Pages

Showing posts with label Craving. Show all posts
Showing posts with label Craving. Show all posts

Friday, January 31, 2014

29 weeks!

Happy Chinese New Year! *tetibe*

Bangun harini, as usual check hp. Ada notification dari one of my pregnancy apps, bagitau yang kite already reached week 29! Oh gosh.. Pejam celik pejam celik, tak sangka dah nak dekat dah... Seminggu lagi dah mula dengan angka 3 pulak (30weeks). Terus cakap kat hubs nevesnyaaaa.. Huhu. So, apa perkara menarik yang berlaku sekarang ni :

1. Baby dah mula mengeras! Taktaulah betul ke tidak 'term' mengeras ni, tapi yang pasti, perut rasa tak selesa. Kalau tengah duduk tu, kena duduk menegak je. Rasa macam baby tengah mengeliat, tapi dalam tempoh yang lama (few seconds)

2. Constipation, or sembelit! Previously kite bukanlah orang yang kena hari-hari or tiap-tiap pagi 'melabur' hahaha. Walaupun makan banyak serat etc. Sekarang ni, boleh dikatakan hari-hari kena! Pastu payah pulak tu! Punyalah makan macam-macam buah including pisang berkoyan-koyan tapi tetap tak smooth *Sigh*

3. Jerawat di badan. Muka tak kena, tapi belakang badan mak aihhhh.. Boleh dikategorikan teruk. Memang dari awal hubs pernah cakap belakang badan banyak naik jerawat tapi ingatkan biasa-biasa je.. (Tak nampak lah katakan..). Bila ada balik rumah ibu last weekend, ibu perasan and tegur.. Ibu kata sama macam dia dulu pregnantkan Boy, badan 'kotor'. Kira pembawakan budak.. Nanti bila dah deliver, bersih balik.. Tapi ibu kata dia lagi teruk, 1 badan kena. Now, bila tengok-tengok balik, dekat area leher and dada dah ada sikit-sikit. Tak puas hati ini ke yang dikatakan jerawat yang sama macam dekat belakang badan, mintak hubs amikkan gambar bahagian belakang macamana rupa dia. Memang teruk!!! Harap sangat lah hilang nanti bila dah bersalin..

4. Mengidam pulut ayam : completed! Semalam masa tengah jalan-jalan cari makan dekat Sg. Besi, terjumpa warung jual pulut ayam. Hubs belikan sampai 3 bungkus! Mana tak, punyalah lama dah mengidam nak makan pulut ayam. Nak balik Perlis, semata pulak kan.. Hubs pernah search dekat internet, dia kata ada warung area Kg. Baru ada jual pulut ayam. Tapi masalahnya, bercinta kami nak ke sana. Kite ok lagi, faham-faham jelah orang lelaki.. Kang meradang dengan jem and nak carik parking. Huhu. Tu yang bila dah terjumpa dekat Sg. Besi, terus 'borong', eventhough tak tau rasa dia macamana :p. Rasa dia ok. Kira kalau bila-bila teringin nak makan pulut ayam, boleh lah.. Dah tau spot mana nak cari.. Harga pun standard, RM5. Sekali rupa-rupanya harini mak mertua memang dah plan nak buat pulut ayam! Haha. Bila dah dapat tu, makan tak sudah.. Dari semalam, bawak ke harini, seharian melantak pulut ayam! Melantaklah kau puas-puas. Nak sangat kan.. Huhu.


Monday, January 13, 2014

Cakar Ayam

Setakat ni, apa yang kite crave nak makan, benda yang common. Tapi ntah angin mana yang datang, kite teringin nak makan cakar ayam! Haha. For me, rare kut! Nak cari pun tak tau. Terfikir dekat mana-mana Hentian RnR mesti ada tapi kami takde pape plan nak pergi mana-mana lalu highway yang ada RnR. Tanya ibu, lagi sedap, suruh cari dekat Melaka. Ah sudah! Takkan nak pergi Melaka semata-mata nak cari cakar ayam! Hehe. Try tanya mak, mak pun kata biasanya dekat RnR lah ada.. Kebetulan time tanya mak tu, ayah on the way balik dari Cameron Highlands.. Mak cubalah tanya ayah kalau-kalau dia ada nak singgah mana-mana RnR, boleh kirim carikan.. Unluckily, ayah lagi 5 minit nak sampai rumah. Haha. Takpelah.. Kemudian je mintak hubs cari kan..

Sekali tiba-tiba, semalam ayah beri 1 bungkus mini cakar ayam! Hehe. Ayah belikan masa on the way hantar adik ipar balik Politeknik Sabak Bernam, terjumpa dekat RnR Sungai Besar (?). Yeay! Dapat pun akhirnya.. :).

And tadi tengah ralit makan cakar ayam tu dengan hubs, tiba-tiba hubs cakap : "Mengidam makan cakar ayam ni, jangan anak nanti tulisan macam cakar ayam, sudah..". Hahahaha! Boleh tak dia cakap macamtu..

Hmm.. Mudah-mudahan taklah.. Baby kena tulisan cantik-cantik since mommy and daddy's handwriting dalam kategori cantik. Okeh?! Kalau tak cantik pun kena praktis bagi cantik. Kalau tak nanti daddy will blame me! NOOO.. Tak nak sampai keluar ayat 'salah ibu mengandung'. Kuikuikui

Wednesday, December 25, 2013

Womb Delivery : Air Tangan Daddy

Kalau ikut post ni, mommy teringin sangat nak makan roasted lamb shoulder with capsicum, yang hubs buat. Mengada hehe. Barang-barang ada yang dah beli sikit masa pergi Alamanda tempohari tapi kata hubs tak cukup lah pulak.. So semalam time pergi Midvalley untuk beli microwave ibu dekat Harvey Norman, sempat singgah Aeon BIG untuk tambah mana yang tak cukup..

And tadi petang, hubs dah masakkan hurray! Walaupun hubs tak puas hati sebab grill atas plate je, tak grill arang (sebab dah lewat petang and cuaca macam nak hujan), which pada dia tak sedap, tapi pada kite, uihhh hingga menjilat lengan! (Exaggerated :p). Mommy tak kesah.. Asalkan dapat makan kan baby.. :).


Hubs tengah bertungkus-lumus memasak :).

Sebahagian daripada hasil air tangan hubs. Yums!

Hubs bukan setakat masak lamb shoulder, siap ada beef steak lagi.. Dengan grilled vege and coleslaw. Pastu siap ada optional either nak serve dengan black pepper or peri-peri sauce. Kite gorenglah sikit wedges and fries sebagai pelengkap side dishes.. Hehe.

Kami tersangatlah kenyang. Thank you daddy.. Walaupun penat bekerja seharian, sempat lagi layan kehendak mommy and baby.. We love you! Kalau nak lagi, nanti kami mintak lagi ye.. :)

Thursday, December 19, 2013

Ada mengidam apa-apa tak?

Yes, that's the common question from friends. Alhamdulillah, kite takde mengidam pape yang pelik setakat ni. Actually tak tau pun nak bezakan mengidam or teringin. Huhu. Kadang-kadang tu ada lah teringin nak makan something, meal yang senang carik and common. Antaranya :

1. Kayaball. Ni lah makanan yang memang first dulu teringin nak makan. Dapat makan masa pergi Jusco Equin. Freshly from the oven, panas-panas!

2. Kicking shrimp Tony Romas. Makan dekat The Curve.

3. Bubur nasi. Banyak kali. Pernah request ibu buat, makan bermangkuk-mangkuk. Biasa hubs beli dekat McD je.. Lagi, pernah makan dekat Restoran Nasi Ulam, Bangi. Yang ni kite suka sebab macam dekat Bubur No.1 Sentosa, JB. Penat jugak hubs cari, last-last jumpa kat sini. Dekat pasar malam pun pernah beli tapi rupa-rupanya bubur asyura! Makan sikit je.

4. Tomyam/mihun sup. Paling common.

5. Laksa utara. Mak mertua rajin buat :)

6. Jeruk Pak Ali! Thanks to my schoolmate, Ayu. Kebetulan dia pergi Penang, so dapat dari dia, for free!

7. Kway teow goreng. Beli dekat Tasik Serdang. Tapi dapat tak seperti yang diinginkan. Then beli dekat pasar malam je.. Tapi tu pun siap ada drama nangis-nangis haha.

8. Nasi goreng kampung. Makan dekat Anjung je..

9. Roti vanilla.

10. Megi tomyam thai. Ni baru je makan semalam. Nasib baik memang dah tau mana nak carik area sini. Makan dekat Suraya Thai Restaurant Bangi. Sedappp... Memang macam dekat Thai sinun.

Simple je yang mommy and baby nak.. Senang daddy nak carik and takdelah mahal-mahal, pelik-pelik. Setakat ni tu jelah yang ingat. Will keep updating. 

Oh tapi ada dua lagi yang mommy teringin nak makan but belum dapat makan lagi..

1. Pulut ayam. Yang tau ada kalau tak dekat Hatyai, ada dekat Padang Besar, Perlis. Tapi takkan nak pergi jauh sana semata-mata.. Nak kirim orang pun macam susah je.. Silap-silap sampai dekat kite dah basi. Tengoklah kalau berkesempatan nak ajak hubby balik kampung. Tapi tak nak paksa la..

2. Roasted lamb shoulder with capsicum. Nak yang hubby buat.. Sedapnya.. Last makan masa buka puasa dekat rumah ibu dulu.. Haritu dah mintak hubs tapi tak berkesempatan lagi nak pegi beli groceries. Hubs pun macam busy  lately. Kita tunggu weekend lah. Okey baby?

Wednesday, August 28, 2013

Perihal tomyam

Semenjak tekak rasa mual-mual, kite lagi prefer makanan or minuman yang masam-masam. Kalau air, kite choose oren or asam jawa or hubs suruh minum kiwi. Kalau makan, kite suka tomyam tapi takdelah kerap sangat makan.. Asam memang sentiasa ada dalam beg sebab manatau time-time emergency, boleh telan asam dulu untuk kurangkan rasa mual. 

Nak dijadikan cerita, semalam time pergi LCCT teman hubs fetch cousin dia, kite teringin nak makan tomyam. Last kite makan tomyam dekat Station Kopitiam Timesquare, Ahad lepas. Sedap pulak tu.. So teringin nak makan lagi.. Hubs kata ok, malam nanti pergi The Mines tengok kalau-kalau Station Kopitiam dekat sana ada lagi. Kite tak kisahlah kan, boleh je tunggu sampai malam.. Takdapat dekat Station Kopitiam, dekat restoren-restoren lain pun boleh..

Bila dah nak  balik tu, kite dah mabuk. Sepanjang perjalanan balik kite pejam je mata, nak elak daripada nak muntah. Sampai je rumah, kite terus masuk bilik, baring and tertidur.. Hubs pergi uruskan kerja dia sikit and memang kite pesan kalau kerja dia dah setel and nak lunch, kejut kite..

Dalam setengah jam jugak lah kite tertidur, hubs kejut ajak makan. Hubs kata "Jom, tadi teringin sangat nak tomyam kan.. Mak masak tomyam tu". Oohhh sedapnya! Ni lah dikatakan dah mengantuk disorongkan bantal (boleh ke pakai perumpamaan ni.. :p). Mak macam tau-tau je.. *Terharu*

Hah apelagi. Bedal lah tomyam tu sepanjang hari bermangkuk-mangkuk. Lepas ni pun nak makan lagi. Huhu