Pages

Monday, August 4, 2014

A Day Before Raya 2014

Alhamdulillah, kalau tahun sudah beraya berdua and tak pernah terlintas pun tahun ni akan beraya bertiga, it happened! :). (Dapat tahu pregnant lepas raya tahun lepas. Ehem ehem!)

Raya tahun ni giliran kampung mommy dulu, so beraya di Johor Bahru hoyeahh! Raya hari Isnin tapi Sabtu malam (26 Julai 2014) baru gerak balik kampung dengan ibu abah semua, sampai rumah atok Bak or Buyut pukul 4.15 am!

Hari Ahad pulak (27 Julai 2014) mommy daddy sibuk berjalan pusing JB (Mommy lepas rindu huhu). Dari pergi JPO ke City Square, nak imbau kenangan zaman muda mudi kononnya. Ok tipu, cari kasut raya daddy yang nak sepasang dengan Shazrie Iman. So berbuka puasa sekali dekat EL Migos (my favourite to eat pasta in JB).

Tak cukup siang merayap, malam tu Shazrie Iman keluar lagi dengan mommy daddy nenek makngah and paksu pergi Pandan Uptown, nak cuci mata and poket katanya, tengok jualan lelong tapi takde hasil langsung sebab orang ramai sangat tak sempat nak pilih-pilih plus kesian dengan Shazrie Iman kepanasan (tapi sempat jugak tertidur dalam dakapan mommy dalam sesak-sesak tu - the power of babywearing :p). 

Lepas balik dari uptown, bukan reti terus balik. Pegi ngeteh dulu pulak dekat mamak pekena roti tisu nasi goreng kampung omnomnom dah kenyang baru balik rumah. Time dekat mamak Shazrie Iman dah tersedar dari tidur sebab nak join sekali huhu.

Dah balik ngeteh, Iman still bulat mata. Penat pujuk suruh tidur tapi tak mahu. Sudahnya, pukul 3.30pagi dia baru terlelap! Pecah rekod tidur paling lambat. Dah lah sok nak beraya. Aduhai anak.. Sabo ajelah.

p/s : Masa pergi Pandan Uptown, mommy dukung Shazrie Iman dalam SSC and klipkan fan. Not sure kenapa, kami jadi perhatian orang sekeliling. Maybe orang JB jarang guna fan kut sebab yang bawak dalam stroller pun takde letak fan pun. Kalau dekat KL, dah memang menda wajib. Kadang-kadang satu tak cukup, sampai dua fan on serentak (Kami ada 2 jugak tapi gilir-gilir pakai huhu). Harap kami beri ilham dekat parents yang nampak untuk belikan anak dorang fan and pakai. Kesian dekat babies and kids yang kepanasan. Peace! :)

No comments:

Post a Comment