Biasanya Shazrie Iman yang bangun dulu and kejutkan orang. Tapi pasal semalam tidur lewat, dia yang bangun paling kendian, lepas semua orang dah bersiap-siap.
Hasil tak cukup tidur, meragam lah apa lagi.. Dah comel-comel pakai baju melayu sedondon kaler royal blue 1 family, tapi Iman tidur je. Time tok-tok sibuk bagi ucapan, Iman sibuk nak tidur. Time orang bagi-bagi duit raya, pergi beraya sana sini, Iman tidur je.. Nasib baik still dapat duit raya hahaha. Tapi mommy lah rugi sebab time orang pergi melawat kubur, mommy tak dapat join sama (Rasanya kalau Iman tak tidur pun mesti ibu tak bagi pergi jugak kut sebab Iman kecik sangat lagi)
Raya pertama sempatlah beraya 6 rumah. Dari rumah Buyut ke rumah buyut Su (tak sure apa gelaran huhu) di Kangkar Tebrau ke Pasir Gudang (1 rumah) ke Permas Jaya (1 rumah) and ke BBU (2 rumah). Malam pulak pergi ke Kota Tinggi pulak untuk beraya 1 rumah. Puas Shazrie Iman beraya daripada pagi sampailah ke tengah malam.
|
Family with Royal blue theme *Sila tengok muka Shazrie Iman* |
|
Us with Buyut |
|
Shazrie Iman with Buyut |
|
Cubaan family potrait yang tak menjadi |
|
Gambar yang paling berjaya. Huk. |
Raya kedua pulak, balik Pontian and Batu Pahat, beraya rumah sedara sebelah nenek. Agaknya pasal dah penat sangat plus tidur tak puas sejak beberapa hari, nak dijadikan pengalaman semua orang, time dekat Pontian, first time Iman mengaruk macam hape! Menangis tak henti. Bagi susu taknak. Agah tak jalan. Dukung tak heran. Sampai nenek pun mati akal tak tau nak buat apa lagi dah. Mommy dah join Iman sekali menangis huhuhu (Camnilah kalau orang cengeng :p). Last-last, dah penat agaknya, try sua susu untuk kali yang taktau ke berapa, nak pun minum. Pastu tidur tak hengat donia. Hishhh anak, anak.. Buat cuak semua orang je :p.
Dari Pontian ke Batu Pahat Iman tidur. Dah sampai kampung kat Batu Pahat (Punggor, Rengit), lagi sekali Iman dengarkan suara dia dekat semua orang huhu. Bila dah bangun, mommy and nenek mandikanlah Iman sebab kesian mesti tak selesa dah berjalan dari pagi, pasni nak balik ke KL pulak. Start dari nak mandi sampailah ke dah siap pakai baju, Shazrie Iman menangis 1 rumah dengar. Dah takde dah good boy time ni huhuhu.
Finally, dari kampung Batu Pahat, kami gerak balik KL around 9.30malam.. Dapatlah beraya berapa biji rumah je sebab beraya 2 hari je kat Johor.
|
Sebelum gerak beraya, di kampung Kangkar |
|
Jangan terpedaya dengan muka comel tu. Bila mengaruk, nenek pon cuak! Huhu |
|
Dalam kereta pun jadikkk.. |
|
Dekat rumah Nyang Teh |
Dari Johor, kami beraya kat Perlis pulak. Tapi tak beraya ponnnnn. Berjalan adalah. Will write in another entry.
p/s : Sejak kes Iman mengaruk pasal tak cukup rehat and tidur, mommy and daddy really concern about nap time and keselesaan Iman. Make sure tidur on time. Serik taknak jadi lagi haha.
p/s/s : Iman dapat banyak duit raya wooo. Tak kira lagi tapi memang banyaklah. Huhu.
No comments:
Post a Comment