Pages

Sunday, April 27, 2014

Introducing...

Alhamdulillah..
Hari ini, 27 April 2014, cukup seminggu bayi kami dilahirkan. Pada hari ketujuh ni jugak kami berjaya pilih nama baby kami..
So, introducing..



Few hours after dilahirkan

Shazrie Iman bin Shairazi
Tarikh lahir : 20 April 2014 (Ahad),
Bersamaan dengan 20 Jamadilakhir 1435H
Minggu : 40w
Cara kelahiran : SVD with episiotomy (Foley ballon catheter induction)
Masa lahir : 8.59malam
Berat : 3.2kg
Panjang : 47cm
Kelahiran normal
Cucu sulung kedua belah keluarga

Shazrie Iman, semoga sentiasa sihat dan ceria, jadi anak yang baik, mendengar kata dan menyenangkan hati semua orang..

P/s : Kuasa veto untuk pilih nama baby dapat dekat the daddy since baby boy. Bagi can. Huhu. 

Baby Bouncer

The most popular baby bouncer among parents mestilah Fischer Price's. So far kami tak plan lagi nak beli bila and brand apa. But, thanks to Makngah sebab belikan my baby the bouncer :). So, takyah mommy and daddy beli dah..


Syok lettew.. Siap ada vibration lagi.. 

Thursday, April 17, 2014

BSP 6th and Final Check up!

Final check up! Maknanya final bsp and final datang klinik kesihatan before bersalin. Sabtu ni nak tak nak kena serah diri dekat hospital.

So, as usual, pagi ni hubs hantar pergi klinik.. Kalau datang klinik malam tadi untuk buat bsp kite boleh dapat jadi orang yang first sekali *proud*, tak tau lah kenapa or memang sengaja kk nak 'kenakan' kite final visit ni, umat manusia ramai gila! Paling ramai dalam sejarah kite pergi ulang-alik klinik selama ni. Punya ramai sampaikan first time kena berdiri kejap lepas amik nombor, sebab seat penuh. Luckily nak tunggu kena panggil untuk first kaunter tak lama, by 8.40am dah kena panggil untuk pergi lab.

Dekat lab pun Alhamdulillah, tak lama menunggu. Kira by 9am, dah setel. Yang buat tak tahan tu, masa nak tunggu turn untuk jumpa nurse, untuk cek perut. Tunggu punya tunggu, pukul 10 lebih baru kena panggil kut. Selalunya pukul 10am dah setel and boleh balik kejap sementara tunggu for next bsp. Ini tidak. Takpe-takpe, fikir positif je yang ni final visit :p. Lepas da cek semua, Alhamdulillah semuanya normal, nurse suruh jumpa doctor pulak untuk scan.. 

Kalau dah kata kena jumpa doctor tu, maknanya kena queue lagi lah. Tengok buku dalam bakul depan bilik doctor, punyalah setimbun. Tapi luckily turn kite takdelah lama sangat nak kena tunggu. Daripada result doktor scan semuanya dalam keadaan elok dan sepatutnya, dengan estimation berat baby 3.15kg?! Huhu. Saje tanya doctor, kalau dah semua ok takde masalah still nak kena serah diri ke Sabtu ni. Jawapannya haruslah kan.. Huk.

Last-last, pukul 12 baru setel?! Tak pernah-pernah setel pukul 12pm. Tunggu hubs sekejap, terus beli makanan lunch before nak kena puasa lagi another 2 hours - last punyaa. Ntah kenapa mata ni mengantuk sangat, lepas je makan terus tertidur! Ha.. Kalau dah terus tertidur tu, dengan kurang minum air, faham-faham jelah, bsp next tu terus melonjak naik, paling tinggi dalam rekod! Time ni memang dah lantak kau lah.. Tinggi ke, rendah ke, aku tetap kena serah diri jugak. So dah takde perasaan :p.

And again, bukan pagi je, petang tadi pun kk saja nak 'kenakan' kaw-kaw. Selalu dalam 15minit dah setel. Ni dekat sejam baru setel?! Dah tak terfikir positif time ni huhu.

So overall result for final check up : 

Bsp Fasting (3.7), Post breakfast (3.7), Post lunch (7.4), Post dinner (4.1)
Berat still maintain 65.5kg
Blood pressure and hb ok
Uri and air ketuban ok

Mudah-mudahan dipermudahkan.. Mil siap readykan air selusuh and me myself buat air yassin untuk buat minum-minum. Cuak jangan cakap, makin terasa. Tapi at the same time tak sabar nak baby keluar :)

Wednesday, April 16, 2014

Persediaan Untuk Berpantang

Plan asal memang nak cari set berpantang yang dah siap.. After pilih punya pilih, dah plan nak beli set Nona Roguy sebab rasa simple je and tak perlu nak makan banyak pil hohoho. Tapi, kalau dah anak Puan Nora yang memang berpantang betul ikut kampung dulu, ibu tak setuju.. Ibu kata tak feel la kalau tak berparam pilis bagai.. Untuk dalaman pulak, ibu kata jangan nak malas-malas, time ni lah kena jaga betul-betul telan semua yang patut. Pulak dah.. So, untuk memuaskan hati ibu, kite tukarlah plan kepada tradisional.. Heuheu. 

Daripada kononnya nak makan satu pil je, jangan mimpilah ye.. Ibu dah siap tempahkan air kunyit and jamu tak hingat panggil apa tapi rupa and bau dia memang 'jamu habis'. Semua ni penangan cousin yang kebetulan tengah berpantang and amik tu semua. Bila dah tau ada orang boleh siapkan, ibu laju jelah order. Huk. Tak cukup dengan tu, ibu suruh cari lagi pil-pil yang bersesuaian. *Habislah kau...*

So, sebagai anak yang mendengar kata ewah, kite pun usha and study balik set-set berpantang.. Usha punya usha, tak jumpa yang bersesuaian dengan kehendak kite. Kalau ada yang set luaran dah ok, dalaman pulak tak ok. Ada yang kite rasa dalam set tu tak diperlukan so rugi je kalau beli satu set tapi tak semua pakai. Hubs dok suruh beli set Tanamera memandangkan ada kawan dia (perempuan) ada post gambar dekat ig dia beli set Tanamera. Try jugak study set Tanamera tu tapi ada antara barang yang ada dalam set tu kite dah ada.. Tak mahu lah.. Plus dia takde set untuk dalaman (kalau tak silap). Just ada teh herba je.

Oh sebelum tu rasanya patut listkan apa barang yang kite dah ada and tak diperlukan if dalam set :

- Tungku besi (untuk mommy). Pakai mak mertua punya.
- Tungku baby (ibu dah belikan)
- Bengkung. Dah beli dekat Mumdreams. Lagipun ibu ada bengkung Sendayu Tinggi. So boleh pakai jugak,
- Herba untuk mandi. Dah beli dekat Mumdreams jugak. And kata mak, tok ada siapkan jugak dari kampung.

So, mana-mana set yang dah ada menda-mende tu and tak boleh nak beli ala-carte, kite dah tolak tepi. So skop dah tak banyak nak pilih. Jadi kite decided nak beli set luaran Sari Ayu sebab dia dah cukup ada param pilis tapel and minyak telon baby. Pulak tuh dah siap dalam bentuk losyen(?) so rasanya senang nak apply tak payah nak bancuh-bancuh. Baca review orang pun banyak yang puas hati. Tapi masalahnya pulak agak payah nak cari Sari Ayu ni. Try jugak usha toko-toko jamu (?) tapi tak ketemu :p. Nak tengok dekat Mydin, tak berkesempatan lagi nak pergi. Dekat online ada.. Tapi tak rasa nak beli online, nak tengok depan-depan dulu baru puas hati :p.

So other option, mintak tolong ibu usha kan sekali dekat Rawang.. Tapi last-last ibu bukan belikan yang Sari Ayu, dia belikan yang macam kat bawah ni :

Brand Air Mancur. Ada param, pilis, tapel. Traditional enuff?? Yang pasti, RM30 hengget sahajerk..
Ibu kata dia jumpa yang ni, so dia beli jelah.. Alahai ibuku, kite baru nak memudahkan dia tak payah nak bancuh-bancuh, tapi dia beli yang kena bancuh jugak.. Takpelah.. Dah ibu rajin..

So untuk luaran dah setel. Untuk dalaman pulak. Jamu and air kunyit dah ada. Since ibu suruh cari lagi jamu lain, kite decided nak try pil Sendayu Tinggi sebab dalam banyak-banyak brand yang kite usha, Sendayu Tinggi lah yang ada beberapa jenis botol jamu, which each bottle ada fungsi lain-lain. Plus, Sendayu Tinggi boleh beli asing-asing, tak semestinya one set..

Luaran sudah, dalaman sudah. Whatelse? Untuk berganggang / bertangas pulak. Yang ni ibu yang nak carik. So kite serahkan jelah pada ibu.. Kite pn xtau apa yang perlu.. Huhu

Mudah-mudahan dapatlah abeskan semua yang dibeli, especially jamu. Biar mantop sket lepas beranak nanti :p.

Persediaan Menyambut Orang Baru

Barang semua dah setel. So, next adalah readykan bilik. Since berpantang dekat rumah parents dekat Rawang, so rasanya untuk dekat sana tak payah nak pening-pening, tau lah ibu siapkan. Tapi does'nt mean tak perlu kemas yang dekat rumah in laws ni. Kalau dekat Rawang, for sure guna bilik Kakde sebab dekat tingkat bawah. Kalau dekat Serdang, apa lagi, bilik sendiri la sebab memang dah dekat tingkat bawah, depan sekali pulak tu :p.

Sebenarnya sebab utama nak kemas bilik bukanlah nak bawak baby masuk heheh. Tapi lebih kepada malu nanti kalau ada tetamu datang menjenguk bilik untuk tengok baby or mak baby :p. Yela.. Bilik bukannya cantik.. Kecik je, sarat dengan barang pulak tu.. Selama ni punyalah tertutup rapat bilik tu tapi sekarang dah takde pilihan, nak tak nak kena open room lah. Huhu.

So, apa yang perlu dibuat :

- Re-organize semua barang and buku/novel especially meja kerja hubs : documents and such.
- Lap semua perabot and tingkap. Bukan kata perabot, dengan dinding bilik kite lap. Huhu.
- Uruskan semua wayar yang berselirat. Almaklumlah dalam bilik ni semua lengkap. Pc hubs and printer dah tentu. Speaker set hubs, Unifi decoder, Astro decoder, mini fridge, projektor! Semua lengkap lah! Belum masuk lagi wayar-wayar charger, lampu tidur, lampu study. So semua tuh kena organize elok-elok. Huhu.
- Tukar langsir.
- Tukar cadar. Siap beli cadar baru masa ada sale Jusco. Daripada RM149.00 dapat RM44.70 heh.
Pasang mosquito net dekat tingkap for double protection from nyamuk hehe.
- Buang sawang yang ada.
- Bersihkan kipas and air-cond.
- Mop and sapu lantai of course.

Jangan kata yang nampak, yang tak nampak (dalam laci/drawer/cupboard) pun kite organize balik haha. Dah alang-alang membersih kata orang.. So mana yang patut dibuang, lesir kan ajer.. Mana yang patut letak dekat stor, kite mintak hubs alihkan..

Untuk bilik, dah setel. Bersih betul (Rasanya kut?). Impian di hati nak pass je dekat hubs, mintak dia yang uruskan. Tapiiiiii.... Hmm better kite yang buat sendiri kut. Huhu. Lagipun saja nak membusykan diri, takdelah terasa menunggu sangat :). *Pastu terus sakit pinggang kan...*

Ha yang ni off topic, preparation bukan untuk sambut baby je, tapi untuk tinggalkan daddy jugak hahaha. 

- Re-organize semua ubat-ubatan dalam satu drawer. Pills/krim/minyak urut/gamat/ubat batuk/chikitekaun/gaviscon/vicks and segala mak nenek ubat diletakkan setempat. Senang kalau hubs perlu nanti sepanjang kite balik Rawang. Kalau tak, hubs taktau mana nak cari. 

- Susun semua dokumen or barang-barang dia and bagitahu dekat mana kite letak untuk sekian-sekian barang. Biasanya kitelah yang tukang cari (Sebab kite je tahu dekat mana dia selalu sepah-sepahkan hihi)

- Penuhkan bekalan air dalam bilik (mineral and kotak). Hubs jenis kurang minum air kalau tak diingatkan or disediakan. So, kalau dah tersedia bekalan air untuk mudah dia capai, taklah risau dia dehydrate nanti.

See. Punya lah sayang bini ni dekat husband kan.. Tak tinggalkan camtu je tau.. Huhu. And to baby, walaupun tak seberapa, harap baby selesa :). Nanti dah tiba masa sesuai, kita ajak daddy pindah ye sayang.. :)


Thursday, April 10, 2014

BSP 5th and Weekly Check up

To make it simple, semua normal untuk check up kalini.. Mommy's weight still maintain 65.5kg. Bsp pun semuanya ok dan rendah : Fasting (3.8), post breakfast (3.7), post lunch (5.4), post dinner (3.4). Mommy's blood pressure and baby's heartbeat pun normal Alhamdulillah.

Kalini nurse ada ajar untuk breastfeed and family planning.. Nurse jugak ingatkan untuk repeat MGTT lepas berpantang and buat pap smear..

Thursday, April 3, 2014

BSP 4th and Weekly Check up

Letih! Tu jelah bole komen untuk pregnant woman with gdm. Buat makin tak sabar nak beranak cepat-cepat *sigh*.

Kalau last bsp boleh terlepas cucuk darah malam, kalini taknak terlepas lagi (Sayang duit RM25 lagipun haha). So pukul 9.30 dah kuar rumah pergi klinik. Tengok-tengok orang ramaiii.. Sebab nurse pulak yang belum sampai.. Ceh. Yang duduk menunggu tu ada lah dah lebih 10 orang. Aduhai... Kena menunggu lama la ni...

Dalam 5min sampai, baru nurse ada and bukak pintu.. So turn dah berterabur, kena berebut-rebut untuk letak buku, ikut siapa cepat dia dulu.. Nasib baik tak lama, dalam pukul 10.20pm kite dah setel..

Tadi, pagi-pagi pergi klinik, amik no. pukul 8.17am.. As expected, dalam pukul 9.05am baru lah dapat 2nd buku pink and terus ke lab.. Kite tak kisah lambat tu, sebab dah biasa. Tapi yang agak membengangkan, nurse dekat bilik 14 tu haishhh. Dia boleh bising pulak, mempertikaikan kenapa dah pukul 9 kite tak start puasa lagi untuk 3rd bsp (pukul 11). Eh hellloooo dah aku dapat buku untuk start 2nd bsp lambat, which is bukan sebab salah aku, kau nak bising pulak.. Pandai-pandailah kite nak adjust time kite kan.. Dah biasa.. Lagipun, bukannya nak makan berat.. Roti and air masak je, tu pun dah bawak bekal siap-siap. Its not a big deal tapi dia pulak yang gelabah lebih. Sabar ajelah..

Time cek perut, semua ok.. Heartbeat baby ok, blood pressure ok, baby dah turun, berat 65.5kg fuhh and dapat pesanan yang sama macam previous.. So by 10am semua dah setel. Nak tunggu sejam dekat klinik, macam malas sebab sorang-sorang. So balik rumah kejap..

Dalam kol11.30 am datang balik.. Kalini dengan hubs sebab kununnya dah hujung-hujung ni biarlah hubs temankan.. Plus dia tengah free takde kerja and untuk cucuk kalini bukannya lama pun, sekejap je.. Dalam 5min da setel huhu. Lepas je cucuk, terus tapau makan lunch as usual before start puasa lagi untuk cucuk petang..

Petang, boleh pulak jam-jam nak pergi klinik (pukul 3.30pm), hujan lebat gilaaa. Kereta pun penuh dekat tempat drop off, apetah lagi parking. So terpaksalah hubs turunkan kite, kite meredah hujan sket and dia tunggu dalam kereta je.

Lepas dah cucuk dekat lab, sekali lagi nurse bilik 14 menguji kesabaran. Boleh pulak dia silap panggil no., orang yang kemudian dari kite kena panggil dulu. Dalam 4-5 orang pulak tu! Eh hangin aku. Daripada kalau tak sekejap je dah setel, dah drag masa. Bila dah kena panggil, dah masuk dalam bilik tu baru tau kenapa. Nurse tu menggelabah! (Nurse yang sama pagi tadi). Buku atas meja bercampur-aduk. Depan mata kite ok dia boleh tersilap-silap buku, nak tulis pasal kite dekat buku pink orang lain. Kite yang perasan and tegur yang dia tersilap buku. Haiyooo..

And tambah bengang, kusangkakan dah setel bsp xyah nak buat lagi (or paling busuk pun as usual, 2 minggu lagi). Rupa-rupanya sangkaanku melecet, kena ulang lagi bsp, minggu depan pulak tu?! Padahal result kalini sangat ok. Aduhaiiiii. Taktaulah nurse tu yang memandai or memang protokol (dia bagi reason sebab due dah makin dekat so kena kerap buat). Pasal dah bengang sangat, boleh tak terfikir nak masuk bilik 11 untuk tanya betul ke tidak. Nak taknak, pasrah jela labuuu.

Result bsp kalini : 5.1 (post dinner), 4.3 (fasting), 3.7 (post breakfast), 6.4 (post lunch). Walla!


Wednesday, April 2, 2014

Infant Carseat or Carrier Carseat

Setelah sekian lama dok belek-belek nak beli stroller apa *insert mommy tears and sesi pujuk-memujuk hubs which finally kalah jua haha*, finally we decided to buy one of Sweet Cherry's collection.. (Why? Will share about it when we already buy it) Tapi belum nak beli lagi pun.. Huhu. Stroller still in our pending list, nak beli bila baby dah keluar. Tapi we have to make the decision because kami nak beli infant carseat.. So kena lah tengok jugak stroller yang compatible..

Kalau beli Quinny, mommy dah usha nak Maxi cosi cabriofix divine denim. Tapi pasal nak beli Sweet Cherry je,  kami beli infant carseat Berlington CS28, which the only one yang compatible dengan stroller pilihan kami..

Sejarah nak beli carseat ni, kami siap pergi gudang Sweet Cherry yang dekat Seri Kembangan tu okeh.. (Sebab dekat je lagi pun huhu). Pergi dengan harapan boleh la belek-belek semua collection yang dorang ada. Nama pun gudang kan.. But unfortunately, takde pun any sample.. Cuma boleh pilih-pilih through gambar je.. Ada 2 file gambar untuk dibelek dekat waiting room office dorang. The price pun takdelah dapat kurang mana.. Harga lebih kurang dengan dekat Jusco jugak, or maybe Jusco lagi murah kut kalau ada promo or sale. Lagi sedih, tak semua in stock. Macam infant carseat yang ktorang nak, takde pun dalam stok. Kena jugak usha Jusco haha.

Kalau kat Jusco ni, faham-faham jelah, tak semua collection ada dekat 1 tempat. Fortunately kami dah usha few Jusco so tau dekat mana yang ada infant carseat pilihan kami, which the nearest Jusco Balakong @ Cheras Selatan.. So, tadi kami terus ke sana semata untuk beli.. Memang kami bernasib baik sebab kebetulan orang Sweet Cherry memang ada dekat situ, so boleh la kami tanya-tanya banyak benda (berbanding kalau dengan promoter Jusco).

And tara... Inilah dia infant carseat untuk baby kami.. Warna purple.





Ikutkan mommy nak color biru or hijau. Baby boy katakan.. Tapi ada color ni je pun.. So beli jela.. The price Rm179. Entah kenapa yang ni takde discount. Yang lain semua ada discount. Takpelah still cheaper compared to Maxi cosi *Obviously*.. Boleh nak statik tak bergerak or ayun-ayunkan..

Oh the reason why I think we need to buy this thing earlier sebab memang kite nak ajar anak duduk dalam carseat. So kata orang, melentur biarlah dari rebungnya heh. Plus, kite akan balik berpantang dekat Rawang after keluar hospital. Walaupun tak berapa jauh dari Serdang-Rawang (about 45mins) tapi kite takut kite tak biasa or tak reti sangat pegang baby untuk tempoh lama camtu. So better ada carseat untuk letak baby (instead of atas sebab keselamatan)

Harap baby nak duduk dalam ni.. Otherwise kena beli yang lagi mahal la. Eh? :p

p/s : Next carseat mommy berkenan betul dengan Cosatto. Sebab color dia boleh bikin ngences! :p