Pages

Monday, October 28, 2013

Yoga Ball

Tadi sampai 1 packaging daripada Groupon, hubs punya. Bukak-bukak, yoga ball dia dah sampai.. Dari awal pregnant memang hubs teringin sangat nak beli yoga ball. Sebab nak suruh kite bersenam sakan hihi. (Ala dia lebih ke nak tumpang main sekali.. :p). Kebetulan ada jual murah dekat Groupon, terus dia rembat.




Beria-ia hubs pump. Pada kite jangan bulatkan dulu, nanti buat menyemak je dekat rumah.. Yela kite tengah mabuk-mabuk ni takdenya nak duduk bertenggek atas tu.. Tapi kalau dah dia sendiri yang tak sabar nak main.. Jangan dihalang.. Huhu.

Yoga ball idaman hubs

Dah kembung, dah bertenggek golek-golek sana sini, mula hubs search video senaman dekat youtube, suruh kite tengok and belajar. Tapi kite ni mood belum sampai, cakap nanti dulu..

Nanti ye sayang.. Nanti bila dah sihat and rajin, sha bersenam ok? Hehe. By the way, thanks for the yoga ball! Boleh bawak main kalau pergi mana-mana swimming pool. Heuheu..

Friday, October 11, 2013

Buku Pink

Dua kali pergi, jadik Lebai Malang. Nasib baik pergi tadi ok, walaupun kami datang agak lambat, pukul 10.20 am. Sampai-sampai, nurse suruh isi personal details dekat buku pink then baru boleh ambil nombor.. Orang memang ramai.. Dengan ibu mengandung, dengan babies and kids, penuh satu klinik. Tapi ok lah, tak kena tunggu lama sangat. 

Based on my experience for this very first time today, here I can conclude (randomly) :

1) Berbanding klinik swasta, dekat sini ada banyak bilik where setiap bilik have different purpose, ikut step by step. So, eventhough kalau ikut nombor turn kite lama lagi, tapi kejap je tunggu sebab setiap orang perlu masuk bilik yang berbeza ikut keperluan masing-masing.

2) Kite kena uruskan sendiri. Dari kaunter register, kena amik buku pink tu pergi letak dekat bakul yang disediakan dekat luar bilik yang kite perlu masuk next. Then tunggu nombor kena panggil.untuk masuk bilik tu. 
- First bilik yang kite masuk, nurse akan tanya normal basic question, timbang berat, ukur tinggi, cek blood pressure, history etc. Then kena amik buku tu bawak pergi next room pulak, tunggu turn lagi. 
-Bilik kedua, buat hiv test and nurse amik darah. Kite bawak darah tu sekali dengan buku pink pergi kaunter makmal pulak untuk serahkan pada dorang.. 
- Dekat kaunter makmal, kena siap-siap pergi keluarkan sample urin and tunggu lagi. Bila dah kena panggil, bagi sample urin tu untuk dia celup apentah, pergi buang balik urin cup tu and dia pulangkan semula buku pink. Kite kena bawak semula buku tu ke nurse yang pertama kite jumpa. 
- Nurse dekat bilik pertama tadi akan go through result check up kite and terangkan apa yang patut and set the date for next appointment. Since abah ada diabetis, so kite perlu minum air gula masa next appointment, next month.. Nurse siap ajar the right way to do booby selfcheck. Hehe.
- Lepas dah check semua, kena ambil ubat dekat kaunter farmasi. Kite dapat satu botol Obimin. 

3) Takde scan-scan. Nurse kata next month baru jumpa Dr and scan. Keciwa.. Baru ingat nak dating dengan baby.. Tapi gambar scan yang previous dia mintak and kepilkan sekali dalam buku pink.

4) Ubat, consultation semua FOC! Free of charge okay! Singgit pun tak kena. Seriously kite and hubs jakun gila.... No wonder ramai prefer pergi klinik kerajaan eventhough kena tunggu lama...

5) Sebelum ni banyak dengar orang cakap nurse-nurse klinik kerajaan biasanya garang-garang, kerek-kerek. But tadi nurse semua ok je.. Lembut, ramah. Maybe sebab semua muda-muda kut.. Ada juga jumpa yang dah tua. Ha.. Tang tua ni kerek sikit lah. Cehhh

6) Husband tak boleh follow masuk dalam every room. Kena tunggu dekat ruang menunggu je. Since first time and blur-blur and taktau, kite mintakla hubs ikut sekali masuk dalam bilik first. Dekat situ nurse bagitau, with full manners. 

7) Ada dua buku pink actually. Satu klinik simpan, satu lagi kite pegang and bawak balik and perlu bawak semula setiap kali datang appointment.

8) Datang 10.30am, setel semua by 12pm. Dalam sejam setengah semua setel. Ok la...

So... I am officially ada buku pink!! :)


Saturday, October 5, 2013

Klinik Kesihatan : Pengalaman 2

Sejak first experience, kite decide nak tunggu bila dah 3 bulan baru nak ke klinik kesihatan balik semula.. So Alhamdulillah, I almost reached my third month this week.. So dah boleh bukak buku pink nih. Plan dengan hubs nak pergi awal pagi (sebab dah banyak kali dengar orang kata kalau nak pergi klinik kesihatan ni, kena pergi awal-awal pagi). Tapi pasal terlajak tidur :p, and hubs setel-setelkan kerja dia dulu mana yang patut, last-last pukul 11.45 am baru pergi.. Haha. Hasilnya? Tarak la wehh... Nurse klinik kata tinggal abeskan patient yang sedia ada and since arini hari Jumaat, so untuk ibu & anak setengah hari je.. Dia suruh datang hari lain.. Memang Lebai Malang!