Pages

Tuesday, December 23, 2014

Hatyai, Shazrie Iman Datang!!

Tonnes of photos. Bole muntah.

As for family vacation, kami ke Hatyai for 4 days 3 nights.. Me and hubs dah pernah pergi with family in laws few weeks after kami kahwin (celebrate new year 2012). So kalini bawak my family pulak, and Shazrie Iman :).

Masuk through Sadao-Bukit Kayu Hitam. Jumaat pulak tu. So orang memang padat gila! Beratur panjang tak tahu berapa jam nak sudah. Memandangkan kami malas nak beratur, so guna 'ejen' untuk skip the line, ala-ala express lane gittew and lalu border like a boss haha. Kata orang, ada duit semua boleh.. So sediakan jelah duitnya ya..

While waiting 'ejen' tolong uruskan 'express entry'

Kami tak drive masuk Siam sebab tak berani nak bawak Estima abah tu. Dah season, risau pulak pape plak jadik dekat Thailand. So, we decided naik pengangkutan awam je (van Commuter tu) dengan orang local.. Sebab nak jimat haha. Kalau charter mahal kut.. Boleh save RM150++. Betul, tak tipu. 

Stay dekat hotel yang sama kami stay dulu, Hotel Regency. Senang, dah tau.

Aksi Shazrie Iman dalam hotel.

Jalan pun bawak tempat yang sama. Tapi adalah few tempat yang kami tak pergi dulu, sempat singgah jugak.. Cuma yang pasti, wajiblah kan naik tuk-tuk.. Yang kesian nya, Shazrie Iman mabuk bila naik tuk-tuk! How we detected? Dia akan senyap. Berkerut. Tak pun, tertidur. Kelakar lah Iman ni :p.

Muka berkerut
 

Nampak tak betapa mabuknya si kecik itu. Melepek je. Haha

Kalini kami dapat pergi Floating Market. Masa first time pergi dulu, tak sempat pergi Floating Market (dia ada masa weekend je, which kami tak sempat nak pergi!). Tapi still bukan rezeki kami nak experience the real Floating Market, since musim hujan, and jeti tenggelam air (diorang buat permenant jeti..).
Pintu keluar masuk parking tuk-tuk actually.
Tuk-tuk parking sini then kita berjalanlah ke Floating Market..
See.. Tu lah tapak asal Floating Market.. Tapi taknampak pun jeti sebab dah tenggelam..
Don't worry. Walaupun Floating Market tenggelam, still ada jual-jual dekat atas darat.
Ni sakan pilih bekas air je sebenarnya..

Family photo. Minus sorang lagi adik tak dapat pergi since exam.

Our little family

Muka budak ceria sebab tak naik tuk-tuk.
 Selain Hatyai, kami ke Songhkla jugak (haruslah kan, bukannya jauh pun..) Kami chartered satu van. We were so lucky sebab driver yang kami hire tu memang sangat peramah and rajin je layan kami. Paling bagus, dia akan uruskan pembelian tiket semua. Pendek kata, highly recommended! Next time memang nak cari dia lagi. Harap-harap jumpalah..

Antara tempat kami pergi di Songkhla : Songkhla Aquarium. Ikutkan kite, memang tak heran pun nak pergi tempat macam ni. Tu sebab dulu tak datang pun sini. Tapi family rajin je masuk, tempat orang katanya so nak tengoklah kan apa ada dalam. Apa yang boleh dikatakan, Aquaria KLCC WAYYYY better daripada sini. Dah lah tiket mahal! Tak berbaloi dengan apa yang dibayar. Cukuplah sekali ni datang, tak mo lagi.

While waiting the driver tolong queue belikan tiket 
Aquarium ni kena masuk serentak. So kena tunggu kejap untuk kumpulkan a group.  Tak lama, kejap je..
Dia make sure semua orang yang ada time tu masuk serentak sebab mudah nak buat tayangan. 
Baru-baru masuk terus posing sini, before kena panggil masuk auditorium untuk tengok vt
Dalam auditorium. Saat-saat sebelum tayangan start. Bila tayangan start je, Shazrie Iman taknak duduk diam.
Sudahnya, mommy bersila melayan Iman merangkak dalam gelap dekat belakang.
Nampaknya a big NO nak tengok wayang buat masa ni. Huhu.
Paksu tengah melayan Iman tengok ikan. Nampak tak air keruh tu? Serious tak menarik langsung!!
Nampak macam no maintainance. Taktaulah duit tiket mahal-mahal bayar tu depa buat apa
Nak lagi dahsyat? Ha seeeee nampak tak... Grrr. While waiting for persembahan yang hebat sangatlah katanya..
Persembahan, bolehlah.. Tapi nak tengok dalam keadaan macamni? Tak bernafsu langsung!

Dekat gift shop. Tak boleh amik gambar sebenarnya, so kena tegur huhu.
Punyalah banyak sign depa bubuh kami boleh tak perasan. Haiyoo..
Posinglah kan before balik.. Buat cukup syarat..

Next, Samila beach. Dekat sini kami bergambar and makan..
Fefeling dating. Ceh. Mak pakai selipar je sebab penat dah pakai wedges.

Ala-ala Singapore gittew
Budak tadak mood
Tempat wajib bergambar sebab lagenda depa.
Tapi kite tak bergambar pun, Shazrie Iman tidur.
Tidur lah sangat.. Tidur kejap je.. While waiting for depa yang bergambar dekat tugu mermaid,
kami tunggu amik angin laut..

Lunch. Tepi laut. Makanan pun sodapp. Shazrie Iman tidoq.
Tempat wajib kalau dekat Songkhla : Tang Kuan Hill. Haa dekat sinilah yang memang betul-betul buat kami rasa the driver very the recommended Nora bagi 5 bintang. Sebabnya, mula-mula sampai, dia tengok ramai orang beratur so dia expect akan amik masa yang lama and tak berbaloi pulak nak tunggu (pada dia). So kami bincang-bincang, cakap takpelah next time datang je baru naik. 

Meanwhile, kami turun jugak sebab nak main dengan beruk (ntah pape activity). Dia actually aktiviti menghabiskan duit beli makanan yang dijual kat tepi-tepi tu untuk bagi beruk makan. Memang ntah pape. Tapi kalau dah dengan family, fun weh.. Beruk kat sini jinak (lah sangat). Ganas, kebulur macam tak pernah makan. Ala-ala macam dekat Bali tak ingat apa nama tempat. Ok lah kalau nak local punya, dekat Bukit Melawati.

Tengoklah depa bukannya takut. Siap panjat sebab tak sabaq nak makan. Ceh
Yang belah kiri tu group mengada-ngada. Takut, tapi nak jugek bergambor dekat-dekat...
 Tengah kami sakan main dengan beruk, tiba-tiba the driver (sorry Mr Diver, I tak tau nama u!) datang kat kami and bagitahu the line dah clear so kami boleh je nak naik. Rupa-rupanya dia tolong ushakan line.. So, dia tolong belikan tiket and dapatlah la familia naik cable car ke atas..

Kat atas takde apa pun, just a temple. Tapi dapatlah tengok view Songkhla dari tanah tinggi..




View Songkhla from thee top of Tang Kuan Hill
Before naik van nak gerak balik Hatyai
On the way back to Hatyai, kami mintak Mr Driver singgah temple ada patung Buddha baring. Walaupun cuaca agak tak berapa mengizinkan due to hujan, kami turun jugak bergambar. Huhu. Tapi memang luck, masa kami bergambar tu hujan ada ampun lagi. Kami settle je, hujan punyalah lebat gila! Nasib baik sempat. Huhu

Sanggup berpayung. 

Ada lagi tempat lain kami pergi : Asian Trade Night Market, Greenway Night Market, Kimyong Market etc etc tempat wajib pergi tapi malas nak cerita huhu. Ohya, ada satu tempat baru kami singgah : Central Festival Mall Hatyai. Melayankan daddy yang nak pergi sangat.. Kalau mommy, bila dah travel, tak heran sangat nak pergi shopping mall. Lagi prefer market or bazaar. Barulah local kononnya *poyo*.

Depan Central Festival
Dekat negara orang, depan bustop pun nak posing.. Cuba dekat negara sendiri..
Another family photo. Dekat lobby hotel before check out.
Overall, we had fun. Dah nama vacation, tak fun apa guna kan huhu. Cuma nya as first Shazrie Iman's international trip, kami agak kalut dari segi preparation and packing luggage. Penyudahnya, Pognae kami bawak, stroller pun kami bawak. Hubs siap beli hipseat specially for this trip just in case Iman tak nak duduk both, nak berdukung. Beli yang biasa-biasa je, so of course kami extra extra cautious while babywearing with that hipseat. (Time ni jugaklah tau kenapa hipseat tak ergonomic, in the term of sakit badan bila pakai lama-lama!). Tapi at the end, Shazrie Iman chosed Pognae.. So next time dah tak perlu nak bawak the rest.

Alhamdulillah, sepanjang trip Iman really behaved. As usual, tak leceh nak layan, tak meragam, kecuali dia nak susu and takde tempat sesuai untuk bagi. Huhu.

Next vacation please!

No comments:

Post a Comment