Pages

Wednesday, March 25, 2015

Current Skills : Turun Katil Sendiri

Yeay! Finally at around 11 months Shazrie Iman dah pandai turun katil sendiri. So kurang risau kalau tinggalkan dia atas katil sorang. Tapi as beginner, still kena tengok-tengokkan while dia berusaha nak turun katil sebab ada chance untuk terjatuh. Takpe, practice makes perfect :).

Dah pandai turun katil, maknanya dah pandai memanjat. Kalau tangga dekat rumah nenek, laju je dia dah sampai tingkat atas. Nasib baiklah tangga dekat rumah Tokwan ni tersorok sikit.. Tapi yang jadi mangsa, cermin meja solek dalam bilik. Pulak tu kite ada letak satu plastic box dekat depan meja solek tu. Ha.. Budak bijak ni panjat la box tu, sebab nak tengok muka dia dekat cermin. Senyum-senyum, gelak-gelak, main-main macam dah takde tempat lain dia boleh main. Sabar jelah nak..

Berjalan bila pulak Shazrie Iman?

Friday, March 20, 2015

Changing Mat

Hari ini, tamatlah sudah riwayat changing mat Shazrie Iman yang berkhidmat sejak baby.. Sebab dah koyak! Dah pernah tampal, tapi koyak lagi. Nak still tampal and pakai, macam sedih sangatlah pulak kan rupa dia. Macam tak mampu je nak beli baru huhu. (Dah beli baru pun masa first time koyak tu, cuma tak officially pakai je)


Tak kesah pun brand apa sebab fungsinya tetap sama :p. Second mat, beli brand Tollyjoy (sebab tu je yang ada time tu). Tapi yang bagusnya, siap ada care instructions! Bagus betul.. Meh share sikit, for future reference.

1) Cara nak bersihkan?
Lap guna tisu basah atau bilas dengan air sahaja. Takpayah nak guna sabun. Apetah lagi menyental.

2) Cara nak keringkan?
Sidai kat tempat redup, bukan bawah matahari. Ataupun, lap je guna kain kering.

3) Cara pakai yang betul
- Dah kering, tabur bedak dulu, untuk elak lekitan (sebab material getah) atau terkoyak. 
- Pastu letak baby jelah, jangan nak mengada nak buat alas benda lain, berat pulak tu! Kang leper.

4) Cara simpan yang betul
- Dekat tempat yang kering, jauh daripada sinar matahari.
- GULUNG, bukan LIPAT.

Ha nampak tak capital letters kat situ. Kesilapan paling besar yang kite buat - lipat. Manalah tak sampai setahun dah koyak rabak. 

Hish sapa sangka benda simple macamni pun kena ada cara jaga yang betul. Tak patut betul brand before takde letak tips ni. Huhu

For original version stated on the tag :

Care instructions for changing mat or air-filled rubber cotsheet :

1) Clean cotsheet with wet cloth or rinse under water. Do not scrub or use detergent.
2) Hang cotsheet to air dry avoiding direct sunlight or wipe with a dry cloth.
3) Please ensures the cotsheet is totally dry before spreading a thin layer of talcum powder to prevent stickiness and tear.
4) For keeping, please roll up the cotsheet. DO NOT FOLD.
5) Please do not put heavy items on cotsheet as it will affect the air bubbles.
6) Keep in a cool and dry place, away from direct sunlight.

Credit : Tollyjoy 

Wednesday, March 11, 2015

Gigi

Kalau sebelum ni Iman makan memilih tak nak yang puri lumat walaupun takde gigi, sekarang Iman dah ada gigi yeay! Memang lambat kalau dibandingkan dengan most babies. First gigi tumbuh masa 8 bulan 15 hari kut! Tak lama first gigi (gigi bawah), muncul lagi satu gigi sebelah dia.. Ramai orang asyik tanya Iman dah ada gigi ke belum/gigi dah berapa batang. Maklang siap bagi petua untuk biar gigi tumbuh cepat. Tapi kami laki bini tak heran pun sebab pada kami, biar tumbuh lambat, sebab nanti akan rosak lambat. Dah lah Iman jenis semua makanan orang sua kat mulut dia dia balun. Huhu.

Dan masa hampir 10 bulan, gigi atas pulak tumbuh.. 2 batang dalam sela hari yang tak jauh.. So now, Iman dah ada 4 batang gigi!! Cumanya, gigi atas tu serupa Spongebob! (Gap besar). Harap-harap dah tumbuh gigi kekal nanti ok lah.. Kalau tak, payah nanti daddy nak kena keluarkan duit untuk pasang braces. Huhu

P/s : Payah nak amik gambar gigi Iman sebab dia tak nak bagi tengok. Tapi yang pasti, mommy bakal menjadi mangsa! Harap-harap jangan kena teruk sampai luka.. Ngeri woo..

Sunday, March 8, 2015

Mom & Baby Expo at IDCC

Dah lama tak pergi baby expo sebab konon-kononnya dah takde apa nak beli (then takut kalau pergi, duit habis ntah ke mana beli ntah pape huhu). Tapi mengenangkan baju Shazrie Iman banyak dah tak muat, kenalah jugak pergi.. (Eleh buat ayat macam tak rela je padahal suka sakan).

Ni first time pergi baby expo dekat IDCC. Kami ikut gps je nak pergi sana.. IDCC ni bangunan baru rupanya. Dia macam 1 building shopping mall which belah bawah untuk lot-lot kedai. Tak completely siap pun lagi.. Located dekat tingkat belah atas (if not mistaken tingkat 6 or 7) so siapa nak pergi, better parking dekat carpark atas. Tak payahlah nak rebut-rebut bagai nak parking dekat bawah sebab leceh nanti nak pergi IDCC. Dah lah nak naik lif berjanggut nak kena tunggu huhu.

Komen hall, ok besar. Selesa. Organiser pun pandai susun booth tak padat. Nak bawak stroller pun ok sebab ruang antara booth besar. Cara susunan booth pun tak serabut. So much better daripada dekat Midvalley. PWTC memang awal-awal da out! Then, siap ada sediakan nursing room. Me likeyy :).
Kalau bab booth yang jual, standard lah sama je lebih kurang dengan baby expo lain.. Harga tak sure sebab datang untuk cari baju Iman je, tak usha sangat barang lain..

Hasil untuk almost 2 jam?

Orang yang tak rela kononnya, tapi beratus gak habis. Tiada dalam gambar : Bra 2 helai and washable breastpad

Cukupla baju Shazrie Iman buat masa ni. Pakai yang ada dulu sampai lusuh. Huhu

Friday, March 6, 2015

Toothbrush

Gigi dah 4 batang, makan dah macam-macam, tapi still tak consistent berus gigi Iman. Toothbrush dah ada lama, since Iman ada 2 batang gigi (using Lesson 1), toothpaste je tak intro kan lagi sebab takut awal sangat nak bagi dia telan toothpaste. Tu sebab tak consistent beruskan gigi *alasan tah pape*

Memikirkan kang ada tak pasal-pasal gigi rosak, mulut pun dah bau tak sedap, so cepat-cepat pegi carik toothpaste. Pilih flavour orange since Iman suka makan oren.

Next mandi, bagilah Iman berus gigi letak cetoet ubat gigi. Since Imann dah ada 4 batang gigi, mommy upgrade to Lesson 2. Mula-mula masukkan berus gigi dalam mulut ok. Tapi bila dia dah rasa ubat gigi tu, terus dikeluarkan berus gigi tu. Huh! Tak sedap! *agaknyalah kut*. Sampai ke sekarang dia tak nak. Takkan lah nak beli ubat gigi baru dah tu yang ada ni sape pulak nak pakai? Maka, mommy pun bersilat bagai setiap kali nak paksa Shazrie Iman berus gigi. It is for your own good sayang. Kalau dimanjakan, kang rompong, siapa yang malu?

Yang pasti, mommy jadikan Cikne (aunty belah ibu) as idola bab-bab berus gigi. Her kids (my cousins) dulu, ko dah tidur mati macam mana pun, Cikne akan heret anak dia pergi toilet, untuk berus gigi. Hebak tak hebak la kan.. Kagum betul. Nak jugak jadik camtu! Tapi tak sure pulak gigi my cousins sekarang macamana. Tak pernah pulak nak dibelek. Will check later.

Since Iman pegang berus gigi pun tak nak especially kalau ada toothpaste, kena tunggu Iman dah boleh pegang sendiri baru mommy akan upgrade ke Lesson 3.

Baby Training Toothbrush

There are 4 stages in cleaning baby's teeth.

First : Finger brush

Well, kalau tak guna berus ni, guna kain pun boleh.. (Nurse dekat KK suruh guna kain basah je). Rub lembut dekat lidah baby and gums, untuk bersihkan sisa-sisa susu.. Baby kan menyusu je, kadang-kadang tu sampai lidah warna putih.

Whatever we use, yang penting mesti dalam keadaan bersih.. Kalau boleh, sebelum pakai dalam mulut baby tu, kita rendamla dulu kejap dalam seminit dua dengan air panas as a simple method of disinfection.. Pastu make sure dah suhu normal baru masukkan dalam mulut baby.. Dah sudah pun sama (lebih baik) and keringkan betul-betul..


Second : Lesson 1. Warna kuning.

Sesuai untuk baby yang baru ada gigi dalam 2-3 batang.


Konsep dia untuk baby belajar pegang berus gigi. Material getah, jadi baby boleh gigit-gigit, kunyah-kunyah macam teether.

P/s : Masa ni mesti kena attach ring dekat batang berus gigi tu, untuk elakkan baby daripada terjolok berus gigi ke tekak.

Third : Lesson 2. Warna hijau.

Sesuai untuk baby yang dah mula banyak gigi, lebih 4 batang.


Konsep dia nak ajar baby gerakan memberus gigi yang betul. Material getah jadi baby boleh sambil-sambil tu sakan mengunyah jugak :p.

Forth : Lesson 3. Warna oren.

Untuk bila gigi baby dah penuh/hampir penuh.


Bila baby dah boleh pegang berus gigi dengan baik, memberus dengan betul, dah tak kunyah-kunyah, maknanya dah boleh upgrade sebab material dia bulu (bristles) lembut. Kira first 'real toothbrush'.

P/s : Ring dah boleh asingkan daripada batang berus gigi bila baby dah boleh kawal tangan daripada terjolok ke tekak.

Sama macam first stage, kena pastikan berus-berus gigi dalam keadaan yang bersih dan disinfected dengan cara samada guna sterilizer ataupun rendaman air panas (bergantung pada material).

Good luck mommy! As pesanan Pegion : Good habits of proper toothbrushing right from the first stage of training will help you child to enjoy a lifetime of healthier, stronger teeth!



Well, the exact info as printed on the box, by Pegion :

Lesson 1 : 
For babies from 6-8 months with 2-3 milk teeth.
For baby's first toothbrush, the concept of holding a toothbrush is introduced. The thick and contoured handle makes it easy for baby to grasp. The soft elastomer rubber head is soothing to baby's tender gums.


Precaution : Be certain to attach the shield to prevent toothbrush from becoming a choking hazard. Insert the shield from the head until it's snapped in completely.

Lesson 2 : 
For babies from 8-12 months with 8-10 milk teeth. 
Lesson 2 toothbrush is used as a transition to familiarize babies with the brushing movement when brushing teeth. The soft elastomer rounded heads are soft and tender to baby's gums, while the fine bristles-ends allow cleaning for all teeth as well as in between the teeth.


Note : Atrach the shield during the transition period from Lesson 1 to Lesson 2. Once baby is able to control the handling of the toothbrush, shield may be removed.

Lesson 3 :
For babies over 12 months or when most milk teeth are in.

When most of all of the milk teeth are in, the baby is ready to try  his first real toothbrush with toothpaste. The rounded bristles-ends are soft and gentle to child's gums.

Care : All toothbrushes may be sterilized by either boiling, steam sterilization or sterilizing tablets for rubber material (Lesson 1 and Lesson 2). Lesson 3 can sanitize by pouring hot water over the brush that has been thoroughly scrubbed.


Thursday, March 5, 2015

Late Lunch Like A Boss : Fraser's Hill

It was more to tea-time actually. But with heavy meal. Ceritanya begini, yesterday lepas zohor, ikut atok pergi JPJ Kual Kubu Baru sebab ada urusan. Ada atok, nenek, mommy and Shazrie Iman. Memandangkan dah petang and setakat nak pergi KKB je (from Rawang), which definitely kami takkan pergi tempat best huhuhu, so mommy just dressed up seringkas mungkin and Iman just pakai je baju yang dia pakai kat rumah tu, bersocks sahaja, tanpa kasut. Bawak baju spare pun sehelai romper sahaja, in case tercomot or diaper leaking ke..

Tetapi! Bila dah setel urusan atok yang took less than 20mins, tiba-tiba atok ajak pergi Bukit Fraser! Bukit Fraser dari KKB memang tak berapa jauh, around 50km tapinyaaa kami comottt. Dengan berbaju nipis and pendek, especially Iman, kesian pulak kalau dia kesejukan nanti. Tapi atok ringkas je cakap takpe, sekarang musim panas, so takkan sejuk kat atas tu..

Pukul 4 petang kami bertolak dari KKB. Seperkara mommy ni kalau jalan bengkang-bengkok, mabuk! Memang tak boleh. Biasanya memang akan tidur siap-siap before naik/turun. Tapi pasal rasa nak shishi, tak boleh nak tidur! (Masa berhenti kat petrol station sebelum naik takde pulak rasa nak shishi. Dah suku naik baru lah rasa. Ceh). Penat pejam mata paksa nak tidur tapi tak berjaya. So apalagi, mabuk kepayang la.. Rasa nak muntah, tapi tahan je.. Nenek dok tolong sapukan minyak angin and urut-urutkan kepala, tengkuk, biar angin keluar. Mujurlah Iman tidur nyenyak sepanjang perjalanan, cuma lagi 7km nak sampai baru Iman terjaga. Kalau tak tidur, takut lagi teruk mabuk sebab nak kena layan dia, or worst, Iman pon mabuk sekali. Since dia tidur, bolehlah melayan mabuk tu huhu.

Sampai je atas, terus stop kat toilet awam. Shishi and puked. Haha. First time ni, selalu setakat mabuk pening je. Lepas setel je, fuhh memang legaaa... Barulah boleh menikmati keindahan alam ewah. Suhu? Tak panas, tapi tak lah sejuk sangat. Dingin je, selesa. Bolehlah Iman bertahan dengan baju and seluar pendek dia tu..

Depan toilet pun jadik port nak bergambar. Tah pape..
After first pit stop (toilet), atok terus bawak pergi dekat food court Bukit Fraser, having our late lunch.. Iman mommy just orderkan mashed potato sebab senang haha while kami makan goreng-goreng yang simple.. Ok lah, rasa not bad dengan harga yang ok. Dah lah variety walaupun di puncak.

Budak tak nak duduk dekat baby high chair.
Lepas makan, melayan Iman main dekat nearer playground. Ok nenek and mommy yang over excited sebenarnya, Iman taknak pon tapi kena gak paksa haha.

Posing sikit..






Muka orang kena paksa main.
Dah setel main dalam keterpaksaan, singgah Masjid Sultan Mahmud, then berhenti bergambar dekat tempat wajib kalau sampai Fraser's Hill..







Nenek ngantuk sangat lettew. Huhu
Pukul 6.45 petang kami pun gerak turun.. Luckily Shazrie Iman dah kepenatan so bila gerak je, after susu, dia ketiduran so mommy pun join sekali.. No more mabuk tapi yang kelakarnya, nenek yang mabuk! Sakan pulak tu sampai dua kali berhenti muntah haha. Nak tolong urut-urutkan, tak mampulah mommy. Nak bukak mata pun takut, takut kang ada tak pasal-pasal join sekali wek-wek. So kite pasang telinga jelah kejap before zzz balik. Hehe.

Overall, menarik jugak kalau sekali-sekala buat random trip macamni. Comot, yet fun! So, Shazrie Iman dah sampai Fraser's Hill, walaupun sekejap :).