Pergi klinik untuk inject 6 bulan. Pasal dah tau flow klinik untuk injection, so pagi ni datang ambil nombor and letak buku biru je dulu lepas tu pergi keluar breakfast. Dekat je, seberang jalan.. Tapi atleast takdelah kami kubulur menunggu :p. Shazrie Iman pun bagi sarapan suku biskut rusks.
Lepas sarapan, pergi klinik semula. Pasal perut kenyang, tak rasa stress tunggu nombor. Senang hati je.. Huhu. Iman duduk elok dengan daddy kat luar while mommy yang ulang-alik tengok nombor.
Hampir sejam menunggu, finally kena jugak panggil.. Perkembangan 6 bulan :
Berat : 7.5kg
Panjang : 65cm
Ukur lilit kepala : 43cm
Before inject, nurse bagitahu yang injection untuk bulan ni tak kan demam, tapi sakit sikit compare dengan previous. Mommy dah a bit cuak, takut Iman menangis. Pulak tu baby yang kena inject sebelum Iman (6 bulan jugak) meraung boleh tahan kuat ha manalah mommy tak cuak. Huhu. So pegang pun extra kuat takut Iman meronta. Tapi rupa-rupanya mommy underestimate Iman sebab Iman ok je.. Ada lah menangis sikit.. Tu pun sekejap je.. :)
The next appointment? 6 bulan lagi, masa Shazrie Iman setahun. Nurse ada tanya nak datang masa 9 bulan ke untuk timbang je. Haruslah tak kan.. Malas nak menunggu lama kut kalau setakat nak timbang berat je. Lagipun nanti inshaAllah ada nak ambil injection pneumococcal for sure tahu jugak berat berapa :).
No comments:
Post a Comment