Pada mulanya agak keberatan nak share (that's why dah sekian lama baru bukak cerita), tapi.... Takpelah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang tercari-cari..
Overview
Overview
PCOS ataupun Polycystic Ovarian Syndrome. Satu masalah/penyakit kesuburan yang ramai orang confuse dengan cyst tapi sebenarnya ia berbeza. Sindrom adalah gejala/tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu. Oleh itu, PCOS lebih kepada petanda. Antara PCOS yang biasa dapat dikenalpasti oleh penghidapnya adalah :
1) Gemuk
2) Lebihan bulu seperti lelaki (disebabkan paras hormon androgen yang agak tinggi)
3) Kitaran haid yang tidak menentu.
Bagi cyst pula, ia adalah satu keadaan fizikal yang wujud dalam ovari, seperti lepuhan atau biji kecil yang hanya boleh dilihat melalui TVS (transvaginal scan/ultrasound). Ia mempunyai saiz yang berbeza dan boleh wujud secara tunggal atau dalam multiple (rantaian/ kumpulan yang banyak). Oleh sebab itu, apabila yang berada dalam bilangan yang banyak, ia boleh mengganggu kitaran haid daripada berlaku secara konsisten.
.....
First period masa berumur 12 tahun. Tapi datang sekali tu jelah, pastu tak datang lagi, sampai umur 13 tahun. Masa umur 13 tahun pun, datang tak tetap. Ada setiap bulan, tapi selalunya 3-4 bulan sekali. Keadaan berlarutan sampai umur 17 tahun. Mulanya kite abaikan je sebab fikir mungkin menstrual cycle baru nak regulate tapi bila dah makin remaja *ewah* mula rasa pelik. 2 kali pergi ke klinik (klinik biasa je, tak terfikir nak jumpa pakar), doktor bagitahu perkara yang sama : normal selagi belum berkahwin sebab hormon tak stabil. *OK Fine*. Doktor cadangkan ambil EPO (Evening Primrose Oil) untuk stabilkan hormon jadi kite pun makan EPO, tapi tak konsisten *Student mana ada duit nak supply tiap kali botol habis*. Nak kata berkesan, tak taulah sebab makan tak konsisten. So masalah berlarutan sampailah 20an..
Bila dah kahwin at mid 20s, few months after kahwin, period still tak regular. Sebagai pasangan yang memang nak anak asap, kite rasa perlu buat sesuatu sebab selagi period tak teratur, macam mana nak pregnant? So, pergi jumpa gynae for the first time dengan hubs.
Bila jumpa je gynae and bagitahu masalah period tak teratur, gynae : Dr. Ng terus bagitahu yang kite ni PCOSer. Cuma bezanya, kite takde sebarang tanda fizikal (tak gemuk and tak berbulu). Jadi Dr Ng terus buat TVS untuk tunjukkan cyst-cyst kecil yang berada di dalam ovari kiri kanan dan buat penerangan ringkas. (Alang-alang, Dr Ng terus suggest buat pap smear)
Untuk regulate menstrual cycle, ada dua cara, sama ada melalui pengambilan pil perancang ataupun clomid. Since kite dalam usaha untuk mengandung, jadi kena makan clomid. Alhamdulillah, bila dah makan clomid, period datang dengan cycle 35-40 hari (setiap cycle, period selama 7-9 hari). Kite tak makan clomid setiap bulan, kite selang-seli kan. Tapi tanpa pengambilan clomid, period tetap datang. Bila dah period, senanglah nak agak hari subur.
After 5 bulan, dengan period yang agak teratur, kite masih belum pregnant. Jadi jumpa Dr Ng semula dan Dr cuba rawatan inject hormon (dekat dengan pusat) untuk matangkan telur. Tapi nampaknya masih belum rezeki. After first trial tak berjaya, Dr Ng mula lakukan pemeriksaan/ujian secara berperingkat :
1) Ujian darah bagi mengenalpasti aras hormon dalam badan (FSH, LH, prolaktin, estradiol). Alhamdulillah semuanya dalam range yang normal.
2) Pemeriksaan kualiti dan kuantiti sperma. Semuanya ok. (Hubs tidak merokok)
3) Ujian HSG (Hysterosalpingogram) di Tung Shin Hospital (dengan kos RM200). Satu ujian untuk 'x-ray' keadaan tiub fallopio sama ada normal atau tidak (tersumbat etc). Patent fallopian tubes.
Berdasarkan kesemua ujian yang telah dilakukan, kami tidak mempunyai masalah lain jadi rawatan boleh difokuskan kepada satu masalah sahaja (polycystic). Dr Ng tanya sama ada untuk cuba inject hormon kali kedua. Pada masa yang sama, Dr Ng juga ada menerangkan mengenai IVF (dengan kos kira-kira Rm18k untuk satu percubaan lengkap) untuk rawatan yang lebih cepat dan high potential. Tapi kite mengambil keputusan untuk hold dulu, sebab nak cuba secara sendiri dulu.
Dari segi pengambilan clomid tetap diteruskan dalam rutin yang sama (selang bulan). Folic acid tetap tak tinggal. Pemakanan dijaga sebaik mungkin. Kami dah tak ambil sebarang fast food, megi, junkfood. Minum pula kami tak minum air kelapa, tebu, berkarbonat dan kafein. Semua makanan dan minuman yang perlu dielakkan, kami pantang.
Ibu memang ada cadangkan untuk mencuba Biodex (melalui iklan-iklan yang terdapat dalam majalah) tapi kite refused, sebab nak cuba regulatekan period dan usaha secara semulajadi dahulu. Tapi setelah beberapa bulan period datang dengan tetap dan pemakanan dijaga dengan baik masih belum ada sebarang berita baik, kite mula consider untuk mencuba Biodex.
Pada mulanya, kite pergi ke beberapa toko-toko jamu untuk bertanya secara lanjut mengenai produk Biodex dan apa yang sesuai untuk diambil, bersesuaian dengan masalah kite. Tapi apa yang menghairankan, setiap toko jamu mencadangkan produk yang berbeza. Buat kite rasa tak puas hati dan confuse. So, at the end, kite mengambil keputusan untuk pergi ke HQ Biodex di Seri Rampai.
First visit, kami hanya dapatkan consultation dahulu dengan consultant Biodex. Kami terangkan apa masalah yang kami hadapi dan consultant memberi pandangan dan cadangan produk yang bersesuaian. Bila dah dapat penerangan lengkap, barulah rasa puas hati. Tapi kami tak terus buat keputusan untuk beli, kami balik dulu untuk fikir dan berbincang (takut tak berbaloi dengan harga yang dibayar, which agak pricey). At the same time, masih meneruskan usaha pemakanan secara semulajadi.
After few months, setelah difikir sebaiknya dan cukup duit tabung :p, kami pergi semula ke HQ untuk membeli set suami isteri, yang disarankan kepada kami, bersesuaian dengan masalah kami.. Consultant pun memberi penerangan mengenai cara pemakanan yang betul, dan jadual pemakanan setiap produk. Ini adalah satu lagi kelebihan bila kami beli di HQ, yang tidak terdapat di mana-mana toko-toko jamu yang kami dah survey. Lebih-lebih lagi, tak lama lagi nak berpuasa jadi consultant berikan sekali jadual pemakanan sepanjang bulan puasa.
Bermula 23 Jun 2013, kami suami isteri memulakan usaha kami dengan Biodex. Tak semua produk habis serentak, jadi bila antara produk dah habis, kami top up je, beli dekat mana-mana toko jamu. Dan Alhamdulillah, kira-kira dua bulan, pada 24 Ogos 2013, kite dapat positif UPT! For the first time ever! (Sepanjang pemakanan kami selama 2 bulan, hanya 2 produk sahaja yang di top-up daripada set yang kami beli di HQ. The rest masih mencukupi dan ada yang masih berbaki selepas 2 bulan).
Bukan nak terlalu mempercayai Biodex, kemungkinan kami serasi dengan Biodex, dan yang pasti, dah tertulis rezeki kami. Tapi Alhamdulillah, dengan Biodex, usaha kami untuk mendapat anak berjaya... Syukur...
.....
Bukan nak terlalu mempercayai Biodex, kemungkinan kami serasi dengan Biodex, dan yang pasti, dah tertulis rezeki kami. Tapi Alhamdulillah, dengan Biodex, usaha kami untuk mendapat anak berjaya... Syukur...
.....
Kepada TTCian dan PCOSer.. Kite faham dengan masalah korang, tu sebab wujudnya blog ni (As I stated in my 'About'). So,
Perkongsian ini adalah daripada pengalaman sendiri (jujur, tak tipu, tak berbayar). Biodex merupakan makanan tambahan yang memberi/melengkapkan kekurangan nutrien dalam badan. Bagaimanapun,, seperti ubat/ supplement tambahan lain, ia tetap bergantung kepada keserasian setiap individu. Dan apa yang lebih penting, semua rezeki adalah daripada Allah.
Sepanjang kami berusaha, kami tak terlalu fikirkan mengenai kos. Benar, kos memang tinggi. Dari jumpa gynae nak buat pemeriksaan dan ujian, kemudian nak beli supplement dan pil-pil (clomid, folic acid), semuanya menelan ribuan ringgit. Alhamdulillah hubs tak pernah berkira dan sentiasa memberi sokongan penuh dari segi emosi dan wang ringgit (memandangkan kite tidak bekerja). Kami sentiasa positif takpelah, walau kena buat IVF sekalipun, duit boleh dicari. Rezeki anak tu yang lebih penting.
Itu usaha dari sudut yang lain. Dari sudut rohani, (kite bukanlah orang-orang alim atau baik), tapi kite perbanyakkan solat hajat, mengaji Al-Qur'an setiap sebelum/selepas solat. Alhamdulillah, sepanjang berusaha, kami berada dalam rahmat Ramadhan jadi mungkin ada kelebihan yang tersendiri..
Semoga rezeki milik kalian, dan untuk diri sendiri, kite berharap untuk anak-anak yang seterusnya, rezeki dipermudahkan.
Sepanjang kami berusaha, kami tak terlalu fikirkan mengenai kos. Benar, kos memang tinggi. Dari jumpa gynae nak buat pemeriksaan dan ujian, kemudian nak beli supplement dan pil-pil (clomid, folic acid), semuanya menelan ribuan ringgit. Alhamdulillah hubs tak pernah berkira dan sentiasa memberi sokongan penuh dari segi emosi dan wang ringgit (memandangkan kite tidak bekerja). Kami sentiasa positif takpelah, walau kena buat IVF sekalipun, duit boleh dicari. Rezeki anak tu yang lebih penting.
Itu usaha dari sudut yang lain. Dari sudut rohani, (kite bukanlah orang-orang alim atau baik), tapi kite perbanyakkan solat hajat, mengaji Al-Qur'an setiap sebelum/selepas solat. Alhamdulillah, sepanjang berusaha, kami berada dalam rahmat Ramadhan jadi mungkin ada kelebihan yang tersendiri..
Semoga rezeki milik kalian, dan untuk diri sendiri, kite berharap untuk anak-anak yang seterusnya, rezeki dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment