Pages

Wednesday, August 28, 2013

First Doctor's Visit

After dapat positive upt, terus jadi blur apa next move. Kelakar gila time tu! Dah lah time tu hubs takde, kerja. Takpe, kita google apa yang patut.. Ok, apa yang kena buat ialah pergi klinik, jumpa doktor untuk double confirm. Lepas hubs balik and bagitau the news, ajak hubs pegi klinik. Memandangkan klinik my gynae off hari Sabtu (and tak tahan dah nak tunggu hari Ahad haha), kite decide nak pegi nearest klinik je.. After lunch, kami pergi Klinik Mediviron. Kite tak pernah register pun dekat sini tapi ni lah klinik paling dekat dengan rumah.. Ala setakat untuk dapatkan official pregnancy result je kan..

Doctor yang kite jumpa doctor India, lelaki. Muda lagi.. Masa datang tuh memang takde orang sebab klinik dah nak tutup untuk rehat sebenarnya. Tapi nasib baik doctor tu baik hati nak terima patient lagi :). Bila bagitau kite nak dah buat upt dekat rumah and positive, and datang klinik untuk re-confirm, macam-macam doctor mula tanya..

"Memang plan nak mengandung ke?"
"Dah berapa lama kahwin?"
"Pernah ada anak ke sebelum ni?"
"Pernah miscarriage? Abortion?"
"Bila first date final period? Bila pulak final date?"
"Biasa nak period ada period pain tak?"
"Period cycle teratur tak"
"Dalam family ada yang hidap kencing manis? Darah tinggi?"
"Ada apa-apa alahan tak? Sakit bahagian dada?"
"Ada kerap pegi toilet?"

Tu dia... Siapa sangka kena tanya macam gitu sekali.. Lepas dah dapat double line dekat test strip dia, so memang confirm lah. Alhamdulillah!

Total cost : RM35


No comments:

Post a Comment