Pages

Saturday, June 4, 2016

Floria 2016

First time kite pergi Floria masa tahun 2009. Rasanya tu tahun pertama Floria diadakan. Zaman belajar, of course pergi dengan kawan-kawan :). Semangat nak bergambar je lebih huhu

Throwback sikit gambar lama masa mommy kurus :p.
Actually ada lagi sorang, Shela (yang ambil gambar)

Then the next year, 2010 pergi lagi. Tapi kalini pergi bertiga, Shela and hubs. But of course tahun ni kawan je ok dengan hubs haha. Bukan friendzone, cuma masih dalam stage berkawan kata orang *poyo*

Ok. Gambar ni poyo. Tapi ni je gambar yang ada (me and hubs)

Lepas tu, takde dah nak pergi Floria. Malas. Panas. Dah takdela pergi semata nak bergambar bagai. Sesi gambar-bergambar ni dah lepas. Mungkin pasal faktor usia hohoh. Sampailah ke tahun ni, 2016.. Nama pun dah upgrade Floria Diraja (?) Lebih kurang gitu la namanya.. Sebab utama nak pergi sebab hubs terlibat sebagai kontraktor untuk Floria kalini. Berminggu-minggu dia dengan projek ni. Ada tu sampai ke tengah malam ok!. So saje lah nak bagi support walaupun kena bayar jugak. Ceh. Plus, nak bawak Shazrie Iman berjalan tengok bunga-bunga and lampu-lampu kononnya.. Macamlah dia dah faham haha.

Asalnya nak ajak nenek dengan atok sekali since diorang tak pernah jejak pun mana-mana Floria. Tapi pasal atok nenek macam takde masa je nak datang, so kami pergi jugak tiga beranak. Tu pun second last day (3/6) baru berkesempatan. 

Masa nak pergi tu dah petang. Hari pun mendung semacam. Dah 50-50 nak pergi. Yelah, dia kan outdoor. Kalau hujan, payah pulak. Tapi bila fikir-fikir balik, nekad jelah pergi. Lagipun kite nak buka puasa so boleh berbuka dekat situ (ye baru terhegeh-hegeh nak mengganti puasa).

Dekat one of pintu masuk

And memang pun hujan.. Tapi time tu kami dekat foodcourt, kite tengah berbuka. Agak lebat.. So sambil makan, sambil tunggu hujan reda. Ngam-ngam hujan reda (gerimis sikit-sikit), kami pun mulalah gerak semula..

Tengah tunggu time nak berbuka, di food court
Ada cats expo tapi tak dapat nak masuk sebab dah tutup. Tak perasan dia tutup awal. Kalau tau, pergi situ dulu sebelum pergi makan. So kami divert kan tujuan ke petting area (rabbits). Berkira-kira jugak sebab nak masuk kena bayar (serious tak ingat berapa!) And bayaran tu rasa macam tak berbaloi je kalau untuk setengah jam (tempoh unlimited tapi mesti lah kami takkan lebih dari setengah jam dalam tu). Tapi memikirkan nak try bawak Iman, biar dia merasa, pejam jela mata masa bayar tu huhu.   

As expected, Iman tak hingin pun masa mula-mula masuk. Bukan setakat nak berkepit, jejak kaki dekat lantai/tanah pun tak nak. Tapi kite paksa jugak. Dah bayar nak oii. Tengah dalam proses paksa memaksa, ada pulak rabbit yang friendly,  usik-usik kaki Iman. Dah kena usik tu, mula lah dia syok, barulah dia nak turun nak main-main dengan rabbit tu. Tapi setempat jelah. Takkesah la, janji takdela duit entrance fee rugi camtu je hoho. 







Bila one of rabbit dah mula mesra alam. Ada vid actually tapi tak ambil pulak dr hp hubs.
Kalau rajin update, masukkan the vid.
Masa kami dalam petting area tu, hujan turun lagi. Takdelah lebat, tapi bolehlah nak dijadikan alasan kena beli payung. Nasib baik Iman dalam stroller, senang kami nak bergerak. And yes, tak sampai setengah jam, kami dah meneruskan perjalanan pusing-pusing Floria dalam keadaan gerimis.

Malas nak cerita panjang, ni antara gambar yang daddy sempat snapped. Hujan on off. Tapi lebih banyak tak hujan.

Mommy orang Johor, so wajiblah bergambar dekat sini, kononnya..



Dengan payung yang baru beli
Tempat ni famous. Kalau orang pergi sini mesti wajib bergambar dekat sini.
So mommy pun nak lah jugek sekeping...

Pusing punya pusing, dalam sejam kami dalam tu, kami pun balik..

So kesimpulannya, dalam gambar-gambar dah tunjuk yang Iman tak amik port pun dengan Floria ni. Haha. Whateverlah anak. Kita cuba lagi tahun-tahun hadapan, kalau ada kerajinan :)

p/s : We were so lucky hujan setakat gerimis je. Tu pun on off. Dekat KL, area Sungai Besi especially hujan lebat gila siap dengan ribut ok! Fuhh nasib baik lah Putrajaya tak sampai macam tu.

Wednesday, June 1, 2016

Minum Air Gula Grrr!

2 minggu lepas (to be exact, 18th May), pergi KK untuk monthly check up 4 bulan. Pergi sendiri je sebab malas nak mintak hubs hantar. Iman tinggal rumah mak mertua. Alhamdulillah, semua normal. Badan pun makin semangat :p, 54kg!! 

Masa nurse check, dengan gatal mulutnya kite boleh pulak pergi tanya pasal gdm (ibu yang pernah ada gdm in previous ada potensi untuk tidak ada gdm in the next pregnancy tak). Bila dah ditanya soalan macam tu, baru nurse terperasan yang kite belum minum air gula lagi. Kite cakaplah perlu ke, sebab masa dulu pun gdm detected during 8th months so tunggu jelah masa dah third trimester huhu. Dia kata perlu, as a pre caution. Aduhai.. Sikit sebanyak menyosal den tanya haha. Tapi takpelah, for the sake of the baby, kurelakan juaa *ayat sedapkan hati*.

Mulanya nurse nak schedulekan masa bulan puasa, sekali buat time apooinment 5 bulan. Tapi kite tak nak, sebab macam sayang je nak korbankan sehari puasa (padahal tak tahu lagi mampu ke tak berpuasa penuh tahun ni). So dia setkan appoinment untuk minum air gula hari ni (1 Jun). 

Datang pagi tadi sendiri sebab kalau pagi, Iman belum bangun lagi. So hubs boleh la tunggu rumah, tak payah nak kejutkan dia. Lagipun datang semata nak minum air gula je. As usual, sebelum minum air gula, kena ambil darah dulu setiub. Dannnnn tibalah hazabnya menelan secawan air gula yuckk!!! Dekat 2 tahun tak hadap. Lama jugaklah nak perabiskan secawan tu. And boleh pulak last teguk rasa nak muntah. Dengan nurses yang dalam bilik tu pun takut kite muntah haha.

Dah minum pagi tu, sempat pegi tapau nasi lemak (teringin pulak nasi lemak dekat tasik) and balik rumah tengok anak dan laki huhu. Iman baru jugak bangun so kite siap-siapkan lah dia and pergi KK semula ngam-ngam time sepatutnya untuk ambil second tube darah.. Setel!

Berdebau nak tunggu result masa appointment 5 bulan 23hb ni. Harap-harap semuanya ok ok je (padahal banyak melantak benda manis) huhu.

Monday, May 16, 2016

Junior Pianist In the Making

Dekat rumah ada drum, simbal dan xylophone. Memang Iman suka main. 
Haritu (14/5) ada pergi rumah nenek umi, saja try kan organ yang ada dekat rumah nenek umi tu. Tak sangka Shazrie Iman reti main walaupun first time! Huhu


*Tolong abaikan suara-suara latar*

Daddy kata kena keluarkan balik lah organ daddy yang tah kat mana simpan. 

Thursday, May 12, 2016

2nd Birthday Present

Since tahun ni takde birthday party, mommy request daddy belikan Shazrie Iman few presents for replacement. Ok nampak sangat mommy yang over. Nasib baik daddy ok je, nak melayan huhu.

Antara hadiahnya ialah :



And tool set dari Ikea. Actually mommy plan nak belikan yang siap pretend play punya. Tapi tiba-tiba balik dari Ikea, Iman dok main. Tak perasan daddy ada belikan rupanya.

Belum cukup lagi sebenarnya. Mommy ada satu lagi hajat nak belikan Iman :p. Drum set sebab Iman memang suka main drum. Tapi nanti la dulu. Hold dulu kasi drum yang ada dekat rumah (beli masa Iman baby lagi) betul-betul jahanam. Huhu.

Happy birthday sayang! Main elok-elok noohhh

Wednesday, May 11, 2016

Morning Sickness

Sampai sekarang still tak faham kenapa di panggil morning sickness sedangkan  bukan pagi je alahan ni ada, biasanya seharian!

Betul orang kata, tak semua pregnancy akan sama dari segala segi, termasuk alahan. Masa first pregnancy dulu lain. Untuk yang second ni lain. Antara alahan yang kite rasa untuk kali ni ialah :

Mual dan muntah-muntah.
Yang ni memang tak boleh elak. Tapi tak seteruk dulu, muntah sampai lembik. Tak pasti sama ada sebab kite makan pil Veloxin, atau memang kebetulan tak seteruk dulu. Veloxin tu pun bukanlah ambil hari-hari. Ambil beberapa hari je, tu pun sebab nak kena study untuk interview PTD. Or maybe sebab busy sangat dok fikir macam-macam since masa tu jugak sibuk dengan wedding adik-adik ipar  so kurang lah rasa nak muntah tu (tiap-tiap hari akan muntah. Tapi takdelah sepanjang hari. Certain time je)

Letih yang amat sangat dan cepat mengah!
Seriously takdelah dilayankan sangat or mengada-ngada, tapi memang malas giler nak buat apa-apa. Dari memasak sampailah mengemas. Rasa nak tidur dan baring je sepanjang hari. 

Sentiasa lapar
Setiap sejam dua, mesti kena makan. Tak dapat makan nasi, sumbat pape pun jadi, janji perut tak lapar. Kalau dah datang time lapar tu, jam tu jugak nak kena cari makanan. Kalau tak, rasa nak mengamuk je angin satu badan. Siang ok lagi. Kalau malam, memang boleh dikatakan rutin untuk bangun 2-3 kali sebab lapar sangat! Bangun untuk minum secawan milo dan sekeping roti pun dah cukup.

Sakit badan, sakit pinggang dan sakit belakang
Nak berjalan pun slow-slow (selain pasal sakit badan, kalau lincah sikit je mesti rasa mual). Apatah lagi nak buat kerja rumah or melayan plus dukung Shazrie Iman. Memang tak larat. Sikit-sikit kena mintak hubs urutkan/sapu minyak dekat belakang/pinggang. Sampaikan hubs yang tak berapa rajin nak mengurut sanggup keluarkan balik mesin urut ogawa yang ada, readykan siap-siap dekat satu tempat dalam rumah so that each time kite sakit pinggang, boleh layan diri untuk pakai benda tu, urut badan.

Gatal-gatal badan, terutamanya kaki
Menggaru tak ingat dunia. So sila bayangkan scar yang ada dekat kaki. Jadi buruk dah, nak pakai skirt/shorts pun kena fikir banyak kali pasni :(.

Mucus discharge
Agak teruk! Kena kerap tukar panties (Tak suka pakai panty liner sebab mudah melecet). Kadang-kadang tu boleh gatal-gatal walaupun dah kerap tukar panties. Sampaikan segan dengan hubs sebab asyik tergaru-garu je huhu.

Breast over sensitive
Shazrie Iman still breastfeeding. Susu dah makin berkurang. Bila pregnant lagi lah mula nak kering. Tapi dia suka jer nak bergayut. Kalau dulu ok je, dengan siap sebelah lagi dia buat gentel. Tapi sejak pregnant, rasa nak marah je setiap kali dia mintak. Rasa hati ni panas je, sampaikan rasa dah hilang keikhlasan nak breastfeed tu. So tekad nak ceraikan susu, kalau tak nanti dosa makin menimbun pulak, plus lagi tambah kesian dekat dia asyik kena marah je.

Tu je kut antara alahan/gelagat awal pregnancy kali ni. Kalau dulu anak first, boleh lah layan alahan tu dengan melepek je. Tapi sekarang tak boleh nak dilayan sangat. Tapi Alhamdulillah hubs, family mertua and ibu sendiri banyak membantu, especially hubs. Hubs uruskan rumah dan Shazrie Iman dari awal pagi sampai tidur malam. Tengahari hantar makanan, malam pun sama beli makanan. Kadang tu mintak hubs bawak Iman ke rumah mertua so that terjaga lah dia especially bab makan dan nak melayan main. Ada siap balik Rawang few days sebab mintak ibu pulak jagakan Iman while kite melepek je tidur. 

Dan kebetulan rumah mertua sibuk nak buat majlis kahwin, so tak dapatlah nak rahsiakan awal-awal, tak macam masa first pregnancy dulu. Almost semua kawan mak dan jiran-jiran dah tau yang kite pregnant due to asyik Iman je dekat rumah mak mertua without kite, of course diorang curious mana kite huhu. Dah tak pasal-pasal semua tahu kite mabuk kepayang :p.

Alhamdulillah, masuk je 3 bulan, sikit demi sikit sickness hilang dan boleh hidup normal balik completely bila cecah 14 weeks huhu. I can't imagine kalau next pregnancy (InshaAllah!), dengan dua anak, lagi rupa macam mana agaknya. Huhu.

Monday, April 25, 2016

Shazrie Iman 2nd Birthday

Alhamdulillah.. Pejam celik, dah 2 tahun anak sulung kami.. Kalau tahun lepas, kami ada lah buat makan-makan sekeluarga dengan theme Dinasour untuk celebrate birthday Shazrie Iman, tahun ni pada mulanya mommy dah berangan nak buat makan-makan between families jugak. Nak buat theme Timmy Time kononnya sebab Iman suka betul tengok kartun tu. TAPI... Angan-angan jelah.. Disebabkan keadaan kesihatan mommy yang kurang mengizinkan, mommy tak dapat nak plan pape untuk Iman tahun ni :(

Simple celebration. Ahad 17hb kami pergi makan-makan (secara kebetulan) dekat Tony Roma's Pavilion dengan MakNgah and nenek.




Dan on 20th, pergi family dinner dekat Secret Recipe The Mines je.. Itu pun sebab nak beli kek sepotong.




Beza reaction Iman bila kena nyanyi lagu birthday tahun ni and tahun lepas : tahun lepas menangis. Tahun ni cool je, malu-malu meow. C'mon la mommy.. Iman dah besar, dah nak jadi abang pun kan.. Huhu

Sunday, April 24, 2016

Kucing Wannabe?

Tak sangka pulak dah cecah umur 2 tahun Iman ada kuasa jadi kucing :p.
Bila sel-sel otak berhubung. 
Penangan pengaruh kucing dekat rumah nenek dan tokma.
Biarkan saje wahai anak..


Thursday, April 21, 2016

Buku Pink Kedua

Complete vaccination (except pneumococcal) untuk Shazrie Iman in the morning, mommy dah mula monthly routine untuk buku pink pulak (Baik punya timing kan hoho), in the afternoon . Kira seharian lah melangut dekat KK. Ok tipu, balik lunch and rehat-rehat dekat rumah in laws dulu before datang balik.

As previous pregnancy, dah 3 bulan baru bukak buku pink. Kebetulan masuk 3 bulan lebih kurang dengan time appointment Iman, so pilih untuk buat pada hari yang sama..

And as usual, pagi tu kena ambil darah dan urine test. Alhamdulillah, Hb ok. cuma urine test tak berapa cantik since kite kurang minum air (pagi tu still ada muntah sikit). Berat, awal-awal dah gomok :( 52.5kg huk!!. 

Masa nak bukak buku pink tu pulak kena lah interview lebih sikit including bab medical history, previous pregnancy and labour dan juga family planning. Walaupun dah mention irregular period, nurse still bagi edd yang ikut kiraan regular period : 4 Oktober. Maybe pada orang lain tak berapa kisah dengan edd tapi kite a bit concern since experience gdm, which sangat bergantung dengan due date untuk tentukan masuk ward (kalau still tak beranak). Kalau ikut Dr Ng (through scan), due date kita 28 Oktober. Kite percaya lebih sikit dengan Dr Ng sebab masa Iman lahir, memang ikut betul-betul due date dia (edd KK bagi 19hb. Since beza sehari so tak kisah sangat). 

Dah check perut, kena jumpa doktor untuk scan pulak.. Masa doktor scan, dia kata perkembangan baby kite tak macam dah 4 bulan (kalau ikutkan dari kiraan nurse). So, kite bagitahu doktor yang kite irregular period dan kalau ikut gynae yang dah scan sebelum ni, kite baru 3 bulan (on that day) dan due date kite 28 Oktober. Doktor setuju dengan kite dari segi 3 bulan tu sebab dia kata memang perkembangan baby nampak on that stage. So doktor berusaha lebih untuk dapatkan angle scan yang membolehkan dia dapat due date yang lebih kurang dengan gynae. (Memang ambil masa jugak lah doktor gelek-gelek dekat perut. Tak macam Dr Ng, sekali letak je dah dapat huhu. Maybe sebab kecanggihan mesin scan tu or kepakaran doktor tu sendiri). Whatever it is, Alhamdulillah, doktor dapat dan beri due date baru yang sama dengan Dr Ng : 28 Oktober 2016..

My next visit to KK will be on 18th May. 

Temujanji 2 Tahun Shazrie Iman

Walaupun semalam birthday Shazrie Iman yang ke 2, kenalah jugak mengadap KK untuk check up dan completekan vaccination. Actually sepatutnya dapat final vaccine masa 18 bulan. Tapi kementerian (kata nurse KK) dah ubahkan final dos ke 2 tahun. So untuk visit kali ni, selain regular check up dan dapatkan ubat cacing, kenalah Iman dapat sedas cucuk huhu.

Untuk dipendekkan cerita, ini perkembangan fizikal Shazrie Iman mencecah umur 2 tahun :

Tinggi : 80.5cm
Berat : 9.5kg 

Walaupun BMI ok dan berat masih berada dalam graf normal, mommy still tak berapa happy dengan berat Iman. Kalau boleh nak lah bambam sikit. So mommy kena berusaha lebih bab sumbat Iman makan *sigh*

Memandangkan Iman dah berumur 2 tahun, tapi masih belum dapat berkomunikasi dengan betul (tak pandai cakap lagi!! or speech delayed which Iman reti sebut few words sahaja eg air, daddy), terus nurse referkan pada doktor. Doktor interview lah sikit sebanyak dan minta kami jawab ujian saringan perkembangan tingkah laku kanak-kanak (M Chat) yang ada dalam buku biru tu. Alhamdulillah, ujian tu Iman lulus, cuma sangkut 1 soalan je tang Iman suka mengelamun (and getting lesser by months). Tapi doktor still referkan pada yang lebih pakar : speech therapist dan kami pilih di Hospital Serdang sebab paling dekat. 

Nota : Walaupun ada surat rujukan daripada KK, still kena pergi Hospital Serdang untuk dapatkan tarikh temujanji pertama. Tak boleh nak buat appointment through call. So a bit payah sikit especially bab nak dapatkan parking. Faham-faham jelah..

Untuk vaccination, for the first time (and last), daddy yang pegang Iman since mommy tengah tunggu giliran kena panggil untuk buku pink pulak. So daddy a bit awkward (takde pengalaman) plus Iman pulak dah lama tak kena inject, so ada lah terkejut sikit masa mula-mula cucuk tu. Nasib baik mommy ada, cepat-cepat tolong hold kaki dan tangan Iman. Menangis? Takdelah.. Iman hero mana menangis.. Menangis pun sikit je sebab terkejut.. Huhu.

Setel injection, pergi ambil ubat cacing (bentuk pil kecil je) untuk dikunyah sebelum tidur.. Risau jugak takut Iman tak nak makan. Tapi ok je dia kunyah, rasa sedap agaknya. Hasil makan ubat cacing, selambak poo-poo esok pagi. Hahaha. Nampaknya kami laki bini kena jugak makan ubat cacing ni setelah berkurun tak makan. Kalau ingat nak pergi beli dekat farmasi lah :p.


Thursday, April 14, 2016

Our First Date! (of Second Pregnancy)

After confirm double line, tak dapat nak agak dah berapa minggu. Ikutkan nak je pergi mana-mana klinik untuk scan but hubs insists nak pergi jumpa Dr Ng terus. So on 3rd March ajak hubs pergi Dr Ng, setelah 2 tahun tak pergi menabung duit dekat sana hoho.

Takku sangka Dr Ng ingat kami lagi. Mana mungkin dia lupa salah sorang patient yang dah melabur banyak dekat dia huhu. Or untuk fikir yang lebih rasional, maybe sebab tak ramai patient Melayu dia, so senang dia nak ingat.

Through ultrasound, the embrio baru 5-6weeks. Masih awal patut pun masih takde rasa mabuk huhu. And it looks fine. Maksudnya, berada dalam rahim, dan dah ada degupan jantung. But still kena datang lagi in another few weeks untuk monitor perkembangan baby plus dapatkan due date.

Nak share gambar scan tapi tak berapa nampak lah sebab doctor print yang belum di zoom. Maybe next time kut?

Dalam 2 tahun tak datang, rate pun dah naik. Kalau dulu untuk consultation RM50, pastu baru ditambah service fee yang lain (scan etc etc). Tapi sekarang, each pregnancy check up akan terus dicaj RM200. Tak termasuk 4D scan yer.. So, untuk first visit ni fee kami RM203, termasuk print gambar 2D scan.

Nasib baiklah tak datang tiap-tiap bulan, datang bila nak scan je. So tak terasa sangat. Cadangkan jugak dekat hubs untuk scan dekat tempat lain, which way cheaper tapi so far hubs masih nak stick dengan Dr Ng. Tak taulah kalau dia berubah fikiran akan-akan datang. Nampaknya mommy kena try usha-usha klinik yang ada ultrasound canggih tapi harga yang lebih ok, tu pun kalau rajin lah kan :p.

We Are Expecting!

Dah lama tak update blog since my last entry. Actually banyak draft tapi tak sempat nak perkemaskan and publish due tu terlalu sibuk dengan urusan dunia hamboih. Dari awal tahun sibuk dengan urusan permohonan PTD (Akan cerita nanti). Then sibuk pulak dengan persiapan majlis perkahwinan adik-adik ipar. Tapi sebenarnya yang lebih tepat, tak dapat nak update blog sebab keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan : morning sickness.

Memang kami plan nak tambah ahli keluarga tahun 2016 ni. (Sebab kalau boleh nak ada 2 anak by 30 heuheu). Tapi takdelah terlalu tekankan memandangkan period kita masih tak teratur (I am a PCOSer, remember. Tambahan pula masih breastfeeding) dan masa nak dapat Shazrie Iman pun bukanlah satu proses yang mudah. Plus, kalau boleh kite ingat nak ada secure job dulu almaklumlah dah tua still jobless huhu. Tapi Alhamdulillah, tak disangka, memang rezeki kami sangat dipermudahkan untuk kalini..

Family Planning
Kami memang plan nak jarak dalam 2-3 tahun so that dapat focus ke Iman dulu, and tak nak jarak jauh sangat sebab faktor usia hukhuk. Tapi kami takde ambil apa-apa ubat/suntikan untuk merancang keluarga, just plan sendiri je (withdrawal/pull out method). Tak berani nak ambil ubat sebab tak nak risk masalah PCOS. Actually dah consult doctor and sebenarnya takde masalah pun nak apply any method cuma kite sendiri yang tak nak.

Since Iman lahir 2014, maknanya 2016 dah boleh try to conceive (TTC). Since irregular period the whole 2015, so dah ada perancangan dengan hubs untuk start over what we did time Iman bila masuk 2016  : jumpa gynae, makan clomid, and ambil Biodex lagi kalau perlu. Memang kami dah bersedia dari segi mental dan kewangan. Cuma kami takdelah nak tekankan mesti nak kena pregnant in 2016, cuma dah boleh bersedia.

OPK Strips
Unexpectedly, 29 December 2015 kite period. Since period, kite terfikir untuk cuba dulu sendiri sebelum jumpa gynae, maknanya using OPK strips untuk tahu waktu subur. Jam-jam tu lah baru beli OPK strips banyak-banyak and mula mencelup. Tapi kite tak buat betul-betul ikut direction. Malas, and nak jimat OPK strips haha. Start celup pun bila dah hari ke 22. Pastu kite celup sekali sehari je, waktu siang dalam lepas lunch. Dan tak hari-hari, ikut gerak hati *ewah* bila nak test. But still, ada test dapat negatif, ada test tak sure negatif ke positif haha. So kami takdelah ikut betul-betul result test tu, still TTC jugak whatever the result was cuma kalau result macam not sure negatif or positif tu, kami make sure mesti try heh. Cuma dengan segannya nak sampaikan di sini adalah memang kena kerap and rajin sikit lah untuk TTC tu sampailah hari ke 34. Phew! (Stop at day 34 sebab beberapa kali try OPK negatif, so maknanya dah time to stop kut)

Early Februari, dapat tahu yang PTD intake 2016 tak boleh tangguh dan tak boleh nak pregnant. Ah sudah. Masa tu macam alamak, larilah plan nak mengandung tahun ni (atleast kena tunggu sampai bulan 5 baru boleh sambung TTC balik sebab urusan proses pengambilan PTD settle by May). Bila dah bincang balik dengan hubs sama ada nak teruskan dengan PTD or tak, kami decide untuk try je.. Taktau rezeki yang tertulis mana satu, kan.. Jadi kite pun meneruskan perjuangan PTD dan tangguhkan dulu bab-bab pregnant ni. Lagipun untuk TTC, the next step kena tunggu datang period dulu.

One fine morning in early March (to be exact on 2nd March), kite terjumpa satu UPT. Entah macamana rasa macam nak try jelah test, sebab malas nak simpan UPT tu. And surprisingly, it turned double line!!! Ya Allah memang tak sangka sangat. Tunjuk dekat hubs dalam perasaan yang eh betul ke ni? Maybe ralat kut sebab kebetulan dua hari sebelum tu kite baru je cabut gigi geraham bongsu so memang banyak gila makan ubat tahan sakit, so takut effect dekat urin. (Sebenarnya mmg takde kena mengena pun, tapi saja je nak buat jadikan alasan since terkejut :p)

Untuk betul-betul pastikan keputusan UPT tu betul ke tak, that whole day tak makan ubat langsung dan malam tu ajak hubs pergi farmasi untuk beli UPT baru. Malam tu jugak terus test dan ya, takde sebarang ralat.

Atas : Test pagi. Bawah : Test malam. 

Ya Allah betapa Allah permudahkan usaha kami kalini.. Syukur.. Mungkin memang rezeki ini yang telah tertulis untuk kami, bukan PTD sobs. Kami ambil keputusan untuk pergi jumpa gynae, Dr Ng untuk further check up sebelum share the news to family members. Will share the story in other entry.

p/s : Time ni belum mabuk lagi, maybe sebab awal sangat.


Wednesday, April 13, 2016

Sepetang di Teratak Tokwan

Dah beberapa minggu atok sibuk sangat nak bawak Shazrie Iman ke Teratak Tok Wan, tapi belum ada kesempatan. Kebetulan ada ke rumah atok, layankanlah jugak hajat atok tu..

Teratak Tok Wan terletak dekat Rawang (I don't remember exact nama tempat), dekat area-area Tesco Rawang. Sebenarnya dia rumah kampung or tanah lot, then ada buat few kolam dengan menggunakan tadahan air semulajadi, air sungai kut. Dikenakan bayaran untuk mandi per head, tapi at minimal fee. Rasanya dalam RM2 je kut. Eh ye ke? Yang pasti below RM5 lah.

Selain kolam, ada jugak disediakan few homestay. Tapi tak tanya lebih la, cuma yang diberitahu homestay memang dah fully book for the whole year 2016. Wow!

Kebersihan kolam dan keadaan sekeliling tak perlu risau. Parking space no problem. Disediakan juga pangkin/ruang rehat, surau, tandas dan shower. Kira memang cukup selesa sangat dan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.

Makanan jangan risau, boleh je bawak. Tapi tak dibenarkan lah nak makan area kolam. Ada juga jualan snek dan minuman sejuk dekat kaunter pembayaran.

Kami datang hari biasa, so takde siapa pun.. Masa baru sampai adalah beberapa budak yang datang dari area berdekatan mandi. Berkubang dengan kawan-kawan, datang naik basikal. Maybe waktu sekolah sesi pagi kut (budak sekolah rendah). Bila dah petang sikit, tinggal kami berempat je. Since atok yang beria ajak Iman, jadi mommy dan nenek biarkan je atok yang melayan Iman huhu.

Mula-mula Iman takut-takut, tak nak masuk kolam.

Dah lama sikit tu, jangan kata pelampung, atok pegang pun tak nak dah.
Nak mandi sendiri. Hamboi..
Dekat sini ada 3 kolam berbeza kedalaman. Kolam yang lebih sesuai untuk kanak-kanak, yang macam Iman mandi. Kedalaman dia paras dada budak 2 tahun (gambar atas)

Then ada kolam yang kedalaman sederhana. Tak pasti berapa dalam, tapi kalau tengok budak-budak yang mandi umur 12 tahun tu, adalah paras dada/bahu diorang.

Kolam yang kedua.
Kolam yang ketiga lebih dalam, sesuai untuk dewasa. (As usual, kedalaman dia bukanlah sama, a bit slanted). Siap ada slides lagi. Tapi masa kami datang still under renovation, so kolam tu ditutup.
Kolam yang ketiga. Rumah kelabu belakang tu la rumah tuan tanah, Tokwan.
Slides yang menghala ke kolam paling besar/dalam.
Atas tanah tinggi sikit tu lah tempat/tangki tadahan air sungai.
Dari situ air disalirkan ke kolam-kolam yang ada.
Kalau ada orang, Tokwan akan bukak saluran paip. Maknanya air akan sentiasa ditop-up (faham-faham jelah bila orang dah mandi-manda, air akan melipah keluar). Bila dah takde pengunjung yang mandi, air akan ditutup semula.

Dari segi kebersihan kolam, ok. Terjaga. Takdelah berlendir/berlumut. Kalau tak, jangan harap lah mommy nak bagi Shazrie Iman mandi huhu. Even sebelum kami pulang, kami sempat berjumpa dengan Tokwan dan isterinya yang mula sibuk mengemas dan membersihkan kolam dan keadaan sekeliling. So memang tempat ni terjaga dan tak perlu risau InshaAllah..

Since dekat je dengan rumah atok, for sure kami akan datang sini lagi. Huhu.

p/s : Ni adalah based pada pengalaman kami datang time takde orang. Kalau time orang ramai mungkin keadaannya berbeza. 

Tuesday, April 5, 2016

Wedding Adik-adik Ipar

Kite dan hubs anak sulung dalam family masing-masing. (Malah hubs merupakan cucu sulung dalam maternal family). So kami belum ada biras (in my situation, all my biras will be lelaki sebab hubs anak tunggal lelaki. Takde persaingan haha). Adik-adik umur lebih kurang and ada yang dah sesuai sangat lah nak kahwin. 

And yes, this year 2016, merupakan tahun pertambahan biras kite :p. Dua adik ipar kahwin serentak. Sorang dapat orang Terengganu, sorang dapat orang Perlis. Jauh-jauh menantu mertua :). Majlis nikah 1st April (malam) di rumah (dinikahkan sendiri oleh ayah mertua) dan majlis sanding keesokkan harinya, 2nd April di Dusun Contoh UPM. Boleh pulak time kenduri wrong timing (untuk kite) sebab tengah mabuk-mabuk 2nd pregnancy. So tak memasal ramai orang tau (especially jiran-jiran) yang kite tengah berbadan dua ewah.

Eh panjang pulak mukadimah. Sebenarnya nak tunjuk gambar je yang ada sekeping dua dalam hp :(

Mommy dengan daddy melaram atas pelamin orang sat. Sementara Iman still on the way dari Rawang.

Sebelum dinikahkan
Inilah keluarga mertua saya...

Dengan one of adik ipar (adik hubs nombor 2). Both of our baju tailored by my baby sis.

Apa yang menariknya dalam majlis kahwin ni (untuk kite la) ialah ada dua pelamin sanding sebab masing-masing ada taste masing-masing, tak nak share pelamin. Haha. Dan yang tambah 'menariknya', one of the pelamin was prepared by me and hubs ourselves! Sebab adik ipar request nak kami yang tolong buat and deco kan (of course dia bagitahu nak rupa macam mana).

Mak yang tengah mabuk-mabuk ni pun kerahkan jugaklah tenaga untuk tolong hubs from the scratch sampailah settle. And memang nak dipermudahkan, takde mabuk langsung sepanjang preparation and installation pelamin. Ah-may-zingg! And kami siap import (at first, import) nenek untuk mintak tolong baby sit kan Iman dekat rumah while kami bersilat pasang pelamin. Tapi at the end, nenek bawak balik Iman sampai ke Rawang sebab kami tak sempat nak siapkan on estimated time. (Due to major changes, so nak kena perah otak and buat few adjustment)  So, ini merupakan first time untuk kami tidur separate. And we survived! Huhu.

WIP. Tapi dah nak siap baru terfikir nak ambil gambar. Aiyoo.
Setelah bertungkus lumus beberapa hari (including ambil barang) dan beberapa jam mengerah tenaga kami laki bini, ini lah hasilnyaaa :

The (almost complete) dais malam sebelum majlis sanding. Tinggal final touch up (spotlight)
Lepas majlis nikah singgah jap tengok hasil titik peluh sendiri *poyo*
Dan majlis esoknya berjalan dengan lancar. Nasib baik cuaca pun tak hujan. Kalau tak, haru jugak. 
Selain sibuk jadi penyambut tetamu, uruskan bab-bab goodies, kami juga sibuk melayan family kite dan umi dan pakcik yang datang dari Johor semata untuk ke kenduri. Terima kasih umi sudi datang jauh-jauh!

Disebabkan kesibukan selain sibuk makan :p, so tak nyempat nak ambil gambar. Ni jelah sekeping dua yang ada :

Dengan pengantin 1, Syifa dan Jue. Pelamin dorang by bridal.

Dengan pengantin 2. Syamimi dan Amar. Gambar tak berapa cerah sebab guna hp and fotografer tak canggih :p

Selesai majlis, kami terus kemas mana yang patut. Barang pelamin yang kecil-kecil kami dah kutip and bungkus siap-siap. 

Sebelum balik rumah, singgah makan di Secret Recipe (padahal baru balik kenduri daaa) . Sampai je rumah, semua pun terbongkang tidur sebab kepenatan! Hoho.

Malam lepas dinner, baru datang semula ke Dusun Contoh sebab nak dissamble pelamin and bawak balik barang-barang sewa. Dekat pukul 1 lebih jugak la baru kami settle.

Child labour.
Mulanya nak tinggalkan dekat rumah mertua tapi pasal masing-masing dah kepenatan,
takut dorang tak terlayan pulak. Sudahnya kami bawak sekali.
Boleh jugak tolong-tolong *tolonglah sangat*

Selesai sudah majlis perkahwinan adik-adik ipar.. Tunggu nak naik pangkat jadi mak long je ni. Yeay! :p

Friday, February 5, 2016

Cheapest Bottle Ever!

Memandangkan kami mula nak intro botol susu secara serious ke Shazrie Iman, so misi pertama adalah mencari botol susu baru! Previously kami pernah try beberapa botol dan Iman pilih botol First Years Breastflow. Tapi puting yang ada, puting first step, which lubangnya sangatlah halus, dah tak sesuai untuk penggunaan Iman sekarang. So, kami bercadang untuk stick ke botol yang sama, cuma cari puting yang baru, yang lubang besar sikit.

Dah pergi beberapa tempat, memang payah nak jumpa botol First Years. Kalau ada pun, yang newborn set. Jadi kite ajak hubs untuk pergi tempat kitorang beli botol First Years yang dulu, di Parkson Alamanda Putrajaya. Time kami beli dulu tu memang banyak botol First Years Breastflow yang loose items.

Punyalah lama tak jenguk Parkson Alamanda, rupa-rupanya dah lain. Dan malangnya, jangan kata puting, sebijik botol First Years Breastflow pun takde jual. Aiyoo.. Kecewa betul. Time tu kite cakap dengan hubs, thats it! Dah malas nak mencari puting lagi, and kite plan nak beli penebuk lubang puting je. So kami mula membelek-belek sekeliling.. Dan tiba-tiba, terjumpa few sets of this bottle :


Hah?? Biar betul? RM9.90 untuk 3 botol First Years Gumdrop? Macam tak percaya je.. Sempat lagi belek online harga sebenar. Kalau 3 botol cecah RM80 jugak. RM80 kut?? Ni dapat RM9.90 je murah gilaa. Apa lagi, kami rembat la walaupun tak tau ntah Iman nak ke tak. Sebab murah sangat! Menggoda ok haha. Ada 3 set je. Ikutkan nak sapu semua tapi boleh pulak yang dua lagi tu lebih sesuai utk baby girl sebab color pink and purple. Hubs kata beli je, boleh buat gift. Tapi kite rasa bottle as gift bukan satu idea yang menarik. End up kami beli satu set jela.. 

Masa nak bayar, hubs cakap kalau harga dia bukan RM9.90 macam mana? Kite cakap ala tebalkan jela muka cakap taknak, sebab ingat harga as stated huhu. Bila cashier scan barcode, jangan kata RM9.90, siap ada diskaun 10%  lagi ok?! So dapatlah RM8 ++, sebijik botol tak sampai RM3 haha. And yes, cashier bukannya tahu apa. So kami bayar jelah.

Dah bayar, dah keluar dari Parkson, kite belek-belek balik barcode botol and resit. Kite cakap dekat hubs rasanya silap dari segi tagging sebab bila tengok resit, yang tertulis adalah 'Dilfrax', bukan 'First Years'.. So price tag tu sepatutnya untuk sesuatu barang brand Dilfrax. Walaupun kesian dengan promoter/orang yang bertanggungjawab dengan sales First Years untuk cover balik kerugian yang dorang alami, kami anggap ini rezeki kami - untuk dapat botol paling murah didunaaaa huhu.

p/s : Kite beli nipple hole puncher dari Lazada. Terus masalah lubang puting setel. And Alhamdulillah, nasib baiklah Iman nak minum guna Gumdrop ni.  Problem solved.



Monday, February 1, 2016

Gold Coast Morib One Night Stay

Last week (25-26 Jan), atok ajak Shazrie Iman ke Gold Coast Morib untuk mandi-manda. Mulanya mommy agak keberatan sebab dah ada plan lain, untuk ke Melaka pada hujung minggu 30hb so nak berjimat duit haha. Tapi bila dah difikir-fikirkan balik, akhirnya mommy setuju nak ikut.. Nampaknya plan ke Melaka tu kena tangguhkan dulu..

Kami pergi hari Isnin. Cuti Thaipusam, and stay satu malam. Ambil 2 bilik sebab cheaper than apartment. Harga RM168 per night per room, including 2 tickets untuk ke water theme park and breakfast for 2 pax. So memang murah. Dah lah bilik dia besar (kami dapat twin sharing room), selesa. Siap ada jakuzi ok.. Dapat Iman and daddy merasa berendam dalam jakuzi. Mommy je tak :(. Semua facilities lain cukup, cuma siaran tv jelah dia takde Astro/Vision Four. Tapi tak effect apa pun kan sebab kami datang nak shwimming je hehe.

View from our balcony

Shazrie Iman yang tak sabar nak berendam.

Sebelum cerita pasal water theme park, nak cerita pasal breakfast dia dulu. Best!!! Goreng-goreng tu biasa lah : kwayteow goreng, nasi goreng, english breakfast, porridge, cereals, roti-roti, kuih-muih, salads, desserts, dim sum pun ada. Semuanya sedap-sedap pulak tu. Yums! Semua mommy makan huhu. Daddy tak join sebab teman Iman tidur katanyaaaa. Ceh.

Some of the foods available. Kami ambil sikit-sikit.
Brekkie berempat sebelum Makngah pergi kerja.
Ok, untuk water theme park, ok lah.. Best. Better dari Lotus Desaru. Ada slides yang bukan dewasa je boleh naik, dengan Iman sekali boleh naik (dengan mommy of course). Tak habis-habis asyik ajak ulang naik slides. Tak reti takut betul. We really had fun especially Shazrie Iman :). Memang setiap kali turun ke pools area je, mesti tak menyempat nak terus masuk kolam. Kalau kat rumah, bising mandi air sejuk. dekat sini, sampai menggigil-gigil, kejut jari jangan kata, tapi still syok mandi. Nasib baik belum reti nak menangis kalau kena bawak keluar pools untuk balik.

Gambar tak banyak, tapi cukuplah dengan apa yang ada ni :

Kalau kat rumah punya bising bila kena mandikan dengan air sejuk.
Dekat sini dah menggigil-gigil pun tak heran nak keluar pool.

One of the slides yang Iman suka naik.


Penat mommy belikan pelampung tapi langsung taknak pakai.
Nak swim macam orang besar!


Pendek kata, kami puas and tak mustahil akan ajak daddy untuk repeat lagi ke sini :).

Monday, January 4, 2016

Birthday Party Jazzeman Hafiy

Sekarang ni majlis-majlis perkahwinan dah semakin kurang (sebab rata-rata circle of friends dah berkahwin) dan mulalah invitation ke birthday party/akikah/cukur jambul anak-anak. Walaupun kami tak dapat banyak invitation (due to tak ramai kawan hukhuk), tapi ada lah jugak khenn. And for the first invitation in 2016 was 3rd birthday party abang Jazzeman Hafiy. 

Date : 3rd January 2016
Location : Seremban
Theme : Thomas and Friends

Yang untungnya, ayah Hafiy memang bisnes printing so dapat jimat banyak dekat deco and party favor items. InshaAllah kalau ada rezeki Shazrie Iman untuk mommy and daddy buatkan birthday party, senanglah kami dah ada cable untuk dapat harga kasih sayang *Ewah* 

Iman sibuk nak usik kek tu.

Mak-mak yang over, anak-anak sibuk usha kek.
Gambar setakat sekeping dua je, tak sempat nak bergambar sakan sebab sibuk omnomnom, chotchetchotchet and of course melayan Iman.


Friday, January 1, 2016

Happy New Year 2016!

Bismillahirrahmannirrahim..
Dah masuk tahun baru. Tahun mommy and daddy akan masuk 3 series *I'm old!!*
Dan inshaAllah bulan 4 ni Shazrie Iman akan 2 tahun.
So rasanya dah boleh kembangkan family lagi kut? Muahaha.

Ok, untuk tahun baru ni, actually kami nak bercuti and celebrate new years's eve dekat Hatyai. Tapi memandangkan ada jemputan majlis orang penting, so kami adjust tarikh. So maknanya majlis pertama kami attend untuk 2016 ni adalah Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Izz Isaac, cucu pertama kawan baik aka jiran mak.. Dulu masa majlis Shazrie Iman, ayah dia yang sponsor jadi official photographer. So hopkos kami tak boleh miss :)

Majlis memang meriah tapi maaflah dah tua-tua ni lupa nak amik gambar huhu. Sakan omnomnom je kerjanya. Maklumlah Shazrie Iman tidur. Yang ada gambar pun, sekeping je! Gambar dari official photographer, adalah (ayah baby pengantin sendiri :p) tapi tunggu kalau-kalau dia ada upload gambar tu, kite update ok?

While marhaban. Tapi pengantin baby tak nampak pun mana terselit huhu.

Oh ye, berbalik ke tahun baru, semoga rezeki kami sekeluarga melimpah ruah untuk tahun 2016 ini (dari segi kesihatan, wang ringgit, masa), dan juga tahun-tahun seterusnya.

Amin.

p/s : Don't ask me how finally we spent our new year's eve. Mestilah mengadap Elmo's World and Mickey Mouse Clubhouse! 

Wednesday, December 30, 2015

Travelling : Cabin Size Stroller atau Umbrella Fold?

As my review in this post, kami hanya ada satu je stroller. Cukup selesa untuk kami dari segi size and handling. Dah merata bawak travel by ground. Walaupun pernah terasa nak beli stroller umbrella or cabin size (of course mommy yang nak) bagi lebih memudahkan time travel, tapi still kami tak nampak keperluan (lebih kepada nafsu hihi). 

Sampailah ke trip kami ke Bandung last November. Balik je dari trip, terus beli cabin size stroller sebijik. Serik woo! (As in this entry). Huhu. Sebab-sebab kukuh kenapa kami beli cabin size stroller :

1) Boleh guna terus turun dari flight sampai ke arrival gate.
Yes, any stroller actually boleh bawak sampai pintu flight tapi pastu dah kena simpan dalam cargo and hanya boleh di collect sekali dengan luggage. So masalah timbul bila anak tidur upon arrival. Kite kena barehands dukung Shazrie Iman yang tengah tidur turun flight, berurusan dengan arrival card, immigration, collect luggage. Serious susah! Kalau ada cabin size stroller, stroller tu ada dengan kita. So boleh terus guna once keluar dari flight. Lebih memudahkan dan cepat.

Nasib baiklah airport Bandung kecil je. Kalau sepelaung macam KLIA 2, memang haru! (Ye, airport macam KLIA 2 memang lagi 'wajib' lah kena ada cabin size stroller).

2) Tak payah nak tambah masa untuk tunggu stroller.
Dah lah nak menunggu luggage keluar pun dah makan masa. Pastu nak tambah lagi dengan stroller sebijik sedangkan kita ada option lain yang lebih memudahkan dan menjimatkan masa. Nak lagi menyusahkan, tempat collect stroller tak sama pulak dengan tempat keluar luggage. So nanti setiap kali travel, nak kena tanya-tanya pulak stroller nak collect dekat mana. Pulak tu husband kite bukan jenis yang ringan mulut nak bertanya huhu.

Actually the pioneer of cabin size stroller (if I am not mistaken) is Babyzen Yoyo. Light, compact. Selain tu, Recaro Easylife and Mountain Buggy Nano. Kalau dah branded, harga pun pricey RM1k and above. Memandangkan kami nak guna time travel sahaja, and faham-faham jelah kalau dah travel tu penggunaannya agak tak berapa cermat :p, so berkira-kira jugak nak splurge duit husband kite*cheapskate*. Sayang woo ribu-ribu kang calar sana-sini huhu.

And thanks to imitate or nak perkataan lagi sedap, Yoyo-inspired stroller huhu. Ada banyaaaaak brand, tinggal pilih je. Ok tak, tinggal bukak wallet tengok isi budget anda berapa :p. Ada brand Aldo Compatto, Yuyubaby, Yoya, Kiddopotamus, Babythrone, and bla bla bla taktau kalau ada nama lain lagi. Harga varies, but below RM1k. Lebih mampu milik and pocket-friendly haha.

Dan sebagai seorang cheapskate, of course kami akan cari yang paaaling murah :p. And finally kami beli Babythrone warna hitam dengan harga RM390. Boleh dapat lagi murah actually (RM380 including shipping) tapi hubs prefer yang boleh COD. Dapat jumpa seller depan mata and puas dapat barang terus dekat tangan katanya. Layankan ajerlah dah dia yang bayorr huhu.

Maybe ada orang prefer beli umbrella fold stroller untuk travel in terms of ringan and easy handling. Tapi, bila difikirkan balik, kalau travel by plane, still kena simpan dalam cargo. So, no no no takmo lagi..

So far, dah few weeks pakai Babythrone kami tu ok je, Shazrie Iman pun selesa. Nanti dah bawak travel by plane baru boleh buat review :p

Oh ya, sekarang ni ada another stroller yang lagi kecil daripada Yoyo - Pockitt. Folding size separuh daripada Yoyo so memang laaaagi senang nak hangkut sana-sini. Tapinya, kami tak minat sebab no recline. Kesian anak tidur duduk je nanti.. Plus, awning dia lokek sangat! Macam tak berfungsi je kalau panas, apetah lagi kalau hujan. So, reject! Huhu