It was more to tea-time actually. But with heavy meal. Ceritanya begini, yesterday lepas zohor, ikut atok pergi JPJ Kual Kubu Baru sebab ada urusan. Ada atok, nenek, mommy and Shazrie Iman. Memandangkan dah petang and setakat nak pergi KKB je (from Rawang), which definitely kami takkan pergi tempat best huhuhu, so mommy just dressed up seringkas mungkin and Iman just pakai je baju yang dia pakai kat rumah tu, bersocks sahaja, tanpa kasut. Bawak baju spare pun sehelai romper sahaja, in case tercomot or diaper leaking ke..
Tetapi! Bila dah setel urusan atok yang took less than 20mins, tiba-tiba atok ajak pergi Bukit Fraser! Bukit Fraser dari KKB memang tak berapa jauh, around 50km tapinyaaa kami comottt. Dengan berbaju nipis and pendek, especially Iman, kesian pulak kalau dia kesejukan nanti. Tapi atok ringkas je cakap takpe, sekarang musim panas, so takkan sejuk kat atas tu..
Pukul 4 petang kami bertolak dari KKB. Seperkara mommy ni kalau jalan bengkang-bengkok, mabuk! Memang tak boleh. Biasanya memang akan tidur siap-siap before naik/turun. Tapi pasal rasa nak shishi, tak boleh nak tidur! (Masa berhenti kat petrol station sebelum naik takde pulak rasa nak shishi. Dah suku naik baru lah rasa. Ceh). Penat pejam mata paksa nak tidur tapi tak berjaya. So apalagi, mabuk kepayang la.. Rasa nak muntah, tapi tahan je.. Nenek dok tolong sapukan minyak angin and urut-urutkan kepala, tengkuk, biar angin keluar. Mujurlah Iman tidur nyenyak sepanjang perjalanan, cuma lagi 7km nak sampai baru Iman terjaga. Kalau tak tidur, takut lagi teruk mabuk sebab nak kena layan dia, or worst, Iman pon mabuk sekali. Since dia tidur, bolehlah melayan mabuk tu huhu.
Sampai je atas, terus stop kat toilet awam. Shishi and puked. Haha. First time ni, selalu setakat mabuk pening je. Lepas setel je, fuhh memang legaaa... Barulah boleh menikmati keindahan alam ewah. Suhu? Tak panas, tapi tak lah sejuk sangat. Dingin je, selesa. Bolehlah Iman bertahan dengan baju and seluar pendek dia tu..
After first pit stop (toilet), atok terus bawak pergi dekat food court Bukit Fraser, having our late lunch.. Iman mommy just orderkan mashed potato sebab senang haha while kami makan goreng-goreng yang simple.. Ok lah, rasa not bad dengan harga yang ok. Dah lah variety walaupun di puncak.
Lepas makan, melayan Iman main dekat nearer playground. Ok nenek and mommy yang over excited sebenarnya, Iman taknak pon tapi kena gak paksa haha.
Posing sikit.. |
Dah setel main dalam keterpaksaan, singgah Masjid Sultan Mahmud, then berhenti bergambar dekat tempat wajib kalau sampai Fraser's Hill..
Nenek ngantuk sangat lettew. Huhu |
Pukul 6.45 petang kami pun gerak turun.. Luckily Shazrie Iman dah kepenatan so bila gerak je, after susu, dia ketiduran so mommy pun join sekali.. No more mabuk tapi yang kelakarnya, nenek yang mabuk! Sakan pulak tu sampai dua kali berhenti muntah haha. Nak tolong urut-urutkan, tak mampulah mommy. Nak bukak mata pun takut, takut kang ada tak pasal-pasal join sekali wek-wek. So kite pasang telinga jelah kejap before zzz balik. Hehe.
Overall, menarik jugak kalau sekali-sekala buat random trip macamni. Comot, yet fun! So, Shazrie Iman dah sampai Fraser's Hill, walaupun sekejap :).
No comments:
Post a Comment