dah habis. Haha. Alang-alang dah sampai walaupun berputih mata tak dapat makan durian walau seulas, sempatlah ambil angin kejap.

Malas nak cerita panjang, tepek jelah gambar yang ada.

Nampak tak, gerai jual-jual pun dah bungkus huhu
Lepak sat sementara Iman main.


Shazrie Iman dan daddy, sebelum Iman dapat pau daddy bola sebijik :p
Shazrie Iman tak tahan, rasa nak terjun kolam haha
Excuse my 'whale size' 
Pasnih tak tau lah bila lagi datang sini. Maybe bila Shazrie Iman dah beranak pinak kut? (Nak samakan macam situasi nenek and atok haha)



Eating Ice-cream!!

Sebelum-sebelum ni pernah je ajar Shazrie Iman (bagi merasa) aiskrim. Macam-macam perisa, macam-macam brand, tapi dia tak nak pun! Lepas first suap, second suap dia dah tak nak. Maybe tak tahan sejuk kut (ngilu). Dah dia tak nak, takdelah kami nak paksa-paksa.

Then masa beli aiskrim vanilla time jalan-jalan dekat Mines last Sunday, kononnya sebab kami sekeluarga batuk-batuk (kata orang aiskrim vanilla boleh baikkan batuk-batuk), so try la suap dekat dia. Dapat makan sikit pun jadi lah, agak-agak cukup untuk petua batuk tu huhu. Tapi rupa-rupanya, tak cukup semangkuk! Huhu. Siap nak suap sendiri ok.. Tak tau lah maybe pasal flavour vanilla or dah tiba masa dia mula pandai makan ais krim. Masa beli semangkuk Baskin Robbins tak cukup, daddy beli pulak dekat Haagen Dasz.
(And nampaknya betul petua tu menjadi haha sebab sehari dua lepastu kami semua baik batuk)



Kelmarin pulak (29/7/2016), saja bawak dia ambil angin dekat taman permainan. Dah sampai sana, mommy sibuklah nak makan aiskrim calong. Beli 3, untuk mommy, daddy and uncle Danish. Sudahnya, Iman pau Danish punya ceh. Mommy beli satu lagi untuk ganti tapi Danish dah tak mau.






Syok makan. Tapi bila dia dah tak nak je, terus dicampak ke tanah. Aiyoo rugiii.

Nampaknya dah 27bulan++ baru Shazrie Iman pandai makan aiskrim. But don't worry, hopkos la kami tak beli selalu..

---Selingan---

Banyak-banyak mainan daddy beli, bekas beras mommy jugak yang dia buat main. Nak beli wagon Radio Flyer mahal sangat lah, tak cukup dana huk. Layankan jela Iman, selagi muat nak duduk dalam tu....



p/s : Tolong abaikan sepah dekat belakang tu. Ni lah gaya rumah orang ada budak kecik. Kemasnya sekejap, bersepai sepanjang masa!


Saturday, July 2, 2016

Pengalaman Pertama Scan dengan 3D/4D Scan Malaysia di Poliklinik An-Nisa

Daripada first pregnancy dah tau pasal service provided by 3D/4D Scan Malaysia ni : where a group of sonographers provide scanning service only di beberapa tempat, based on appointment. Boleh baca detail dekat web dorang : 3D/4D Scan Malaysia. Tapi tak pernah try since buat scanning + check up dengan gynae.

Kalini rasa nak sangat try. Plus tengok harga pakej yang jauh lagi murah daripada pergi scan dengan gynae. Kalau dengan gynae, scan 2D je dah RM200 (termasuk antenatal check up + consultation yang biasa-biasa, which dah dapat dekat KK). Kalau nak 3D/4D scan, kena tambah lagi RM100++ (tak ingat latest rate berapa. So boleh cecah dalam RM400 jugaklah untuk sekali check up, yang scan around 5mins, not exceed than 10mins.

Kalau ikut pakej 3D/4D scan Malaysia ni, baru RM 120 untuk sekali scan 3D/4D (tapi takde antenatal check up lah) and RM 220 untuk pakej sekali dengan detail scan 2D. Kalau tengok perbandingan, memang jauh beza. Dan memandangkan memang dah monthly check up dengan KK, so rasanya tak perlu lagi nak buat check up sekali lagi dengan gynae (belum nampak sebarang keperluan). Kalau dulu pun jumpa gynae memang semata-mata untuk buat 3D/4D scan. Yang menguatkan lagi nak try scan dengan dorang, sebab banyak baca review mostly bagi positif feedback (tak tahulah kalau ditutupkan mata untuk jumpa yang negatif), plus polisi dorang yang akan bagi :
1) free scanning kalau tak dapat capture muka baby.
2) money back guarantee kalau gender salah. 
So why not kite try, kan?

Dah bincang dengan hubs, hubs pun setuju. Dan memandangkan tak pernah try 2D detail scan, saja nak buat kalini, sebab nak tahu macam mana rupa detail scan tu. Huhu. So kami amik pakej yang RM 220. Dan kami pilih di Equine, Poliklinik An-Nisa, yang paling dekat dengan rumah.

Pasal bulan puasa, kononnya nak lah scan time malam, bila dah berbuka. Jadi, agak limited slot yang ada. Tambahan pulak, last minit booking. Tu pun lagi seminggu nak raya haha. Nak scan tau gender dulu sebelum raya kononnya :p. Time pun memang cantik untuk buat detail scan, around 22 weeks. 

Kalau ikut dalam booking form, untuk pakej 3D/4D scan + 2D detail scan, kena book 2 slot. Maknanya 40min. Memandangkan dah last minit, memang dah takde slot yang sesuai/available 2 slots yang berderet. Jadi kite book 1 slot je and mesej customer service dorang untuk dapat advice (sama ada kena book 2 slots yang berderet jugak). Tapi rupa-rupanya memadai book 1 slot (maybe sebab dah limited availability). Cuma perlu bagitahu/remind dekat sonographer pakej apa yang kita ambil dan dorang akan extendkan masa sekiranya diperlukan. Alhamdulillah.. So nak bagitahu dekat sini yang customer service dorang sangat membantu (cuma kalau weekend memang takde reply/lambat kut sebab masa mesej hari Ahad, hari Isnin pagi-pagi baru dapat response.

Dan semalam merupakan tarikh appointment kami (30/6), jam 9malam. Kami datang agak lambat sebab melayan Shazrie Iman yang meragam dulu. Mulanya nak tinggalkan dia dengan Tokma/aunties since nanti kalau bawak dia sekali, daddy tak boleh nak fokus, kena melayan Iman plus dia memang tengah tidur. Tapi boleh pulak dia terjaga around 8.30malam, pastu cranky nak dengan mommy je. Aiyooo. So terpaksalah bawak jugak. Dah pukul 8.45pm baru keluar rumah. Dah la keluar rumah agak lambat, rupa-rupanya daddy belum readykan duit. So mencari pulak ATM.. Dan tambah malang, ATM yang ada sepanjang perjalanan nak ke klinik semuanya out of service aiyooo.

Tengok jam dah 9.05malam. So singgah dulu klinik untuk buat registration and tanya ada berapa patient lagi sebelum kite. Ada 2 patients. Nasib baiklah pembantu klinik dekat kaunter tu baik je, so kite buat registration and bagitahu nak keluar jap untuk pergi ATM/bank (cerita lah drama sikit pasal dari tadi pergi ATM semua tak boleh, tu yang terlambat huhu). Dah register, sambung balik cari ATM and Alhamdulillah, walaupun beratur agak panjang tapi kami berjaya la jugak kan keluarkan duit haha. Dah lah banyak kereta sebab masing-masing nak keluar isi minyak since minyak naik harga harini! Aduhai dugaan..

Sampai-sampai klinik semula, hampir 9.45malam.. Tanya pembantu klinik tu, nasib baik turn kite memang belum sampai. So duduk lah dulu. Masa tu ada sorang lagi ibu mengandung yang tengah tunggu turn jugak. Kite expect turn dia dulu (tak perasan masa buat registration dia dah ada ke tak). Sekali, dalam 5minit duduk, nama kite yang kena panggil dulu.. Kami pun masuk bilik dalam 9.50malam..

Our sonographer adalah Miss Irene. Chinese, muda orangnya. Cakap Malay agak fasih cuma still pelat lah sikit-sikit. Bagitahu dia pakej yang kite book so dia pun mulalah gelek-gelek perut kite.. Miss Irene sangat ramah dan jangan risau, dia terangkan semuanya mengikut kefahaman yang mudah (tanya hubs senang faham tak sebab memandangkan kite biologist so lagi lah cepat tangkap apa yang dia terangkan, plus siap tanya certain things ikut term biology *bukan nak poyo ye, cuma nak tahu and applykan apa yang sedia tahu huhu*). Dan as sonographer berpengalaman, dia tahu lah macam mana cara nak pujuk baby untuk bergerak untuk dapatkan angle yang cantik.

Mula dengan 2D detail scan, dia terangkan satu persatu apa yang perlu, tunjuk bahagian-bahagian mana yang perlu tengok dan bagitahu normal ke tak. Normal range berapa dan kalau tak normal rupa dia macamana. Mana yang patut dikira, dia kira. Tulang ada berapa, jari ada berapa, berapa jarak mata yang sepatutnya, apa rupa bentuk yang sepatutnya, keluar masuk saluran darah ke jantung, ke ginjal, dan lain-lain. Seriously dah tak ingat setiap gambar yang ada dalam cd tu untuk apa. Ingat sikit-sikit je. Sebab banyak sangat! Sepatutnya record suara dia senyap-senyap haha (sorry, hp/camera tak boleh guna dalam bilik ni, ada tampal notis).

Antara gambar/bahagian yang discan dan diukur.

Bermula dengan kepala/tengkorak.



Jantung.


Kira berapa chamber yang ada (normal 4).
Warna biru and merah tu menunjukkan pergerakan darah keluar/masuk jantung (rasanya merah stands for oxygenated and biru deoxygenated)



Pastu tulang temulang semua dikira. Kaki, tangan (kiri kanan), panjang tulang belakang, tulang tongkeng. Then dekat both ginjal pun diperiksa keluar masuk darah (macam dekat jantung). Sorry malas dah nak upload gambar haha.

Last sekali, baru Ms Irene check gender (saja la tu nak bagi surprise). Awal-awal bagitahu dia yang kitorang laki bini jangkakan lelaki lagi. Tapi bila dia dah cek, it's a girl! Kite macam tak percaya je, siap tanya dia betul ke few times. Ms Irene cakap, iya.. Betul.. Ni ha burger dia, sambil kira and tunjuk lapisan-lapisan dalam scan tu (rasanya the labias kut).

Dah setel detail scan, Alhamdulillah semuanya normal (baru kami tahu macam mana rupa detail scan tu huhu), baru proceed ke 3D/4D scan. Untuk yang 3D/4D, as usual lebih focus ke muka.. Tapi memandangkan time tidur baby dalam perut ni (biasalah, lepas berbuka, memang time tidur mommy hoho), so agak payah dia nak tunjuk muka. Tutup bukan setakat dengan tangan, siap dengan kaki ok! Jenuh jugak la Ms Irene nak memujuk biar dia turunkan tangan tu.

Setelah sesi pujuk memujuk, usik mengusik, mommy mengiring kiri kanan, finally ni lah hasil terbaik yang Ms Irene dapat :


See.. Siap ada caption baby kuat tidur lagi. Haha.

Settle dua scan ni, keluar-keluar bilik dalam pukul 10.20pm.. Lama jugak la kan dalam bilik tu, dalam setengah jam. Memang puas kami dapat belek+gelek perut lama-lama. Rasa berbaloi duit yang dibayar :p. Sampaikan anak patient yang sama-sama tunggu tadi cakap 'lamanyaaa' dekat mak dia masa kite keluar dari bilik huhu (Dia cakap slow-slow je tapi kite tetap terdengar).

Tunggu sekejap, then nama kena panggil untuk buat payment dan dapat cd plus printed 3D/4D scan (gambar yang kat atas ni diprint). Masa kami scan dekat gynae, tak pernah dapat pun printed 3D/4D. Tengok dalam cd jela. Huhu.

Selain gambar dan video, dalam cd jugak ada disertakan pdf file report scan. Report dalam few pages.



So, kesimpulannya, memang sangat berpuas hati dengan servis scan group 3D/4D Scan Malaysia ni. Malah, customer service pun tip top:

1. (as stated in the story above)
2. Whatsapp untuk remind ada appointment on the day of appoinment.
3. Then, the next day of appoinment dapat another whatsapp untuk follow up about cd (asking about cd boleh buka or tak and nama stated in the cd/report nama yang betul ke tak).

Poliklinik An-Nisa pun ada buat follow up a day after (dapat call, tapi kite tak perasan, so dorang hantar sms) untuk tanya keadaan dan remind makan ubat. Walaupun kite bukanlah dapat rawatan langsung dari klinik mereka, setakat datang scan je.

Jujur, kite highly recommended and InshaAllah akan ulang buat next 3D/4D scan dengan dorang lagi..

p/s : About baby's gender, memang pernah cakap dulu, tak pernah mengharap pun baby gender sekian-sekian. Both kami ok. Tapi, ada sikit happy la kan kalau dapat baby girl. Sebab mommy boleh shopping barang baby baru banyak! Huhu. And boleh pasang badan betul-betul kasi selim melim sebab boleh jarakkan jauh sikit the next baby. Tapi, takdelah over excited, biasa-biasa je. Kalau orang tanya gender apa pun still tak kan jawab confidently. Yelah, sebab kuasa tuhan masih boleh mengatasi teknologi manusia.. Tak kisahlah, janji kami berdua sihat dan selamat sepanjang pregnancy dan kelahiran nanti. Amin..

Thursday, April 14, 2016

Our First Date! (of Second Pregnancy)

After confirm double line, tak dapat nak agak dah berapa minggu. Ikutkan nak je pergi mana-mana klinik untuk scan but hubs insists nak pergi jumpa Dr Ng terus. So on 3rd March ajak hubs pergi Dr Ng, setelah 2 tahun tak pergi menabung duit dekat sana hoho.

Takku sangka Dr Ng ingat kami lagi. Mana mungkin dia lupa salah sorang patient yang dah melabur banyak dekat dia huhu. Or untuk fikir yang lebih rasional, maybe sebab tak ramai patient Melayu dia, so senang dia nak ingat.

Through ultrasound, the embrio baru 5-6weeks. Masih awal patut pun masih takde rasa mabuk huhu. And it looks fine. Maksudnya, berada dalam rahim, dan dah ada degupan jantung. But still kena datang lagi in another few weeks untuk monitor perkembangan baby plus dapatkan due date.

Nak share gambar scan tapi tak berapa nampak lah sebab doctor print yang belum di zoom. Maybe next time kut?

Dalam 2 tahun tak datang, rate pun dah naik. Kalau dulu untuk consultation RM50, pastu baru ditambah service fee yang lain (scan etc etc). Tapi sekarang, each pregnancy check up akan terus dicaj RM200. Tak termasuk 4D scan yer.. So, untuk first visit ni fee kami RM203, termasuk print gambar 2D scan.

Nasib baiklah tak datang tiap-tiap bulan, datang bila nak scan je. So tak terasa sangat. Cadangkan jugak dekat hubs untuk scan dekat tempat lain, which way cheaper tapi so far hubs masih nak stick dengan Dr Ng. Tak taulah kalau dia berubah fikiran akan-akan datang. Nampaknya mommy kena try usha-usha klinik yang ada ultrasound canggih tapi harga yang lebih ok, tu pun kalau rajin lah kan :p.

Tuesday, April 5, 2016

Wedding Adik-adik Ipar

Kite dan hubs anak sulung dalam family masing-masing. (Malah hubs merupakan cucu sulung dalam maternal family). So kami belum ada biras (in my situation, all my biras will be lelaki sebab hubs anak tunggal lelaki. Takde persaingan haha). Adik-adik umur lebih kurang and ada yang dah sesuai sangat lah nak kahwin. 

And yes, this year 2016, merupakan tahun pertambahan biras kite :p. Dua adik ipar kahwin serentak. Sorang dapat orang Terengganu, sorang dapat orang Perlis. Jauh-jauh menantu mertua :). Majlis nikah 1st April (malam) di rumah (dinikahkan sendiri oleh ayah mertua) dan majlis sanding keesokkan harinya, 2nd April di Dusun Contoh UPM. Boleh pulak time kenduri wrong timing (untuk kite) sebab tengah mabuk-mabuk 2nd pregnancy. So tak memasal ramai orang tau (especially jiran-jiran) yang kite tengah berbadan dua ewah.

Eh panjang pulak mukadimah. Sebenarnya nak tunjuk gambar je yang ada sekeping dua dalam hp :(

Mommy dengan daddy melaram atas pelamin orang sat. Sementara Iman still on the way dari Rawang.

Sebelum dinikahkan
Inilah keluarga mertua saya...

Dengan one of adik ipar (adik hubs nombor 2). Both of our baju tailored by my baby sis.

Apa yang menariknya dalam majlis kahwin ni (untuk kite la) ialah ada dua pelamin sanding sebab masing-masing ada taste masing-masing, tak nak share pelamin. Haha. Dan yang tambah 'menariknya', one of the pelamin was prepared by me and hubs ourselves! Sebab adik ipar request nak kami yang tolong buat and deco kan (of course dia bagitahu nak rupa macam mana).

Mak yang tengah mabuk-mabuk ni pun kerahkan jugaklah tenaga untuk tolong hubs from the scratch sampailah settle. And memang nak dipermudahkan, takde mabuk langsung sepanjang preparation and installation pelamin. Ah-may-zingg! And kami siap import (at first, import) nenek untuk mintak tolong baby sit kan Iman dekat rumah while kami bersilat pasang pelamin. Tapi at the end, nenek bawak balik Iman sampai ke Rawang sebab kami tak sempat nak siapkan on estimated time. (Due to major changes, so nak kena perah otak and buat few adjustment)  So, ini merupakan first time untuk kami tidur separate. And we survived! Huhu.

WIP. Tapi dah nak siap baru terfikir nak ambil gambar. Aiyoo.
Setelah bertungkus lumus beberapa hari (including ambil barang) dan beberapa jam mengerah tenaga kami laki bini, ini lah hasilnyaaa :

The (almost complete) dais malam sebelum majlis sanding. Tinggal final touch up (spotlight)
Lepas majlis nikah singgah jap tengok hasil titik peluh sendiri *poyo*
Dan majlis esoknya berjalan dengan lancar. Nasib baik cuaca pun tak hujan. Kalau tak, haru jugak. 
Selain sibuk jadi penyambut tetamu, uruskan bab-bab goodies, kami juga sibuk melayan family kite dan umi dan pakcik yang datang dari Johor semata untuk ke kenduri. Terima kasih umi sudi datang jauh-jauh!

Disebabkan kesibukan selain sibuk makan :p, so tak nyempat nak ambil gambar. Ni jelah sekeping dua yang ada :

Dengan pengantin 1, Syifa dan Jue. Pelamin dorang by bridal.

Dengan pengantin 2. Syamimi dan Amar. Gambar tak berapa cerah sebab guna hp and fotografer tak canggih :p

Selesai majlis, kami terus kemas mana yang patut. Barang pelamin yang kecil-kecil kami dah kutip and bungkus siap-siap. 

Sebelum balik rumah, singgah makan di Secret Recipe (padahal baru balik kenduri daaa) . Sampai je rumah, semua pun terbongkang tidur sebab kepenatan! Hoho.

Malam lepas dinner, baru datang semula ke Dusun Contoh sebab nak dissamble pelamin and bawak balik barang-barang sewa. Dekat pukul 1 lebih jugak la baru kami settle.

Child labour.
Mulanya nak tinggalkan dekat rumah mertua tapi pasal masing-masing dah kepenatan,
takut dorang tak terlayan pulak. Sudahnya kami bawak sekali.
Boleh jugak tolong-tolong *tolonglah sangat*

Selesai sudah majlis perkahwinan adik-adik ipar.. Tunggu nak naik pangkat jadi mak long je ni. Yeay! :p

Wednesday, November 18, 2015

Melawat Beruk di Bukit Melawati

Since tok umi and tok cik masih ada di KL, atok bawak mereka ke tempat favourite atok mana lagi kalau bukan Bukit Melawati. Nak ajak dorang tengok beruk katanya. Iman pun tumpang sekaki join huhu. 

Actually ni bukan kali pertama Iman pergi Bukit Melawati. Rasanya kali kedua or ketiga kut. Tapi sebelum ni Iman tidur dalam kereta, tak jumpa pun beruk-beruk yang ada. Kiranya ni first time lah Iman meet and greet all the beruks :p.

Mommy expect Iman takut tapi rupanya tak langsung! Relax jer dia. Kitorang pulak yang takut sebab dia berani sangat haha.






    

Tapi finally Iman mengalah jugak haha. 



Tapi rasanya dia nak menangis bukan sebab takut beruk. Lebih kepada takut nenek-nenek yang galak lebih. Haha

Friday, November 6, 2015

Intro to Homemade Baby Paints

Dah lama berangan nak buatkan homemade baby paint untuk Shazrie Iman bawak main, tapi macam-macam halangan *kononnya*. Terlupa nak ambil plastik wrapper besar dari rumah MIL lah, terlupa nak beli pewarna lah, etc etc.

And finally, petang tadi baru ada kerajinan nak melayan Iman. Tapi try test 3 color je dulu : Hijau (pewarna), merah (sirap) dan kuning (serbuk kunyit haha!). Kononnya nak guna barang-barang natural je!

Google resepi paling ringkas and mudah nak dibuat. Tapi rasanya tak menjadi pun sebab berketul. Takpe.. Nama pun try test, or introduction huhu.

Paint yang berketul.

Terlupa nak beli paint brush so mommy korbankan berus mekap mommy.

Maybe sebab paint tu berketul so tak boleh nak menconteng pun! Tu sebab Iman pun tak excited agaknya (plus first timer so blur-blur). Dia bukannya menconteng, tapi lebih menggaul-gaul paint yang berketul dalam mangkuk tu. Takpe, will try again next time. Tapi kena cari resepi lain pulak. 

Sunday, September 20, 2015

Shazrie Iman to Genting Highlands

It was daddy's birthday! Trip yang tak berapa dirancang sebenarnya sebab daddy busy dengan kerja. Tapi request dia untuk curi masa, lari pergi Genting kejap. Sebab mommy nak konon-konon fefeeling sejuk huhu. Padahal dah tahu Genting under construction tapi degil nak jugak pergi. 

Plan asal nak naik cable car sebab daddy and Iman (of course) tak pernah naik cable car Genting. Tapi tuptup daddy nak drive sampai atas pulak. Ceh. So, kami stay satu malam di First World Hotel.. As usual, mommy book online (tak ingat through Agoda or Booking) tapi tak dapat lowest price since ada event dalam weekend tu. Actually nak check in 19th check out 20th tapi rate untuk malam tu mahal gila (due to that event which I didn't remember event apa) so terpaksa la tukar date cepatkan 1 hari..

 Ni first time daddy tidur First World Hotel sebab before ni kalau pergi, tidur hotel-hotel lain.. Mommy memang dah beberapa kali tidur hotel ni tapi tak pernah lagi dapat room yang new wing. So agak jakun di situ :p. The interior better than bilik lama maklumlah baru lagi.. Tapinya, agak jauh nak menapak ke lobby lift sebab dia macam nun jauh ke dalam sikit.







Entertainment Iman
Dah kata Genting under construction, so memang takde apa pun dekat sana. Memang kami dah expect tapi masalahnya, indoors pun affected so banyak restaurant tutup! McDonalds, Pizza Hut, Burger King ect ect semua takde so tang tu lah yang tak best giler. Tempat makan memang tak banyak pilihan selain Kenny Rogers and Marrybrown and Starbucks. Aduhai.. Baru berangan nak jalan-jalan makan-makan. Sudahnya kami memang blur tak tau dah nak makan apa. Makan buat cukup syarat je *sigh*

Eh actually nak cerita pasal Shazrie Iman di Genting Highlands. Melalut pulak :p. Ok, apa yang menariknya, Iman first time pandai tunjuk guna jari telunjuk di sini!! Another development unlocked! Masa tu kami tengah makan di Kenny Rogers and dia excitedly pointed at rides yang ada dekat atas tu. So dengan kami sekali excited huhu. Setiap kali nampak je rides tu lalu, dia akan tunjuk *Proud parents*

Tak sudah-sudah mendongak.
Jadinya... Kami pun naik rides tu.. Hihi. 



Nampak tak budak super excited tu.

Ni jelah rides yang kami naik. Jimat duit daddy ceh. Sebab takde apa yang lebih menarik untuk bawak Shazrie Iman. Actually nak bawak masuk Snow World but unfortunately tinggi Iman tak lepas lagi.. Hukhuk.

Esoknya, after check out, pasal dah tak tahu nak buat apa lagi dah dekat Genting, so kami decide nak balik Rawang.. Sebelum tu singgah lah kejap dekat mini Cameron Highlands dekat-dekat dengan Gohtong Jaya sebab misi mencari fridge magnet dekat atas tak berjaya jumpa. Mini Cameron ni memang macam Cameron :p. Apa yang ada dekat Cameron tu adalah jual sikit-sikit dekat sini.. Since mommy dah muak pergi Cameron so dah tak heran dah huhu. And yes, takde fridge magnet Genting Highlands di sini. And tambah sakit hati, pasal nak singgah sini lah Iman yang tengah tidur turun dari puncak Genting terbangun (sebab ada konvoi motor besar memekak)

Tapi since Iman tak tidur, kami dapat satu lagi perkembangan Iman :). Masa nak turun tu, dia yang duduk molek di carseat tiba-tiba tutup telinga kiri kanan dengan jari telunjuk - sebab telinga tak selesa tekanan. Seriously memang kami amazed sebab tak expect dia pandai buat macam tu *Proud parents*

Lepas ni memang tak pergi dah lagi Genting selagi construction park baru tak siap. Pesan dekat daddy suruh kumpul duit banyak-banyak sebab confirm lepasni kalau nak pergi Genting, kena sediakan budget banyak. And yes, Iman dah besar so nak kena layan semua rides (Mommy yang over actually ;p)