Pages

Tuesday, August 25, 2015

Cadar

Selain tempat alas tidur, cadar jugak mempunyai pelbagai peranan lain. Makan minum usah cakap. Dah berbuih daddy bising :p. Lebih menarik, ia telah menjadi tempat untuk Shazrie Iman ekspeskan kekreatifan jari jemari halusnya. Semua ada. Pensel, crayon, pen, marker, eyeliner. Water color je tak tersenarai lagi.



Nak lagi epic? Nah.


Ya. Chop daddy! (Self ink). Penuh bertepek-tepek atas cadar mommy. Memang jadi kain buruk jelah cadar ni lepas ni.. Dah la cadar dapat hadiah kahwin tau! Alahai anak..

Saturday, August 15, 2015

Pureen Clinzo

Iman mild selsema. Hingus takdela meleleh-leleh (tak boleh nak sedut guna nasal aspirator) and hidung tak tersumbat. Tapi bila dia bernafas tu, berbunyi. Especially time tidur. Kesian je bila dengar. So tidur pun tak berapa nyenyak.

Nak bagi makan ubat, rasa macam tak perlu pulak. Kalau boleh tak nak lah asyik telan ubat je, nak biar secara natural. So try pergi farmasi untuk tanya pharmacist any suggestion. Pharmacist suggest Pureen Clinzo (nasal spray).

Kata dia, yang ini just macam normal saline gitu. Tapi lagi natural kut sebab guna seawater (air masin). Of course sterilized seawater. So kalau tak selsema, kita nak pakai untuk bersihkan salur hidung pun boleh. Bukan babies je, kita yang dewasa ni pun digalakkan untuk bersihkan sekali-sekala. Pasal dia cakap anak dia pun guna ni and ok je, so ok lah kite percayakan dia huhu.

Few days pakai, nampak perubahan. Nafas Iman dah tak berbunyi lagi time tidur. And dalam seminggu dua gitu, Iman completely tak selsema lagi. Alhamdulillah. Nampaknya Iman serasi dengan produk ni. So boleh recommend dekat anyone kalau anak ada masalah yang lebih-kurang. Harga pun takdelah mahal sangat, affordable. And rasanya boleh jumpa dekat any pharmacy.

Monday, August 10, 2015

Demam Berulang

Demam merupakan crucial situation yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa. Sebab kalau terlebih tinggi je, macam-macam boleh jadi. Itulah yang selalu ibu pesan. So, pantang demam sikit, memang cepat-cepat bertindak.

Sebelum ni Iman kalau demam, takdelah lama mana. Tak sampai seminggu. Tapi lepas raya haritu, Iman boleh demam panjang. Dan berulang.

Mulanya balik beraya dari Johor, bila rasa suhu badan macam dedor, cepat-cepat bagi makan ubat yang ada dekat rumah. Dah lah dengan termometer boleh mana tah terselit, so kami siap beli termometer baru, untuk monitor.

Sebab dia kejap suhu ok kejap macam dedor, and kononnya ada lagi ubat dekat rumah, so tak pergi klinik (ibu bising betul bab ni). Pastu fikir mungkin dia kepenatan sebab perjalanan jauh KL-Perlis-JB-KL, so decide nak pergi berurut, manatau ada urat yang terbelit. So baliklah kami ke Rawang, berurut dengan Makcik Rahimah..

Tapi bila dah masuk 5 hari tak ok jugak, barulah kami pergi ke klinik (27/7). (Lesson learned. Lenkali hari ke3 tak ok demam, kena bawak pergi klinik).Rupanya tekak Iman dah luka and kena jangkitan.. So selain ubat demam, dapat ubat antibiotik.. Patut pun dia merengek je demam kalini, asyik nak berdukung. Pastu dengan orang lain konfemlah dia tak nak. Ni dengan daddy pun dia tak hingin. Sudahnya mommy jelah yang kena melayan dia.

Alhamdulillah, hari ke 9 demam, time hari majlis pertunangan adik-adik ipar plus open house raya 2015, suhu badan dah ok. Cuma tang memerapnya tak kurang lagi. Tak boleh mommy nak bergaya sakan :p.

The next day (Sabtu), Iman dah mula ceria. Senang hati mommy.. Tapi boleh pulak hari Isnin (3/8) Iman demam balik.. Aduhai.. Kalini cepat-cepat kami ke klinik. Yelah, antibiotik dah habis makan, kenapa boleh demam lagi. Takut demam lain je.. Tapi paed kata demam biasa je, jangkitan still ada cuma taklah seteruk yang lepas. So Iman diberi ubat lain.. Dan demamnya elok.. Mulanya plan nak bawak pergi jumpa atok manetah untuk try berubat, bila dah baik, terus cancel.

Malangnya, Khamis malam boleh pulak badan dia panas. Demam lagi?! Kalini, nekad nak pergi cek darah. So Jumaat (7/8) awal-awal pagi konfiden je ajak daddy pergi Hospital Serdang atas saranan ayah, untuk request nak check darah.

Sampai sana, terus tanya dekat kaunter ambil nombor apa step yang perlu kami buat, tapi dia suruh pergi klinik kesihatan untuk cek kat situ dulu.. If anything barulah KK akan refer ke hospital.. Rupa-rupanya.. Haha. Almaklumlah first time, gelabah pulak tu so mana lah kite tau.. huhu.
So terus ke KK Seri Kembangan. Hari Jumaat, so orang tak ramai. Lengang je.. And nasib baik memang teringat nak bawak buku biru Shazrie Iman. So smooth je check up :

1. Bagitau dekat nurse kaunter nombor apa masalah, nurse tanya buku biru and suruh ambil nombor.

2. Nombor tu ambil buat cukup syarat je sebab lepas ambil nombor, terus pergi dekat kaunter untuk timbang baby.

3. Dah timbang baby, jumpa doktor. Doktor chinese muda yang cek Iman. Since Iman tidur, dia tak usik sangat. Dia cek suhu badan, and degupan jantung. Pastu dia suruh pergi lab untuk ambil sample darah.

4. Sampai lab, bagi buku dekat pembantu perubatan and tunggu jap. Dalam 5minit, nombor kena panggil so kenalah Iman suntik di tangan.. Iman yang tengah tidur, apalagi, terjaga lah and meraung. Dah lah bukan setakat suntik, orang tu (tak tau apa designation dia) siap macam gerak-gerakkan sikit jarum tu, untuk mudahkan darah keluar. Nasib baik Iman tak meronta. Daddy yang pegang time ni. Mommy tengok je dalam keadaan sayu anak meraung huhu.

5. Dah ada sample darah, letak dekat kaunter collection sample, sekali dengan buku biru. Pastu daddy yang tunggu result sebab mommy pergi nursing room, bagi upah.

6. Iman dah sudah susu, keluar nursing room, daddy memang dah tunggu. So kami ke bilik doktor semula untuk doktor review result darah. Alhamdulillah, Iman bukan demam denggi. Demam biasa je. So doktor prescribed antibiotik (lagi) and other few ubat.

7. Pergi farmasi ambil ubat and done! Balik singgah Anjung jap untuk mommy and daddy sarapan :p.
Alhamdulillah, esoknya Iman dah ok.. And sampai lah ke hari ini.. Harapnya jangan lah Iman demam lagi (ok, demam mesti akan kena, cuma bukan dalam masa terdekat). Sebab nak jaga anak demam memang meletihkan. Fizikal dan mental. Nak kena tuam, monitor suhu, berperang makan ubat, banyakkan menyusu. Malam tak nyenyak tidur. Dengan risaunya. Tak sudah-sudah cakap biarlah demam tu dapat kat kite. Tapi apa boleh buat, selagi bergelar kanak-kanak,  memang tak boleh pandang ringan kalau anak demam.

Please Shazrie Iman, jangan kerap sakit ok?

Sunday, August 9, 2015

Nursing Cover Murah RM33

Mencari nursing cover?
Kite ada jual few pieces. Just projek suka-suka..
Mulanya nak buat untuk diri sendiri je. Bila dah pilih-pilih kain, ish rambang mata pulak rasa macam semua pun cantik and nak! So, nak spread the craziness with others hehe.

Ciri-ciri yang ada dekat nursing cover kite :

1) Kain sejuk.
2) Kain tak nipis and tak jarang. 
3)  Ada window untuk peek baby, and elak baby rimas lemas.
4) Adjustable tali.
5) Saiz sedang-sedang sahaja : Lebar : 99cm (~40inci), Panjang : 68cm (~27inci)
6) Dan yang paling penting, RM33 sahaja! (Add RM6 for postage SM and RM10 for Sabah/Sarawak. GST postage kite tanggung ewah)

Setiap nursing cover akan dapat zipper bag (macam dalam gambar). Ianya water resistance so boleh simpan nc daripada kotor and basah. (Kalau tak tahu, zipper bag ni macam sandwich bag or plastik yang letak ubat pil tu)

*Confuse patut beli ke tak? Anda boleh baca tips memilih nursing cover di sini*

Sila pilih mana yang berkenan di hati.. Ada 4 corak je.. Klik gambar untuk besarkan ok?

Wavy green


 


Wavy blue 


 


Zigzag


 


Owl


 


Semua color adalah original, no filter or editing. InshaAllah, sama macam real. Kalau beza pun, slightly sahaja.

Mahu? Tinggalkan email address or hp no untuk whatsapp dekat kolum comment. Takpun, boleh email kite dekat mommyshadaddyshai@yahoo.com. Ada few pieces je, sebab nama pun projek suka-suka :)

Wait! Ada other surprise for those who purchase my projek suka-suka nursing cover. Untuk 3 terawal yang beli, kite akan bagi baby cereal brand Heinz, for free! Yes, free!

'Kenapa 3?'
Sebab ada 3 je extra hehe.

'Kenapa nak bagi free? Zaman sekarang mana ada benda yang free?'
Sebab masa beli, borong sekali banyak tak ingat donia. Sekali tak sempat habiskan semua stok, anak dah takmo cereal, nak makan nasik macam orang besar. Daripada rugi tak tau nak bagi siapa or biarkan meluput je, lebih baik bagi dekat orang yang support projek suka-suka kite :).

Boleh pilih nak flavor apa. Tapi based on first pay first get lah ye.. Expiry date boleh refer dekat gambar.

 
Flavor oat & apple ada sekotak je. 

 
Flavor fruit and yogurt ada 2 kotak.

Don't worry.. We bought from Toys r' us. Price shown is per bundle (2 kotak). Maknanya kalau beli, sekotak dalam RM10+. And we are giving it for free!

Ni untuk mereka yang setuju nak je, ok? Kalau siapa tak nak walaupun dia antara 3 terawal, kite akan pass pada the next payment. Sebab kite tahu ada parents yang tak nak beri anak makan makanan yang segera macamni. (Kite beli pun untuk bawak masa travel je.. Tu sebab tak sempat habis..)


Tips Berkaitan Nursing Cover

Well, this is based on my very own experience and point of view, yang telah berjaya direct breastfeeding around 1 year 4 months dan In sha Allah semoga dapat diteruskan sehingga anak berusia 2 tahun :

1) Biasakan anak dari awal. Dari dalam pantang dah ajar walaupun masa duduk rumah. Otherwise, memang dia tak nak sebab rimas. Asek nak menyelak je. Tapi, honestly cakap, bila anak dah faham and bijak, dia memang tak akan duduk diam dalam tu and akan selak jugak. So, kena lah jugak cari nursing room or tempat yang tersembunyi.

2) Pilih and kalau boleh, test dulu nursing cover. Untuk tahu mana yang kita lagi prefer. Ada banyak jenis nursing cover dijual. Jenis poncho/shawl/'apron'/etc. Semua kite dah merasa. Jenis poncho and shawl memang payah! Sebab dia macam melekap kat badan kita. Yang jenis apron (yang ada peekaboo window tu) lebih mudah and selesa for both mommy and baby.

3) Pilih kain yang nipis tapi tak jarang. Kalau tebal, dah lah payah nak lipat simpan balik (makan space lebih), dah tu panas! Macamana nak uji tahap kenipisan kain tu, kalau jadikan sun shade, dia redup sedang elok gittew. Maknanya cahaya matahari still tembus tapi tak rasa bahangnya. Yang ni kena buat eksperimen sendiri. Cuba try dengan kain napkin dulu then barulah kain pilihan yang lain.

4) Please consider saiz nursing cover. Kalau rasa tak rimas dengan cover yang besar seakan kelambu, then takde masalah. For me, ish rimas kut! So kite choose saiz sedang-sedang saje. Nak lipat and simpan pun senang.

5) Mungkin tak ramai perasan yang beg nak simpan nursing cover pun penting. Banyak bagi pouch beg yang sedondon free. Which mean dari kain yang sama. Takpun nursing cover yang jenis lipat-lipat terus button (attached button) or zip (attached zip). Kite tak berapa suka dengan cara macam ni sebab nya, kite simpan nursing cover dalam diaper bag or handbag. Sebagai ibu-ibu, mesti dalam beg tu bukan barang semata. Kang dengan botol air la, foods lah. So tahap kebersihan tu macamana? Nak-nak kalau air tertumpah? Sudahnya dengan nursing cover tu basah. Jadinya, kite prefer simpan dalam beg yang water resistant.

Well, lain orang, lain pandangan dan preference nya.. Ia adalah subjektif.

p/s : Takde susu atau bengkak susu masa baru lepas bersalin? Boleh usha apa yang kite buat untuk atasi di post ini.

Friday, August 7, 2015

Majlis Pertunangan Makngah dan Maklang (Adik Ipar)

Last week (31/7/2015), berlangsungnya majlis pertunangan adik-adik iparku.. Syaira Syifa (kakak) dan Syaira Syamimi (adik). Buat serentak untuk kedua-dua belah pihak, sekaligus dengan openhouse raya haji. Rombongan Syifa dari Terengganu while rombongan Syamimi dari Perlis. Jauh-jauh besan mertua kite hehe.



Syifa, disarung cincin oleh bakal ibu mertua.
Syamimi, disarung cincin oleh bakal biras. (Bakal suami anak yatim piatu)
Adik-adik ipar dan tunang mereka.

Dengan Maklang (kiri) dan Wa. Wa adalah kembar tak seiras mak mertua.

Satu-satunya rakan hubs yang berkesempatan datang, Sapek dan Yana.
Abah dan ibu
Budak monyok
 Sebenarnya time majlis ni, Iman still recovering from demam nak tumbuh gigi. So a bit crancky dan tak mesra alam. Terpaksalah mak yang baru berangan nak glemer kena melayan. Hilang glemer I huhu.

Tak dapat nak bergambar family besar (dengan family mertua) sebab masing-masing busy melayan tetamu. Tapi kami dapatlah juga bergambar. Masalahnya, payah betul! Tengok jelah gambar. Memang tak dapat yang elok huhu.

Taknak duduk.

Majlis inshaAllah tahun depan. Pastu tinggal sorang lagi adik ipar bongsu..

Tuesday, July 21, 2015

Susu Formula : Nutrisi dan Anggaran Harga

Alhamdulillah, dapat fully breastfeed Shazrie Iman sampai umur setahun.. Dengan azam dapat teruskan sampai ke 2 tahun. Tapi tengok milk production macam makin merudum. Memang dari dulu susu tak banyak, cukup-cukup untuk direct feeding kalau pump tal banyak hasil. Tapi sekarang ni rasanya makin berkurangan, or maybe Iman makin banyak minum.

Macam-macam dah try buat. Minum susu Anmum Materna 2x sehari walaupun tak suka susu ku gagahkan jua. Tak jalan. Makan habbatussauda 4biji sehari pun macam tak ada perubahan. Memang takde buat power pumping sebab Shazrie Iman masih kerap minum 2-3jam sekali, termasuk waktu tengah tidur.

Bila dah masuk bulan puasa, keadaan makin merudum. Minum air banyak mana, makan kurma berbiji-biji, still sama. Kalau puasa tahun lepas ok je. Besar kemungkinan susu dah nak kering *sedihnya*

Kalaulah Iman kuat makan and minum air lain banyak, taklah risau sangat. Ni makan memilih. Setakat 2-3suap je nak. Pastu dah. Alhamdulillah suka makan buah tapi rasa still tak seimbang dengan pengambilan karbohidrat and protein. Minum pulak, memang minum air masak tapi tak banyak. Kalau beri air manis, laju je. Huhu.

Bila difikir-fikir kan, nampaknya kena jugak campurkan dengan susu formula, sekurang-kurang nya dapat kenyangkan sikit perut Iman. And dapatlah cover zat yang tak cukup. Kesian betul bila tengok dia menyusu lama tapi hasil tak banyak. Tu sebab berat tak naik. Hmm..

Bila decide nak bagi susu formula, pening pulak kepala. Yelah nak fikir susu apa yang sesuai? Susu mana yang bagus? Nak beli susu ni nak tengok apa? Yang paling penting,  nak ke Iman minum botol? Hishhh susah jugak rupanya! Sebenarnya senang je kalau nak main pick apa-apa brand, tapi bagi kite, atleast kenalah tahu apa yang anak minum, jangan main taram je. Sebab since banyak brand, mesti ada kandungan/formula yang berbeza.

Mulalah operasi usha mengusha.. Dari segi brand, harga dan khasiat.. Ikutkan hubs, nak bagi Karihome. Tapi pada kite, mahal sangat! Kena jugak tengok budget. Lagipun nak try dulu susu lembu, kalau tak sesuai dengan susu lembu, baru shift ke susu kambing.

Sebenarnya ada request sample daripada daripada macam-macam brand. Tapi lambat sangat nak dapat. Tak boleh jadi ni. Silap-silap lepas raya baru dapat. Tak kan nak tunggu. Kena jugak try something dulu.

So, mula buat perbandingan dari segi kandungan khasiat.. Walaupun tak semua brand tapi sekurang-kurang nya banyaklah pilihan.. Apa yang kite focus adalah : DHA, Omega 6, Omega 3, Kalsium dan Iron.

                                           S26 Progress Gold               Anmum Essential                    

        
                                                     Nan Pro                      Dumex Mamil

                                               Enfagrow A+                   Sustagen Junior

                                                 Dugro                              Friso Gold


Kalau dari segi harga pulak, lebih kurang macamni (kena kira dari segi gram)
 

 




Harga ni di Aeon Big Midvalley pada 21/6/2015. 

Fikir punya fikir, finally kite decide nak try susu Dugro sebagai sample yang pertama. Sebab apa :

1) Kandungan khasiatnya bersesuaian dengan keperluan. Memandangkan Shazrie Iman masih dapat minum susu terbaik di dunia (susu ibu), so khasiat yang ada dalam susu ni just untuk top up je and untuk bagi dia kenyang.

2) Harga yang boleh dikatakan murah. Memandangkan Iman first time nak berbotol and minum susu formula, takut dia taknak. So ni kira try and error. Kalau dia taknak, atleast taklah rugi sangat. Boleh je nak try brand lain, kalau dia taknak boleh bagi dekat anak siapa-siapa yang minum susu tu. Tapi kite rasa nak try dengan yang murah dulu. Lagipun sementara je ni, sementara nak tunggu requested sample sampai.

Alhamdulillah, first trial, Iman tak tolak botol and nak minum susu bancuh. Dah intro susu formula, nak kena buat observation pulak :

- Kekerapan membuang dan keadaan fizikal poopoo macamana. 
- Ada sebarang tanda perut kembung tak.
- Keadaan kulit normal or ada naik ruam/allergy tak.

Setakat dah 3 hari try ni, Alhamdulillah semuanya normal. Walaupun Iman tak minum banyak, tak sampai 5oz/150ml sehari (ikut mood dia, kadang-kadang bila diberi dia akan minum, kadang-kadang tu tolak, still nak bf) atleast nampak dia tidur lebih lena. Maybe sebab perut kenyang.

Dari segi botol, since sebelum ni tak berbotol,  so mommy kena assist. Iman boleh je pegang sendiri tapi dia tak reti nak tonggak. Dia sedut gitu je. Takpe slow-slow.. Nanti lama-lama reti lah kan..
Buat masa ni, inshaAllah akan teruskan lagi dengan susu Dugro for couple of months. Nanti dah dapat sample, boleh try susu lain pulak, especially bila Iman dah lebih banyak bergantung dengan susu formula berbanding direct feeding.

Honestly, tak suka susu yang ada 2 brand tapi dari company yang sama. For example Dumex Dugro and Dumex Mamil. Nestle Lactogen and Nestle Nan Pro. Kenapa kena ada camtu? Seolah-olah double standard. So mommy lagi prefer susu yang 1 brand je eg Anmum ke, Enfagrow ke.. Tapi kalau susu Dugro ni jugak serasi, takpelah. Maybe Iman memang jenis tak memilih. Tengok jelah nanti.

Friday, July 10, 2015

PCOS dan Biodex

Pada mulanya agak keberatan nak share (that's why dah sekian lama baru bukak cerita), tapi.... Takpelah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang tercari-cari..

Overview
PCOS ataupun Polycystic Ovarian Syndrome. Satu masalah/penyakit kesuburan yang ramai orang confuse dengan cyst tapi sebenarnya ia berbeza. Sindrom adalah gejala/tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu. Oleh itu, PCOS lebih kepada petanda. Antara PCOS yang biasa dapat dikenalpasti oleh penghidapnya adalah :

1) Gemuk
2) Lebihan bulu seperti lelaki (disebabkan paras hormon androgen yang agak tinggi)
3) Kitaran haid yang tidak menentu. 

Bagi cyst pula, ia adalah satu keadaan fizikal yang wujud dalam ovari, seperti lepuhan atau biji kecil yang hanya boleh dilihat melalui TVS (transvaginal scan/ultrasound). Ia mempunyai saiz yang berbeza dan boleh wujud secara tunggal atau dalam multiple (rantaian/ kumpulan yang banyak). Oleh sebab itu, apabila yang berada dalam bilangan yang banyak, ia boleh mengganggu kitaran haid daripada berlaku secara konsisten.

.....

First period masa berumur 12 tahun. Tapi datang sekali tu jelah, pastu tak datang lagi, sampai umur 13 tahun. Masa umur 13 tahun pun, datang tak tetap. Ada setiap bulan, tapi selalunya 3-4 bulan sekali. Keadaan berlarutan sampai umur 17 tahun. Mulanya kite abaikan je sebab fikir mungkin menstrual cycle baru nak regulate tapi bila dah makin remaja *ewah* mula rasa pelik. 2 kali pergi ke klinik (klinik biasa je, tak terfikir nak jumpa pakar), doktor bagitahu perkara yang sama : normal selagi belum berkahwin sebab hormon tak stabil. *OK Fine*. Doktor cadangkan ambil EPO (Evening Primrose Oil) untuk stabilkan hormon jadi kite pun makan EPO, tapi tak konsisten *Student mana ada duit nak supply tiap kali botol habis*. Nak kata berkesan, tak taulah sebab makan tak konsisten. So masalah berlarutan sampailah 20an..

Bila dah kahwin at mid 20s, few months after kahwin, period still tak regular. Sebagai pasangan yang memang nak anak asap, kite rasa perlu buat sesuatu sebab selagi period tak teratur, macam mana nak pregnant? So, pergi jumpa gynae for the first time dengan hubs.

Bila jumpa je gynae and bagitahu masalah period tak teratur, gynae : Dr. Ng terus bagitahu yang kite ni PCOSer. Cuma bezanya, kite takde sebarang tanda fizikal (tak gemuk and tak berbulu). Jadi Dr Ng terus buat TVS untuk tunjukkan cyst-cyst kecil yang berada di dalam ovari kiri kanan dan buat penerangan ringkas. (Alang-alang, Dr Ng terus suggest buat pap smear)

Untuk regulate menstrual cycle, ada dua cara, sama ada melalui pengambilan pil perancang ataupun clomid. Since kite dalam usaha untuk mengandung, jadi kena makan clomid. Alhamdulillah, bila dah makan clomid, period datang dengan cycle 35-40 hari (setiap cycle, period selama 7-9 hari). Kite tak makan clomid setiap bulan, kite selang-seli kan. Tapi tanpa pengambilan clomid, period tetap datang. Bila dah period, senanglah nak agak hari subur.

After 5 bulan, dengan period yang agak teratur, kite masih belum pregnant. Jadi jumpa Dr Ng semula dan Dr cuba rawatan inject hormon (dekat dengan pusat) untuk matangkan telur. Tapi nampaknya masih belum rezeki. After first trial tak berjaya, Dr Ng mula lakukan pemeriksaan/ujian secara berperingkat :

1) Ujian darah bagi mengenalpasti aras hormon dalam badan (FSH, LH, prolaktin, estradiol). Alhamdulillah semuanya dalam range yang normal.

2) Pemeriksaan kualiti dan kuantiti sperma. Semuanya ok. (Hubs tidak merokok)

3) Ujian HSG (Hysterosalpingogram) di Tung Shin Hospital (dengan kos RM200). Satu ujian untuk 'x-ray' keadaan tiub fallopio sama ada normal atau tidak (tersumbat etc). Patent fallopian tubes. 

Berdasarkan kesemua ujian yang telah dilakukan, kami tidak mempunyai masalah lain jadi rawatan boleh difokuskan kepada satu masalah sahaja (polycystic). Dr Ng tanya sama ada untuk cuba inject hormon kali kedua. Pada masa yang sama, Dr Ng juga ada menerangkan mengenai IVF (dengan kos kira-kira Rm18k untuk satu percubaan lengkap) untuk rawatan yang lebih cepat dan high potential. Tapi kite mengambil keputusan untuk hold dulu, sebab nak cuba secara sendiri dulu.

Dari segi pengambilan clomid tetap diteruskan dalam rutin yang sama (selang bulan). Folic acid tetap tak tinggal. Pemakanan dijaga sebaik mungkin. Kami dah tak ambil sebarang fast food, megi, junkfood. Minum pula kami tak minum air kelapa, tebu, berkarbonat dan kafein. Semua makanan dan minuman yang perlu dielakkan, kami pantang.

Ibu memang ada cadangkan untuk mencuba Biodex (melalui iklan-iklan yang terdapat dalam majalah) tapi kite refused, sebab nak cuba regulatekan period dan usaha secara semulajadi dahulu. Tapi setelah beberapa bulan period datang dengan tetap dan pemakanan dijaga dengan baik masih belum ada sebarang berita baik, kite mula consider untuk mencuba Biodex.

Pada mulanya, kite pergi ke beberapa toko-toko jamu untuk bertanya secara lanjut mengenai produk Biodex dan apa yang sesuai untuk diambil, bersesuaian dengan masalah kite. Tapi apa yang menghairankan, setiap toko jamu mencadangkan produk yang berbeza. Buat kite rasa tak puas hati dan confuse. So, at the end, kite mengambil keputusan untuk pergi ke HQ Biodex di Seri Rampai.

First visit, kami hanya dapatkan consultation dahulu dengan consultant Biodex. Kami terangkan apa masalah yang kami hadapi dan consultant memberi pandangan dan cadangan produk yang bersesuaian. Bila dah dapat penerangan lengkap, barulah rasa puas hati. Tapi kami tak terus buat keputusan untuk beli, kami balik dulu untuk fikir dan berbincang (takut tak berbaloi dengan harga yang dibayar, which agak pricey). At the same time, masih meneruskan usaha pemakanan secara semulajadi.

After few months, setelah difikir sebaiknya dan cukup duit tabung :p, kami pergi semula ke HQ untuk membeli set suami isteri, yang disarankan kepada kami, bersesuaian dengan masalah kami.. Consultant pun memberi penerangan mengenai cara pemakanan yang betul, dan jadual pemakanan setiap produk. Ini adalah satu lagi kelebihan bila kami beli di HQ, yang tidak terdapat di mana-mana toko-toko jamu yang kami dah survey. Lebih-lebih lagi, tak lama lagi nak berpuasa jadi consultant berikan sekali jadual pemakanan sepanjang bulan puasa. 

Bermula 23 Jun 2013, kami suami isteri memulakan usaha kami dengan Biodex. Tak semua produk habis serentak, jadi bila antara produk dah habis, kami top up je, beli dekat mana-mana toko jamu. Dan Alhamdulillah, kira-kira dua bulan, pada 24 Ogos 2013, kite dapat positif UPT! For the first time ever! (Sepanjang pemakanan kami selama 2 bulan, hanya 2 produk sahaja yang di top-up daripada set yang kami beli di HQ. The rest masih mencukupi dan ada yang masih berbaki selepas 2 bulan).

Bukan nak terlalu mempercayai Biodex, kemungkinan kami serasi dengan Biodex, dan yang pasti, dah tertulis rezeki kami. Tapi Alhamdulillah, dengan Biodex, usaha kami untuk mendapat anak berjaya... Syukur...

.....

Kepada TTCian dan PCOSer.. Kite faham dengan masalah korang, tu sebab wujudnya blog ni (As I stated in my 'About'). So,


Perkongsian ini adalah daripada pengalaman sendiri (jujur, tak tipu, tak berbayar). Biodex merupakan makanan tambahan yang memberi/melengkapkan kekurangan nutrien dalam badan. Bagaimanapun,, seperti ubat/ supplement tambahan lain, ia tetap bergantung kepada keserasian setiap individu. Dan apa yang lebih penting, semua rezeki adalah daripada Allah.

Sepanjang kami berusaha, kami tak terlalu fikirkan mengenai kos. Benar, kos memang tinggi. Dari jumpa gynae nak buat pemeriksaan dan ujian, kemudian nak beli supplement dan pil-pil (clomid, folic acid), semuanya menelan ribuan ringgit. Alhamdulillah hubs tak pernah berkira dan sentiasa memberi sokongan penuh dari segi emosi dan wang ringgit (memandangkan kite tidak bekerja). Kami sentiasa positif takpelah, walau kena buat IVF sekalipun, duit boleh dicari. Rezeki anak tu yang lebih penting.

Itu usaha dari sudut yang lain. Dari sudut rohani, (kite bukanlah orang-orang alim atau baik), tapi kite perbanyakkan solat hajat, mengaji Al-Qur'an setiap sebelum/selepas solat. Alhamdulillah, sepanjang berusaha, kami berada dalam rahmat Ramadhan jadi mungkin ada kelebihan yang tersendiri..

Semoga rezeki milik kalian, dan untuk diri sendiri, kite berharap untuk anak-anak yang seterusnya, rezeki dipermudahkan.

Wednesday, July 1, 2015

No More Tandem Swing

Usually kalau nak naik buaian, mommy akan pangku Shazrie Iman (except buaian yang memang untuk babies). Tapi masa main dekat playground petang tadi dengan daddy, for the very first time, Iman naik buaian sendiri! I mean tak tandem dah. Biasalah, ayah-ayah berani sikit nak ajar lasak-lasak ni.. Kalau mak-mak, takut terjongkang lah, jatuh lah. Huhu. Tapi walaupun pertama kali, Iman takde terjatuh. Siap pandai lagi nak break kaki kalau nak berhenti *Proud mommy*

EVA Play Mat

Bilik kami berlantai mosaic. Ada karpet kecik je, cukup untuk satu part. Tapi bila Shazrie Iman dah makin ligat main, dia asyik terjatuh je. Tersembam la, tergolek la. Kepala berdentam dentum kena lantai. Belum kira kalau dia terjatuh dari katil. Aduhaiiii memang macam-macam!

Nak beli carpet, yang 1 kecik tu pun mommy malas nak uruskan bab cuci mencuci. Tapi tak boleh tahan, finally mommy cari alternatif lain - eva play mat. Mat yang sesuai sangat untuk babies and kids.


Mommy beli online (erm dari instashop actually) dengan harga RM95 including postage untuk alphabets (A-Z) and numbers (0-9). So 36 pieces.

Kalau tengok, memang comel sebab colorful, ala-ala macam dekat tadika gittew. Takpun macam dekat any indoor playground. Tapi rupa-rupanya, ada 'muslihat' disebalik kecomelan itu!
Setelah hampir sebulan pakai, barulah mommy sedar yang :

- Mommy kena kemas lebih sebab Shazrie Iman suka betul cabut nombor atau huruf, or even cabut jigsaw itself! Memanglah otak-otak sedang berhubung tapi kalau dah sehari 50x mommy nak kena kemas and pasang balik, geram jugak. Belum lagi nak kena buat treasure hunt cari dekat mana serpihan-serpihan menghilang. Daddy suruh selotape je jgn bagi dia tertanggal tapi mommy belum bercadang nak laksanakan cadangan tu. Tahap kesabaran belum off limit agaknya. Huhu.

- Kalau nak mengemas lagi payah. Nak menyapu/mop lantai. Makanya kenalah cabut semua satu persatu (kalau tak satu persatu pun dia akan bercerai-cerai jugak). Dah cabut-mop/sapu-pasang balik. Eh tambah pulak kerja kite. Kalau carpet, senang je. Sekali angkat, settle!

- Bab-bab pembersihan setakat ni belum nampak lagi sebab biasa lap je gitu dengan tisu basah. Then air dry. So point positif kat sini.

- Dari segi ketebalan, better daripada carpet RM190 yang mommy mintak daddy beli dekat Nilai. Playmat ni lagi tebal (ketebalan 0.8cm). Tapi penyerapan hantukan kepala Shazrie Iman belum teruji sebab bila dah beli ni, dia takde pulak terjatuh. Ada jatuh, tapi dekat lantai yang tak berkarpet. Boleh tak??

- Since dia boleh cabut-cabut, so kelebihan dia kita boleh bubuh ikut ruang yang ada, flexible. Takyah lah nak angkat-angkat perabot kalau nak letak. Sekadar dekat ruang yang diperlukan. Yang ni mommy suka sebab bilik dah lah penuh dengan barang so senang kerja mak.

- Dari segi kualiti, kita kena tengok dulu jauh mana dia boleh pergi. Berbaloi ke tak dengan RM95 yang dibayar. Huhu.

Biasalah setiap benda ada pro and cons. Yang pasti, daddy request mommy suruh beli lagi nak biar bagi penuh satu bilik (penangan anak jatuh katil salah landing).