Pages

Wednesday, September 16, 2015

Bahana Gigi Geraham

Kalau ikut entry sebelum ni, Shazrie Iman baru je baik demam selepas demam berulang.. Few weeks after, dia demam lagi! Aduhai.. Letih mommy nak melayan ragamnya. Dengan susah hati lagi. Walaupun demam ni bagus untuk babies sebab boost immunity, tapi the side effect  kalau tak betul-betul jaga tu yang takut.. Nak-nak kalau demam panas. 

Ubat dah beri. Badan dah jelum. Tapi still suhu tak turun. Kalau turun pun, nanti naik balik. Kalau boleh mommy taknaklah asyik sumbat ubat je.. Daddy pun tak galakkan sangat. Ada tu, suhu agak tinggi reached 38degree, nak tak nak kami masukkanlah ubat bontot (Voren). Yang paling tak suka kalau demam ni (melainkan tak boleh tidur nyenyak huhu), tengok Iman melepek je, tak ceria macam biasa.. 

Dah macam ni, mommy decide nak bawak jumpa mana-mana ustaz, kita cuba pulak perubatan Islam, mintak tengok-tengokkan mana yang patut *mintak dijauhkan yang tak elok*. Ibu dan mak pun galakkan. So, ajak mak pergi bawak Shazrie Iman mana-mana orang yang boleh dirujuk and nasib baik mak ada tahu beberapa orang jiran yang boleh.. Pergilah kami berempat kelmarin, 14/9  dengan berbekalkan sebotol air mineral untuk mintak air jampi haha. Bila pakcik tu tengok, katanya Iman ok je, cuma maybe nama tu kena tukar nama gelaran.. And dia baca -baca dekat air tu untuk Iman mandi, sapu dekat muka dan minum.. Kite turutkan je yang dipesan.. 

Semalam, demam Iman berkurang. Dah takde beri makan ubat cuma lap-lap badan je. Tapi Iman still tak ceria.. Sampailah ke harini.. Entah macam mana, daddy dok melayan Iman, tiba-tiba ternampak sesuatu dekat Iman (saspen sikit :p). Gigi! Gigi geraham 4 bijik tumbuh atas bawah! La......... Patut pun demam and merengek je.. Rupa-rupanya nak tumbuh gigi geraham... Haha terus lega dah tak risau lagi sebab dah tau punca demam kenapa.

Pasni kalau demam, kena rajin selak mulut tengok gigi :p

No comments:

Post a Comment