Pages

Sunday, January 4, 2015

Berendam di Sungai Gabai

Melayan kesukaan atok yang nak jelajah semua sungai-sungai yang ada dekat sekitar Selangor ni kononnya, kami pergi berkelah di Sungai Gabai.. Walaupun taklah berapa jauh daripada area kami, tapi ni first time mommy sampai sini. Kalau Sungai Tekala and Sungai Congkak tu pernah lah sampai. Padahal dekat-dekat je, punca yang sama rasanya (eh yeke?)

Sampai dah petang, so mandi pun tak lama.. Tapi sempatlah jugak Iman mengecutkan diri mandi air sungai yang sejuk, for the first time! Mula-mula dia bising je sebab air sejuk. Yelah budak manja ni kan mana nak mandi air sejuk.. Kat rumah asyik mandi water heater je. Kadang-kadang je bagi mandi air sejuk. Tu pun bukan main merengek. Tapi bila dah lama direndamkan dalam air sungai tu, naik syok pulak dia. Bukan setakat main tepuk-tepuk air, siap turun slide semulajadi lagi. Malu-malu kucing konon mula-mula tu eh... Ceh.

Before dicelupkan dalam air
Nampak tak budak tengah syok sendiri tepuk-tepuk air.
Aksi mencabar Iman! Huhu


Mommy percaya, mesti lepas ni ntah ke mana ceruk sungai lagi atok akan bawak Iman. Layankan jela.. Aktiviti beriadah lagipun, sihat badan :)

No comments:

Post a Comment