Pages

Showing posts with label Ultrasound. Show all posts
Showing posts with label Ultrasound. Show all posts

Saturday, July 2, 2016

Pengalaman Pertama Scan dengan 3D/4D Scan Malaysia di Poliklinik An-Nisa

Daripada first pregnancy dah tau pasal service provided by 3D/4D Scan Malaysia ni : where a group of sonographers provide scanning service only di beberapa tempat, based on appointment. Boleh baca detail dekat web dorang : 3D/4D Scan Malaysia. Tapi tak pernah try since buat scanning + check up dengan gynae.

Kalini rasa nak sangat try. Plus tengok harga pakej yang jauh lagi murah daripada pergi scan dengan gynae. Kalau dengan gynae, scan 2D je dah RM200 (termasuk antenatal check up + consultation yang biasa-biasa, which dah dapat dekat KK). Kalau nak 3D/4D scan, kena tambah lagi RM100++ (tak ingat latest rate berapa. So boleh cecah dalam RM400 jugaklah untuk sekali check up, yang scan around 5mins, not exceed than 10mins.

Kalau ikut pakej 3D/4D scan Malaysia ni, baru RM 120 untuk sekali scan 3D/4D (tapi takde antenatal check up lah) and RM 220 untuk pakej sekali dengan detail scan 2D. Kalau tengok perbandingan, memang jauh beza. Dan memandangkan memang dah monthly check up dengan KK, so rasanya tak perlu lagi nak buat check up sekali lagi dengan gynae (belum nampak sebarang keperluan). Kalau dulu pun jumpa gynae memang semata-mata untuk buat 3D/4D scan. Yang menguatkan lagi nak try scan dengan dorang, sebab banyak baca review mostly bagi positif feedback (tak tahulah kalau ditutupkan mata untuk jumpa yang negatif), plus polisi dorang yang akan bagi :
1) free scanning kalau tak dapat capture muka baby.
2) money back guarantee kalau gender salah. 
So why not kite try, kan?

Dah bincang dengan hubs, hubs pun setuju. Dan memandangkan tak pernah try 2D detail scan, saja nak buat kalini, sebab nak tahu macam mana rupa detail scan tu. Huhu. So kami amik pakej yang RM 220. Dan kami pilih di Equine, Poliklinik An-Nisa, yang paling dekat dengan rumah.

Pasal bulan puasa, kononnya nak lah scan time malam, bila dah berbuka. Jadi, agak limited slot yang ada. Tambahan pulak, last minit booking. Tu pun lagi seminggu nak raya haha. Nak scan tau gender dulu sebelum raya kononnya :p. Time pun memang cantik untuk buat detail scan, around 22 weeks. 

Kalau ikut dalam booking form, untuk pakej 3D/4D scan + 2D detail scan, kena book 2 slot. Maknanya 40min. Memandangkan dah last minit, memang dah takde slot yang sesuai/available 2 slots yang berderet. Jadi kite book 1 slot je and mesej customer service dorang untuk dapat advice (sama ada kena book 2 slots yang berderet jugak). Tapi rupa-rupanya memadai book 1 slot (maybe sebab dah limited availability). Cuma perlu bagitahu/remind dekat sonographer pakej apa yang kita ambil dan dorang akan extendkan masa sekiranya diperlukan. Alhamdulillah.. So nak bagitahu dekat sini yang customer service dorang sangat membantu (cuma kalau weekend memang takde reply/lambat kut sebab masa mesej hari Ahad, hari Isnin pagi-pagi baru dapat response.

Dan semalam merupakan tarikh appointment kami (30/6), jam 9malam. Kami datang agak lambat sebab melayan Shazrie Iman yang meragam dulu. Mulanya nak tinggalkan dia dengan Tokma/aunties since nanti kalau bawak dia sekali, daddy tak boleh nak fokus, kena melayan Iman plus dia memang tengah tidur. Tapi boleh pulak dia terjaga around 8.30malam, pastu cranky nak dengan mommy je. Aiyooo. So terpaksalah bawak jugak. Dah pukul 8.45pm baru keluar rumah. Dah la keluar rumah agak lambat, rupa-rupanya daddy belum readykan duit. So mencari pulak ATM.. Dan tambah malang, ATM yang ada sepanjang perjalanan nak ke klinik semuanya out of service aiyooo.

Tengok jam dah 9.05malam. So singgah dulu klinik untuk buat registration and tanya ada berapa patient lagi sebelum kite. Ada 2 patients. Nasib baiklah pembantu klinik dekat kaunter tu baik je, so kite buat registration and bagitahu nak keluar jap untuk pergi ATM/bank (cerita lah drama sikit pasal dari tadi pergi ATM semua tak boleh, tu yang terlambat huhu). Dah register, sambung balik cari ATM and Alhamdulillah, walaupun beratur agak panjang tapi kami berjaya la jugak kan keluarkan duit haha. Dah lah banyak kereta sebab masing-masing nak keluar isi minyak since minyak naik harga harini! Aduhai dugaan..

Sampai-sampai klinik semula, hampir 9.45malam.. Tanya pembantu klinik tu, nasib baik turn kite memang belum sampai. So duduk lah dulu. Masa tu ada sorang lagi ibu mengandung yang tengah tunggu turn jugak. Kite expect turn dia dulu (tak perasan masa buat registration dia dah ada ke tak). Sekali, dalam 5minit duduk, nama kite yang kena panggil dulu.. Kami pun masuk bilik dalam 9.50malam..

Our sonographer adalah Miss Irene. Chinese, muda orangnya. Cakap Malay agak fasih cuma still pelat lah sikit-sikit. Bagitahu dia pakej yang kite book so dia pun mulalah gelek-gelek perut kite.. Miss Irene sangat ramah dan jangan risau, dia terangkan semuanya mengikut kefahaman yang mudah (tanya hubs senang faham tak sebab memandangkan kite biologist so lagi lah cepat tangkap apa yang dia terangkan, plus siap tanya certain things ikut term biology *bukan nak poyo ye, cuma nak tahu and applykan apa yang sedia tahu huhu*). Dan as sonographer berpengalaman, dia tahu lah macam mana cara nak pujuk baby untuk bergerak untuk dapatkan angle yang cantik.

Mula dengan 2D detail scan, dia terangkan satu persatu apa yang perlu, tunjuk bahagian-bahagian mana yang perlu tengok dan bagitahu normal ke tak. Normal range berapa dan kalau tak normal rupa dia macamana. Mana yang patut dikira, dia kira. Tulang ada berapa, jari ada berapa, berapa jarak mata yang sepatutnya, apa rupa bentuk yang sepatutnya, keluar masuk saluran darah ke jantung, ke ginjal, dan lain-lain. Seriously dah tak ingat setiap gambar yang ada dalam cd tu untuk apa. Ingat sikit-sikit je. Sebab banyak sangat! Sepatutnya record suara dia senyap-senyap haha (sorry, hp/camera tak boleh guna dalam bilik ni, ada tampal notis).

Antara gambar/bahagian yang discan dan diukur.

Bermula dengan kepala/tengkorak.



Jantung.


Kira berapa chamber yang ada (normal 4).
Warna biru and merah tu menunjukkan pergerakan darah keluar/masuk jantung (rasanya merah stands for oxygenated and biru deoxygenated)



Pastu tulang temulang semua dikira. Kaki, tangan (kiri kanan), panjang tulang belakang, tulang tongkeng. Then dekat both ginjal pun diperiksa keluar masuk darah (macam dekat jantung). Sorry malas dah nak upload gambar haha.

Last sekali, baru Ms Irene check gender (saja la tu nak bagi surprise). Awal-awal bagitahu dia yang kitorang laki bini jangkakan lelaki lagi. Tapi bila dia dah cek, it's a girl! Kite macam tak percaya je, siap tanya dia betul ke few times. Ms Irene cakap, iya.. Betul.. Ni ha burger dia, sambil kira and tunjuk lapisan-lapisan dalam scan tu (rasanya the labias kut).

Dah setel detail scan, Alhamdulillah semuanya normal (baru kami tahu macam mana rupa detail scan tu huhu), baru proceed ke 3D/4D scan. Untuk yang 3D/4D, as usual lebih focus ke muka.. Tapi memandangkan time tidur baby dalam perut ni (biasalah, lepas berbuka, memang time tidur mommy hoho), so agak payah dia nak tunjuk muka. Tutup bukan setakat dengan tangan, siap dengan kaki ok! Jenuh jugak la Ms Irene nak memujuk biar dia turunkan tangan tu.

Setelah sesi pujuk memujuk, usik mengusik, mommy mengiring kiri kanan, finally ni lah hasil terbaik yang Ms Irene dapat :


See.. Siap ada caption baby kuat tidur lagi. Haha.

Settle dua scan ni, keluar-keluar bilik dalam pukul 10.20pm.. Lama jugak la kan dalam bilik tu, dalam setengah jam. Memang puas kami dapat belek+gelek perut lama-lama. Rasa berbaloi duit yang dibayar :p. Sampaikan anak patient yang sama-sama tunggu tadi cakap 'lamanyaaa' dekat mak dia masa kite keluar dari bilik huhu (Dia cakap slow-slow je tapi kite tetap terdengar).

Tunggu sekejap, then nama kena panggil untuk buat payment dan dapat cd plus printed 3D/4D scan (gambar yang kat atas ni diprint). Masa kami scan dekat gynae, tak pernah dapat pun printed 3D/4D. Tengok dalam cd jela. Huhu.

Selain gambar dan video, dalam cd jugak ada disertakan pdf file report scan. Report dalam few pages.



So, kesimpulannya, memang sangat berpuas hati dengan servis scan group 3D/4D Scan Malaysia ni. Malah, customer service pun tip top:

1. (as stated in the story above)
2. Whatsapp untuk remind ada appointment on the day of appoinment.
3. Then, the next day of appoinment dapat another whatsapp untuk follow up about cd (asking about cd boleh buka or tak and nama stated in the cd/report nama yang betul ke tak).

Poliklinik An-Nisa pun ada buat follow up a day after (dapat call, tapi kite tak perasan, so dorang hantar sms) untuk tanya keadaan dan remind makan ubat. Walaupun kite bukanlah dapat rawatan langsung dari klinik mereka, setakat datang scan je.

Jujur, kite highly recommended and InshaAllah akan ulang buat next 3D/4D scan dengan dorang lagi..

p/s : About baby's gender, memang pernah cakap dulu, tak pernah mengharap pun baby gender sekian-sekian. Both kami ok. Tapi, ada sikit happy la kan kalau dapat baby girl. Sebab mommy boleh shopping barang baby baru banyak! Huhu. And boleh pasang badan betul-betul kasi selim melim sebab boleh jarakkan jauh sikit the next baby. Tapi, takdelah over excited, biasa-biasa je. Kalau orang tanya gender apa pun still tak kan jawab confidently. Yelah, sebab kuasa tuhan masih boleh mengatasi teknologi manusia.. Tak kisahlah, janji kami berdua sihat dan selamat sepanjang pregnancy dan kelahiran nanti. Amin..

Thursday, April 21, 2016

Buku Pink Kedua

Complete vaccination (except pneumococcal) untuk Shazrie Iman in the morning, mommy dah mula monthly routine untuk buku pink pulak (Baik punya timing kan hoho), in the afternoon . Kira seharian lah melangut dekat KK. Ok tipu, balik lunch and rehat-rehat dekat rumah in laws dulu before datang balik.

As previous pregnancy, dah 3 bulan baru bukak buku pink. Kebetulan masuk 3 bulan lebih kurang dengan time appointment Iman, so pilih untuk buat pada hari yang sama..

And as usual, pagi tu kena ambil darah dan urine test. Alhamdulillah, Hb ok. cuma urine test tak berapa cantik since kite kurang minum air (pagi tu still ada muntah sikit). Berat, awal-awal dah gomok :( 52.5kg huk!!. 

Masa nak bukak buku pink tu pulak kena lah interview lebih sikit including bab medical history, previous pregnancy and labour dan juga family planning. Walaupun dah mention irregular period, nurse still bagi edd yang ikut kiraan regular period : 4 Oktober. Maybe pada orang lain tak berapa kisah dengan edd tapi kite a bit concern since experience gdm, which sangat bergantung dengan due date untuk tentukan masuk ward (kalau still tak beranak). Kalau ikut Dr Ng (through scan), due date kita 28 Oktober. Kite percaya lebih sikit dengan Dr Ng sebab masa Iman lahir, memang ikut betul-betul due date dia (edd KK bagi 19hb. Since beza sehari so tak kisah sangat). 

Dah check perut, kena jumpa doktor untuk scan pulak.. Masa doktor scan, dia kata perkembangan baby kite tak macam dah 4 bulan (kalau ikutkan dari kiraan nurse). So, kite bagitahu doktor yang kite irregular period dan kalau ikut gynae yang dah scan sebelum ni, kite baru 3 bulan (on that day) dan due date kite 28 Oktober. Doktor setuju dengan kite dari segi 3 bulan tu sebab dia kata memang perkembangan baby nampak on that stage. So doktor berusaha lebih untuk dapatkan angle scan yang membolehkan dia dapat due date yang lebih kurang dengan gynae. (Memang ambil masa jugak lah doktor gelek-gelek dekat perut. Tak macam Dr Ng, sekali letak je dah dapat huhu. Maybe sebab kecanggihan mesin scan tu or kepakaran doktor tu sendiri). Whatever it is, Alhamdulillah, doktor dapat dan beri due date baru yang sama dengan Dr Ng : 28 Oktober 2016..

My next visit to KK will be on 18th May. 

Thursday, April 14, 2016

Our First Date! (of Second Pregnancy)

After confirm double line, tak dapat nak agak dah berapa minggu. Ikutkan nak je pergi mana-mana klinik untuk scan but hubs insists nak pergi jumpa Dr Ng terus. So on 3rd March ajak hubs pergi Dr Ng, setelah 2 tahun tak pergi menabung duit dekat sana hoho.

Takku sangka Dr Ng ingat kami lagi. Mana mungkin dia lupa salah sorang patient yang dah melabur banyak dekat dia huhu. Or untuk fikir yang lebih rasional, maybe sebab tak ramai patient Melayu dia, so senang dia nak ingat.

Through ultrasound, the embrio baru 5-6weeks. Masih awal patut pun masih takde rasa mabuk huhu. And it looks fine. Maksudnya, berada dalam rahim, dan dah ada degupan jantung. But still kena datang lagi in another few weeks untuk monitor perkembangan baby plus dapatkan due date.

Nak share gambar scan tapi tak berapa nampak lah sebab doctor print yang belum di zoom. Maybe next time kut?

Dalam 2 tahun tak datang, rate pun dah naik. Kalau dulu untuk consultation RM50, pastu baru ditambah service fee yang lain (scan etc etc). Tapi sekarang, each pregnancy check up akan terus dicaj RM200. Tak termasuk 4D scan yer.. So, untuk first visit ni fee kami RM203, termasuk print gambar 2D scan.

Nasib baiklah tak datang tiap-tiap bulan, datang bila nak scan je. So tak terasa sangat. Cadangkan jugak dekat hubs untuk scan dekat tempat lain, which way cheaper tapi so far hubs masih nak stick dengan Dr Ng. Tak taulah kalau dia berubah fikiran akan-akan datang. Nampaknya mommy kena try usha-usha klinik yang ada ultrasound canggih tapi harga yang lebih ok, tu pun kalau rajin lah kan :p.

Tuesday, March 18, 2014

BSP 3rd and Regular Check up

BSP lagi! Semalam terlambat 15 minit pergi klinik, nurse dah balik. Haha. Pastu boleh tak terfikir nak pergi klinik swasta untuk buat glucose test. Just fikir pasal pharmacy je. Tapi manalah ada pharmacy yang bukak lagi after 10pm.. Sudahnya, sangkut 1 test, kuciwa puasa tak berbaloi :p, balik dari klinik tutup tuh terus sental makan banyak haha.

Tadi, seawal 7.40am dah kuar rumah. Tapi pasal jem and jalan 'mengelat' yang selalu lalu nak pergi klinik dah kena halang dengan batu, pukul 8.08am jugak baru dapat amik no.. Ntah kenapa, harini ramai betul patients, especially yang bawak babies, compared yang lepas-lepas kalau datang time-time macamni. So dekat pukul 9am jugaklah baru dapat pergi lab untuk bsp and urine test..

After pergi lab, pergi bilik 14 untuk nurse check bsp result yang ada so far. Tapi pasal malam tadi punya tak ada, takde guna jugak. Huhu. Time ni lah baru nurse tanya kenapa tak pergi buat je test dekat klinik.. Serious tak terfikir! So dia suruh pergi buat malamni dekat mana-mana klinik or pharmacy.. Noted!

Then, as usual, buat regular check up. Berat 62.75kg. Blood pressure ok, position baby still cephalic, heart rate cantik (kata nurse :p). Then antara pesanan nurse :

1) Make sure beg dah ready.
2) Jangan lupa bawak buku pink pergi mana-mana.
3) Kalau ada tanda-tanda eg keluar darah/air/sakit cepat-cepat pergi hospital.
4) Kalau dah bersalin, mintak suami datang klinik (bawak buku pink) untuk bagitau.
5) Since balik kampung (Rawang je pun haha) so hubs kena pergi klinik kesihatan sana jugak untuk bagitau. Nanti akan ada nurse datang rumah.

Then jumpa doktor pulak untuk scan.. Tanya doktor berat baby berapa, 2.7kg. Mudah-mudahan tak exceed 3kg masa labour :). Yang kelakar, doktor tanya dah tahu kan anak lelaki? Jawablah dah. Pastu doktor golek-golekkan stick tu, memang nampak gila bibird. Doktor pun tergelak sebab serious jelas! :)

By 10.08am, semua dah setel.. Nak tunggu next bsp, ada dalam sejam lebih, malas pulak nak stay sorang-sorang dekat klinik tak buat pape. So, decide balik rumah, sempat lah kemas-kemas bilik yang bersepah and readykan hubs minum pagi.. Dalam kol 11.38am baru datang balik, cucuk jari and balik semula..

Before balik, singgah tapau nasi goreng ayam (teringin!:p) dengan air sirap limau untuk buat lunch.. Dah lunch, sambung semula puasa and datang semula klinik around 3.30pm.. Hubs nak temankan tapi kite tak bagi, takut-takut terlama pulak, kang dah ganggu jadual kerja hubs.. So better pegi sendiri je..

Setel lah semua bsp untuk harini.. Tapi still hutang 1 lagi (post dinner). And the results bagus-bagus huhu :

Fasting : 4.1
Post breakfast : 4.1
Post lunch : 6.3

Malam, nak tak nak kena lah pergi klinik untuk buat post dinner BSP.. Since dah ada nama dekat Klinik Mediviron, nak shoot kat situ terus, senang.. Pergi sorang-sorang je sebab hubs kena kerja pulak malam ni.. Dia suruh tunggu dia balik tapi since by 10pm dia tak sudah kerja lagi, pergi jelah sendiri.. Lagipun bukannya jauh pun.. Dekat sejengkal je :p.

Kusangkakan tak payah jumpa Doktor, just cucuk je depan kaunter pendaftaran tu :p. Rupa-rupanya kena jugak jumpa doktor, doktor yang buatkan.. Luckily time datang tu memang klinik kosong, takde patient langsung, so terus masuk bilik doktor.. Doktor yang sama masa kena masuk air dulu tu :p.

And the result, dengan dukacitanya : 6.7! Haiyaaa dekat border lagi.. Habislah... Tapi malas dah nak fikir/ Biar jelah.. Dah nak beranak pun haha.. Lagipun bukanlah tinggi sangat pun.. Just dekat sempadan :p

Ohye, untuk bsp kalini, ada pengajaran sikit. Iaitu, jangan sekali-kali terlepas bsp dekat klinik kesihatan! Sebab apa, buat dekat klinik swasta, kena sampai RM25 hokey untuk sekali cucuk!!! Boleh makan McD sampai kenyang :(. Taktau kenapa pricey sangat (or klinik yang kite pergi ni je cekik darah) padahal tengok mudah je nak buat. Dah lah jari yang kena cucuk tu sengal lebih berbanding buat dekat klinik kesihatan. So masa ni lah rasa betapa bertuahnya check up dekat klinik kesihatan. Free woo haha.

Friday, February 14, 2014

3D/4D Scan for Second Time

Since dapat call untuk pergi KK next week, terus ajak hubs pergi O&G by this week. So, tadi pergi dengan hubs. Tunggu agak lama sebab sampai-sampai Dr Ng still tak masuk lagi, padahal dah pukul 11.15am! Lepas 10 orang patient, baru turn kami *jenuh tunggu*. Takpe-takpe, maybe ni last jumpa Dr Ng sebab decide nak bersalin dekat Hospital Serdang je, so stick check up dengan KK jelah...

Bila dah turn kami, as usual, Dr Ng akan tanya condition mommy and baby, and scan.. Kalau last visit muka baby tak clear sangat, harap-harap kalini dapatla tengok jelas. Tapi nampaknya bukan rezeki kami lagi.. Hukhuk. Nampak muka baby, tapi kurang jelas. Sebab apa, sebab baby asyik bergerakkkkk je. Bergerak, mengunyah. pastu tak sudah-sudah menguap! Haha. Macamana nak tengok jelas. (Nampak sangat baby kuat makan and tidur, macam mak nya. Kuikui)

Tang muka tak jelas, tapi tang tuut, jelas gila! Haha. Dr Ng tunjuk mana part penis and 'telur', memang nampak terang dan jelas, dah tak boleh nak pertikaikan lagi anak lelaki ke perempuan. Hehe. 

Ni lah genital part yang clear gila. Haha

Eventhough muka baby tak berapa jelas, tapi bak kata hubby, bibir baby ikut bibir mommy, tebal! Haha. Kite cakap apa, "He's gonna be a good kisser" Opssie" :p. And Dr Ng lagi sekali stresskan yang dagu baby ikut dagu daddy. Ish buat tak sabar nak tengok combination muka kami in real! *Sabar sabar, few weeks lagi*

Itu saja.. So, total cost for today : RM200 (RM150 scan + RM50 consultation)

Tuesday, January 21, 2014

4D Scan

Semalam pergi check up dengan my gynae dekat Kuchai Lama.. First time pergi klinik malam. Biasanya pergi siang. Klinik ni siang malam sama je ramai. Cuma kalau pergi malam, senang sikit nak dapat parking. Kalau siang, perghh.. Tak pusing few times, tak sah!

Tunggu dekat sejam jugak baru kena panggil.. As usual Dr Ng akan tanya condition and akan scan.. Before ni scan 2D je.. Tapi saje tanya dengan Dr pasal scan 4D, bila sesuai nak buat since kalau dekat Klinik Mediviron Serdang, dia suggest minggu ke 27.. Dr cakap nak sekarang pun dah boleh.. Tapi dia nak tengok dulu position baby..

Mula-mula Dr Ng scan 2D dulu, ukur apa yang patut (kepala) and tunjuk tulang belakang and paha.. Dr tanya dia dah pernah bagitau gender kan before ni. "Yup, its a boy" :). Tapi kite mintak Dr double confirm kan haha (takut kang beria beli barang and baju baby untuk baby boy, sekali yang keluar girl, dah lari tune pulak :p). Dr ok je.. Siap buat lawak confirm baby boy. Kalau baby girl, dia kasik check up untuk arini free of charge haha. Punyalah over confident Dr Ng ni :p. So dia tengok dekat bahagian genital and confirmkan memang baby boy.. Siap tunjuk mana burung, mana telur (haha!) tapi kite tak dapat nak faham apa yang dia tunjuk tu, tak boleh nak imagine *sengal*

Then Dr tengok balik kepala baby untuk buat 4D. Dr kata position kepala baby dekat sangat dengan rahim, tapi dia cuba tengok boleh nampak tak muka baby. Nampak! Tapi tak berapa jelas sangat..

Sneak peek.. :)
Subhanallah.. Dengan teknologi sekarang, before bersalin dah boleh tengok muka baby kite.. Walaupun tak jelas, tapi hey thats our baby! Yang selalu 'berenang-renang' dalam perut mommy :). Time scan ni, baby behave je.. Not sure tengah buat apa tapi mata pejam and dua-dua belah tangan pegang pipi kiri kanan. Tidur kut.. How cute!! :). Dr kata dagu ikut dagu daddy *sambil usha dagu kite and dagu hubs haha*. Tengah godek-godek, tiba-tiba baby bukak mulut! Besar pulak tu.. Menguap agaknya hihi. Dr yang excited lebih. 2 kali baby bukak mulut :o. Dr still try godek-godek lagi untuk dapatkan image yang lagi cantik. Lagi sekali baby buat surprise, senyum dekat kami. Baby tahu ye kami tengah skodeng dia.. Hehe. Unfortunately, time baby senyum tak sempat nak record.. Sekejap sangat. Tak ikhlas ye.. Takpe-takpe.. Mommy daddy boleh tunggu :). 

Nampaknya takde rezeki kitorang nak dapat image yang sharp since muka baby dekat sangat dengan rahim.. Dekat sangat macam muka tertepek, pastu hidung pun penyek je masa tengah scan tu kalau tengok dari view depan. Haha. Takpelah. Untuk kalini, apa yang nampak tuh dah cukup.. Nasib baik baby still nak tunjuk muka dia, tak malu-malu.. :)

Lepas dah scan, Dr nak bagi injection tetanus. Kite bagitau yang kite dah dapat injection dekat klinik kerajaan, so Dr cancel. Kite tanya Dr pasal hospital yang biasa dia refer dekat patient and costs.. To simplify, here's the point :

1. 2 hospital : Hospital Tung Shin (dekat dengan Pudu) and Hospital Pantai KL

2. Dr Ng sendiri yang akan ada masa kite deliver.

3. Cost for normal delivery : Hospital Tung Shin RM 3000, Hospital Pantai KL RM6000 (Gila mahal!)

4. Cost ni all included. Termasuk untuk baby (paed) post delivery. (Tak tanya detail apa yang included tu. Dr just cakap lebih kurang macam ni)

5. Kalau ceaser hmmm Dr tak bagitau pasal cost sebab dia kata kite takde risk untuk ceaser (Mudah-mudahan Amin!)

6. So kite tanya Dr, macamana nak tahu sama ada delivery normal or ceaser. Dr kata, biasanya pasal size and position. Size baby terlalu besar or position songsang/melintang. 

7. Dr kata jangan risau pasal size baby sebab kami dua-dua kecik hehe. So far berat baby ok je, semua normal.. Cuma kena kawal makan, jangan makan menda manis-manis sangat, boleh buat baby besar. Dr shared his latest experience, sambut baby 5.7kg ok!! Super besar! Dia pun terkejut, first time dia sambut (ceaser) baby besar tu. Hehe

8. Pasal position pulak, so far position our baby pun ok.

9. Dr siap bagitau yang biasa orang risau bersalin dekat swasta, takut gynae sikit-sikit nak ceaser (Betul. Pernah dengar pasal ni). Kalau dengan dia, jangan risau.. Dia akan cuba macamana sekalipun untuk normal delivery. Dr siap cakap, kadang-kadang tu ada patient dah tak tahan sakit sangat, terus nak mintak ceaser. Dia tak bagi. Kira ayat dia lebih kurang camni lah "Buat apa nak ceaser. Kalau awak dah rasa sakit dalam beberapa jam, tahan jelah lagi sikit.. Manatahu dalam 2 jam lagi, baby pun keluar.. So buat apa awak nak keluar duit untuk ceaser..". 

10. Tapi kalau kena ceaser jugak, on the spot kite nak transfer ke hospital kerajaan pun takde masalah.. Dia faham kalau ceaser dekat swasta high cost.

Hmm tu je kut, yang kite ingat. Bila dengar pesan Dr pasal jangan makin manis-manis, hubs apa lagi.. Itulah yang dia tekankan sangat-sangat. Tak bagi kite minum air manis, suruh minum air putih je.. Tapi masalahnya, yang manis tu yang sedap! Huk. Baru je few days before cakap dengan hubs nak makan Original Glazed Krispy Kreme lah.. Cinnamon rolls Cinnabon lah.. Caramel Sticky Dessert Domino's.. Huish semuanya memang manis tak hengat! :p. Nampaknya macam tipis je harapan nak dapat. Heuheu. Kena pujuk hubs slow-slow :p.

Pasal hospital pulak, bila dengar Dr Ng cakap macamtu (pasal ceasarian), buat kite rasa yakin. And kalau ikutkan, lagi bagus kalau dia yang ada time kite nak deliver since dia memang dah tau my history from the very beginning. Selesa and dah biasa dengan dia. Tapi the problem is, 'Hospital Tung Shin' hahaha (Hospital Pantai excluded lah kan.. Huhu). "Bersalin dekat mana?"  "Hospital Tung Shin". Alamak.. Nama dia ke-chinese-an sangat.. Hehe. Orang lain kalau boleh bukan main nak An-Nur lah.. Az-Zahrah lah.. (Nama Islamic kononnya) kite pulak, lain peginya :p. Lagi satu, the location itself. Oh noooooooo.. Memang jem nak pergi situ. Dari arah Masjid Jamek jem. dari arah Jalan Sultan Ismail or Jalan Bukit Bintang lagi lah, gila-gila jem. Kang ada kite dah tak tahan nak terberanak, tersangkut dalam jem. Huhu. So, nak consider pun, ishhhh.. (Hospital Serdang jelah ye gamaknya kite.. Huk)

Dr suruh datang lagi after few weeks, around 10th Feb. Rasanya time tu baru boleh dapat better image 4D - hopefully! Sebab mommy tak puas.. Nak tengok baby lagi. Hehe. Dapat 2 kali 4D pun cukup :). Teringin nak buat detailed scan 2D sebenarnya, tapi hubs kata tak perlu. Tak berani nak bantah or tanya-tanya lagi 
-.-

Total damage for this visit : RM285 (RM150 for 3D/4D scan including CD + RM85 fish oil + RM50 consultation)

p/s : Balik-balik rumah, hubs terus play cd. Tak sudah-sudah tengok video baby bukak mulut. Hehe *Excited parents to be*

p/s : Current weight : 58.15kg! Oh noooo

Thursday, December 12, 2013

Boy, or girl?

Gender is like a teka-teki bila pregnant. Kalau tanya parents-to-be, mesti most akan cakap tak kisah gender apa as long as both mommy and baby sihat dan selamat throughout pregnancy and labor. Sama jugak dengan kami. Kalau lelaki ok, kalau perempuan pun ok. Banyak orang kata kalau anak first lelaki, nanti boleh jaga adik-adik bila dah besar. For me, as an eldest, and my girlfriends pun banyak anak sulung, rasanya terjaga jugak adik-adik. And through my observation, lelaki sulung bukan jaminan boleh jaga adik. Ada jugak yang tak boleh diharap, better lagi anak perempuan. So, tak boleh ada discriminacy kat situ :p. And banyak jugak orang kata, kalau anak perempuan, best sebab boleh gayakan macam-macam, aksesori or menda-menda yang comel-comel lagi banyak untuk perempuan berbanding lelaki, limited. So camno tu?

Kalau saja-saja tanya hubs, hubs pun tak kisah boy/girl. Tapi kalau boy, hubs kata seronok jugak sebab dia boleh beli banyak toys, which dia boleh main sekali. Haha. Kalau family in law, never mention about this matter. Kalau my family, ibu kata adik-adik lagi over. Siap bergaduh sesama sendiri nak anak sedara lelaki or perempuan! Haha. Mak Ngah nak perempuan, sebab yelah, banyak benda comel boleh beli. Yang Makde nak lelaki sebab dia kata dah ramai sangat perempuan dalam family. Paksu pun sama nak lelaki sebab boleh jadi geng main. Macam-macam.. Haha.

For me, I don't know. Tapi, ntahlah from the beginning, instinct ni kuat rasa kite pregnant baby boy. Taktau kenapa. Takde sikit pun rasa yang it will be a girl.

Bila perut dah makin besar, few people mula lah teka-teka. Kak Leen rasa lelaki since perut nampak menonjol ke depan, nampak sangat mengandung berbanding other staf yang pregnant lagi awal drpd kite (and it's a girl). Ibu pulak, bila kite cerita pasal masa dalam flight to Guangzhou (Ada baby lelaki duduk seat depan. Penat kite usik-usik agah-agah dia, sikit pun dia taknak pandang. Dia lagi suka tengok dekat hubs yang duduk sebelah. Kecik hati den. Huhu.). Reaction ibu : "Mesti yang dalam perut tu lelaki". Tu dia.. Macam ahlil nujum. Hehe.

Tapi, finally the riddle answered during our visit to gynae 2 days after came back from China.. Tak expect pun akan dapat tau gender time tu.. (20weeks 5days). Macamana Dr Ng bagitau, while scanning, after tengok few part of baby's body, Dr kata "Ok ini dia punya burung, ini dia punya telur. So baby boy..." Haha. Comel je! Tapi kite tak nampak pun yang Dr tunjuk sebab kite ni kan rabun.. Monitor yang dekat atas tu konfemlah kite tak nampak jelas.. Tapi hubs kata dia nampak! Siap lukis lagi macamana rupa yang dia nampak hehe.

Well, its a boy for now. Kite takdelah terus confident. Yelah, biasa sangat dengar orang kata bila scan lain, tapi yang keluarnya lain. Haha. Kite tunggu next scan. Kalau still a boy, rasanya bolehlah nak avoid beli barang pink :p. Bila fikir-fikir balik, ok jugak baby boy, sebab as my sister said, dah ramai sangat perempuan dalam family kami. My siblings, 3 perempuan, sorang je lelaki (bongsu). Hubs' siblings plak, dia sorang lelaki. 3 adik perempuan. 

Bila dah tau pasal ni, orang yang mengharap dapat anak sedara perempuan a bit frust la. Huhu.

With makngah yang mengharap nak anak sedara perempuan. Ni first time mommy take photo tak cover-cover perut. Biasanya malu.. Huhu

Tuesday, December 3, 2013

Post Vacation Syndrome?

Once we decided to have our monthly check up at klinik kesihatan, kite takde lagi pergi ke my gynae.. Rasanya check dekat satu tempat dah ok kut.. Tapi, since balik dari China, kite batuk teruk. Batuk, selesema. Siap hidung berdarah tiba-tiba lagi. Badan gatal-gatal tak usah cakap lah. Menggaru je kerjanya. Yang ni kite memang tau kite alergy suhu sejuk. Discovered masa pergi UK 2009 dulu. Kawan yang bagitau bila kite tak sudah menggaru sampai naik melecet. Dia yang tolong carikan krim dekat farmasi. Pastu masa nak pergi China, boleh pulak tak teringatkan hal ni. So takdelah bawak krim, padahal ada je dekat rumah. Bila dah balik baru cepat-cepat sapu and dah takde jadi beruk lagi. Haha.

Berbalik pada batuk and selesema, agak teruk. Hidung berdarah tu quite scary ok! Tiba-tiba darah meleleh dari hidung. Hubs lagi la cuak. Mungkin sebab perubahan cuaca kut.. Dengan sejuk dekat sana, pastu tiba-tiba panas gila bila balik Malaysia. Badan terkejut. Mula-mula nak jugak biarkan baik sendiri tapi makin lama risau pulak, takut boleh effect dekat precious baby. Tambah pulak, 2 days after kitorang balik tu, dapat bad news baby jiran meninggal dunia (Pre-matured baby. Tapi dah 3 bulan dah. Still dekat hospital, tengah tunggu hari nak discharge). Bila dapat news tu, kite and hubs terus decide ok, we need to go to clinic. Biar nampak remeh tapi lebih baik jangan abaikan.

So, after bincang-bincang, kami decide nak pergi ke my gynae.. As I told before, I am a bit sceptical with general doctor. Bukan tak percaya, tapi better jumpa dengan orang yang lagi pakar dalam bidang dia. Our baby pun I planned nak ada paed sendiri. 

Petang tadi, after hubs setel kerja, terus kami pergi ke Kuchai Lama. Patient tak ramai. After buat regular check up, tunggu tak berapa lama dah kena panggil.. First and foremost mestilah Dr Ng scan.. Tengok baby, me likey! Dr bagitau baby in good condition.. Dr tunjukkan kepala, backbone, and gender. I think I'll blog about this in separate post :).

Eventhough tak berapa jelas, but better drpd yang scan dekat klinik kesihatan. Atleast nampaklah backbone..
Right after Dr Ng scan, kite batuk kung kang kung kang. So takpayah dah nak cerita dengan Dr panjang-panjang. Haha. Cuma bagi additional info je pasal selsema and hidung darah. And bagitau dia baru balik travel from China-just incase. So he prescribed the suitable medicine for me. Sempat jugak tanya Dr boleh bagi apa-apa effect ke dekat baby sebab yelah each time kite batuk, kite akan rasa sakit dekat bahagian perut. Dr Ng kata takde pape.. Baby okay.. Cuma muscle je.. Lega:)

He knew about my monthly check up dekat klinik kesihatan. So he asked about supplements. Kite bagitau lah kite ada amik iron and obimin. Dia kata cukuplah tu. Tapi dia suggestkan untuk amik another supplement-fish oil. Bagi baby pandai. So far out of 10 patients, takde lagi his patients yang deny about the effectiveness of that pills. So, kami cuba jelah eventhough its a bit pricey. As long as it is good for the baby :). Sempat lagi Dr Ng cakap kalau fish oil dah abes, jangan stop makan, datang klinik just untuk beli fish oil tu pun takpe. 

Total cost : RM220 including ubat batuk liquid, pil selesema, fish oil pills, scan and consultation.


Thursday, November 14, 2013

Second Appointment (4th month)

After a month, kena datang appointment untuk MGTT and jumpa doktor untuk scan. Pasal dah berpengalaman, so kali ni takdelah nampak sengal sangat sepanjang kat klinik hihi. Hubs duduk je dekat ruang menunggu diam-diam dari awal sampailah dah selesai. What we did today :

1) MGTT. Dua tube darah kena ambil (before and after)

2) Pergi kaunter makmal untuk urine test and kena lagi amik darah sikit. I am not sure untuk test apa sebab nurse yang dekat kaunter lab tuh kerek sikit. Heuheu.

3) Jumpa nurse untuk ambil measurement. Berat dah naik, now i am officially 50+ kg person okay! Tak pernah berat cecah sampai 50kg. But its okay baby.. For you, mommy tak kesah gemuk hehe. (Now i have a strong reason bila hubs bising nonstop makan banyak and makin gems :p). Blood pressure pun okay. CUMA. Kena bising sikit sebab hemoglobin rendah. From 11.6 to 9.3. Haha. Nurse suspect kite minum caffeinated drinks tapi tak. Kite tak minum, even tea and malt drink pun tak okay.. Maybe turun sebab kite banyak skip makan obimin. Tak suka lah makan pil-pil ni... Tapi kite takdelah bagitau nurse tu.. Mati kau nanti.. Haha. Kite buat tak tau je :p

4) Nurse check heartbeat baby guna doppler. Dengar! Kuat! *riang*. Tapi nurse kata still no baby movement.. Takpe.. Mommy boleh tunggu :). Rasa nak beli doppler sendiri lah nanti. Boleh dengar sendiri kat rumah :)

5) Jumpa doktor untuk scan. Yeayyyy. Dah dekat 2 bulan kite tak tengok baby.. Dengan harapan masa scan ni boleh lah tengok puas-puas. Tapi TIDAK. Serious tak best! Dah lah masa scan takde monitor untuk kite, just untuk doktor. So mana lah kite nampak time doktor golek-golek dekat perut since kite dah terbaring dekat katil. Doktor tu pulak takde cakap pape, and kite nak tanya taktau nak tanya apa! Takpe-takpe. Nanti boleh tengok yang printed punya *sedapkan hati*. Sekali bila tengok yang printed punya, oh myyy hapa pun aku tak nampakk. Nampak kepala je yang jelas. Memang jauh beza dengan yang first scan aritu.

See... Mommy and daddy can't see you clearly... Tak puas...

Bila dah rupa camni, laju-laju tanya doktor tu ada risk tak kalau kerap buat ultrasound, about once or twice a month. Memang ada baca no risk. Tapi saja nak tanya sendiri. And she said none. Yeayyy! Meaning that I'll ask daddy to go to another private clinic untuk scan after this.

6) Since end of this month nak pergi travel, so saja tanya doktor about my condition to travel abroad. Doktor kata takde masalah since belum sarat. Tapi saja mintak doktor satu medical letter just in case.

Dah rupa belacan sikit sebab letak sepah-sepah :p. But it is just a simple letter..

Dengan padan mukanya, daripada nak kena telan sebiji pil (obimin), kali ni kena telan dua pulak, obimin and iron. Rasa kan.. And kalau dulu hubs tak pernah tanya, kalini almost every day he'll ask me dah makan ubat ke belum *sigh*. 

Well, my next appointment will be next month, 12.12.13.

Friday, September 6, 2013

Our First Date!

Before ni, kite selalu refer dekat my gynae dekat Kuchai Lama, Dr. Ng for consultation. Tapi since detect upt positive tempohari, hari Sabtu and that klinik off hari Sabtu, thats why pergi ke klinik biasa-biasa dulu.. Since doktor tuh dah biasa dengan kite, so kite memang cakap dengan hubs, nak pergi klinik tu for consultation, at least sekali pun takpe. Yelah.. Dia dah tau history kite, so jumpa dia lagi better kan.. (Plus, i dont really rely on general doctor. Apa-apa, mesti prefer nak refer pada specialist - due to my experience).

Nak jumpa terus sepanjang 9 bulan pregnancy tu maybe taklah sebab agak high cost! Usually each consultation + few vitamins mesti akan cecah ratus. Tapi kata orang buat cukup syarat.. Yela masa ada masalah kite jumpa dia. Bila problem solved, langsung tak tunjuk muka, macam tak sedap pulak..

So today, hubs free and alahan kite pun dah kurang, kami pergi ke klinik tu.. Kite tak pasti samada kebetulan or memang staf dekat situ ada 'ilmu' tengok muka patient heheh. Selama setahun lebih datang situ, tak pernah pun dorang tanya any soalan time kite register. Tup-tup tadi staf tu boleh tanya 'pregnant ke'? WOW. I'M SHOCKED! Haha.

So, when I said yes, she gave me a pregnancy strip (only!). Kite heran lah takde container ke dan the staf cakap 'direct je'.. Haha gila cut bajet.

After dah berjaya menyelesaikan masalah dengan strip tu :p and bawak ke kaunter, the staf did a basic measurement : berat, tinggi, blood pressure.. Dan tunggu untuk jumpa Dr Ng..

Well, bila jumpa Dr. Ng, he asked basic question as usual.. Date last period etc, amik darah, and scan (2D)! Wee.. Nervous okay! Bila Dr. Ng golek-golekkan mende tu (I dunno what the exact term) dekat perut, me and hubs can clearly see our baby!! Excitednyaa.. Bila Dr. Ng bagi dengar baby's heartbeat, lagilah kami teruja! :)

"Okey.. Baby ok.. Ada satu je, takde twin.. Tapi ni nampak macam ada cyst tapi jangan risau pasal ni.. Semuanya okay.."

And here's the baby during our first meet :

Hello dear.. Mommy and daddy is here.. Membesar dengan sihat inside mommy's tummy okay..? :)

Total cost : RM230 (including RM80 for 2D scan, RM40 for susu Friso satu tin)
But the experience? Priceless!

p/s : Hubs a bit disappointed sebab he wished for twin, since my mother in law lahir kembar! Haha. Tamak..