Pages

Thursday, July 31, 2014

Aidilfitri 2014 di Perlis

Lepas beraya tak berapa sakan di Johor, kami semua balik kampung daddy pulak di Arau, Perlis. Nama je balik beraya, tapi tak beraya langsung! (Hmm pergi beraya rumah Toklong je. Tu pun duduk sekejap je pastu dah gerak ke Kangar)

So apa aktiviti kami? Pergi Padang Besar untuk makan pulut ayam and megi tomyam siam. Pergi Kangar untuk makan char kway teow. Pergi Simpang Empat untuk makan bihun sup Sa'adan. So pendek kata kami jalan-jalan cari makan jelah. Celup-celup and laksa Kedah dekat Kuala Perlis je tak dapat nak makan sebab tak sempat nak pegi.

Tengah malam pergi ngeteh char kway teow.
Dah lah open air. Memang tak senonoh.
Selain tu, Shazrie Iman sempat pergi border Siam nun kat Satun sebab gi shopping kat Wang Kelian huhu.

Dekat border Siam : Wang Kelian


Orang lain sibuk pilih nak makan pulut ayam, kami sempat posing.
Punyalah kami busy berjalan je tak jejak tanah rumah, sampaikan sepanjang dekat Perlis, sekali je Shazrie Iman didodoi untuk tidur dekat bouncer. Yang lain semua tertidur dalam kereta. Kalau tau, takyah susah payah bawak bouncer naik flight. Ceh.

Wednesday, July 30, 2014

Aidilfitri 2014 di Johor

Biasanya Shazrie Iman yang bangun dulu and kejutkan orang. Tapi pasal semalam tidur lewat, dia yang bangun paling kendian, lepas semua orang dah bersiap-siap.

Hasil tak cukup tidur, meragam lah apa lagi.. Dah comel-comel pakai baju melayu sedondon kaler royal blue 1 family, tapi Iman tidur je. Time tok-tok sibuk bagi ucapan, Iman sibuk nak tidur. Time orang bagi-bagi duit raya, pergi beraya sana sini, Iman tidur je.. Nasib baik still dapat duit raya hahaha. Tapi mommy lah rugi sebab time orang pergi melawat kubur, mommy tak dapat join sama (Rasanya kalau Iman tak tidur pun mesti ibu tak bagi pergi jugak kut sebab Iman kecik sangat lagi)

Raya pertama sempatlah beraya 6 rumah. Dari rumah Buyut ke rumah buyut Su (tak sure apa gelaran huhu) di Kangkar Tebrau ke Pasir Gudang (1 rumah) ke Permas Jaya (1 rumah) and ke BBU (2 rumah). Malam pulak pergi ke Kota Tinggi pulak untuk beraya 1 rumah. Puas Shazrie Iman beraya daripada pagi sampailah ke tengah malam.

Family with Royal blue theme *Sila tengok muka Shazrie Iman*

Us with Buyut

Shazrie Iman with Buyut
Cubaan family potrait yang tak menjadi

Gambar yang paling berjaya. Huk.
Raya kedua pulak, balik Pontian and Batu Pahat, beraya rumah sedara sebelah nenek. Agaknya pasal dah penat sangat plus tidur tak puas sejak beberapa hari, nak dijadikan pengalaman semua orang, time dekat Pontian, first time Iman mengaruk macam hape! Menangis tak henti. Bagi susu taknak. Agah tak jalan. Dukung tak heran. Sampai nenek pun mati akal tak tau nak buat apa lagi dah. Mommy dah join Iman sekali menangis huhuhu (Camnilah kalau orang cengeng :p). Last-last, dah penat agaknya, try sua susu untuk kali yang taktau ke berapa, nak pun minum. Pastu tidur tak hengat donia. Hishhh anak, anak.. Buat cuak semua orang je :p.

Dari Pontian ke Batu Pahat Iman tidur. Dah sampai kampung kat Batu Pahat (Punggor, Rengit), lagi sekali Iman dengarkan suara dia dekat semua orang huhu. Bila dah bangun, mommy and nenek mandikanlah Iman sebab kesian mesti tak selesa dah berjalan dari pagi, pasni nak balik ke KL pulak. Start dari nak mandi sampailah ke dah siap pakai baju, Shazrie Iman menangis 1 rumah dengar. Dah takde dah good boy time ni huhuhu.

Finally, dari kampung Batu Pahat, kami gerak balik KL around 9.30malam.. Dapatlah beraya berapa biji rumah je sebab beraya 2 hari je kat Johor.

Sebelum gerak beraya, di kampung Kangkar


Jangan terpedaya dengan muka comel tu. Bila mengaruk, nenek pon cuak! Huhu

Dalam kereta pun jadikkk..

Dekat rumah Nyang Teh

Dari Johor, kami beraya kat Perlis pulak. Tapi tak beraya ponnnnn. Berjalan adalah. Will write in another entry.

p/s : Sejak kes Iman mengaruk pasal tak cukup rehat and tidur, mommy and daddy really concern about nap time and keselesaan Iman. Make sure tidur on time. Serik taknak jadi lagi haha.

p/s/s : Iman dapat banyak duit raya wooo. Tak kira lagi tapi memang banyaklah. Huhu.

Tuesday, July 22, 2014

Sudah 3 bulan!

Pejam celik, sekejap je rasanya Shazrie Iman dah 3 bulan. Sebelum beraya, kita kena pergi klinik dulu untuk cucuk!

Appointment sepatutnya pagi, pukul 8am. Tapi memandangkan kami terr overslept, pukul 2petang baru pergi..

Orang, as usual lah tak pernah nye tak ramai.. Bila dapat nombor, tak lah jauh sangat. TETAPI lama gilaa menunggu. Iman sempat menyusu dua kali, siap bebe lagi! Dah sejam lebih, anak pun baru je terlelap, baru lah kena panggil. Grrr

Nurse tanya kenapa tak datang ikut appointment. I cakaplah I ada hal (heheh). Nurse boleh nak bising pulak cakap lain kali ikut time appointment (Hek eleh. Ko apehal. Kalau orang ada problem/masalah/hal penting takkan tak boleh excuse. Janji datang, kan. Sakit pulak hati kite. Tapi kite diam jelah kat nurse tu huhu)

Alhamdulillah, tumbesaran Shazrie Iman normal. Berat sekarang dah 6.3kg. Panjang 60cm. Lilitan kepala 40cm.

Time inject, macam biasa, Shazrie Iman menangis sikit je, pasal terkejut agaknya. Lepas tu dah diam. Senang :).

Before bagi injection, nurse tanya injection yang 2 bulan anak ada demam tak, ada bagi makan ubat tak. Kite cakaplah tak demam. Tapi kite ada bagi makan ubat right after balik klinik sebab nurse yang bagi tips. Nurse kalini kata jangan bagi ubat kalau tak demam. Bagi hanya bila anak macam dah nak demam. Pulak. Confuse betul kite. Dorang ni macamana, belajar tak tally ke?

Tapi kite ikutkan jelah cakap nurse tu, tak bagi makan ubat. Lagipun nak tengok, last month Iman tak demam pasal makan ubat siap-siap or memang tak demam. Sebab nurse kata kalau injection kalini tak demam, anak tak akan demam untuk injection yg sama 5 bulan nanti. Cuma kite tuam sikit dekat bekas injection tu sebab taknak bengkak/keras macam last month.

Setakat semalam and harini, nampaknya Shazrie Iman ok je, takde nampak tanda-tanda tak sihat. Harap-harap tak demamlah.

Tuesday, July 15, 2014

Shazrie Iman Sakan Shopping Raya

Last weekend (12th and 13th July), kami sekeluarga stay dekat apartment near Hotel Dynasty sebab nenek and atok nak shopping raya kat KL huhu. Mana lagi kalau bukan Jalan TAR and SOGO.

Hari Sabtu, pagi-pagi daddy dah balik Serdang sebab kerja. Maknanya, mommy berdua dengan Shazrie Iman je yang akan ikut nenek atuk aunties and uncle pergi shopping. Mommy chose nak baby-wearing since stroller confirm-confirm payah nak bawak bersesak-sesak. Before ni mommy tak pernah baby wear Iman lagi, daddy je so mommy berguru dulu dengan daddy thru whatsapp haha.

After zuhur, baru kami keluar and pergi SOGO.  Jem, perkara biasa.. Manusia ramai, apa nak heran.. Dalam SOGO,  kami berpecah ikut kaki masing-masing and mommy pergi floor baby and kids untuk shopping baju Iman. Betullah kata orang dah ada anak dah tak heran nak shopping barang sendiri.

Tengah mommy sibuk belek-belek baju, Iman nak tidur.. So mommy tidurkan Iman dulu and continue shopping. Walaupun free hand since dah bw, agak payah nak pilih-pilih and selit-selit dengan orang ramai. Yelah depan pikul anak, belakang pikul beg Iman (taknak bagi orang pikul sebab takut Iman bebe ke kang payah nak tukar). Tangan kiri dah penuh dengan barang yang nak dibeli. Ada tangan kanan je untuk belek-belek. Luckily halfway, makngah datang and tolong pegangkan barang and bayarkan.. Masa ni mommy baru tau kenapa mak-mak suka sangat shopping dekat SOGO sebab banyak betul pilihan pakaian baby untuk umur macam Iman. Bila sale, memang jauh beza harga dengan yg asal. Mommy rambang mata kalau kaya raya dah grab semua arghhhh!


Few times adjust kepala Shazrie Iman biar sandarkan kepala ke tepi tapi tak nak, nak mendongak jugak. 

Pastu boleh pulak mommy lupa nak amik gambar hasil shopping. Semua dah buang tag dah cuci :(. Resit pun dah selamat.. Huk. Tapi lebih seratus jugaklah mommy habiskan duit daddy untuk beli kemeja long sleeve selai, collared t-shirt selai, jeans selai, stokin 4 pasang. (Itu je??). Ikutkan mommy nak borong banyak-banyak tapi fulus yang tak banyak.

Lepas berbuka dekat food court SOGO (time ni daddy dah datang berbuka sama), kami sambung ke Jalan TAR pulak. Niat dihati mommy nak cari baju raya sepasang color kuning tapi pasal orang sendat sangat, tak sampai hati tengok Shazrie Iman tak selesa,  panas, berpeluh, dengan meragam nak tidur, last-last sempat jalan sikit je dah balik semula dekat SOGO minum-minum dekat The Loaf sementara tunggu yang lain. Iman, dah selamat tidur dekat daddy (Daddy take over bw). Balik apartment malam tu semua pengsan kepenatan haha.

Shazrie Iman tengah syok tidur, Gambar blur plak, focus dekat makanan huhu.

Esoknya, Ahad, kami pergi GM Plaza dekat Chow Kit. First time ni sampai huhu. As usual, carik barang Iman jelah yang lebih. Dapatlah beli legging 4 helai RM28 (memang dah plan nak carik ni). Harga kat GM ni memang murah daripada kedai luar or beli online (Baby fair excluded :p). Lagilah kalau beli borong. Tapi kalau dalam GM Plaza sendiri, kedai dekat tingkat atas-atas lagi murah compared tingkat bawah-bawah. Nasib baik kami mula dengan tingkat atas.

Dah habis pusing GM Plaza, kami ke Pavilion pulak. Kat sini daddy and mommy punya turn shopping pulak sebab Iman punya kelengkapan raya rasanya dah cukup, kita sambung lepas raya pulak ok? :p

So, puas shopping raya Shazrie Iman?  Huhu.

p/s : Betul kata orang kalau first time bw, mesti sakit pinggang bahu badan. Sakit wooo rasa nak tercabut!

p/s/s : Pasni SOGO akan jadi pilihan tempat untuk mommy shopping baju Iman (kalau ada sale) selain baby expo. Ngehngeh.