First time kite pergi Floria masa tahun 2009. Rasanya tu tahun pertama Floria diadakan. Zaman belajar, of course pergi dengan kawan-kawan :). Semangat nak bergambar je lebih huhu
Throwback sikit gambar lama masa mommy kurus :p. Actually ada lagi sorang, Shela (yang ambil gambar) |
Then the next year, 2010 pergi lagi. Tapi kalini pergi bertiga, Shela and hubs. But of course tahun ni kawan je ok dengan hubs haha. Bukan friendzone, cuma masih dalam stage berkawan kata orang *poyo*
Ok. Gambar ni poyo. Tapi ni je gambar yang ada (me and hubs) |
Lepas tu, takde dah nak pergi Floria. Malas. Panas. Dah takdela pergi semata nak bergambar bagai. Sesi gambar-bergambar ni dah lepas. Mungkin pasal faktor usia hohoh. Sampailah ke tahun ni, 2016.. Nama pun dah upgrade Floria Diraja (?) Lebih kurang gitu la namanya.. Sebab utama nak pergi sebab hubs terlibat sebagai kontraktor untuk Floria kalini. Berminggu-minggu dia dengan projek ni. Ada tu sampai ke tengah malam ok!. So saje lah nak bagi support walaupun kena bayar jugak. Ceh. Plus, nak bawak Shazrie Iman berjalan tengok bunga-bunga and lampu-lampu kononnya.. Macamlah dia dah faham haha.
Asalnya nak ajak nenek dengan atok sekali since diorang tak pernah jejak pun mana-mana Floria. Tapi pasal atok nenek macam takde masa je nak datang, so kami pergi jugak tiga beranak. Tu pun second last day (3/6) baru berkesempatan.
Masa nak pergi tu dah petang. Hari pun mendung semacam. Dah 50-50 nak pergi. Yelah, dia kan outdoor. Kalau hujan, payah pulak. Tapi bila fikir-fikir balik, nekad jelah pergi. Lagipun kite nak buka puasa so boleh berbuka dekat situ (ye baru terhegeh-hegeh nak mengganti puasa).
Dekat one of pintu masuk |
And memang pun hujan.. Tapi time tu kami dekat foodcourt, kite tengah berbuka. Agak lebat.. So sambil makan, sambil tunggu hujan reda. Ngam-ngam hujan reda (gerimis sikit-sikit), kami pun mulalah gerak semula..
Tengah tunggu time nak berbuka, di food court |
Ada cats expo tapi tak dapat nak masuk sebab dah tutup. Tak perasan dia tutup awal. Kalau tau, pergi situ dulu sebelum pergi makan. So kami divert kan tujuan ke petting area (rabbits). Berkira-kira jugak sebab nak masuk kena bayar (serious tak ingat berapa!) And bayaran tu rasa macam tak berbaloi je kalau untuk setengah jam (tempoh unlimited tapi mesti lah kami takkan lebih dari setengah jam dalam tu). Tapi memikirkan nak try bawak Iman, biar dia merasa, pejam jela mata masa bayar tu huhu.
As expected, Iman tak hingin pun masa mula-mula masuk. Bukan setakat nak berkepit, jejak kaki dekat lantai/tanah pun tak nak. Tapi kite paksa jugak. Dah bayar nak oii. Tengah dalam proses paksa memaksa, ada pulak rabbit yang friendly, usik-usik kaki Iman. Dah kena usik tu, mula lah dia syok, barulah dia nak turun nak main-main dengan rabbit tu. Tapi setempat jelah. Takkesah la, janji takdela duit entrance fee rugi camtu je hoho.
Bila one of rabbit dah mula mesra alam. Ada vid actually tapi tak ambil pulak dr hp hubs. Kalau rajin update, masukkan the vid. |
Masa kami dalam petting area tu, hujan turun lagi. Takdelah lebat, tapi bolehlah nak dijadikan alasan kena beli payung. Nasib baik Iman dalam stroller, senang kami nak bergerak. And yes, tak sampai setengah jam, kami dah meneruskan perjalanan pusing-pusing Floria dalam keadaan gerimis.
Malas nak cerita panjang, ni antara gambar yang daddy sempat snapped. Hujan on off. Tapi lebih banyak tak hujan.
Mommy orang Johor, so wajiblah bergambar dekat sini, kononnya.. |
Dengan payung yang baru beli |
Tempat ni famous. Kalau orang pergi sini mesti wajib bergambar dekat sini. So mommy pun nak lah jugek sekeping... |
Pusing punya pusing, dalam sejam kami dalam tu, kami pun balik..
So kesimpulannya, dalam gambar-gambar dah tunjuk yang Iman tak amik port pun dengan Floria ni. Haha. Whateverlah anak. Kita cuba lagi tahun-tahun hadapan, kalau ada kerajinan :)
p/s : We were so lucky hujan setakat gerimis je. Tu pun on off. Dekat KL, area Sungai Besi especially hujan lebat gila siap dengan ribut ok! Fuhh nasib baik lah Putrajaya tak sampai macam tu.
No comments:
Post a Comment