As usual, we will try our best not to missed any baby expo :p. So, last weekend kami pergi ke Baby Expo di Midvalley, dengan tujuan nak usha baby walker and cloth diapers. Tapi malangnya both tak beli haha.
Apa yang kami beli: bib, cloth book, rusks biscuits, breastfeed choc, toys, and baju murah-murah of course. Other than that, wet wipes and detergent. Beratus jugak habis untuk benda yang tak tersenarai pun :p.
Apa yang nak cerita, while we were jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba ada sorang amoi dari booth Anmum approached hubs suruh isi satu form, untuk lucky draw katanya. Bab-bab isi borang ni automatically hubs akan suruh kite, plus dia tengah tolak stroller. Dah amoi tu kata isi je, tak payah nak beli pape, kite pun layankan jelah.. Tapi kite sempat tanya apa hadiahnya, bila dorang akan cabut and macam mana nak tahu yang kite dapat? (Banyak soal pulak..). Nasib baik amoi tu baik je nak layan, dia tunjuk lah grand prize apa, will cabut pukul 8 and will notify us (me actually) through sms, kalau menang lah kan..
Dah sudah tu, kami sambung jalan-jalan. Then pergi makan dekat food court sebab dekat je, nak sambung pusing hall lagi sekali senang (Tu dia). Baru je kami nak makan, tiba-tiba dapat msg daripada Anmum, bagitau yang kite menang lucky draw.. Since belum sempat makan, kite pergi jela dulu booth tu untuk collect hadiah apa tah yang dapat while hubs makan sambil tengok anak.
Sampai dekat booth (lepas da pusing-pusing mencari), terus tunjukkan sms yang dapat. Orang booth tu mintak resit (?) nombor kite and bos dia cek dekat dalam. Masa bos dia keluar, muka senyum meleret je so masing-masing tanya hadiah apa. Kite time tu dah fikir ni mesti setakat saguhati je. Sekali dia bagitahu kite dapat first prize! Ha apelagi, riuh la booth anmum tu sebab dorang tepuk tangan. Malu mak! Haha. Masa nak bagi hadiah tu, siap amik gambar macam menang hadiah hebat sangat. Tapi sayang, takde suami dan anak disisi nak share the moment.
Dah dapat hadiah tu, excitedly balik dekat foodcourt and cerita dekat hubs. Since tadi bergambar sorang without ada anak, pulak tu lupa nak mintak copy gambar, so kite bergambar la lagi sekali..
So, ini adalah kali kedua mommy dapat lucky draw! *hidung kembang kempis*. Alhamdulillah rezeki anak.. For those yang memang pembeli tegar susu Anmum, sorry!
No comments:
Post a Comment