Pages

Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Bila Stop Pantang Makan

Pantang 44 hari dah lepas. Tapi kite still berpantang makan, breastfeed punya pasal. Sebab kite lagi rela pantang makan daripada berjoget kena layan anak meragam tak sedap perut huhu. 

Nak kata pantang betul-betul tu tak lah.. Cuma kite lebih berhati-hati before melantak. Agak-agak tak yakin je, mesti tanya ibu or mil boleh makan ke tak. Mana yang berangin memang kite elakkan especially teh. Dah lah suka minum teh o and tak berapa gemar minum horlick. So asyiklah minum milo panas, siang malam! Kopi tak boleh sebab takut air susu kurang.  Tu pun kadang-kadang mengelat minum mocha :p. Teh tarik? Wuwuwu lama tak pekena mamak.

Makan pedas? Uih tak boleh nak resist kalau dah tekak Melayu tu. Cuma kurengkan sikit. Tapi kadang-kadang terover jugak lepas tu anak poo-poo semacam, rasa bersalah.

Selain makanan pedas, apa-apa yang masam pun kite cuba elakkan, termasuklah air oren. Pernah tu terlupa, boleh pulak minum air sunquick. Effectnya, anak sakit perut. Sejak daripada tu, kalau agak-agak bosan minum air masak, kite akan bancuh sarsi or ribena or sirap. Tapi paling tak berenti sirap lah. Padahal sebelum ni tak suka sirap. Sampaikan hubs cakap dia yang rasa jemu tengok kite tak sudah-sudah beli sirap ros huhu.

Carbonated drinks? Big no. Tapi kalau dah dehydrated sangat, curi-curi jugak minum 100plus seteguk dua :p.

Ais! Uihh yang ni memang pantang sakan.. Selain tak nak effect kat baby, kononnya tak nak buncit. Tapi siapa boleh tahan wehh nak-nak kalau cuaca memang panas bedenting. So kite buat camne, cheat dengan cara masukkan air dalam peti sejuk biar dia sejuk-sejuk kuku.

Mula-mula memang decide nak pantang makan sampai Shazrie Iman 6 bulan, bila dia dah boleh intro makan. Tapi, angan-anganku musnah belaka bila hari raya puasa yang lepas!! Sebabnya, kalau 10 rumah beraya hidang tak air teh o, carbonated drinks. Ais sah-sah la wajib. Apelah pilihan yang mak ada selain teguk je apa yang dihidang.. Kalau dah hari-hari pergi beraya rumah orang camtu, kenalah jugak kite merasa. (Jemu jugak asek minum air putih bekal sendiri). Start minum sikit seteguk dua tengok anak macam ok, minum secawan pulak. Tengok ok je, bercawan-cawan lah gamaknya. Last-last, dah tak ingat pantang-larang semua pun balun haha. Alhamdulillah,  mungkin anak dah ready takde lah meragam. Cumanyaaa babailah perut yang nak kempes ramping kerempeng. Huk.

Friday, May 30, 2014

Pengalaman Berpantang

Kite bernasib baik sebab dapat merasa berpantang cara Jawa and Utara. Seminggu awal kite berpantang dekat Rawang. Ibu memang betul-betul jaga kite ikut macam mana dia berpantang dulu. Dengan berurut, jamu, berganggang, bertungku, semua cukup. Bengkung stokin pilis param tapel tak tinggal.. Memang tradisional betul huhu.

Mandi daun-daun herba
Ayah dan mak mertua ada bekalkan sebungkus daun-daun herba untuk kite masa kite nak balik Rawang. Ayah Pegawai Pertanian UPM so tau lah dia mana nak cari daun-daun tu. Kite pun ada beli bunjut mandian herba. So setiap pagi dan petang, ibu akan rebuskan daun-daun herba tu untuk kite mandi.

Berganggang
Kalau tak silap ada juga orang panggil bertangas. Lepas mandi, kite akan berganggang. Ibu dah siapkan bara api and kite kena berdiri (or mengangkang? Huhu) dekat bara api tu. Berdiri sambil selubung dalam kain. Pastu ibu tabur kemenyan arab nak bagi wangi and macam berasap sikit. Ni kira macam stim la so badan akan berpeluh-peluh. Tujuan untuk kecutkan peranakan. Kalau tak silap untuk bersihkan part vagina dari darah kotor pun boleh.

Berurut
Walaupun family baru setahun pindah Rawang, kite bermasib baik sebab ibu dapat carikan tukang urut sebab kebetulan anak jiran sebelah pun nak bersalin lebih kurang tarikh kite. Kite berurut dengan Makcik Rahimah, dengan caj RM60 per day. Memang puas hati sebab sedap, takdelah rasa sakit sangat. Lama pulak tu. Dia datang urut start pukul 9am, pukul 12 lebih baru setel. Kira berbaloi lah bayar RM60 tu. Orang nya pun ramah..

Sepatutnya kite urut 3hari, mula hari ke 3 (a day after discharge from hospital) tapi pasal sampai Rawang dari Serdang terlambat (belum campur nak mandi and makan dulu huhu) tukang urut refused nak urut. Tapi kite mintak urutkan bubi untuk produce susu (sini) and kena caj RM20 sahaja. So, kite mula berurut at day 4.

Bertungku
Besi yang panas dibalut dengan daun-daun dan kain tebal. Ibu akan panaskan tungku dekat atas dapur masak or 'dapur' ganggang. Yang ni buat pagi and petang or bila-bila free.

Jamu
Seminggu berpantang, kite tak makan jamu lagi, cuma minum air kunyit (wek). Sebab tak sanggup nak telan menda pelik-pelik banyak-banyak dalam satu masa haha. Then kite makan pil Sendayu Tinggi je dulu sebab balik berpantang dekat Serdang. Dah balik Rawang semula, kite mula minum jamu basah yang ibu bancuh, and makan jugak pil ST. Tapi baru 2 hari minum jamu basah, Shazrie Iman nampak macam susah nak berak. Kesiankan dia, ibu suruh stop dulu and just makan pil ST. Maybe dah abes pantang or pil ST dah abes baru minum balik jamu basah.

Sebagai orang yang tak suka minum or makan menda pelik-pelik, so hazab jugak lah nak telan air kunyit and jamu basah tu :p. Apa kite buat, time minum tu memang tutup hidung, telan laju-laju pastu cepat-cepat bilas dengan air masak and makan kismis or kurma untuk hilangkan rasa tak best dekat tekak. Huhu.

Pemakaian
Standard lah orang berpantang. Sebelum pakaikan bengkung ketat-ketat, ibu sapukan tapel dekat perut and param kat satu badan. Pastu pakai kain batik, berstokin and berselipar. Awal-awal pantang memang rajin. Bila dah tengah-tengah tu, mengelat jugak lah, since balik berpantang dekat Serdang sebab bersiap sendiri. Tapel and param dah ganti dengan krim pati halia and bedak sejuk. Hihi. Pilis and toncet tinggi pun dah tinggal after setengah jalan. Sungguh tak determine :(

Pemakanan
Ibu and mak memang particular bab makan. Kena makan semua yang panas-panas. Siap readykan serbuk lada hitam, ikan bilis sangai and ikan bilis + halia goreng. Lauk pun lauk standard orang berpantang.. Kite ok je bab makan ni, asalkan anak tak meragam. Macam pernah one night makan Kenny Rogers hubs tapau tak hengat donia bedal coleslaw, malamtu and the whole next day baby kembung! Kesiannyaa. Since that incident, tobat taknak makan sebarang.

Lain-lain
Ibu memang jaga, manjakan kite betul-betul. Kite tak boleh cuci pinggan, tak boleh buat kerja, semua ibu akan buatkan. Ibu suruh rehat je.. Sikit-sikit makan, tak bagi peluang langsung nak rasa lapar sikit. Nak minum pun main order je, tadaa ibu hantarkan. Huhu. Tapi kite yang degil. Lagi-lagi bila balik berpantang dekat rumah mak mertua, takkan nak demand. Kite buat lah sendiri. Siap cuci baju lagi. Tapi guna mesin lah.

 Berpantang dekat Serdang simple je.. Takde berganggang or mandi daun. Cuma bertungku je.. Sampai terbakar sarung tungku besi yang kite beli haha. 

Saturday, May 10, 2014

Postnatal Checkup

Perbezaan besar buat antenatal check up dekat klinik kerajaan compared to klinik swasta : Postnatal check up. Nurse dari klinik kerajaan datang rumah untuk check keadaan ibu and baby.

Memang dah sarat mengandung nurse dekat Klinik Kesihatan Serdang keep on reminding suruh suami bagitahu klinik once kite dah deliver. Memandangkan kite kena serah diri on due date (Sabtu) and deliver the next day (Ahad), tak sempat hubs nak pergi klinik untuk inform (kena tunggu kite dah discaj sebab selagi belum discaj, buku pink pada pihak hospital), pihak KK Serdang dah call hubs, follow up. So, mudah. Tak payah nak susah-susah datang klinik, dorang tanya sendiri huhu.

And memandangkan kite berpantang dekat Rawang, for postnatal check up, kite kena deal dengan Klinik Kesihatan Rawang pulak. How? Hubs kena datang KK Rawang untuk maklumkan and bagi alamat rumah.

23 April 2014, around 11am Hubs maklumkan KK Rawang

24 April 2014, 10.15am Nurse dari klinik datang. 2 orang. Sorang check ibu, sorang check anak. Since kite berdarah O+, which high possibility untuk baby demam kuning, nurse suruh datang klinik untuk blood test. Plus, baby pulak ada tanda-tanda yang membimbangkan (kencing berdarah and merah-merah belakang badan), lagilah nurse suruh datang secepat mungkin. 

Petangnya, 3.00pm kite and hubs bawak baby ke KK Rawang.. Amik darah dari tapak kaki baby (luckily my baby such a strong boy, setakat ni setiap kali kena inject, nangis sekejap je, nangis terkejut) then tunggu result. Alhamdulillah, total bilirubin rendah je, 57 umol/L 3.3 mg/dll (up to 170 umol/L 9.9mg/dll) so baby tak kena kuning. 

Untuk kes kencing berdarah, refer dekat doktor, doktor kata normal (kite buat kesimpulan sendiri maybe sebab baby kekurangan air) tapi still kena pantau. Dengan sengalnya, kite terlupa nak tanya doktor pasal merah-merah dekat belakang badan baby.

25 April 2014, 10.30am Nurse datang lagi untuk follow up pasal baby. Alhamdulillah, kencing berdarah dah nampak berkurang (5kali kencing, 1kali je yang berdarah. Actually takdelah berdarah mana.. Cuma warna merah cairrrr je). Untuk merah-merah tu, disebabkan takde referral doktor, nurse mintak datang lagi klinik sebab kena jugak tanya doktor. Dorang takut kes yang lagi serious happen sebab memang ada kes baby kulit merah-merah, end up kulit dia macam melecur (Nauzubillah)

So, untuk kali kedua berturut-turut, kite pergi lagi KK Rawang at 4.00pm bawak baby, cuma kalini ibu and abah yang temankan (saja kan nak keluar rumah pantang-pantang ni haha). Refer doktor, doktor kata baby alergi dengan peluh sendiri.. Hah mengikut daddy la ni.. Ceh. So kite kena elakkan baby daripada berpeluh banyak. Dapatla losyen Calamine dengan krim untuk buat sapu-sapu.

Taktau lah kenapa nurse rajin sangat. Hari Sabtu, 26 April 2014, 10.15am pun nurse datang jugak untuk follow up. Unexpected gila. Nasib baik nurse datang ngam-ngam baby lepas mandi and kite pun dah siap semua. Huhu. Kencing berdarah dah completely ok. Merah-merah badan dah berkurangan.

28 April 2014, 11am Nurse datang lagi! Taktahulah memang sepatutnya sekerap ni or nurse KK Rawang terlebih rajin (or maybe jugak sebab baby ada few masalah). Kalini nurse timbang baby, 3.1kg. Turun 100g. Nurse kata memang normal sebab baby mengecut sikit few days after keluar then berat akan naik semula. Kalini merah-merah badan memang dah completely ok.

Sepatutnya nurse datang hari ke 15. Tapi kite balik Serdang jap so nurse datang hari yang ke 20, 9 Mei 2014, 8.10am. Actually tak confirm nurse nak datang bila. Tapi luckily haritu ibu dah suruh kite siap awal and baby pun dah siap awal. Sekali awal gila dia dah sampai huhu. Timbang baby and memang betul, dalam berapa hari je baby dah naik berat ke 4.1kg. Bam bam, patut pun tangan dah lenguh bila dukung hihi. Kata nurse, ni final day dia datang. The next check up, masa umur sebulan. Tu kite yang kena datang klinik.

So, what I learned, klinik kerajaan ni takdelah teruk sangat.. Sangat menjaga patient. Dah lah free tak keluar satu sen pun huhu. Kalau klinik swasta, ada pulak dia nak datang rumah untuk follow up kan.. Tak silap lah keputusan kite nak check up antenatal dekat klinik kesihatan dulu.. :)


Wednesday, April 16, 2014

Persediaan Untuk Berpantang

Plan asal memang nak cari set berpantang yang dah siap.. After pilih punya pilih, dah plan nak beli set Nona Roguy sebab rasa simple je and tak perlu nak makan banyak pil hohoho. Tapi, kalau dah anak Puan Nora yang memang berpantang betul ikut kampung dulu, ibu tak setuju.. Ibu kata tak feel la kalau tak berparam pilis bagai.. Untuk dalaman pulak, ibu kata jangan nak malas-malas, time ni lah kena jaga betul-betul telan semua yang patut. Pulak dah.. So, untuk memuaskan hati ibu, kite tukarlah plan kepada tradisional.. Heuheu. 

Daripada kononnya nak makan satu pil je, jangan mimpilah ye.. Ibu dah siap tempahkan air kunyit and jamu tak hingat panggil apa tapi rupa and bau dia memang 'jamu habis'. Semua ni penangan cousin yang kebetulan tengah berpantang and amik tu semua. Bila dah tau ada orang boleh siapkan, ibu laju jelah order. Huk. Tak cukup dengan tu, ibu suruh cari lagi pil-pil yang bersesuaian. *Habislah kau...*

So, sebagai anak yang mendengar kata ewah, kite pun usha and study balik set-set berpantang.. Usha punya usha, tak jumpa yang bersesuaian dengan kehendak kite. Kalau ada yang set luaran dah ok, dalaman pulak tak ok. Ada yang kite rasa dalam set tu tak diperlukan so rugi je kalau beli satu set tapi tak semua pakai. Hubs dok suruh beli set Tanamera memandangkan ada kawan dia (perempuan) ada post gambar dekat ig dia beli set Tanamera. Try jugak study set Tanamera tu tapi ada antara barang yang ada dalam set tu kite dah ada.. Tak mahu lah.. Plus dia takde set untuk dalaman (kalau tak silap). Just ada teh herba je.

Oh sebelum tu rasanya patut listkan apa barang yang kite dah ada and tak diperlukan if dalam set :

- Tungku besi (untuk mommy). Pakai mak mertua punya.
- Tungku baby (ibu dah belikan)
- Bengkung. Dah beli dekat Mumdreams. Lagipun ibu ada bengkung Sendayu Tinggi. So boleh pakai jugak,
- Herba untuk mandi. Dah beli dekat Mumdreams jugak. And kata mak, tok ada siapkan jugak dari kampung.

So, mana-mana set yang dah ada menda-mende tu and tak boleh nak beli ala-carte, kite dah tolak tepi. So skop dah tak banyak nak pilih. Jadi kite decided nak beli set luaran Sari Ayu sebab dia dah cukup ada param pilis tapel and minyak telon baby. Pulak tuh dah siap dalam bentuk losyen(?) so rasanya senang nak apply tak payah nak bancuh-bancuh. Baca review orang pun banyak yang puas hati. Tapi masalahnya pulak agak payah nak cari Sari Ayu ni. Try jugak usha toko-toko jamu (?) tapi tak ketemu :p. Nak tengok dekat Mydin, tak berkesempatan lagi nak pergi. Dekat online ada.. Tapi tak rasa nak beli online, nak tengok depan-depan dulu baru puas hati :p.

So other option, mintak tolong ibu usha kan sekali dekat Rawang.. Tapi last-last ibu bukan belikan yang Sari Ayu, dia belikan yang macam kat bawah ni :

Brand Air Mancur. Ada param, pilis, tapel. Traditional enuff?? Yang pasti, RM30 hengget sahajerk..
Ibu kata dia jumpa yang ni, so dia beli jelah.. Alahai ibuku, kite baru nak memudahkan dia tak payah nak bancuh-bancuh, tapi dia beli yang kena bancuh jugak.. Takpelah.. Dah ibu rajin..

So untuk luaran dah setel. Untuk dalaman pulak. Jamu and air kunyit dah ada. Since ibu suruh cari lagi jamu lain, kite decided nak try pil Sendayu Tinggi sebab dalam banyak-banyak brand yang kite usha, Sendayu Tinggi lah yang ada beberapa jenis botol jamu, which each bottle ada fungsi lain-lain. Plus, Sendayu Tinggi boleh beli asing-asing, tak semestinya one set..

Luaran sudah, dalaman sudah. Whatelse? Untuk berganggang / bertangas pulak. Yang ni ibu yang nak carik. So kite serahkan jelah pada ibu.. Kite pn xtau apa yang perlu.. Huhu

Mudah-mudahan dapatlah abeskan semua yang dibeli, especially jamu. Biar mantop sket lepas beranak nanti :p.

Monday, January 6, 2014

Set Bersalin

Okey. Set bersalin memang dah masuk dalam checklist barang. Tak perasan yang rupa-rupanya ada banyak jenis and brand untuk set bersalin ni. Ikutkan kite, memang berazam nak ikut cara dulu-dulu, zaman mak-mak dengan berparam, pilis, bengkung bagai. Memang nak cakap dengan ibu, nak pantang betul-betul punya sebab nak kurus balik semula, kalau boleh lagi kurus daripada before pregnant hehe. Antara set bersalin yang ada jual :

1) Sendayu Tinggi : Amme Complete 60 Days
2) Tanamera Postnatal Care Set
3) Set Bersalin Mak Dara
4) Set Bersalin NR (Nona Roguy)
5) Paket Habis Bersalin Sari Ayu
6) Set Bersalin Atika Beauty
7) ConfineMum Set Premium Leesa Formula
8) Set Bersalin Lengkap Mustika Ratu
9) Set Bersalin Lengkap Biodex
10) Set Bersalin Orang Kampung
11) Set Bersalin Normal Anugerah

Sendayu Tinggi (RM484.50)
6 produk penjagaan dalaman
6 produk penjagaan luar
Korset/Bengkung

6 produk penjagaan dalaman (kapsul) RM34.50 each
- Amme Complete (1-10 hari)
- Amme Complete (11-20 hari)
- Amme Complete (21-30 hari)
- Amme Complete (31-40 hari)
- Amme Complete (41-50 hari)
- Amme Complete (51-60 hari)

6 produk penjagaan luaran
- Amme Heat (Krim herba panas) RM34.50
- Amme Massage (Minyak urut untuk ibu) RM34.50
- Amme Baby Oil (Minyak untuk baby) RM17
- Body Tone (Masker untuk badan) RM46.50
- Tummy Tone (Masker untuk perut) RM46.50
- Pati Herba (Pati gamat, halia dan haruan) RM34
- Menthazil (Rempah sauna/bertangas) RM36.50

Korset/Bengkung RM28

Extra info : Produk, produk, bengkung


Tanamera Postnatal Care Set RM360
2 produk dalaman
8 produk luaran
Korset/bengkung

2 produk dalaman
- Cold Pressed VCO (Virgin coconut oil) RM34
- Teh Herba

8 produk luaran
- Feminine Herbal Wash RM26.50
- Herba Mandian RM26.50
- Minyak Urut Herba RM33
- Firming Herbal Blend Paste (Tapel)
- Calming Blend Paste (Pilis)
- Boreh Body Scrub (Lulur badan herba) RM46
- Brown Formulation Soap (Sabun mandi herba) RM15
- Lavendar Floral Water (Air bunga lavendar) RM36
- Microwaveable Herbal Press (Tungku) RM17 (100g), RM49 (400g)

Korset/Bengkung (RM55)

Extra info : Produk



Set Bersalin Mak Dara RM350
2 produk dalaman
5 produk luaran
Korset/bengkung

2 produk dalaman
- Jamu Mak Dara (serbuk) 1 kotak
- Jamu Mak Dara (kapsul) 2 botol

5 produk luaran
- Losyen Param Ibu Halimah
- Pilis
- Bedak sejuk
- Rempah mandi
- Tungku kukus herba

Bengkung Jamu Mak Dara

Extra info : Produk, produk


Set Bersalin NR RM365
2 produk dalaman
4 produk luaran
Bengkung

2 produk dalaman
- Phytonatal (tablet)
- Akar Herbanika

4 produk luaran
- Herbanika Lulur (serbuk)
- Herbanika Barut (serbuk/krim)
- Minyak Herbanika
- Uncang Cuci

Bengkung NR (RM55)

Extra info : Produk, produk


Paket Habis Bersalin Sari Ayu RM48
4 produk luaran
Bengkung

4 produk luaran
- Param
- Krim tapel
- Pilis
- Minyak telon baby

Bengkung (lilit 5 meter)

Extra info : Review, review


Set Bersalin Atika Beauty RM300
3 produk dalaman
6 produk luaran
Bengkung

3 produk dalaman
- Jamu bersalin 1
- Jamu bersalin 2
- Teh herba tampang

6 produk luaran
- Minyak herba
- Minyak bayi
- Rempah pembersih wanita
- Param
- Pilis
- Tapal

Bengkung Ramping (RM42)

Extra info : Produk


ConfineMum Set Premium Leesa Formula RM350
3 produk dalaman
4 produk luaran
Bengkung

3 produk dalaman
- Tablet Haruan
- Tablet Prawan
- Cotet Emas Uncang

4 produk luaran
- Ginger cream
- Body contour gel
- Minyak telon
- Pek tungku herba

Bengkung Correctuer

Extra info : Produk


Set Bersalin Lengkap Mustika Ratu RM200
3 produk dalaman
4 produk luaran
Bengkung

3 produk dalaman
- Jamu Galian Parem Wangi
- Jamu Pulih Balung Sumsum
- Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno

6 produk luaran
- Tapel Raket Mustika Sejati
- Pilis Wangi
- Bancar Air Susu
- Parem Segar Sumyah
- Minyak Telon
- Ginasih Wash

Bengkung

Extra info : Produk


Set Bersalin Lengkap Biodex ~RM990.50
9 produk dalaman
9 produk luaran
Bengkung
Stokin
Fat Burning Belt

9 produk dalaman
- Supremix RM90
- Susu IGC RM98
- Tight La Honey RM59.90
- Liquid Manja Prune RM58
- Beautea RM35
- VG Max RM32.90
- Bio Collagen RM28
- I Cover RM49.90

9 produk luaran
- Feminine wash RM18
- Minyak telon RM12.90
- Tungku bayi/muka
- Tuala wanita
- Tungku Herba RM58
- Herba V-Gin RM28
- Bio Spa Salt RM16.90
- Aura Meriyan RM128

Lain-lain
- Bengkung kain RM38
- Stokin Biodex RM38
 - Fat Burning Belt RM128

Extra info : Produk


Set Bersalin Orang Kampung RM160
3 produk dalaman
6 produk luaran
Bengkung

3 produk dalaman
- Kapsul Kacip Fatimah
- Ubat Periuk
- Jeli Gamat

6 produk luaran
- Seri Lulur
- Seri Pilis
- Seri Susut
- Minyak telon
- Minyak gamat
- Minyak merah

Bengkung

Extra info : Produk, produk


Set Bersalin Normal Anugerah RM 199
1 produk luaran
6 produk luaran

1 produk dalaman
- Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah

6 produk luaran
- Minyak Telon Anugerah
- Minyak Pilis Anugerah
- Losyen Sejuta Khasiat Anugerah
- Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
- Mandian Sauna Herba Anugerah (6 uncang)
- Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah

Lain-lain (tak termasuk dalam set normal)
- Minyak Selusuh Anugerah
- Herba Tangas (6 uncang)
- Tungku Herba Batu Lava Anugerah (untuk ibu)
- Tungku Herba Batu Lava Anugerah (untuk bayi)
- Bengkung

Extra info : Produk, produk


Plan nak yang lengkap luar dalam and still tradisional : ada param, pilis, bengkung bagai. Barulah feel berpantang heuheu. Kalau makan-makan, sebaiknya nak yang dalam bentuk pil, taknak minum-minum. Senang sikit nak telan. Takut kalau jamu yang minum-minum ni tekak kembang semacam je nak minum huhu. Apa-apa, kena bincang dengan ibu mana yang better..

Tuesday, December 24, 2013

Checklist Barang (1st stage)

Alhamdulillah.. Dah 2nd trimester.. Dah nak masuk 6 bulan. So maknanya dah boleh plan nak beli barang-barang baby and mommy.. Kalau refer pada checklist-checklist orang, seriously banyak gila nak kena beli! Tapi kite fikir, bagi kite, nak dahulukan barang yang lebih penting, yang nak digunakan masa dalam pantang.. Barang yang lain, boleh beli bila dah lepas pantang and bila perlu..

Checklist for baby
Pakaian
- Baju shortsleeve + seluar pendek
- Baju longsleeve + seluar panjang
- Baju lubang-lubang (pendek)
- Baju lubang-lubang (panjang)
- Jumpsuit
- Romper
- Mittens and booties/socks
- Topi
- Barut
- Bedung/swaddle blanket
- Blanket/receiving blanket
- Tuala mandi
- Bib
- Napkin
- Liners/pants for washable napkin
- Nappy pin
- Diapers pakai buang
- Cloth diapers + inserts


Grooming
- Baby lotion, shampoo, body wash, bedak
- Puff bedak
- Cotton bud
- Nail clipper
- Hair brush
- Nappy cream
- Wet tissue


Keperluan lain
- Set tilam
- Blanket
- Changing mat
- Kelambu
- Botol susu kecik
- Berus botol susu
- Baby organic cleanser (untuk botol)
- Besen mandi
- Laundry detergent 
- Tungku baby
- Botol spray air


Checklist for mommy
Pakaian
- Kain batik
- Stokin
- Pad
- Bengkung
- Panties/disposable panties
- Nursing bra
- Bra pad (disposable and reusable)


Keperluan lain
- Set berpantang (jamu, pilis, param)
- Nipple cream
- Breastpump


Checklist lain-lain
- Baby carrier/travel system
- Mosquito killer
- Bakul/kotak bertutup (untuk isi baju baby)
- Bakul kecik (untuk isi grooming set baby)
- Beg baju baby
- Hanger kecik
- Penyepit baju
- Baldi (untuk rendam baju baby)
- Penyidai bulat
- Span cuci botol baby


Considered stuffs
- Milk storage bag
- Bottle sterilizer
- Bottle and food warmer
- Bottle drying rack