Pages

Tuesday, April 5, 2016

Wedding Adik-adik Ipar

Kite dan hubs anak sulung dalam family masing-masing. (Malah hubs merupakan cucu sulung dalam maternal family). So kami belum ada biras (in my situation, all my biras will be lelaki sebab hubs anak tunggal lelaki. Takde persaingan haha). Adik-adik umur lebih kurang and ada yang dah sesuai sangat lah nak kahwin. 

And yes, this year 2016, merupakan tahun pertambahan biras kite :p. Dua adik ipar kahwin serentak. Sorang dapat orang Terengganu, sorang dapat orang Perlis. Jauh-jauh menantu mertua :). Majlis nikah 1st April (malam) di rumah (dinikahkan sendiri oleh ayah mertua) dan majlis sanding keesokkan harinya, 2nd April di Dusun Contoh UPM. Boleh pulak time kenduri wrong timing (untuk kite) sebab tengah mabuk-mabuk 2nd pregnancy. So tak memasal ramai orang tau (especially jiran-jiran) yang kite tengah berbadan dua ewah.

Eh panjang pulak mukadimah. Sebenarnya nak tunjuk gambar je yang ada sekeping dua dalam hp :(

Mommy dengan daddy melaram atas pelamin orang sat. Sementara Iman still on the way dari Rawang.

Sebelum dinikahkan
Inilah keluarga mertua saya...

Dengan one of adik ipar (adik hubs nombor 2). Both of our baju tailored by my baby sis.

Apa yang menariknya dalam majlis kahwin ni (untuk kite la) ialah ada dua pelamin sanding sebab masing-masing ada taste masing-masing, tak nak share pelamin. Haha. Dan yang tambah 'menariknya', one of the pelamin was prepared by me and hubs ourselves! Sebab adik ipar request nak kami yang tolong buat and deco kan (of course dia bagitahu nak rupa macam mana).

Mak yang tengah mabuk-mabuk ni pun kerahkan jugaklah tenaga untuk tolong hubs from the scratch sampailah settle. And memang nak dipermudahkan, takde mabuk langsung sepanjang preparation and installation pelamin. Ah-may-zingg! And kami siap import (at first, import) nenek untuk mintak tolong baby sit kan Iman dekat rumah while kami bersilat pasang pelamin. Tapi at the end, nenek bawak balik Iman sampai ke Rawang sebab kami tak sempat nak siapkan on estimated time. (Due to major changes, so nak kena perah otak and buat few adjustment)  So, ini merupakan first time untuk kami tidur separate. And we survived! Huhu.

WIP. Tapi dah nak siap baru terfikir nak ambil gambar. Aiyoo.
Setelah bertungkus lumus beberapa hari (including ambil barang) dan beberapa jam mengerah tenaga kami laki bini, ini lah hasilnyaaa :

The (almost complete) dais malam sebelum majlis sanding. Tinggal final touch up (spotlight)
Lepas majlis nikah singgah jap tengok hasil titik peluh sendiri *poyo*
Dan majlis esoknya berjalan dengan lancar. Nasib baik cuaca pun tak hujan. Kalau tak, haru jugak. 
Selain sibuk jadi penyambut tetamu, uruskan bab-bab goodies, kami juga sibuk melayan family kite dan umi dan pakcik yang datang dari Johor semata untuk ke kenduri. Terima kasih umi sudi datang jauh-jauh!

Disebabkan kesibukan selain sibuk makan :p, so tak nyempat nak ambil gambar. Ni jelah sekeping dua yang ada :

Dengan pengantin 1, Syifa dan Jue. Pelamin dorang by bridal.

Dengan pengantin 2. Syamimi dan Amar. Gambar tak berapa cerah sebab guna hp and fotografer tak canggih :p

Selesai majlis, kami terus kemas mana yang patut. Barang pelamin yang kecil-kecil kami dah kutip and bungkus siap-siap. 

Sebelum balik rumah, singgah makan di Secret Recipe (padahal baru balik kenduri daaa) . Sampai je rumah, semua pun terbongkang tidur sebab kepenatan! Hoho.

Malam lepas dinner, baru datang semula ke Dusun Contoh sebab nak dissamble pelamin and bawak balik barang-barang sewa. Dekat pukul 1 lebih jugak la baru kami settle.

Child labour.
Mulanya nak tinggalkan dekat rumah mertua tapi pasal masing-masing dah kepenatan,
takut dorang tak terlayan pulak. Sudahnya kami bawak sekali.
Boleh jugak tolong-tolong *tolonglah sangat*

Selesai sudah majlis perkahwinan adik-adik ipar.. Tunggu nak naik pangkat jadi mak long je ni. Yeay! :p

Friday, February 5, 2016

Cheapest Bottle Ever!

Memandangkan kami mula nak intro botol susu secara serious ke Shazrie Iman, so misi pertama adalah mencari botol susu baru! Previously kami pernah try beberapa botol dan Iman pilih botol First Years Breastflow. Tapi puting yang ada, puting first step, which lubangnya sangatlah halus, dah tak sesuai untuk penggunaan Iman sekarang. So, kami bercadang untuk stick ke botol yang sama, cuma cari puting yang baru, yang lubang besar sikit.

Dah pergi beberapa tempat, memang payah nak jumpa botol First Years. Kalau ada pun, yang newborn set. Jadi kite ajak hubs untuk pergi tempat kitorang beli botol First Years yang dulu, di Parkson Alamanda Putrajaya. Time kami beli dulu tu memang banyak botol First Years Breastflow yang loose items.

Punyalah lama tak jenguk Parkson Alamanda, rupa-rupanya dah lain. Dan malangnya, jangan kata puting, sebijik botol First Years Breastflow pun takde jual. Aiyoo.. Kecewa betul. Time tu kite cakap dengan hubs, thats it! Dah malas nak mencari puting lagi, and kite plan nak beli penebuk lubang puting je. So kami mula membelek-belek sekeliling.. Dan tiba-tiba, terjumpa few sets of this bottle :


Hah?? Biar betul? RM9.90 untuk 3 botol First Years Gumdrop? Macam tak percaya je.. Sempat lagi belek online harga sebenar. Kalau 3 botol cecah RM80 jugak. RM80 kut?? Ni dapat RM9.90 je murah gilaa. Apa lagi, kami rembat la walaupun tak tau ntah Iman nak ke tak. Sebab murah sangat! Menggoda ok haha. Ada 3 set je. Ikutkan nak sapu semua tapi boleh pulak yang dua lagi tu lebih sesuai utk baby girl sebab color pink and purple. Hubs kata beli je, boleh buat gift. Tapi kite rasa bottle as gift bukan satu idea yang menarik. End up kami beli satu set jela.. 

Masa nak bayar, hubs cakap kalau harga dia bukan RM9.90 macam mana? Kite cakap ala tebalkan jela muka cakap taknak, sebab ingat harga as stated huhu. Bila cashier scan barcode, jangan kata RM9.90, siap ada diskaun 10%  lagi ok?! So dapatlah RM8 ++, sebijik botol tak sampai RM3 haha. And yes, cashier bukannya tahu apa. So kami bayar jelah.

Dah bayar, dah keluar dari Parkson, kite belek-belek balik barcode botol and resit. Kite cakap dekat hubs rasanya silap dari segi tagging sebab bila tengok resit, yang tertulis adalah 'Dilfrax', bukan 'First Years'.. So price tag tu sepatutnya untuk sesuatu barang brand Dilfrax. Walaupun kesian dengan promoter/orang yang bertanggungjawab dengan sales First Years untuk cover balik kerugian yang dorang alami, kami anggap ini rezeki kami - untuk dapat botol paling murah didunaaaa huhu.

p/s : Kite beli nipple hole puncher dari Lazada. Terus masalah lubang puting setel. And Alhamdulillah, nasib baiklah Iman nak minum guna Gumdrop ni.  Problem solved.



Monday, February 1, 2016

Gold Coast Morib One Night Stay

Last week (25-26 Jan), atok ajak Shazrie Iman ke Gold Coast Morib untuk mandi-manda. Mulanya mommy agak keberatan sebab dah ada plan lain, untuk ke Melaka pada hujung minggu 30hb so nak berjimat duit haha. Tapi bila dah difikir-fikirkan balik, akhirnya mommy setuju nak ikut.. Nampaknya plan ke Melaka tu kena tangguhkan dulu..

Kami pergi hari Isnin. Cuti Thaipusam, and stay satu malam. Ambil 2 bilik sebab cheaper than apartment. Harga RM168 per night per room, including 2 tickets untuk ke water theme park and breakfast for 2 pax. So memang murah. Dah lah bilik dia besar (kami dapat twin sharing room), selesa. Siap ada jakuzi ok.. Dapat Iman and daddy merasa berendam dalam jakuzi. Mommy je tak :(. Semua facilities lain cukup, cuma siaran tv jelah dia takde Astro/Vision Four. Tapi tak effect apa pun kan sebab kami datang nak shwimming je hehe.

View from our balcony

Shazrie Iman yang tak sabar nak berendam.

Sebelum cerita pasal water theme park, nak cerita pasal breakfast dia dulu. Best!!! Goreng-goreng tu biasa lah : kwayteow goreng, nasi goreng, english breakfast, porridge, cereals, roti-roti, kuih-muih, salads, desserts, dim sum pun ada. Semuanya sedap-sedap pulak tu. Yums! Semua mommy makan huhu. Daddy tak join sebab teman Iman tidur katanyaaaa. Ceh.

Some of the foods available. Kami ambil sikit-sikit.
Brekkie berempat sebelum Makngah pergi kerja.
Ok, untuk water theme park, ok lah.. Best. Better dari Lotus Desaru. Ada slides yang bukan dewasa je boleh naik, dengan Iman sekali boleh naik (dengan mommy of course). Tak habis-habis asyik ajak ulang naik slides. Tak reti takut betul. We really had fun especially Shazrie Iman :). Memang setiap kali turun ke pools area je, mesti tak menyempat nak terus masuk kolam. Kalau kat rumah, bising mandi air sejuk. dekat sini, sampai menggigil-gigil, kejut jari jangan kata, tapi still syok mandi. Nasib baik belum reti nak menangis kalau kena bawak keluar pools untuk balik.

Gambar tak banyak, tapi cukuplah dengan apa yang ada ni :

Kalau kat rumah punya bising bila kena mandikan dengan air sejuk.
Dekat sini dah menggigil-gigil pun tak heran nak keluar pool.

One of the slides yang Iman suka naik.


Penat mommy belikan pelampung tapi langsung taknak pakai.
Nak swim macam orang besar!


Pendek kata, kami puas and tak mustahil akan ajak daddy untuk repeat lagi ke sini :).

Monday, January 4, 2016

Birthday Party Jazzeman Hafiy

Sekarang ni majlis-majlis perkahwinan dah semakin kurang (sebab rata-rata circle of friends dah berkahwin) dan mulalah invitation ke birthday party/akikah/cukur jambul anak-anak. Walaupun kami tak dapat banyak invitation (due to tak ramai kawan hukhuk), tapi ada lah jugak khenn. And for the first invitation in 2016 was 3rd birthday party abang Jazzeman Hafiy. 

Date : 3rd January 2016
Location : Seremban
Theme : Thomas and Friends

Yang untungnya, ayah Hafiy memang bisnes printing so dapat jimat banyak dekat deco and party favor items. InshaAllah kalau ada rezeki Shazrie Iman untuk mommy and daddy buatkan birthday party, senanglah kami dah ada cable untuk dapat harga kasih sayang *Ewah* 

Iman sibuk nak usik kek tu.

Mak-mak yang over, anak-anak sibuk usha kek.
Gambar setakat sekeping dua je, tak sempat nak bergambar sakan sebab sibuk omnomnom, chotchetchotchet and of course melayan Iman.


Friday, January 1, 2016

Happy New Year 2016!

Bismillahirrahmannirrahim..
Dah masuk tahun baru. Tahun mommy and daddy akan masuk 3 series *I'm old!!*
Dan inshaAllah bulan 4 ni Shazrie Iman akan 2 tahun.
So rasanya dah boleh kembangkan family lagi kut? Muahaha.

Ok, untuk tahun baru ni, actually kami nak bercuti and celebrate new years's eve dekat Hatyai. Tapi memandangkan ada jemputan majlis orang penting, so kami adjust tarikh. So maknanya majlis pertama kami attend untuk 2016 ni adalah Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Izz Isaac, cucu pertama kawan baik aka jiran mak.. Dulu masa majlis Shazrie Iman, ayah dia yang sponsor jadi official photographer. So hopkos kami tak boleh miss :)

Majlis memang meriah tapi maaflah dah tua-tua ni lupa nak amik gambar huhu. Sakan omnomnom je kerjanya. Maklumlah Shazrie Iman tidur. Yang ada gambar pun, sekeping je! Gambar dari official photographer, adalah (ayah baby pengantin sendiri :p) tapi tunggu kalau-kalau dia ada upload gambar tu, kite update ok?

While marhaban. Tapi pengantin baby tak nampak pun mana terselit huhu.

Oh ye, berbalik ke tahun baru, semoga rezeki kami sekeluarga melimpah ruah untuk tahun 2016 ini (dari segi kesihatan, wang ringgit, masa), dan juga tahun-tahun seterusnya.

Amin.

p/s : Don't ask me how finally we spent our new year's eve. Mestilah mengadap Elmo's World and Mickey Mouse Clubhouse! 

Wednesday, December 30, 2015

Travelling : Cabin Size Stroller atau Umbrella Fold?

As my review in this post, kami hanya ada satu je stroller. Cukup selesa untuk kami dari segi size and handling. Dah merata bawak travel by ground. Walaupun pernah terasa nak beli stroller umbrella or cabin size (of course mommy yang nak) bagi lebih memudahkan time travel, tapi still kami tak nampak keperluan (lebih kepada nafsu hihi). 

Sampailah ke trip kami ke Bandung last November. Balik je dari trip, terus beli cabin size stroller sebijik. Serik woo! (As in this entry). Huhu. Sebab-sebab kukuh kenapa kami beli cabin size stroller :

1) Boleh guna terus turun dari flight sampai ke arrival gate.
Yes, any stroller actually boleh bawak sampai pintu flight tapi pastu dah kena simpan dalam cargo and hanya boleh di collect sekali dengan luggage. So masalah timbul bila anak tidur upon arrival. Kite kena barehands dukung Shazrie Iman yang tengah tidur turun flight, berurusan dengan arrival card, immigration, collect luggage. Serious susah! Kalau ada cabin size stroller, stroller tu ada dengan kita. So boleh terus guna once keluar dari flight. Lebih memudahkan dan cepat.

Nasib baiklah airport Bandung kecil je. Kalau sepelaung macam KLIA 2, memang haru! (Ye, airport macam KLIA 2 memang lagi 'wajib' lah kena ada cabin size stroller).

2) Tak payah nak tambah masa untuk tunggu stroller.
Dah lah nak menunggu luggage keluar pun dah makan masa. Pastu nak tambah lagi dengan stroller sebijik sedangkan kita ada option lain yang lebih memudahkan dan menjimatkan masa. Nak lagi menyusahkan, tempat collect stroller tak sama pulak dengan tempat keluar luggage. So nanti setiap kali travel, nak kena tanya-tanya pulak stroller nak collect dekat mana. Pulak tu husband kite bukan jenis yang ringan mulut nak bertanya huhu.

Actually the pioneer of cabin size stroller (if I am not mistaken) is Babyzen Yoyo. Light, compact. Selain tu, Recaro Easylife and Mountain Buggy Nano. Kalau dah branded, harga pun pricey RM1k and above. Memandangkan kami nak guna time travel sahaja, and faham-faham jelah kalau dah travel tu penggunaannya agak tak berapa cermat :p, so berkira-kira jugak nak splurge duit husband kite*cheapskate*. Sayang woo ribu-ribu kang calar sana-sini huhu.

And thanks to imitate or nak perkataan lagi sedap, Yoyo-inspired stroller huhu. Ada banyaaaaak brand, tinggal pilih je. Ok tak, tinggal bukak wallet tengok isi budget anda berapa :p. Ada brand Aldo Compatto, Yuyubaby, Yoya, Kiddopotamus, Babythrone, and bla bla bla taktau kalau ada nama lain lagi. Harga varies, but below RM1k. Lebih mampu milik and pocket-friendly haha.

Dan sebagai seorang cheapskate, of course kami akan cari yang paaaling murah :p. And finally kami beli Babythrone warna hitam dengan harga RM390. Boleh dapat lagi murah actually (RM380 including shipping) tapi hubs prefer yang boleh COD. Dapat jumpa seller depan mata and puas dapat barang terus dekat tangan katanya. Layankan ajerlah dah dia yang bayorr huhu.

Maybe ada orang prefer beli umbrella fold stroller untuk travel in terms of ringan and easy handling. Tapi, bila difikirkan balik, kalau travel by plane, still kena simpan dalam cargo. So, no no no takmo lagi..

So far, dah few weeks pakai Babythrone kami tu ok je, Shazrie Iman pun selesa. Nanti dah bawak travel by plane baru boleh buat review :p

Oh ya, sekarang ni ada another stroller yang lagi kecil daripada Yoyo - Pockitt. Folding size separuh daripada Yoyo so memang laaaagi senang nak hangkut sana-sini. Tapinya, kami tak minat sebab no recline. Kesian anak tidur duduk je nanti.. Plus, awning dia lokek sangat! Macam tak berfungsi je kalau panas, apetah lagi kalau hujan. So, reject! Huhu


Tuesday, December 29, 2015

Hatyai Xmas-New Year 2016

*Gambar takde kena mengena*. Iman berlemuih main dekat kampung TokNyang 

Untuk kali ke-5 Shazrie Iman pergi Hatyai dalam 2 tahun. Mommy pun dah jemu tapi layankan jelah daddy sebab janji berjalan haha. Plan asal nak celebrate new year's eve tapi terpaksa tukar tarikh sebab ada majlis. 

Ini kali pertama kami pergi bertiga sahaja. Sebelum ni pergi dengan family. Tu pun kalau tak, pergi dengan family Hawa tapi Hawa tak jadi nak follow so kami teruskan je sendiri. 

Tujuan utama ke Hatyai mestilah sebab foods yeah! Pulut ayam, pulut mangga, tiram goreng, sotong bakar gelek, ape lagi etc etc etc tu lah yang memanggil-manggil huhu. Tapi kalau pergi Hatyai masa Xmas-New Year, memang meriah lebih sikit. Lagi satu, time Chinese New Year. Mercun sana sini!

Kami stay satu malam je, di Asian Hotel (26-27/12). First time stay sini. Biasanya stay Hotel Regency. Grand Plaza Hotel pun pernah jugak stay. Untuk dua hotel ni, location memang betul-betul dekat tempat tumpuan. Tapi apakan daya, book last minit, time tu pulak peak period. So takde pilihan lain. Takpelah, Asian Hotel bukannya jauh sangat pun, simpang sebelah je. Atleast merasa la hotel lain, tukar angin kata orang :p.

Masuk border awal pagi sebab takut kastam ramai orang. Tapi ok je, takdelah berjam beratur. Pastu terus ke Hatyai naik public van. Since sampai awal and tak boleh nak check in lagi, kami tinggalkan beg dekat lobi and pergi ke Pasar untuk makan and usha beg daddy.

While waiting daddy uruskan pasal luggage.
On the way to Pasar. 


Dah check in, kami rehat-rehat dulu sampai petang. And sambung balik food hunting. Kononnya nak ke Floating Market tapi bila fikir-fikir balik, untuk ke Floating Market kena charter Tuk-tuk 500bath. Ish rasa macam membazir la pulak. Padahal semua makanan yang nak dimakan tu ada dekat depan Lee Garden je. Plus tak tahu la due to festive season or ade celebration lain, depan Lee Garden tu memang meriah gila penuh dengan local seller (sebab last year pergi tak macam gini). So, kami just pusing-pusing area situ je.. Atleast bolehlah guna extra budget untuk ke Floating Market untuk melantak puas-puas haha.

Selalu area ni adalah spot untuk orang-orang menunggu. Tapi kalini pergi, penuh dengan seller! Siap ada pertunjukan lagi (untuk charity)

Tempat wajib bergambar. Excuse mommy yang comot and over excited 

Then, kami ke Asean Trade Market (Night Market). Last time pergi sini, dorang still meniaga dekat satu kawasan lapang plus kawasan sementara. Tapi kalini pergi, dah cantik kauu. Nampaklah ada pemodenan dekat sini :p. Lebih selesa nak jalan-jalan..


Bangunan belakang tu bangunan baru. Dulu dorang meniaga macam downtown gitu je..
Iman yang ketiduran
The next day, after breakfast and check out, kami repeat semula ke Pasar untuk beli barang daddy dan pulang ke rumah tok di Perlis.. Sebab malam tu da nak gerak balik KL. 

While breakfast di hotel
                                       

Makan pulut and nasi ayam dekat Danok sebelum keluar border

Sepanjang di Hatyai, Iman ok je. Tapi biasalah dia, still mabuk naik tuk-tuk. Lepas je naik tuk-tuk, mesti dia akan tidur. Few times dia tidur pun tak sedar (sebab tak expect dia akan tidur since belum time tidur dia!). Kalaulah boleh beli sebijik bawak balik, mommy suruh daddy beli. Senang, kalau Iman tak nak tidur je, mommy ajak daddy pusing-pusing naik tuk-tuk tu, konfem Iman terus tidur. Huhu.

Rasanya tahun depan 2016 pun mesti akan ke Hatyai lagi sebab dah janji nak bawak Umi sekeluarga pulak. Ni lah dia bila kampung dah dekat sempadan huhu. 



p/s : Kastam Sadao dah bangunan baru ye. Baru je rasmi pagi kami nak balik tu kut sebab hari kami datang, still dekat kastam lama. Bangunan baru ni kena jalan kaki lebih sikit, lagi cantik and selesa. Tapi pasal baru lagi, so maybe sistem queue tu tak berapa jelas (Plus maybe banyak pegawai off duty). Bila sistem dah longgar, ramai gila yang potong queue. Geram betul manusia-manusia yang tak bertamadun macam gini *sigh*


Queue yang panjang dekat bangunan baru kastam Sadao






Wednesday, December 16, 2015

Review Diaper Tesco

Alhamdulillah, Shazrie Iman seorang anak yang tak cerewet dalam banyak bab termasuklah pampers/ lampin pakai buang/ disposable diapers/ nappies. So mudah, tak stick dekat satu brand je, boleh tukar-tukar. Jadi kami jarang buat stock kat rumah. Beli setakat sebungkus dua je. Kami akan beli harga yang paling murah atau banyak promosi harga. Tu pun calculate harga per piece. Sebab kadang-kadang nampak je macam murah tapi sebenarnya bila calculate by piece, ada yang lebih murah. Then, malas nak buat stok sebab taknak semakkan ruang yang tak berapa banyak, plus takut tiba-tiba out grown.

Antara brand yang Shazrie Iman dah pernah pakai dari newborn sampailah sekarang (Sekarang memang pakai yang pants siang malam sebab lagi mudah) : Mamy Poko Dry, Mamy Poko Easyfit Pants, Drypers Weewee Dry, Drypers Drypants, Huggies Dry, Huggies Drypants, Petpet, Petpet Daypants, Fitti, Whoopee, Diapex Wonderpants. Tapi biasanya bertukar-tukar antara 4 brand ni je : Mamy poko, Drypers, Huggies and Petpet. Maybe sebab dorang selalu buat promo kut? :p. 

Purata Shazrie Iman tukar pampes sehari untuk sekarang ni (kalau tak poopoo), dalam 3 kali sahaja. Sekeping lepas mandi pagi, sekeping lepas mandi petang, sekeping sebelum tidur. Tak tukar kerap sebab biasanya tak penuh pun.. Cuma kalau pergi bercuti/jalan-jalan, biasanya extra sekeping, tukarkan masa tengah hari untuk lebih selesa.

Eh panjang pulak intro. Sebenarnya nak cerita pasal diaper Tesco je huhu. Untuk diaper lain, tak nak (tak tau akan datang) buat review sebab mostly orang dah tahu. Brand common lah kata kan.. Brand Tesco ni tak berapa favourite/famous. Sebab biasalah, including kite, brand-brand hypermarket ni macam double standard sangat. Tapi ntah macamanana, tergerak hati pulak nak try brand Tesco. Maybe sebab dia produce in Germany* kut? Huhu. Plus, masa usha-usha diapers untuk dicuba, brand Tesco ada pek kecil and harga pun tak berapa sayang nak dihentikan penggunaan (ayat sopan :p) kalau anak tak serasi.
(*Produce in Germany yang pants sahaja. Yang jenis lain Made in Malaysia)

Untuk pek Tesco everyday value, pernah try sekali je masa Iman pakai saiz S. Dari segi keserasian, ok je Iman takde naik rashes atau apa-apa effect dekat skin condition. Tapi mommy tak suka sebab senang meleleh! Mungkin daya serapan dia lambat. So, kalau Iman tengah menyenget and wee-wee, seluar yang basah. Tapi pasal masa tu dah beli (pek kecil je) teruskan jugak pakai untuk habiskan. Tapi masa dekat rumah je and time tak berapa lasak. Habis se pek tu dah tak pakai lagi.

Sampailah ke satu masa, tiba-tiba rasa nak try lagi diaper Tesco, tapi yang pants pulak. Beli pek kecil je. Dah try, ok not bad. And kebetulan a week after try Tesco Loves Baby Dry Fit ni, Tesco buat promo pulak.. RM15 untuk 1 beg ok! Terus kami borong 5 beg! Haha. Tu pun ikutkan nak borong lagi, tapi pergi cari dekat 2-3 Tesco, siap pesan dekat nenek mintak ushakan dekat Tesco Rawang :p, semua sold out. Takpelah, dapat borong 5 beg pun dah cukup. Huhu.

Review untuk pek yang ini ya..
Ok, ni 5 points of my review on Tesco Loves Baby Dry Fit (Pants type) after habiskan kesemua pek yang ada :

1. Ada design walaupun tak colorful. But then, who cares right? Huhu.

Design yang simple but still comel, kan? 
2. Daya serapan ok. Tak pernah meleleh/bocor (baca point bawah)

3. Tapi, kadar kekeringan tak berapa power. Maknanya, bila bukak diaper tu, ada rasa lembab-lembab dekat kulit, tak kering betul. So, tak berapa recommended untuk pemakaian long period. Jadi kami tak pernah pakai untuk night use. Pakai time siang je, and rajin tukar kalau nampak dah penuh.

And the best features yang kite suka :
4. Ada sticker untuk lekat bila dah roll untuk buang. Lebih kemas dan bersih. Takdelah diapers tu terlepek ternganga macam tu je. (Kalau kite, untuk other brand, kite akan roll dengan gelang getah lepas roll diapers tu sebelum buang)

Sticker ni boleh ditarik untuk panjangkan.
Then roll diapers and lekatkan sticker untuk secure
5. Diaper pants yang paling senang nak koyak tepi. Sekali siat je.

So, kesimpulannya, kalau harga murah lagi, memang kami tak teragak nak beli/borong lagi. Sebab kami takde masalah dengan nak kerap tukar diapers since daddy lagi suka kalau diapers kerap tukar. Biar anak lebih selesa katanya. So kalau murah, takdelah terasa membazir sangat huhu. But in terms of kehijauan bumi tu kena pejam mata la, dengan harapan diapers akan cepat mereput.


p/s : Bukan taknak pakai washable nappies. As a biologist, mommy memang lagi prefer tu (walaupun harga agak telan liur untuk baru-baru nak buat collection). Tapi memandangkan kami berdepan dengan masalah kurang ruang (untuk merendam) dan juga pengeringan yang betul di bawah terik matahari (pengeringan yang tidak betul boleh memudaratkan kulit baby), so disposable nappies adalah option terbaik untuk kami buat masa ni. InshaAllah, bila dah sesuai, kami akan tukar ke earth-friendly nappies. 

Tuesday, December 15, 2015

Sample Percuma Susu Formula

Shazrie Iman fully breastfeed so far, Alhamdulillah. Tapi recently milk production dah mula drop. And Iman pulak mula cerewet bab-bab makan. Pemikiran yang agak konservatif, kite risau Iman tak cukup zat. So fikir maybe kalau intro ke susu formula, sekurang-kurangnya dia akan kenyang minum susu, taklah risau kalau dia kelaparan ke apa.

Untuk intro pulak, banyak betul brand susu, tak tau nak start beli yang mana. Pulak tu semua mestilah jual yang saiz besar. Kang kalau beli, Iman tak nak or tak sesuai, rasa membazir pulak baki yang banyak-banyak tu nak buat apa. Nak bagi orang, dah leceh pulak nak cari anak siapa yang minum susu brand tu. 

Luckily boleh request free sample dari company susu tu. So, kite ambil peluang untuk mintak few sample. Semua kite buat through online. Pergi jelah dekat website dorang. Nanti ada je link untuk request sample. But bare in mind, bukannya dorang terus hantar. Makan masa jugak. Ada yang cepat, dapatlah cepat (but still makan minggu). Ada yang lambat cecah berbulan pun ada. But sorry kite tak ingat brand mana yang cepat and lambat hantar.

And also in this post kite just nak bagi gambar macamana rupa sample susu free yang dihantar tu. And rasanya ada brand yang kite terlupa ambil gambar, contohnya brand S26 (sama ada dah terguna/dah terhilang/sampai lambat sebelum entry ni huhu). 




Enfagrow dapat 2 jenis. Satu utk lactating, satu lagi step 3. Dapat few packet each actually tapi dah guna.

Kebanyakan brand dapat 3 sample. Dutch Lady yang agak kedek. Tak pasti pulak memang dia hantar satu paket je or ada dua. Tapi dia hantar sample paling sikit la daripada brand lain. Nasib baik Dutch lady tak berapa mahal kalau nak beli yang sepeket besar dekat supermarket. So sape-sape yang nak try susu Dutch lady tu, better beli jela yang dekat supermarket sepeket besar tu. Rasa tak berbaloi je nak tunggu lama untuk dapatkan free sample yang ciput.

Dalam banyak-banyak brand, mommy paling suka Dumex Mamil sebab dorang hantar 1 kotak besar (600g) terus ok! Tak lokek langsung. Rasa berbaloi sangat kalau nak mintak request free sample. Kalau anak dah memang minum Mamil ni, mintak free sample jugak pun ok sangat. Dapatlah jimat untuk beberapa hari, kan?


Macamni baru betul nak kasi free sample. 

In my opinion, free sample ni lebih kepada kalau parents nak try anak nak rasa susu tu ke tak. Kalau dari segi nak test kesesuaian susu tu untuk anak, susah sikit kut. Yelah kalau dapat setakat 3 sample, boleh 3 kali bancuh je, manalah sempat kita nak observe perut anak sesuai ke tak dengan susu tu.

Good luck to me untuk experiment susu mana yang Shazrie Iman pilih huhu.


Big Bad Wolf 2015

BBW tahun ni 24 jam lagi. Since last year, kalau pergi BBW mmg tujuan untuk cari buku Shazrie Iman. Buku borong tahun lepas semuanya dah berusik, siap ada yang dah terbahai dibuat dek Iman. Macam bersungguh sangat membaca. Padahal selak-selak je :p. Memandangkan ada minat Iman dengan books ataupun bahasa mudahnya taklah membazir beli buku banyak-banyak dekat dia, so nak lah lagi belikan untuk dia yang baru, takdelah dia bosan dengan buku yang sama je.

Pasal kononnya dekat sejengkal and bila-bila je boleh pergi MIECC tu, so kite tak alert langsung pasal tarikh hoho. Sampailah bila sedar, rupa-rupanya dah final day! Tu pun nasib baik sedar so sempatlah lagi nak mengajak hubs menabung few hours before the event ended :p.

Hasil tangkapan almost 2 hours dekat dalam BBW semalam  : 




Memang semuanya buku untuk Shazrie Iman. Including flash cards and bathtime book and paint (Total RM 75).

Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, rasanya untuk babies, tahun lepas lagi variety kut. Lagi banyak softbooks/clothbooks. Or tak tau lah kalau kitorang pergi dah last kopek so banyak dah sold out. Kalini nampak yang banyak activity books which lebih sesuai untuk toddler, especially for girls! Geram betul nampak pinky-pinky huhu.

Harap-harap cukuplah dengan buku yang ada buat masa ni untuk sampaikan ke next BBW..

Shazrie Iman 1 tahun 8 bulan (almost)

Finally, dapat pun update blog ni.... This past few months busy bebenor dengan hal-hal berkaitan rumah. (And yes, after around 3 years and 9 months, kami dah duduk asing daripada family yeay!). So pempaham jelah betapa sibuknya nak memasak and mengemas rumah siang malam pagi petang *exaggerated*. Ok tipu. Sebenarnya sebab utama sebab lambat pindahkan wifi dari rumah in laws.. Setakat mobile internet je so tak feel nak blogging. Ada jugaklah few drafts, where I'll post later according to their assigned date, lepas dah touch up mana yang patut :p.

Well, sekarang kita tengok apa progress terbaru Shazrie Iman setakat ni (almost 1 tahun 8 bulan):

- Alhamdulillah... Masih fully breastfeeding. Walaupun banyak ranjau dan cabaran, tak sangka boleh bertahan sampai sekarang. Ok takdelah tahan sangat. Dah pernah try and error nak bagi susu formula tapi Iman takmau! And dah decide juga nak weaning tapi tak sampai hati pulak hukhuk. So.... another 4 months to go! InshaAllah

- Berat 9.5kg. Yes I know cukup-cukup makan dalam graf. Tengah usahakan nak bagi banyak makan. Selera dia baru je nak naik sekarang ni.

- Makan tak cerewet. Tapi payah nak suap! Yang bagusnya, walaupun dipaksa sumbat, dia tak akan luekkan balik (kecuali kalau dah betul-betul kenyang) So, kena rajin menyumbat, sudahnya memang akan makan banyak.

- Suka makan roti, and buah tembikai. Mommy akan pastikan roti sentiasa ada untuk bekalan Shazrie Iman. Tapi tak suka makan ais krim.

- Gigi dah banyak tumbuh, siap dah ada taring 2 pasang. Pertumbuhan  gigi so far memang ikut masa yang sepatutnya. 

- Gigi memang tumbuh cantik, ikut time. Tapinya, dah ada gigi yang ada stain ok! Walaupun rajin beruskan gigi dia min 2 kali sehari. Mulanya tak perasan sebab memang payah sikit nak selak tengok gigi belah atas dia, jadinya jaranglah dapat berus gigi belah atas. Tak nak paksa sebab kononnya tak nak dia trauma terus tak nak berus gigi. Tapinya bila pergi check up 18 months, nurse yang bagitahu. Balik je terus paksa jugak selak gigi belah atas untuk berus. Now dah ok untuk berus gigi.

- Masih belum dapat injection 18 months due to vaccine shortage. And pnemococcal *sigh*

- Dah pandai dancing and singing and babbling bahasa dia. 

- Masih tak pandai cakap. Mommy or mmy je yang jelas. The rest tak. Kalau nak apa-apa, akan tarik tangan or beri barang tu dekat kita. For example kalau dia nak tengok kartun (suruh tukar channel), dia akan bagi remote control.

- Favourite cartoons : Elmo's World and Timmy Time.

- Kaki layan Didi and Friends *sigh*

- Dah tak susah nak sepit kuku.

Tu je kut setakat ni. Will update anything afterwards.

Monday, November 30, 2015

Bawa Stroller ke Bandung

Sebelum ke Bandung, puas kite study sama ada perlu bawa stroller ataupun tak tapi tak banyak yang dapat membantu. So bila dah pergi and sendiri merasa, let me share my point of view.

Mulakan dengan di airport. Stroller tak perlu check-in sekali dengan luggage. Sorong je sampai nak naik flight. Kalau nak check-in pun boleh je.. Tapi ada sorang passenger dekat kaunter sebelah masa nak check-in luggage, dia nak check-in stroller anak dia, kaunter staf tu suruh sorong je sampai depan pintu flight.. And don't worry, stroller tak akan ditimbang/diukur size macam cabin luggage. So tak kisah in terms of size and weight. Then, stroller jugak tak termasuk dalam quantity bag yang dibawa ke cabin.

Boarding

- Di KLIA, kami tolak stroller sehingga ke pintu flight. Then kami lipat dan strap guna luggage strap (extra secure untuk elak stroller daripada terbuka, plus ada personal details). Biar je dekat tepi, nanti flight attendant akan uruskan. Ada je stroller lain time kami pergi tu berlonggok dekat tepi pintu flight.. 
- Masa di Bandung (Husein Sastranegara International Airport), sama juga. Tolak stroller sampai ke kaki tangga flight (airport Bandung sama macam LCCT dulu, which kita kena jalan kaki ke flight). Pastu step yang sama macam di KLIA.

Label Tag

 - Di KLIA 2, kami ada minta label tag masa check-in luggage di kaunter tapi staf kaunter cakap kena minta dekat kaunter sebelum boarding. Bila minta dekat kaunter before boarding, staff situ cakap sepatutnya kena minta masa check-in luggage. Pulak. Sudahnya takde label tag. Takde takpe boleh je nak naik flight cuma kalau stroller hilang, payah lah. 

-  Masa di Bandung pulak, kami lupa nak tanya tentang label tag untuk stroller masa check-in luggage. Tapi nasib baik dapat before nak masuk boarding gate. Staf pasangkan. Dekat label tag tu just state dari airport mana, tu je..

Collection
Untuk collection turun dari flight, ha yang ni a bit tricky sikit especially dekat KLIA. Kami sedia tahu yang walaupun kita lipat siap-siap depan pintu/tangga flight, nanti masa nak collect, kena ambil sekali dengan luggage. Untuk di Bandung, ok je. Stroller sekali keluar dekat tempat yang sama dengan luggage. Di KLIA 2, mungkin silap kami sebab tak study betul-betul. Sudahnya lama jugak la menanguk dekat tempat luggage keluar tapi stroller tak muncul-muncul. Memang buang masa. Last-last hubs pergi tanya dekat kaunter and rupa-rupanya stroller keluar dekat oversize luggage (bagasi bersaiz besar). Tengok dekat situ, stroller memang dah ada. Tak tahulah memang dah lama ada or baru. Sejak kes ni, terus kami decide nak beli cabin size stroller (which in other entry)

Ok, so lets continue pasal bawa stroller di Bandung. Memandangkan kami sewa kenderaan yang besar (Suzuki Elf Short, yang boleh muat dalam 11 orang), so ruang bonet memang takde masalah dengan stroller kami (dan beg-beg yang lain). Kami memang tinggalkan je stroller dalam van. Bila perlu je baru guna. Di sini kite senaraikan ikut tempat yang kami pergi. 

Pasar Baru : Dua kali kami pergi, kami tak guna stroller sebab Iman tak tidur. So dukung je guna Pognae/ free hands. Pada pendapat kite, kalau nak bawa stroller boleh je (untuk memudahkan shopping kalau anak tidur) cuma ada antara ruang-ruang yang agak sempit untuk stroller. (Boleh bayang macam bawak stroller time pergi downtown/baby fair). Selain tu, depends kalau orang yang tak kisah nak angkat stroller turun naik tangga/lalu escalator, Tak pasti ada lift ke tak sebab tak perasan pulak.

Jalan Dago, Jalan Riau, Rumah Mode : Kami tak guna stroller walaupun Iman tidur time pergi tempat-tempat ni sebab hujan lebat dan stroller kami takde rain cover. Tapi kalau cuaca ok, boleh je nak bawak stroller.. Cuma kalau nak turun naik tempat yang bertangga sikit, kena angkatlah sikit.. 

Tangkuban Perahu dan Kawah Putih : Strictly no stroller needed. Kalau dah nama tempat bergunung/berbukit tu..

Floating Market Lembang : Kami guna stroller sebab Iman tidur. Tempat baru dan terjaga. Lanskap cantik, bersih. Takde masalah nak bawak stroller. Cuma ada kena angkat sikit dalam 5 anak tangga masa nak masuk/keluar dari pintu masuk.

Kilang Kain Sulam Pesona dan Kopo : Dua-dua tempat ni sama je, based dekat rumah. So takperlu stroller lah.. Kalau anak tidur (Iman tidur time pergi Taman Kopo), kami just angkat and baringkan je dekat atas tikar (dorang ada sediakan tikar). Daddy tunggu Iman, mommy gila rambang mata pilih kain huhu)

D'fashion : Exactly macam Jakel. So kalau anak tidur, better letak dalam stroller. Kalau tak, biar jelah dia pusing-pusing explore dengan daddy while mommy meroyan dengan kain :p

Jalan Cihampelas : Kami pergi bahagian kedai-kedai superheroes tepi jalan. Dekat situ memang tak berapa sesuai untuk bawak stroller sebab jalan tak berapa besar and agak sibuk. Plus susah nak 'larikan' diri daripada kena kerumun orang-orang tempatan yang sibuk suruh kita beli barang jualan dia. Kalau dekat area Ciwalk ok je rasanya nak bawak stroller. Keadaan dia ala-ala dekat Bukit Bintang (kami lalu je, tak turun singgah sebab da penat)

Cibaduyut : Di sini pulak, kami just pergi satu mall (seriously tak ingat mall apa tapi kecil je macam Mydin, tapi dia jual pakaian and kasut and handbag). Nak bawak stroller boleh je tapi seperti biasa, tang tangga-tangga tu kenalah angkat sebab dia takde escalator (lift tak sure la ada ke tak...).
Kalau Cibaduyut area tepi jalan tu, nak bawak stroller boleh, tapi keadaan dia lebih kurang macam dekat Jalan Cihampelas.

Kopi Luwak Cikole : Time kami pergi sini, Iman tengah tidur so kami letak dalam stroller. Ok je pusing-pusing dalam tu sambil dengar penerangan pasal kopi luwak ni.. Walaupun keadaan agak sempit dekat pintu masuk (kereta parking rapat-rapat, tapi dengan bantuan pekerja tempat tu, dorang tolong angkatkan stroller + Iman sampai ke dalam. Heuheu.

Kesimpulannya, kalau kita babywearer and babywearee tegar, tak payah dah nak bawak stroller. Tapi kalau kita ni 50-50, bawak je stroller tu untuk standby.. Agak-agak perlu, guna.. Kalau tak, biar jelah dia dalam kenderaan yang disewa tu..

Sekian.

p/s : Balik Bandung terus Iman dapat stroller baru huhu.




Wednesday, November 18, 2015

Melawat Beruk di Bukit Melawati

Since tok umi and tok cik masih ada di KL, atok bawak mereka ke tempat favourite atok mana lagi kalau bukan Bukit Melawati. Nak ajak dorang tengok beruk katanya. Iman pun tumpang sekaki join huhu. 

Actually ni bukan kali pertama Iman pergi Bukit Melawati. Rasanya kali kedua or ketiga kut. Tapi sebelum ni Iman tidur dalam kereta, tak jumpa pun beruk-beruk yang ada. Kiranya ni first time lah Iman meet and greet all the beruks :p.

Mommy expect Iman takut tapi rupanya tak langsung! Relax jer dia. Kitorang pulak yang takut sebab dia berani sangat haha.






    

Tapi finally Iman mengalah jugak haha. 



Tapi rasanya dia nak menangis bukan sebab takut beruk. Lebih kepada takut nenek-nenek yang galak lebih. Haha

Friday, November 6, 2015

Intro to Homemade Baby Paints

Dah lama berangan nak buatkan homemade baby paint untuk Shazrie Iman bawak main, tapi macam-macam halangan *kononnya*. Terlupa nak ambil plastik wrapper besar dari rumah MIL lah, terlupa nak beli pewarna lah, etc etc.

And finally, petang tadi baru ada kerajinan nak melayan Iman. Tapi try test 3 color je dulu : Hijau (pewarna), merah (sirap) dan kuning (serbuk kunyit haha!). Kononnya nak guna barang-barang natural je!

Google resepi paling ringkas and mudah nak dibuat. Tapi rasanya tak menjadi pun sebab berketul. Takpe.. Nama pun try test, or introduction huhu.

Paint yang berketul.

Terlupa nak beli paint brush so mommy korbankan berus mekap mommy.

Maybe sebab paint tu berketul so tak boleh nak menconteng pun! Tu sebab Iman pun tak excited agaknya (plus first timer so blur-blur). Dia bukannya menconteng, tapi lebih menggaul-gaul paint yang berketul dalam mangkuk tu. Takpe, will try again next time. Tapi kena cari resepi lain pulak.