Pages

Friday, October 11, 2013

Buku Pink

Dua kali pergi, jadik Lebai Malang. Nasib baik pergi tadi ok, walaupun kami datang agak lambat, pukul 10.20 am. Sampai-sampai, nurse suruh isi personal details dekat buku pink then baru boleh ambil nombor.. Orang memang ramai.. Dengan ibu mengandung, dengan babies and kids, penuh satu klinik. Tapi ok lah, tak kena tunggu lama sangat. 

Based on my experience for this very first time today, here I can conclude (randomly) :

1) Berbanding klinik swasta, dekat sini ada banyak bilik where setiap bilik have different purpose, ikut step by step. So, eventhough kalau ikut nombor turn kite lama lagi, tapi kejap je tunggu sebab setiap orang perlu masuk bilik yang berbeza ikut keperluan masing-masing.

2) Kite kena uruskan sendiri. Dari kaunter register, kena amik buku pink tu pergi letak dekat bakul yang disediakan dekat luar bilik yang kite perlu masuk next. Then tunggu nombor kena panggil.untuk masuk bilik tu. 
- First bilik yang kite masuk, nurse akan tanya normal basic question, timbang berat, ukur tinggi, cek blood pressure, history etc. Then kena amik buku tu bawak pergi next room pulak, tunggu turn lagi. 
-Bilik kedua, buat hiv test and nurse amik darah. Kite bawak darah tu sekali dengan buku pink pergi kaunter makmal pulak untuk serahkan pada dorang.. 
- Dekat kaunter makmal, kena siap-siap pergi keluarkan sample urin and tunggu lagi. Bila dah kena panggil, bagi sample urin tu untuk dia celup apentah, pergi buang balik urin cup tu and dia pulangkan semula buku pink. Kite kena bawak semula buku tu ke nurse yang pertama kite jumpa. 
- Nurse dekat bilik pertama tadi akan go through result check up kite and terangkan apa yang patut and set the date for next appointment. Since abah ada diabetis, so kite perlu minum air gula masa next appointment, next month.. Nurse siap ajar the right way to do booby selfcheck. Hehe.
- Lepas dah check semua, kena ambil ubat dekat kaunter farmasi. Kite dapat satu botol Obimin. 

3) Takde scan-scan. Nurse kata next month baru jumpa Dr and scan. Keciwa.. Baru ingat nak dating dengan baby.. Tapi gambar scan yang previous dia mintak and kepilkan sekali dalam buku pink.

4) Ubat, consultation semua FOC! Free of charge okay! Singgit pun tak kena. Seriously kite and hubs jakun gila.... No wonder ramai prefer pergi klinik kerajaan eventhough kena tunggu lama...

5) Sebelum ni banyak dengar orang cakap nurse-nurse klinik kerajaan biasanya garang-garang, kerek-kerek. But tadi nurse semua ok je.. Lembut, ramah. Maybe sebab semua muda-muda kut.. Ada juga jumpa yang dah tua. Ha.. Tang tua ni kerek sikit lah. Cehhh

6) Husband tak boleh follow masuk dalam every room. Kena tunggu dekat ruang menunggu je. Since first time and blur-blur and taktau, kite mintakla hubs ikut sekali masuk dalam bilik first. Dekat situ nurse bagitau, with full manners. 

7) Ada dua buku pink actually. Satu klinik simpan, satu lagi kite pegang and bawak balik and perlu bawak semula setiap kali datang appointment.

8) Datang 10.30am, setel semua by 12pm. Dalam sejam setengah semua setel. Ok la...

So... I am officially ada buku pink!! :)


No comments:

Post a Comment