Terima kasih untuk result MGTT second time yang tinggi (Fasting : 4.8mmol/L, After 2h : 8.9mmol/L!), secara automatiknya, kenalah hadap BSP pulak.. Untuk BSP ni, kena 4 kali cucuk jari ya.. Kita jadi penderma darah pulak kali ni. First cucuk semalam at 10pm, kena pergi klinik untuk post dinner. Since first time, jadi takut gila nak makan sepanjang hari semalam. Haha. Memang control gila. Makan sikit je, yang sihat-sihat. Minum pun tak cuit langsung air berperisa! Sepanjang hari teguk air putih hahaha. Sepatutnya last makan (start puasa) 2 jam sebelum test, so dalam pukul 8 malam. Tapi takut punya pasal, last makan pukul 4.30ptg! Tuh pun makan nasi arab *siap...* sebab ayah mertua tapau bawak balik dari Saba. Balik dari first cucuk, terus balun nasi goreng pataya. Kebulur lah katakan.. Huhu. Pastu sambung balik puasa..
Tadi, pagi-pagi dah bangun. Asalnya sepatutnya hubs yang hantar pergi klinik. Tapi kesian tengok dia kepenatan lately kerja teruk, tak sampai hati nak paksa kejut, so pergilah sendiri.. First time sampai tepat pukul 8am (time amik nombor) huhu. Tapi memang bernasib baik gila kali ni, sampai-sampai terus dapat parking (side parking) padahal banyak lagi kereta before tak dapat parking. Sebab apa, thanks to kereta comel Kelisa, muat nak park tempat kecik (Kete before semua besar-besar) *Happy*
Awal-awal pun orang dah ramai.. Dapat nombor yang ke 52 you... Kusangkakan tunggu sekejap je lepas amik nombor tu, tapi dalam setengah jam jugak, baru dipanggil. Tu pun still tak dapat another copy buku pink, nurse tak jumpa. Nurse suruh terus pergi lab. Dekat kaunter lab pulak, punyalah ramai umat manusia! Before ni ada 2 kaunter lab, 1 kaunter untuk ibu-ibu mengandung/ dengan baby, 1 lagi kaunter untuk klinik am. Tapi kenapa tah kali ni bukak 1 kaunter je, so semuanya tertumpu. Faham-faham jelah kalau patient dari klinik am semuanya orang-orang tua, mak-cik pakcik, nyonya apek, uncle aunty, jadi serabut kaunter tuh! Nak beratur untuk masuk toilet (urin) pun panjang. Luckily kite tak perlu urine test, just darah je so takpayah nak join beratur. Huhu.
Dah lah orang ramai kerumun dekat kaunter tu, pastu staf lab tu pun panggil nama orally, tak guna nombor! Dah payah nak kena duduk diam-diam tekun pasang telinga takut-takut nama kena panggil. Dekat setengah jam jugaklah menunggu, baru sampai turn untuk cucuk 2nd time (fasting).
Lepas je dah cucuk, terus masuk bilik 14 pulak. Dekat bilik ni, kena lagi cucuk. Kalau untuk BSP, cucuk hujung jari je and nak darah dalam setitik, yang ni darah kena ambil dalam setiub kecik! 2 kali pulak tuh! Sebab nurse yang amik darah tu tak berapa pro kut. Mula-mula amik dekat lengan kanan, sampai bengkak you lengan I, hasilnya tak cukup. So kena cucuk pulak dekat lengan kiri.. Nasib badan mak la nampaknya, berkorban kena cucuk sana sini bagi darah demi baby..
So dalam pukul 9.10am baru setel untuk 2nd, nurse bagi masa sekejap untuk makan, before kena sambung puasa balik untuk cucuk kali ketiga pukul 11am. Plan asal nak balik rumah sementara nak tunggu pukul 11, tapi since nurse suruh jumpa dietitian pukul 10am, yang kebetulan available untuk haritu, so decide stay je dekat klinik.. Pergi lah gerai sebelah klinik tu untuk beli air mineral sebotol and roti sebungkus.. Makan just untuk alas perut je *still cuak* haha. Pasal dah kebosanan, pukul 9.35am dah pergi dekat tempat dietitian..
Kusangkakan ada bilik proper untuk dietitian, rupanya dia duduk dalam bilik mesyuarat je.. Masa sampai tu, dah start consultation untuk first group ibu mengandung. So kite kena tunggu turn for next group lah. Lepas dah setel group ibu mengandung tu, dietitian tu setelkan few patient makcik pakcik yang kencing manis dulu, baru ke group kedua ibu mengandung.. Dah dekat pukul 11am jugaklah.
Untuk group kedua ibu mengandung, ada dalam 7 orang kut (including me) yang join the session. Not sure yang lain-lain tuh umur berapa, tapi dari pandangan mata kite ni, semua dah pangkat hakak-hakak kut.. Tapi, rasanya semuanya pregnant anak first, sebab semua blur-blur. Taktau lah nampak je muka tua sekali umur lagi muda or sebaya or what. Haha. Tapi yang pasti, semuanya debab-debab!! Cuba bayangkan kalau before pregnant pun berat masing-masing lebih daripada 60kg (berat kite yang mengandung 7 bulan lebih ni), berapa pulak berat dorang sekarang ni? Huhu. Dorang semua dah kenal satu sama lain (kenal gitu-gitu je kut) tapi nampaklah dorang dah berbual and selesa sama, so tinggallah kite duduk keseorangan.. Hehe.
The dietitian, Encik Anuar, nampak muda lagi.. Late 20s or early 30s camtu, tapi he's good in his work. Good in giving explanation and answering the questions. Dalam sesi ni, the dietitian terangkan cara pemakanan yang sepatutnya bagi ibu-ibu mengandung, especially yang GDM macam kami ni.. Huhu. Satu ayat dia yang memang betul kena dekat kite : "Kalau MGTT dah tinggi, maknanya memang kamu ada diabetes, walaupun BSP kamu normal. Jangan salahkan MGTT. BSP tak reliable sangat since kamu akan cuba sebaik mungkin untuk control makan (cheating) untuk dapatkan result yang cantik. Padahal kalau hari lain, makan je sekehendak selera." Hahaha TRUUEEEEE!
So, kami dinasihatkan untuk kawal pengambilan karbohidrat dan gula sepanjang tempoh pregnant.. Adalah dia beri hand out tentang jadual pemakanan yang betul and portion yang sepatutnya diambil. Maybe I'll upload about it later. Tapi yang pasti, untuk kite, kite kena kawal berat badan naik dalam 250g seminggu (2kg sebulan).
Another 'good news lah sangat', ibu GDM ni 50-50 untuk ada diabetes after bersalin (Type 2 diabetes).. Ah sudah! So nanti after 6 weeks delivery, kena repeat minum air gula lagi *nanges*
Other pesanan dietitian, cuba challenge ourselves untuk tahu kadar 'kandungan' gula dalam badan kami. Maksudnya, yelah tipulah kalau kite boleh kawal nafsu daripada tak makan makanan manis-manis seperti cinnabon, caramel sticky dessert, krispy kreme (Ok tipu. Contoh yang dia beri macam coklat, aiskrim etc). Nak makan boleh. Tapi cuba try test. Maksudnya lepas dah makan certain portion makanan manis tu, buat test macam BSP, which puasa untuk 2 jam, then try tengok kandungan gula dalam darah after that. Kalau still in range normal, maknanya kite boleh untuk makan makanan tersebut sebanyak portion yang sama. (But of course still kena kawal, bukan boleh balun sesuka hati). But if result exceed normal range, maybe kena kurangkan portion makanan manis tersebut sampailah kite dapat normal range.. Tak dapat normal jugak, faham-fahamlah. Jangan bermimpi lagi untuk makan. Haha. (Ni yang buat teringin nak beli device sendiri untuk check glucose content dalam darah ni.. Huhu)
Dalam 15-20minit, session pun setel.. Kena abeskan cepat-cepat since kami nak kena cucuk kali ketiga pulak. Lepas dietitian dah tulis-tulis something dalam buku pink (luckily kite yang first sekali dia tulis), laju-laju turun kaunter lab untuk cucuk. Heuheu. Kali ni dah lengang, ada dalam 4orang je dekat kaunter tu.. So tunggu tak lama, terus kite kena panggil.. Sudah je cucuk kali ketiga ni (post breakfast), laju-laju pulak balik. Heuheu. Tapi tapau dulu makanan siap-siap sebab tahu kalau balik rumah still belum ada makanan lunch since still awal..
Kalau before-before ni nak makan takut-takut, tapi lunch ni memang makan ikut suka (but ofcourse ikut portion yang dah diberi oleh dietitian). Tak taulah sebab dah yakin or nak try test or dah kebulur sangat haha. Apa makanan lunch kite? Nasi putih lauk sayur labu masak lemak and udang masak sambal petai (Yums!). Air pulak air limau ais (akhirnya minum jugak air berperisa huhu).
Dalam pukul 3ptg, datang semula KK untuk final cucuk yeay! (post lunch). Kali ni kaunter lab pun lengang, so sekejap jelah menunggu... Akhirnya, treng teng teng.. Inilah result BSP kite.. :
Fasting : 5.1 mmol (Normal < 5.6mmol)
Post breakfast : 4.6 mmol (Normal < 6.7mmol)
Post lunch : 5.6mmol (Normal < 6.7mmol))
Post dinner : 4.1 mmol (Normal < 6.7mmol)
Yeay, semuanya normal!! Alhamdulillah.. Kusangkakan inilah sekali BSP, rupa-rupanya kena ulang lagi chait! Memandangkan result BSP kite ok, so kena repeat after 2 weeks : 3 and 4 Mei pulak.. Adoyai... Kalau yang tak ok, even kantoi merah sekali, kena repeat seminggu lagi. Hoho...
Lepas nurse dah set kan appointment untuk next BSP, kena jumpa doktor pulak.. Before jumpa doktor, kite check dulu blood pressure (111/65) and timbang berat (61.4kg). Masa jumpa doktor, 3 patient GDM sekaligus. Doktor just review back result kami.. Untuk kite, lepas. Tapi untuk 2 ibu mengandung lagi, tak lepas sebab sorang tu kantoi merah 1, sorang lagi kantoi merah sampai 3!
Then, kena pulak jumpa pakar.. So set pulak date nak jumpa pakar.. Memandangkan next bsp kite 3 and 4 Mac, so plan asal nurse nak set kan dekat date yang sama untuk jumpa pakar. Sekali bila dah cek-cek date, full pulak jadual pakar untuk 4 Mac tu.. Nurse terpaksa set other appointment untuk next check up kite ke 26 Feb, which next week sebab nak adjustkan untuk jumpa pakar sekali..
Apa boleh buat, nampaknya tiap-tiap minggu lah kena datang klinik...