Pages

Tuesday, October 20, 2015

Cameron Highlands Short Escape

Weekend lepas (17-18 Oktober 2015), kami ke Cameron Highlands, ikut family in laws yang saja-saja ke sana.. Maktih pun ada. Dorang dah gerak dulu, dah tidur 1 malam. Kami gerak kemudian sebab daddy kerja. Tu pun da malam baru sampai, dalam hujan lebat. 

Masa baru sampai, Iman cranky je.. Makan tak nak, asyik nak menangis je. Mommy dah cuak jugak lah takut menda lain huhu. Rupa-rupanya maybe dia mabuk/letih. (Nak kata mengantuk, baru jugak bangun tidur). Bila masuk bilik, senang je dia tidur.. Bila dah tidur awal, confirmlah tengah malam dia akan berjaga. Pukul 3 mommy dok terpacak dekat dapur korek-korek makanan yang ada untuk suap ke Iman dan jugak perut mommy. Maklumlah, hujan, sejuk, perut cepat lapar. Boleh pulak orang yang menyewa apartment belakang (chinese) bergaduh. Dengar lelaki dengan perempuan bertekak. Rugi betul tak faham apa dorang cakap. Huhu.

Esoknya, lepas check out, the rest terus gerak balik. While kami menyambung pusing-pusing apa yang ada dekat Cameron ni. As usual lah, Kea Farm dan lain-lain.

Apartment tempat kami stay.



Kalau sebelum ni pergi Cameron, tak sempat pergi ladang teh Sungai Palas (this entry), so kalini mommy ajak daddy menyinggah. Walaupun dah naik muntah sebab dah jemu pergi Cameron ni, ni first time kami ke sini *pathetic*. Takpelah atleast ada tempat baru yang kami boleh pergi.



Masa baru-baru sampai, Iman ketiduran. Jadi kami babywearing dia. Actually boleh je nak bawak stroller sebab ada laluan kenderaan dan memang stroller friendly. Kami tak tau, ingatkan kena lalu jalan berbukit dan berliku ewah, tu yang kami babywear. Kalau tau boleh guna stroller, takdelah sakit pinggang nak dukung Iman. Tapi daddy la yang sakit haha.

Bila dah sampai atas, saja duduk and nak minum-minum dekat kafe. Orang agak ramai. Beratur pun panjang. Kalau boleh nak duduk dekat hujung sekali, dapat tengok view cantik. Tapi jangan haraplah.. Ada meja nak duduk pun dah bernasib baik.

Disebabkan daddy dukung Iman, so mommy yang pergi order makanan dekat kaunter.. Ada pelbagai jenis teh (Ada capture gambar tapi terdelete). Makanan pun variety tapi kebanyakannya yang ringan-ringan. Disebabkan orang ramai (kami pegi agak petang), so banyak makanan dah habis. Dapat beli roti je kut. Takpelah, jadiklah untuk alas perut.



Mommy setel je, bila balik dekat meja, tengok Iman dah bangun. Padahal dia baru je tidur before sampai tu. Kata orang buang kelat je, ceh. Nasib baik memang ada beli makanan untuk dia (tapau). Kalau tak, tak pasal-pasal nak kena beratur lagi. 

Tengok tu buat muka gedik
Arghh!! Geram geram!


Lepas je makan, cepat-cepat turun. Sebab apa, 1 : cuaca macam nak hujan. 2 : Shazrie Iman pooping!! Banyak pulak tu! Dan malangnya mommy tak bawak diaper beg! Sebab tak expect yang dia akan bangun tidur. Bila dah turun, malas lah pulak kan nak naik balik untuk pergi tandas (dah lah tandas dekat atas tu sangat selesa dan bersih). Nak bertahan sampai turun bawah balik, macam tak sanggup. Sudahnya, mommy salinkan pampes dekat kereta. Muahaha. Setel je salin pampes, hujan pun turun. So close!

Sampai bawah, cari makanan yang berat. I is lapar. Haha.

No comments:

Post a Comment