Pages

Wednesday, February 5, 2014

Fifth Appointment (7th Month)

Check up harini kena repeat MGTT, so kena puasa and minum air gula lagi! Hubs anta pagi-pagi since tak nak dah drive sendiri :p. First time rasa orang tak berapa ramai masa sampai. Maybe awal lagi kut.. So proses pun tak lama, tunggu sekejap je dalam 15min dah kena panggil untuk amik darah before and minum air gula. Dulu rasa takdelah hazab sangat nak perabihkan air gula secawan tu. Tapi kali ni perghhhhh rasanya pekat gila kut!! Sampaikan tanya nurse sama ke tak sukatan glukos dulu. Nurse kata sama je tapi ntah kenapa tah rasa siksa betul nak minum sampai habis. Dah lah tak boleh nak bilas dengan air masak (lupa bawak!) dalam 2 jam. Aduhai...

Lepas dah minum air gula, as usual pergi urin test and blood test before jumpa nurse bilik 11. Harini nurse lain pulak, tak sama macam last month. And I think she's better than yg last month. Harap-harap stick dengan dia la sampai beranak. Huhu. Berat kite dah 60.3kg ya... Sudah cecah itu nombor enam.. Huhu. Blood pressure rendah tapi still dalam range normal. Hemoglobin count turun! 10.5 - thanks to tak makan pills and kerang hahaha. Nasib baik nurse tak bising cuma dia hairan kenapa turun (of course tak bagitahu dia yang kite tak makan pill huhu) and suruh try tukar cara pemakanan pill : Iron an hour before meal, obimin an hour after meal. Then suruh perbanyakkan makan hati ayam, ikan bilis, ikan laut, jambu batu (i loike!) etc instead of kerang je.. 

Heartbeat baby normal and position Alhamdulillah, masih cephalic. Oye, bermula hari esok, dah kena record time baby kicking ya... Kena catat dalam buku pink setiap hari, 10 kali within 12 jam (9am-9pm). Tanya jugak nurse macamana nak tau movement yang mana nak kira, sebab yela kadang-kadang kite rasa baby mcm kicking, tapi kadang-kadang macam bergolek-golek, susah nak compare kan. Nurse kata buat masa ni kira je any movement. Bila dah masuk 32 weeks baru kena betul-betul alert untuk kicking sahaja.. Harap-harap mudah lah.. 

Then jumpa Dr untuk repeat scan. Dr sangat muda.. Rasanya lebih kurang umur kite or lagi muda kut? Time scan, Dr cakap menda yang sama, position baby cephalic, tapi still ada possibility untuk tukar position. Mudah-mudahan tak lah.. Saja tanya Dr tu macamana nak maintainkan position baby camtu je tapi dia pun tak tahu haha. Dr just cakap kena banyakkan berjalan kut.. :). Baby jangan nak pusing-pusing lebih-lebih ye.. Dr tanya dah tau gender ke, kite cakap lah dah. Dia kata boy, and serentak dengan tu kite pun cakap lelaki. Haha. So memang confirmlah lelaki kut. 3 kali dah ni scan cakap lelaki... :p

Setel minum air gula, setel jumpa nurse, setel jumpa Dr and scan. Next, jumpa dentist plak. Bahagian dental dekat tingkat atas, orang tak ramai.. Tak sampai 10 orang. Tapi time nak register tu amik masa jugak lah.. Tak tau kenapa staff yang register tu lama sangat nak isi card kite. Yang pasti, jumpa dentist lagi cepat daripada proses register. Tak sampai 10 saat kut! Baring dekat kerusi, dentist belek-belek gigi kiri kanan atas bawah sambil cakap apetah dekat nurse sebelah dia (dental term), nurse tu catit-catit dekat card kite then tadaaaa siap! Haha. Kite siap tanya nurse dah setel ke? Sebab pelik kejap gila! :p

Setel semua, tinggal 10 min je lagi untuk cukup 2 jam and amik darah after. Tunggu lah kejap. 10.45am kena panggil, amik darah and as usual nurse kata kena tunggu dalam 2 minggu untuk tahu result (harap-harap normal lah!). Lepas tu amik pill (lagi!) and tunggu hubs datang amik..

Suka check up kali ni sebab tak menunggu lama. Sampai dalam kol 8.15am, 10.50am dah setel. Sementara tu macam-macam buat so tak terasa sangat...

Oye, ada satu cerita pelik berlaku :p. Sementara tunggu hubs, pergi dekat gerai yang ada sebelah klinik untuk beli air nak buat bilas tekak yang tak sedap kena telan air gula. Masa nak bayar, cashier budak perempuan (I think she's younger than me) mintak no phone? Pelik ok! So tanya lah untuk apa. Dia kata untuk berkenalan. Hahaha. Nak tak nak, bagi jelah. Terfikir nak bagi fake number, tapi tak sampai hati la pulak.. So bagi jela number betul.. Dia kata nanti dia msg/ miscall. Kite iye kan ajelah *Still blur sebab pelik sangat!*

Hubs sampai-sampai terus cerita dekat hubs. Hubs kata maybe dia nak jual any MLM products kut e.g Shaklee, Herbalife etc.. Oh ok.. Make sense jugak. Takpelah kite tunggu jelah ye.. :)

No comments:

Post a Comment