Pages

Showing posts with label Buku Biru Baby. Show all posts
Showing posts with label Buku Biru Baby. Show all posts

Thursday, April 21, 2016

Temujanji 2 Tahun Shazrie Iman

Walaupun semalam birthday Shazrie Iman yang ke 2, kenalah jugak mengadap KK untuk check up dan completekan vaccination. Actually sepatutnya dapat final vaccine masa 18 bulan. Tapi kementerian (kata nurse KK) dah ubahkan final dos ke 2 tahun. So untuk visit kali ni, selain regular check up dan dapatkan ubat cacing, kenalah Iman dapat sedas cucuk huhu.

Untuk dipendekkan cerita, ini perkembangan fizikal Shazrie Iman mencecah umur 2 tahun :

Tinggi : 80.5cm
Berat : 9.5kg 

Walaupun BMI ok dan berat masih berada dalam graf normal, mommy still tak berapa happy dengan berat Iman. Kalau boleh nak lah bambam sikit. So mommy kena berusaha lebih bab sumbat Iman makan *sigh*

Memandangkan Iman dah berumur 2 tahun, tapi masih belum dapat berkomunikasi dengan betul (tak pandai cakap lagi!! or speech delayed which Iman reti sebut few words sahaja eg air, daddy), terus nurse referkan pada doktor. Doktor interview lah sikit sebanyak dan minta kami jawab ujian saringan perkembangan tingkah laku kanak-kanak (M Chat) yang ada dalam buku biru tu. Alhamdulillah, ujian tu Iman lulus, cuma sangkut 1 soalan je tang Iman suka mengelamun (and getting lesser by months). Tapi doktor still referkan pada yang lebih pakar : speech therapist dan kami pilih di Hospital Serdang sebab paling dekat. 

Nota : Walaupun ada surat rujukan daripada KK, still kena pergi Hospital Serdang untuk dapatkan tarikh temujanji pertama. Tak boleh nak buat appointment through call. So a bit payah sikit especially bab nak dapatkan parking. Faham-faham jelah..

Untuk vaccination, for the first time (and last), daddy yang pegang Iman since mommy tengah tunggu giliran kena panggil untuk buku pink pulak. So daddy a bit awkward (takde pengalaman) plus Iman pulak dah lama tak kena inject, so ada lah terkejut sikit masa mula-mula cucuk tu. Nasib baik mommy ada, cepat-cepat tolong hold kaki dan tangan Iman. Menangis? Takdelah.. Iman hero mana menangis.. Menangis pun sikit je sebab terkejut.. Huhu.

Setel injection, pergi ambil ubat cacing (bentuk pil kecil je) untuk dikunyah sebelum tidur.. Risau jugak takut Iman tak nak makan. Tapi ok je dia kunyah, rasa sedap agaknya. Hasil makan ubat cacing, selambak poo-poo esok pagi. Hahaha. Nampaknya kami laki bini kena jugak makan ubat cacing ni setelah berkurun tak makan. Kalau ingat nak pergi beli dekat farmasi lah :p.


Tuesday, October 28, 2014

Injection 6 bulan

Pergi klinik untuk inject 6 bulan. Pasal dah tau flow klinik untuk injection, so pagi ni datang ambil nombor and letak buku biru je dulu lepas tu pergi keluar breakfast. Dekat je, seberang jalan.. Tapi atleast takdelah kami kubulur menunggu :p. Shazrie Iman pun bagi sarapan suku biskut rusks.

Lepas sarapan, pergi klinik semula. Pasal perut kenyang, tak rasa stress tunggu nombor. Senang hati je.. Huhu. Iman duduk elok dengan daddy kat luar while mommy yang ulang-alik tengok nombor.
Hampir sejam menunggu, finally kena jugak panggil.. Perkembangan 6 bulan : 

Berat : 7.5kg
Panjang : 65cm
Ukur lilit kepala : 43cm


Before inject, nurse bagitahu yang injection untuk bulan ni tak kan demam, tapi sakit sikit compare dengan previous. Mommy dah a bit cuak, takut Iman menangis. Pulak tu baby yang kena inject sebelum Iman (6 bulan jugak) meraung boleh tahan kuat ha manalah mommy tak cuak. Huhu. So pegang pun extra kuat takut Iman meronta. Tapi rupa-rupanya mommy underestimate Iman sebab Iman ok je.. Ada lah menangis sikit.. Tu pun sekejap je.. :)

The next appointment? 6 bulan lagi, masa Shazrie Iman setahun. Nurse ada tanya nak datang masa 9 bulan ke untuk timbang je. Haruslah tak kan.. Malas nak menunggu lama kut kalau setakat nak timbang berat je. Lagipun nanti inshaAllah ada nak ambil injection pneumococcal for sure tahu jugak berat berapa :).


Monday, September 22, 2014

Injection 5 bulan

Since last month kena bising pasal tak datang klinik ikut time appointment (ceh), so kali ni pukul 8.15 pagi dah terpacak dekat klinik. Tapi, still lama jugak menunggu. Sampai Shazrie Iman tertidur, baru lah kena panggil (Nasib baiklah free so sejam lebih tu still acceptable untuk menunggu). So, for this month's development :

Weight : 7kg
Height : 66cm
Head circumference : 41.5cm

Masa nak inject, Shazrie Iman tengah aktif mulut bising berbual. Sekali bila kena cucuk je, dia terdiam. Bunyi menangis la jugak sikit, maybe sebab terkejut tapi kejap je lepas tu dah ok. Tu lah nak membebel je tau nya, padan muka :p.

Since previous tak demam, so inject kali ni tak akan demam. Nurse pun tak prescribekan medicine.

Tuesday, July 22, 2014

Sudah 3 bulan!

Pejam celik, sekejap je rasanya Shazrie Iman dah 3 bulan. Sebelum beraya, kita kena pergi klinik dulu untuk cucuk!

Appointment sepatutnya pagi, pukul 8am. Tapi memandangkan kami terr overslept, pukul 2petang baru pergi..

Orang, as usual lah tak pernah nye tak ramai.. Bila dapat nombor, tak lah jauh sangat. TETAPI lama gilaa menunggu. Iman sempat menyusu dua kali, siap bebe lagi! Dah sejam lebih, anak pun baru je terlelap, baru lah kena panggil. Grrr

Nurse tanya kenapa tak datang ikut appointment. I cakaplah I ada hal (heheh). Nurse boleh nak bising pulak cakap lain kali ikut time appointment (Hek eleh. Ko apehal. Kalau orang ada problem/masalah/hal penting takkan tak boleh excuse. Janji datang, kan. Sakit pulak hati kite. Tapi kite diam jelah kat nurse tu huhu)

Alhamdulillah, tumbesaran Shazrie Iman normal. Berat sekarang dah 6.3kg. Panjang 60cm. Lilitan kepala 40cm.

Time inject, macam biasa, Shazrie Iman menangis sikit je, pasal terkejut agaknya. Lepas tu dah diam. Senang :).

Before bagi injection, nurse tanya injection yang 2 bulan anak ada demam tak, ada bagi makan ubat tak. Kite cakaplah tak demam. Tapi kite ada bagi makan ubat right after balik klinik sebab nurse yang bagi tips. Nurse kalini kata jangan bagi ubat kalau tak demam. Bagi hanya bila anak macam dah nak demam. Pulak. Confuse betul kite. Dorang ni macamana, belajar tak tally ke?

Tapi kite ikutkan jelah cakap nurse tu, tak bagi makan ubat. Lagipun nak tengok, last month Iman tak demam pasal makan ubat siap-siap or memang tak demam. Sebab nurse kata kalau injection kalini tak demam, anak tak akan demam untuk injection yg sama 5 bulan nanti. Cuma kite tuam sikit dekat bekas injection tu sebab taknak bengkak/keras macam last month.

Setakat semalam and harini, nampaknya Shazrie Iman ok je, takde nampak tanda-tanda tak sihat. Harap-harap tak demamlah.

Thursday, June 19, 2014

Sudah 2 Bulan!

Pejam celik, tak sangka anak mommy and daddy dah nak masuk 2 bulan! So harini pergi klinik untuk injection. Memandangkan dah balik Serdang, so first time dapatkan injection dekat Klinik Kesihatan Serdang. Sepanjang pagi mommy yang nervous lebih takut Shazrie Iman menangis hehe. 

Pukul 2 lebih petang tadi pergi klinik bertiga. As usual, Shazrie Iman tidur.. Agak blur sebab sebelum ni datang untuk antenatal check up. Kali ni bawak 'hasil' pulak, so tak tau prosedur macam mana. Huhu. Tapi nasib baik simple je. Just anta buku dekat kaunter then tunggu kena panggil.

Shazrie Iman before kena inject.
Patient dekat klinik tak ramai, so kami tak menunggu lama.. Mula-mula timbang berat and ukur panjang and lilit kepala Shazrie Iman. TIme timbang just bukak pampers je, tak payah nak bogelkan Iman *Fuhh lega sikit hihi* So..

Berat Shazrie Iman 2 bulan 5.4kg (4.4kg),
panjang 57cm (54cm) dan
lilit kepala 39cm (38cm). Semuanya normal Alhamdulillah.

Dah ukur fizikal semua, tibalah masa untuk injection.. Time ni Iman dah sedar dari tidur. Kalau masa sebulan, ibu yang pegang, kalini kite kena pegang sendiri. Nasib baik nurse yang nak inject tu ramah and baik je, dia ajar nak pegang macam mana (macam nak menyusu). Masa paha kena pegang kuat sikit, Shazrie Iman dah tak senang 'duduk'. Nurse cepat-cepat inject dekat paha kanan. Menangis lah Iman, tapi sekejap je.. Maybe menangis terkejut kut. Huhu.

Nurse kata injection kalini boleh buat baby demam (depends pada baby) so Shazrie Iman dapat ubat demam.. Sampai je rumah, cepat-cepat kite bagi makan ubat, pre-caution tak nak Iman demam huhu. Tapi rupa-rupanya Iman tak suka makan ubat! Habis dikeluarkan balik, tak ditelan ubat tu. Kena bagi dalam 2.5ml, rasanya 0.5ml je yang ditelan. Aduhai...

Tak lama lepas tu, dalam sejam, kite try lagi bagi. Tapi sama jugak, diluekkan balik, pastu menangis. Haha. Taknak dahlah sayang oii. Jangan demam sudah..

Petang tidur nak manja-manja pulak. Nak orang peluk. Kalau tak, tak nyenyak, tiba-tiba menangis. Teringat kena inject lettew huhu. So daddy lah yang melayan Shazrie Iman tidur berpeluk bawah ketiak.. :p


Tuesday, May 20, 2014

1 Month Check Up

Alhamdulillah.. Harini anak mommy and daddy, Shazrie Iman dah pun sebulan.. Maknanya kena inject 1 bulan.. So petang tadi kite pergi Klinik Kesihatan Rawang dengan hubs and ibu.. Nurse memang dah pesan (masa datang klinik untuk test darah jaundice) untuk datang dengan siapa-siapa time check up 1 bulan sebab untuk handle anak since nanti ibu akan sibuk kena periksa jugak. Mulanya plan nak pergi dengan ibu je. Sekali hubs pun datang, taknak miss the moment anak kena cucuk hihi. Bila hubs dah nak temankan, ibu nak cancel. Bila time nak pegi klinik, hujan lebat pulak tu.. So ibu temankan sekali sebab risaukan kami berdua nak bawak Shazrie Iman hujan-hujan. :)

Dekat klinik orang tak berapa ramai. Ibu kena cek air kencing, darah and perut. Anak pulak kena cek berat and panjang. Masa anak nak kena timbang, masuk dalam satu bilik dengan ibu. Mulanya hubs nak ikut sekali tapi pasal kebetulan nurse nak buat pap smear dekat 1 patient lain, so tak dibenarkan masuk. Bila hubs takde, maknanya kite sorang-soranglah kena handle Shazrie Iman. Luckily Shazrie Iman memang setiap kali datang klinik sedap je tidur nyenyak, so time nak bukak baju, timbang and ukur, dia tak meragam. Senang je.. Time nak pakaikan balik baju pun ok eventho dia dah sedar, sebab still mamai-mamai. Tapi kite ni first time mommy, tak biasa buat lagi, terkial-kial jugaklah nak buat sampaikan cakap dengan nurse nak panggil mak, takut dia tunggu kite siapkan anak lama sangat *sengal*. Nurse gelak je cakap takpe, awak amiklah masa banyak mana, buat slow-slow sampai siap, dorang boleh je nak tunggu *malu*.

Masa time inject (1 bulan inject Hepatitis B second dose), ibu and hubs yang bawak Shazrie Iman sebab kite tengah jumpa doktor. As usual, Shazrie Iman baik-baik aje.. Menangis sekejap je. Maybe sebab terkejut. Hubs ingat nak amik video tapi tak sempat sebab nurse bertindak pantas sangat huhu.

Orang tak ramai tapi since banyak prosedur check up kena buat, so dalam sejam lebih jugak la baru kami setel semua.. 

Rekod tumbesaran Shazrie Iman : (1 bulan <- lahir)
Berat : 4.4kg <- 3.2kg
Panjang : 54cm <- 47cm
Lilit kepala : 38cm <- 33cm

Semuanya normal ikut carta :). Alhamdulillah..

Saturday, May 10, 2014

Postnatal Checkup

Perbezaan besar buat antenatal check up dekat klinik kerajaan compared to klinik swasta : Postnatal check up. Nurse dari klinik kerajaan datang rumah untuk check keadaan ibu and baby.

Memang dah sarat mengandung nurse dekat Klinik Kesihatan Serdang keep on reminding suruh suami bagitahu klinik once kite dah deliver. Memandangkan kite kena serah diri on due date (Sabtu) and deliver the next day (Ahad), tak sempat hubs nak pergi klinik untuk inform (kena tunggu kite dah discaj sebab selagi belum discaj, buku pink pada pihak hospital), pihak KK Serdang dah call hubs, follow up. So, mudah. Tak payah nak susah-susah datang klinik, dorang tanya sendiri huhu.

And memandangkan kite berpantang dekat Rawang, for postnatal check up, kite kena deal dengan Klinik Kesihatan Rawang pulak. How? Hubs kena datang KK Rawang untuk maklumkan and bagi alamat rumah.

23 April 2014, around 11am Hubs maklumkan KK Rawang

24 April 2014, 10.15am Nurse dari klinik datang. 2 orang. Sorang check ibu, sorang check anak. Since kite berdarah O+, which high possibility untuk baby demam kuning, nurse suruh datang klinik untuk blood test. Plus, baby pulak ada tanda-tanda yang membimbangkan (kencing berdarah and merah-merah belakang badan), lagilah nurse suruh datang secepat mungkin. 

Petangnya, 3.00pm kite and hubs bawak baby ke KK Rawang.. Amik darah dari tapak kaki baby (luckily my baby such a strong boy, setakat ni setiap kali kena inject, nangis sekejap je, nangis terkejut) then tunggu result. Alhamdulillah, total bilirubin rendah je, 57 umol/L 3.3 mg/dll (up to 170 umol/L 9.9mg/dll) so baby tak kena kuning. 

Untuk kes kencing berdarah, refer dekat doktor, doktor kata normal (kite buat kesimpulan sendiri maybe sebab baby kekurangan air) tapi still kena pantau. Dengan sengalnya, kite terlupa nak tanya doktor pasal merah-merah dekat belakang badan baby.

25 April 2014, 10.30am Nurse datang lagi untuk follow up pasal baby. Alhamdulillah, kencing berdarah dah nampak berkurang (5kali kencing, 1kali je yang berdarah. Actually takdelah berdarah mana.. Cuma warna merah cairrrr je). Untuk merah-merah tu, disebabkan takde referral doktor, nurse mintak datang lagi klinik sebab kena jugak tanya doktor. Dorang takut kes yang lagi serious happen sebab memang ada kes baby kulit merah-merah, end up kulit dia macam melecur (Nauzubillah)

So, untuk kali kedua berturut-turut, kite pergi lagi KK Rawang at 4.00pm bawak baby, cuma kalini ibu and abah yang temankan (saja kan nak keluar rumah pantang-pantang ni haha). Refer doktor, doktor kata baby alergi dengan peluh sendiri.. Hah mengikut daddy la ni.. Ceh. So kite kena elakkan baby daripada berpeluh banyak. Dapatla losyen Calamine dengan krim untuk buat sapu-sapu.

Taktau lah kenapa nurse rajin sangat. Hari Sabtu, 26 April 2014, 10.15am pun nurse datang jugak untuk follow up. Unexpected gila. Nasib baik nurse datang ngam-ngam baby lepas mandi and kite pun dah siap semua. Huhu. Kencing berdarah dah completely ok. Merah-merah badan dah berkurangan.

28 April 2014, 11am Nurse datang lagi! Taktahulah memang sepatutnya sekerap ni or nurse KK Rawang terlebih rajin (or maybe jugak sebab baby ada few masalah). Kalini nurse timbang baby, 3.1kg. Turun 100g. Nurse kata memang normal sebab baby mengecut sikit few days after keluar then berat akan naik semula. Kalini merah-merah badan memang dah completely ok.

Sepatutnya nurse datang hari ke 15. Tapi kite balik Serdang jap so nurse datang hari yang ke 20, 9 Mei 2014, 8.10am. Actually tak confirm nurse nak datang bila. Tapi luckily haritu ibu dah suruh kite siap awal and baby pun dah siap awal. Sekali awal gila dia dah sampai huhu. Timbang baby and memang betul, dalam berapa hari je baby dah naik berat ke 4.1kg. Bam bam, patut pun tangan dah lenguh bila dukung hihi. Kata nurse, ni final day dia datang. The next check up, masa umur sebulan. Tu kite yang kena datang klinik.

So, what I learned, klinik kerajaan ni takdelah teruk sangat.. Sangat menjaga patient. Dah lah free tak keluar satu sen pun huhu. Kalau klinik swasta, ada pulak dia nak datang rumah untuk follow up kan.. Tak silap lah keputusan kite nak check up antenatal dekat klinik kesihatan dulu.. :)