Pages

Sunday, February 22, 2015

First Nebulizer's Experience

Balik daripada kampung , Shazrie Iman selsema. Ada batuk sikit-sikit. Macam tanda-tanda nak demam. Mommy pun bagilah ubat demam and sakit tekak yang memang ada dekat rumah.. Mulanya Iman nampak ok. So, bila Iman ok, mommy pun nak la ikut nenek and atuk pergi Muar, tengok Tok Uncle sakit dekat hospital, without daddy..

Stay satu malam dekat Muar, malamtu, kami semua tak boleh tidur! Sebab Iman merengek je tengah-tengah malam. Batuk makin teruk. Berkahak. Badan pun panas. Luckily mommy bawak ubat-ubatan Iman and coolfever, selain continously tuam badan and kepala Iman dengan air suam. 

Alhamdulillah,  suhu maintain turun tapi kenapa ntah Shazrie Iman sepanjang malam tak boleh tidur. Tak selesa agaknya.. Sabar ajelah mommy, dengan bantuan nenek berjaga layan Iman. Lepas subuh barulah Iman tidur..

Esoknya nenek nak bawak Iman pergi klinik,  tapi faham-faham jelah kalau dah CNY, memang payahlah nak jumpa klinik yang bukak. Keadaan Iman pun ok, tak demam cuma batuk and selsema,  so mommy cakap takpelah, nanti bila dah balik Serdang baru bawak Iman pergi klinik..

Bila dah dekat Serdang, keadaan Iman sama. Dah tak demam. Cuma batuk and selsema. Tapi kesian bab batuk, especially time tidur, berkahak sangat dengar.. So we decided nak bawak Iman pergi klinik.. Hajat di hati nak pergi usual paed tapi tak bukak lagi, so kami bawak pergi klinik dekat Equine..

Jumpa doktor, doktor yang sama masa pergi dulu : Dr Ramesh cakap kena neb.. sebab nak tolong cairkan kahak dia.. Well, if Dr said so, merasa lah Iman neb seusia 10 bulan.. Huhu. Tapi bab nak pegang tu yang payah. Daddy yang pegang Iman while mommy umpan Iman dengan hp biar stay still. Tak lama pun kena neb.. Dah sudah, Dr cek semula breathing Iman through stethoscope,  and bagitahu yang Iman kena datang lagi esok untuk neb lagi..


Punyalah payah kami nak biar dia duduk diam. Ni lah reaction bila tak diumpan hp
(Mommy nak jugak tangkap gambar huhu) Slacked betul hp mommy tadak bateri.
Ubat-ubatan. Banyak ubat maknanya?
Banyak kali berperang nak bagi Iman makan ubat *sigh*

Update : Dah pergi klinik harini. Bukan Dr. Ramesh, Dr lain, lupa nama. Dah cek-cek, Dr kata tak perlu neb lagi, just teruskan makan ubat..

Thursday, February 19, 2015

Cuti-cuti Raya Cina

Chinese New Year usually kami cuti lagi sakan compared to Hari Raya sebab tokey-tokey cina cuti panjang. Bila tokey cuti, kedai tutup, daddy hopkosla tak boleh nak buat kerja sangat. So kita pun joinlah sekali depa cuti huhu.

This year, kami ikut family hubs balik Perlis sebab my family takde any plan since abah kirija.. Kalau da dekat Perghlih tu, sudahnya berjalan jela. Berjalan sakan!!

Sampai Perlis (around 4 am), rehat kejap, tengahari kami 'belayar' ke Langkawi, tidur semalam. (15-16/2). Huhu.

Tengah tunggu feri di Jeti Kuala Perlis. Masa ni Iman tidoq
Di Langkawi, selain pergi tempat wajib Haji Ismail and Idaman Suri, sempatlah jugak berjalan ke Dataran Lang and naik cable car for the second time..

Iman jakun tengok burung besaq
Sempat posing dalam cable car
Mengenang nasib. Huhu.


Pengalaman paling tak best, kami kena tax! Ok, pasal kena tax tu memanglah kan sebab tidur semalam. Yang buat tak puas hati tu, kami beli sikit je tapi kena tax banyak compared dengan family yang lain yang beli pinggan mangkuk berkotak-kotak. Bila kami dah bayar, barulah dia perasan yang dia salah kira. Curse you akak kastam! *Panjang cerita malas nak elaborate tapi yang pasti, mak serik nak masuk Langkawi lagi dalam masa terdekat. Tunggulah few year later, bila dah betul-betul tak ingat hal ni*

Balik daripada Langkawi senja, the next morning melintas border pulak ke Hatyai! Tidur sana semalam (17-18/2) walaupun kalau ikut perancangan high possibility balik hari je (but still pack beg and bawak)

Masa baru sampai. Tengah nak usha hotel untuk check in
Kalini Iman tak mabuk tuk-tuk. Tapi still tak happy time naik. Huhu
Since baru je bulan 12 aritu pergi Hatyai, so takde apa pun mommy nak shopping.. Setakat food hunting jelah. Tapi yang tak bestnya, Hatyai ni kalau pergi hari biasa, boring rupanya sebab banyak tak bukak, tak meriah. No wonder kalau weekend orang padat sebab kalau nak pergi weekdays takde apa sangat.. Nasibaik jugaklah baru pergi, kalau tak mommy sedih jugak kut huhu.

Balik dari Hatyai sampai rumah Tok around pukul 3 petang, pukul 6 lebih gerak balik KL. Punya sakan kan..