As in
previous entry, we bought an infant carseat/carrier brand Sweetcherry. Sebab dah berkenan dengan satu stroller brand yang sama, yang boleh attach dengan infant carseat tu..
Walaupun bukanlah yang kite idam-idamkan, tapi takpelah, mengalah jelah dengan hubs yang nak beli stroller ni.. Bila difikir-fikir apa yang hubs cakap, betul jugak.. Sebab apa berkenan dengan Quinny Zapp Xtra 2.0, sebab dia :
1) 3 wheeler.
2) Senang lipat tak payah nak asingkan seat.
3) Tak bulky, makan space bonet.
So, Sweetcherry yang berkenan ni ada ketiga-tiga ciri yang kite nak, bezanya cuma brand and harga of course. Bila hubs racun buat apa nak beli stroller yang RM2k padahal bole dapat dengan harga less than RM500, pastu belen duit boleh buat macam-macam, tu yang betul-betul buat kite termakan jugak racun. Ceh. So, ok lah, bagi chance beli ikut pilihan hubs. Tapi awal-awal dah cakap kalau rosak or tak best, nak beli Quinny jugak. Huhu.
Kami memang tak beli stroller awal-awal, nak tunggu baby dah keluar baru nak beli. Tapi dah aim few Jusco yang ada jual stroller purple kami tu. So bila dah habis pantang, which kebetulan few days after habis pantang nak shopping kain untuk buat baju raya, so kenalah beli stroller cepat-cepat..
Lesson learned. Menyesal tak beli awal-awal since benda dah la limited. Tempat first yang memang dah aimed nak beli (masa belum beranak siap dah tanya pekerja Jusco tu ada banyak stok ke tak and dia kata ya), Jusco Rawang Anggun. Tapi bila pergi, dah takde!! Ok takpe. Boleh sabar lagi.
Merayap pulak dekat Jusco area rumah : Balakong and Equine. Takde jugak! Midvalley memang dah tau takde so tak jenguk. Tak pernah-pernah nak pergi Jusco IOI Puchong, kami jenguk untuk cuba nasib. Tapi takde.
Nak dijadikan cerita, hari Khamis malam memang kami meronda sakan sebab terdesak nak cari. Kononnya nak pakai dah hari esok (Jumaat) sebab nak pergi wedding malamnya. Shazrie Iman kami tinggal sebab rasa lebih mudah. Lagipun tak expect akan tinggalkan dia lama sebab just nak pergi Sunway Pyramid. Tapi penyudahnya, kami pusing almost 1 KL ok!
Keluar rumah dalam pukul 8 lebih. Sampai Sunway tengok takde, terus dah serabut. Hubs kata jom cari tempat lain. Masa tu yang boleh fikir ada Jusco which tak berapa jauh kami nak pergi from Sunway Pyramid: One Utama or Jusco Taman Maluri. Kite pilih Taman Maluri sebab rasanya Jusco OU takde (assume sendiri huhu).
Dari Sunway, kami terus ke Cheras. Tengok-tengok, takde. Masa tu dah pukul 9. Alamak... Gelabah lagi sekali. So dok fikir nak pergi mana yang terdekat. Hubs dah usha online. Ok, kami buat keputusan nak pergi Jusco Setiawangsa. Kalau takde, pergi Mahkota Cheras. Tu jelah yang sempat nak pergi dalam masa yang tak banyak.
Masa ni rasa menyesal tak bawak Shazrie Iman sebab risaukan dia menangis dekat rumah. On the way nak ke Setiawangsa, tanya-tanya adik ipar Iman tengah tidur nyenyak. Alhamdulillah.. Tapi still hati tak tenang, nak cepat balik.
Dalam kereta, tanya hubs, kalau takde, macamana? Hubs kata dia sanggup pusing 1 Semenanjung untuk cari, dah betul-betul takde terpaksalah beli Quinny. Sebab dia kata kalau Rm2k tu boleh buat pusing 1 Semenanjung, jalan-jalan. Sambil menyelam minum air. Sanggup! *Sabar jelah mak*
Kami pernah pergi Jusco Setiawangsa tapi nak cepat, ikut lah gps. Gps bawak jalan memang short cut, tapi boleh pulak jalan yang dia tunjuk tu, betul-betul dekat entrance nak masuk parking Jusco Setiawangsa ditutup, ada pasar malam. Nak pusing lalu entrance parking yang lain, kalau tengok dari gps, nak kena pusing agak jauh plus ada jem sikit. Tengok jam, kang tak sempat pulak dah dekat pukul 10. Nak cepat punya pasal, kami park kereta dekat area pasar malam tu, jalan kaki lalu pasar malam ke Jusco. Haha. Bersusah-payah demi stroller punya pasal.
Alhamdulillah, stroller tu ada!! LAST UNIT yang baru. Tapi kalau takde, display pun kami balun kut? Haha. Leganya dah jumpa... Tak payah nak pusing-pusing lagi lepas ni..
Pasal parking jauh, siap nak kena rentas pasar malam lagi, so terpaksalah hubs tebalkan muka sikit untuk pikul.. Tapi sempat jugak kami singgah beli food and drinks dekat pasar malam. Baru teringat yang kami tak dinner lagi! Haru betul..
Dah halfway balik, dapat phone call bagitahu Shazrie Iman dah bangun tidur and haus agaknya nak susu.. Nasib baiklah sekarang ni baru dia merengek.. Pandai timing. Huhu.
Dan yang pasti, poket daddy selamat..
CEH!
|
Orang happy tak payah beli stroller ribu-ribu. Ceh |