Pages

Saturday, August 31, 2013

Alahan

Kite buat upt lambat jugaklah.. Sebab takut gila kut nak buat! Memang dah ada rasa tanda-tanda biasa ada pada orang pregnant tapi kite taknak mengharap sangat.. Yelah sedih tau bila buat upt, dapat negative.. Dah banyak kali sangat frust, tu yang fikir panjang kalau nak buat upt.. Last-last, after day 44, and kebetulan ada 1 upt yang entah beli bila, yang murah je pulak tu, kite gagahkan jugak untuk check.. Tu pun sebab dah tak tahan dengan badan rasa tak sedap for few days. Dan perasaan first time tengok double line tu, priceless! 

Antara simptom terawal (before buat upt)

1) Breast tenderness
Biasanya a week before nak period memang akan ada rasa ni, and akan hilang a day or two before period. Tapi kalini, masa still dalam ovulation period (around two weeks before expected date for next period) dah sakit. Sakit dia lain macam, lagi teruk kut. Nak-nak bila baru lepas bangun tidur.

2) Nausea
A week before expected date for next period, badan rasa tak sedap. Pening-pening, tekak rasa loya. Tapi kita malas nak layan. Yelah kang uwek-uwek, orang dah fikir lain. Padahal takde pape pun. Huhu. So kite banyak minum air oren. Kalau dah tak tahan sangat, kite tidur..

3) Hilang Selera Makan
Kite memang kuat makan. Tapi yelah bila tekak rasa mual, nak makan pun hilang selera. End up, selalu makan tak habis. Rugi wooo

4) Bloating
Maybe pasal dah kurang makan, perut pun masuk angin. Tu yang sebu je rasa. Tak sudah-sudah burp burp. Sampai sakit tekak.

5) Cepat Letih
Selama ni memang banyak tidur pun.. Haha. Tapi kalini lagi melampau-lampau pulak ngantuk tu.. Asal balik petang je, confirm tidur. Kalau keluar dengan hubs pun, rasa nak balik cepat je.. Balik je rumah, terus tidur. Climax, hari Jumaat before buat upt. Petang dah tidur banyak. Malam tu, kol 11 dah terlelap tak hengat dunia! Hubs kejut-kejut ajak makan sate, langsung tak boleh nak bangun!

6) Mucus Discharge
Whitish, a bit thick. Tak tau beza pun dengan keputihan.. Tapi memang noticed pasal benda ni.. Kena rajin tukar pantyliner or panties..

7) Jerawat
Nak kata muka licin, idok lerr.. Tapi lepas sebijik, sebijik muncul. Kecik-kecik pulak tu. *Gatal tangan nak picit*

Bila dah buat upt, alahan-alahan tu still ada.. Cuma yang no (1) dah berkurang, taklah seteruk awal-awal.. Selain tu ada tambahan alahan lain pulak

8) Vomitting
Haaa kalini kau cuba lah tahan banyak mana, still tak tertahan. Uwek-uwek jugak akhirnya. Dahlah memang tak suka muntah-muntah ni. Rasa macam semua isi perut nak terkeluar. Untuk kurangkan rasa geli, kite kurang makan. Makan small portion je. Sebab, kalau nak keluar balik pun, atleast tak banyak. Kite lagi prefer muntah air daripada makanan *Geli sikit part ni*

9) Deria bau pelik sikit
Bila bau wangi-wangi, rasa nak muntah. Boleh tak?? Perfume dah kurangkan pakai. Bila perfume dalam bilik spray je, tahan nafas taknak bau. Mual woo.. Lagi kuat bau, lagi lah tak tahan.. Bau busuk-busuk taktau lagi sebab tak pernah hidu lagi. Hehe. Tapi nasib baik hubs tak termasuk dalam senarai anti bau ni :p

10) Kerap Pergi Toilet
Minum sikit, pergi toilet. Apetah lagi kalau minum banyak. Huhu. Jadi pengunjung setia toilet.

Selain tu, ada jugak alahan yang lain tapi tak kerap.. Kadang-kadang je kena which are :

11) Cepat Mengah
Yang ni heran. Biasanya orang mengah-mengah ni bila dah sarat. Kite yang baru berapa minggu ni pun dah mengah. Pantang buat kerja lebih sikit or naik turun tangga, mesti dada tu rasa sesak je.. Bila kite tanya ibu, ibu kata mende ni normal.. So takdelah risau.. :)

12) Heartburn

Tak taulah yang kite senaraikan ni semua morning sickness ke apa.. Tapi kalau ya, kite kena tak kira masa.. Pagi, tengahari, petang, malam, ikut suka hati dia. Huhu. Nasib baik mild je and masih boleh bangun. Kalau terlepek je, payah jugak.. In whatever, this sickness buat kite lebih kagum and salute dekat ketabahan and pengorbanan all mothers out there esp my ibu dan mak. Bukan senang nak harung. *Ikhlas*

Friday, August 30, 2013

Cobaan pertama

Lepas kahwin, terus duduk dengan family in law *ikut suami*. So memang dah biasa dengan masakan mak. Sampai ada few meals yang kalau mak masak, tak boleh nak elak. Kenyang macamanapun, mesti nak makan. Makan banyak kali pulak tu. Huhu. Antaranya bihun goreng and sambal udang, nak-nak kalau tambah petai (padahal petai tak makan pun). 

Semalam, kebetulan mak masak dua-dua favourite ni. Breakfast bihun goreng, takde masalah, boleh je makan tapi tak sebanyak biasa. Yelah dalam keadaan macamni.. Tapi tang sambal udang tuh (lunch), perghhhhhhh tempting gila kut! Dah lah udang besar-besar. Geram je.. Hubs awal-awal dah pesan cakap tak boleh *ngences*. Nak elak daripada kempunan, dapat makan sambal je sikit pun jadi lah.. Huk.

Petang tu, keluar rumah, baru perasan yang dekat luar rumah ada 3 bakul besar durian! Omaigodd durian tuuu.. My favourite! Kebetulan share favourite ni dengan ayah, so ayah rajin je beli durian. Kite pun bedal sama lah. Hehe. Tapi kalini, tidakkkkk!! *jerit dalam hati*. Malam tu rupa-rupanya ayah nak buat pesta durian untuk kawan-kawan and jiran-jiran.. Kite? Telan liuq la gamaknya.. Hubs kata kalau nak makan sikit, makan lah. Buat merasa.. Nanti dia pegi beli air cap badak. Tapi kite kesian dekat baby, nanti panas *takpe ye baby.. mommy sacrifice :). Lepas-lepas ni kite bole makan banyak-banyak, kan..* Cuma kite rasa secubit sebab taknak kempunan.. Tu pun ter rasa yang tak sedap punya. Terus putus selera. Haha.

p/s : Full day yesterday hubs kemas bilik gila-gila punya. Bukan setakat vacuum lantai, dengan dinding-dinding skali. Buang segala habuk, sawang bagai. Kite? Melepek je tidur dekat ruang tamu heuheu. Malam tidur rasa macam tidur dekat bilik baru masuk pindah. Hehe. Nak bagi kite selesa lebih la tu.. Thanks dear! *smooch*

Thursday, August 29, 2013

Pesanan Doktor

Antara pesanan doktor after dapat double line dekat test strip :

1) Banyakkan berehat
2) Jangan angkat barang-barang berat, jangan buat kerja-kerja berat. 
Memandangkan first pregnancy, kena extra cautious.
3) Jangan makan banyak sangat takut nanti obes. Biar kerap makan tapi dalam small portion.
4) Jangan pakai heels *Alaaaa.. Selamat tinggal heels and wedges ku*
5) Jangan tahan kencing. Untuk elakkan daripada kena UTI (urinary tract infection).
6) Jangan makan seafood (shrimps, ketam, kerang-kerang) and ikan sungai *Luckily kite memang tak makan ikan sungai*. Ikan laut boleh.
7) Jangan ambil sebarang ubat termasuk panadol. Kena consult doktor dulu. 
8) Kalau ada sebarang rasa pelik and tak sedap badan (lain daripada rasa biasa), cepat-cepat jumpa doktor. 

Mengenai supplement, for now, doktor prescibe kan folic acid and vit B complex, which kite kena makan every morning after breakfast, consistenly.

Bila kite tanya pasal susu, surprisingly doctor kata susu untuk ibu mengandung memang bagus tapi boleh give effect to baby.. Bukan time dalam womb tapi bila dah besar nanti.. Effect yang macamana tu? Doktor kata, based on his experience as a medical practitioner yang berkhidmat dekat gov hospital, most kids with hyperactive cases kesan daripada ibu yang minum susu brand A*mum. Susu tu memang well known high of DHA.. Sebab DHA dah tinggi sangat tu yang budak 'terlebih pandai'. Gula yang ada dalam susu tu pun boleh sebabkan sugar rush. Wallahualam.. Bila tanya doktor so macamana, takkan tak perlu minum susu, dia kata boleh.. Tapi kena tengok dulu susu brand apa yang ok. Well, maybe kena refer pada expertise..

Coffee or tea?

During pregnancy, mommy to be should cut down or cut off caffeine intake. Luckily I'm not so into coffee. Kadang-kadang je minum.. Tu pun mocha frap Starbucks - my favourite! Hehe. But tea, yes I'm a tea lover. Boleh dikatakan almost everyday minum teh o panas or teh o ais. 

Kenapa kena kurangkan caffeine intake? (Below 200mg per day) :
1) Caffeine boleh kurangkan calcium absorption across placenta.
2) Boleh sebabkan fetus kekurangan berat badan daripada yang sepatutnya - meningkatkan risiko masalah kesihatan pada baby ketika lahir and in the future.
3) High levels of caffeine could cause miscarriage.

For tea, still ada few things kena take note :
1) Tak semua teh boleh minum esp teh herba memang kena elak sebab ingredients teh tu mungkin panas and boleh bagi effect to our pregnancy.
2) Yang ni penting untuk kite memandangkan kite suka minum green tea. Green tea memang bagus as antioxidant tapi for mommy to be, nay!! Sebab green tea boleh halang effectiveness of folic acid, which penting untuk perkembangan awal baby - preventing neural tube defect.
3) 

Surprisingly, chocolate including milk chocolate also contain caffeine, but in low level. However, mommy to be still kena control chocolate intake sebab sikit-sikit, kang lama-lama boleh jadi bukit :p

Wednesday, August 28, 2013

Perihal tomyam

Semenjak tekak rasa mual-mual, kite lagi prefer makanan or minuman yang masam-masam. Kalau air, kite choose oren or asam jawa or hubs suruh minum kiwi. Kalau makan, kite suka tomyam tapi takdelah kerap sangat makan.. Asam memang sentiasa ada dalam beg sebab manatau time-time emergency, boleh telan asam dulu untuk kurangkan rasa mual. 

Nak dijadikan cerita, semalam time pergi LCCT teman hubs fetch cousin dia, kite teringin nak makan tomyam. Last kite makan tomyam dekat Station Kopitiam Timesquare, Ahad lepas. Sedap pulak tu.. So teringin nak makan lagi.. Hubs kata ok, malam nanti pergi The Mines tengok kalau-kalau Station Kopitiam dekat sana ada lagi. Kite tak kisahlah kan, boleh je tunggu sampai malam.. Takdapat dekat Station Kopitiam, dekat restoren-restoren lain pun boleh..

Bila dah nak  balik tu, kite dah mabuk. Sepanjang perjalanan balik kite pejam je mata, nak elak daripada nak muntah. Sampai je rumah, kite terus masuk bilik, baring and tertidur.. Hubs pergi uruskan kerja dia sikit and memang kite pesan kalau kerja dia dah setel and nak lunch, kejut kite..

Dalam setengah jam jugak lah kite tertidur, hubs kejut ajak makan. Hubs kata "Jom, tadi teringin sangat nak tomyam kan.. Mak masak tomyam tu". Oohhh sedapnya! Ni lah dikatakan dah mengantuk disorongkan bantal (boleh ke pakai perumpamaan ni.. :p). Mak macam tau-tau je.. *Terharu*

Hah apelagi. Bedal lah tomyam tu sepanjang hari bermangkuk-mangkuk. Lepas ni pun nak makan lagi. Huhu

First Doctor's Visit

After dapat positive upt, terus jadi blur apa next move. Kelakar gila time tu! Dah lah time tu hubs takde, kerja. Takpe, kita google apa yang patut.. Ok, apa yang kena buat ialah pergi klinik, jumpa doktor untuk double confirm. Lepas hubs balik and bagitau the news, ajak hubs pegi klinik. Memandangkan klinik my gynae off hari Sabtu (and tak tahan dah nak tunggu hari Ahad haha), kite decide nak pegi nearest klinik je.. After lunch, kami pergi Klinik Mediviron. Kite tak pernah register pun dekat sini tapi ni lah klinik paling dekat dengan rumah.. Ala setakat untuk dapatkan official pregnancy result je kan..

Doctor yang kite jumpa doctor India, lelaki. Muda lagi.. Masa datang tuh memang takde orang sebab klinik dah nak tutup untuk rehat sebenarnya. Tapi nasib baik doctor tu baik hati nak terima patient lagi :). Bila bagitau kite nak dah buat upt dekat rumah and positive, and datang klinik untuk re-confirm, macam-macam doctor mula tanya..

"Memang plan nak mengandung ke?"
"Dah berapa lama kahwin?"
"Pernah ada anak ke sebelum ni?"
"Pernah miscarriage? Abortion?"
"Bila first date final period? Bila pulak final date?"
"Biasa nak period ada period pain tak?"
"Period cycle teratur tak"
"Dalam family ada yang hidap kencing manis? Darah tinggi?"
"Ada apa-apa alahan tak? Sakit bahagian dada?"
"Ada kerap pegi toilet?"

Tu dia... Siapa sangka kena tanya macam gitu sekali.. Lepas dah dapat double line dekat test strip dia, so memang confirm lah. Alhamdulillah!

Total cost : RM35


Sharing the News

Dear Hubs

Of course he's the first and foremost yang patut tau. Time buat upt, hubs tengah kerja.. Serious tak sabar nak share. Rasa nak call je dia nak tanya balik bila, lambat lagi tak. Tapi tahan je... Dah siap ambil gambar upt casette guna handphone, susun elok-elok atas meja, siap dengan arahan upt tu sebab tau kalau tunjuk casette gitu je confirm hubs tak faham. Hihi. Bila hubs balik and masuk bilik je, terus tunjuk dekat dia. Apa reaction hubs? "So ni pregnant ke?" Haha memang dah agak! :p. Senyum-senyum gedik dekat hubs and cakap "Yup!". Apelagi terus lompat kegirangan la kami berdua *Chicken dance*. Kite yang cengeng ni mulalah nak keluar air mata tu.. Heh

Ibu

Lepas balik klinik, call ibu. Bagitau next year abah naik pangkat. Ibu dah blur kenapa pulak. "Yelah tahun depan abah dapat datuk". Blur for a few second, then baru lah ibu faham haha. Mestilah ibu happy sakan and bermulalah segala macam pantang-larang yang dia sebut..

Mak

Bila hubs dah tau the news, pesan dekat hubs jangan bagitau dekat orang rumah dulu (since duduk dengan in laws). Kena pergi klinik dulu untuk confirmkan baru boleh spread the news :). Tapi memandangkan haritu mak ayah sibuk sepanjang hari, tak dapat nak buat proper announcement :p. Last-last hubs bagitau dekat mak and sis in law, Syifa. Time tu kite dah kepengsanan sebab penat sangat..

Abah

Ibu yang sampaikan pada abah. Tapi macamana? Dia risau macamana dengan trip kami ke Kuching (Kami dah rancang untuk ke Kuching April 2014) memandangkan kite and hubs tak dapat join sama, sebab kemungkinan besar time tu edd kite. Abah mestilah heran kenapa pulak kami tak join. Time tu lah ibu bagitau.. Abah terdiam jela. Ceh lagi risaukan trip tu dari kite! Hehe

Adik-adik

Ibu sampaikan news pada adik-adik yang dekat rumah, Angah and Boy, and Kakde yang dekat poli Pasir Gudang. Hubs pulak spread the news dekat adik ipar yang dekat poli Jitra, Syamimi and dia pulak sampaikan ke adik ipar bongsu, Syera yang dekat poli Sabak Bernam. Reaction? Mestilah semua tak sabar nak dapat anak sedara.... Hehe

Friends and Labmates

Among friends, Shela yang paling awal tahu. Memang dah janji dekat diri sendiri kalau ada good news, akan bagitau Shela dulu. Yelah Shela lah tempat kite mengadu nasib and bercerita macam-macam. Hehe. After that barulah labmates yang lain tahu.. Dorang kena tahu sebab dorang kena jaga kite lebih sikit. Eh? Hehe

Tuesday, August 27, 2013

And the story begins...

Alhamdulillah, 
after around 1 tahun 8 bulan mencuba,
tanggal 24 Ogos 2013, 
first time dapat positive upt!
*tears and joy*