Pages

Wednesday, April 16, 2014

Persediaan Untuk Berpantang

Plan asal memang nak cari set berpantang yang dah siap.. After pilih punya pilih, dah plan nak beli set Nona Roguy sebab rasa simple je and tak perlu nak makan banyak pil hohoho. Tapi, kalau dah anak Puan Nora yang memang berpantang betul ikut kampung dulu, ibu tak setuju.. Ibu kata tak feel la kalau tak berparam pilis bagai.. Untuk dalaman pulak, ibu kata jangan nak malas-malas, time ni lah kena jaga betul-betul telan semua yang patut. Pulak dah.. So, untuk memuaskan hati ibu, kite tukarlah plan kepada tradisional.. Heuheu. 

Daripada kononnya nak makan satu pil je, jangan mimpilah ye.. Ibu dah siap tempahkan air kunyit and jamu tak hingat panggil apa tapi rupa and bau dia memang 'jamu habis'. Semua ni penangan cousin yang kebetulan tengah berpantang and amik tu semua. Bila dah tau ada orang boleh siapkan, ibu laju jelah order. Huk. Tak cukup dengan tu, ibu suruh cari lagi pil-pil yang bersesuaian. *Habislah kau...*

So, sebagai anak yang mendengar kata ewah, kite pun usha and study balik set-set berpantang.. Usha punya usha, tak jumpa yang bersesuaian dengan kehendak kite. Kalau ada yang set luaran dah ok, dalaman pulak tak ok. Ada yang kite rasa dalam set tu tak diperlukan so rugi je kalau beli satu set tapi tak semua pakai. Hubs dok suruh beli set Tanamera memandangkan ada kawan dia (perempuan) ada post gambar dekat ig dia beli set Tanamera. Try jugak study set Tanamera tu tapi ada antara barang yang ada dalam set tu kite dah ada.. Tak mahu lah.. Plus dia takde set untuk dalaman (kalau tak silap). Just ada teh herba je.

Oh sebelum tu rasanya patut listkan apa barang yang kite dah ada and tak diperlukan if dalam set :

- Tungku besi (untuk mommy). Pakai mak mertua punya.
- Tungku baby (ibu dah belikan)
- Bengkung. Dah beli dekat Mumdreams. Lagipun ibu ada bengkung Sendayu Tinggi. So boleh pakai jugak,
- Herba untuk mandi. Dah beli dekat Mumdreams jugak. And kata mak, tok ada siapkan jugak dari kampung.

So, mana-mana set yang dah ada menda-mende tu and tak boleh nak beli ala-carte, kite dah tolak tepi. So skop dah tak banyak nak pilih. Jadi kite decided nak beli set luaran Sari Ayu sebab dia dah cukup ada param pilis tapel and minyak telon baby. Pulak tuh dah siap dalam bentuk losyen(?) so rasanya senang nak apply tak payah nak bancuh-bancuh. Baca review orang pun banyak yang puas hati. Tapi masalahnya pulak agak payah nak cari Sari Ayu ni. Try jugak usha toko-toko jamu (?) tapi tak ketemu :p. Nak tengok dekat Mydin, tak berkesempatan lagi nak pergi. Dekat online ada.. Tapi tak rasa nak beli online, nak tengok depan-depan dulu baru puas hati :p.

So other option, mintak tolong ibu usha kan sekali dekat Rawang.. Tapi last-last ibu bukan belikan yang Sari Ayu, dia belikan yang macam kat bawah ni :

Brand Air Mancur. Ada param, pilis, tapel. Traditional enuff?? Yang pasti, RM30 hengget sahajerk..
Ibu kata dia jumpa yang ni, so dia beli jelah.. Alahai ibuku, kite baru nak memudahkan dia tak payah nak bancuh-bancuh, tapi dia beli yang kena bancuh jugak.. Takpelah.. Dah ibu rajin..

So untuk luaran dah setel. Untuk dalaman pulak. Jamu and air kunyit dah ada. Since ibu suruh cari lagi jamu lain, kite decided nak try pil Sendayu Tinggi sebab dalam banyak-banyak brand yang kite usha, Sendayu Tinggi lah yang ada beberapa jenis botol jamu, which each bottle ada fungsi lain-lain. Plus, Sendayu Tinggi boleh beli asing-asing, tak semestinya one set..

Luaran sudah, dalaman sudah. Whatelse? Untuk berganggang / bertangas pulak. Yang ni ibu yang nak carik. So kite serahkan jelah pada ibu.. Kite pn xtau apa yang perlu.. Huhu

Mudah-mudahan dapatlah abeskan semua yang dibeli, especially jamu. Biar mantop sket lepas beranak nanti :p.

No comments:

Post a Comment