*Quite Disgusting Post*
Seminggu after upt positive, memang ada mild nausea. Sehari dalam sekali dua mesti muntah, adatlah.. So kurangkan makan sebab atleast yang keluar balik pun tak banyak. And kalau boleh nak tidur je sebab nak elak dari muntah huhu. (I think better replace muntah dengan vomit sebab rasa macam kurang geli sikit nak menaip. Heuheu)
Bila ibu call, ibu mesti akan tanya keadaan macam mana, ada vomit tak. Bila cakap ada, ibu kata biasa lah tu, belum lagi kena yang keluar warna kuning, yang tu pahit gila. Dengar pun dah seram babe. Selama ni just keluar air je..
Tapi kemuncaknya, memang timing baik punyaa, weekend lepas! Taktaulah salah makan or banyak sangat makan ke hapa sebab Jumaat malam memang adik ipar, Syifa ada buat makan-makan kat rumah plus birthday party kawan dia. So macam-macamlah ada dengan satay, murtabak, salad, cocktail, birthday cake, brownies, spaggheti and apetah lagi.. Tapi kite takdelah bedal semua.. Makan satay, murtabak dengan kek je.. Tu pun ciput je, setakat menjamah. Takde selera makanlah katekan..
Nak dijadikan pengalaman, Sabtu tu terjaga awal pagi, vomit, sampailah ke malam, selang beberapa jam, non stop. Asal makan or minum sikit je, keluar balik. Tak kira la cuba makan or minum even air mineral seteguk sekali pun, habess..
Tak cukup dengan tu, malam memang tak tidur, tak sudah-sudah ulang alik toilet untuk vomit. Sampai dah nangis-nangis dekat hubs *gedik* sebab dah tak tahan (Barulah faham bukan senang and betapa mencabarnya untuk jadi seorang ibu. Ni baru starting! :p). Hubs pun jadik tak lena tidur sebab kite asyik bangun keluar bilik. And bila masuk bilik balik, lembik, duduk dekat lantai berteleku dekat hujung katil. Last trip, pukul 4.30 pagi.
Kebetulan pakcik makcik dari Johor datang minggu tu sebab nak hantar cousin daftar uni.. Uni yang sama dengan kite. Since uni kite tu punyalah besar and pakcik kite taktau jalan, sampaikan tersesat-sesat ke mana-mana, dia mintak tolong kite teman and tunjukkan jalan time register Ahad pagi. Kesian pulak... So larat tak larat, kite gagahkan jugak bangun pagi Ahad tu.. Bertemankan hubs, pegilah bawak pakcik makcik ke tempat yang nak dituju.. (I kan legend kat uni, haruslah tahu semua jalan kan.. Haha)
Dan akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telahpun tiba! On the way nak pegi fakulti cousin, ha keluarlah itu vomit itu kaler kuning yang ibu katakan.. Memang rasa dia, perghhhhhhhhh. Nasibaik memang dah standby plastik and tisu sebungkus. Selamat kete hubs. Dengar kite dah uwek uwek, hubs pun dah naik loya. Haha. Sorry dear!
Sementara nak tunggu cousin masuk register, kite tunggu lah kejap. Tahan je time tu.. Dalam setengah jam tunggu, kite mintak izin dekat pakcik makcik balik kejap and akan datang balik bila registration dah nak settle. Balik tu, lepas minum air glukos yang hubs bancuhkan, terus kami sama-sama tertidur balik.. (Tak cukup tidur malam tu kan..)
Tapi, kejap jela kan... Bangun je, bermulalah siri kedua vomit marathon... Segala macam air dah cuba minum. Isotonik drink, air asam jawa, tak boleh masuk jugak. Sedih! Sedih sebab kesian dekat badan and risaukan baby *Huk*. Rasa badan kurang nutrient, kite cuba jugak untuk makan tapi, apakan daya... Tak sempat nak meresap dalam badan, keluar balik.
Dari pagi sampailah ke malam keadaan sama. Hubs dah susah hati, tanya nak pergi klinik tak. Kite fikir tak perlu, ni normal je ni. Tapi, bila tengah malam, lagi dahsyat. Selang sejam bangun! Sampaikan dah tak larat nak ke bilik air, sediakan plastik dalam bekas, letak dalam bakul sampah dalam bilik. Ha kat situ lah melambaknya dia sampai lah keluar lagi sekali itu vomit itu kaler kuning yang rasa itu urghhh! Tu last, pukul 5 pagi. Time tu ikutkan memang dah tak tahan, nak je ajak hubs pegi klinik tapi kesiankan dekat hubs walaupun dia tidur tak lena but atleast dia takpayah nak bangun. Keluar je yang last kopek punya, barulah tertidur, tapi kejap jelah..
Isnin pagi terjaga, takde rasa mual. *Dah ok ke aku ni?* Tekak rasa haus sangat... Dah 48jam kut tak minum. Tapi takut dah nak isi pape lagi, takut perut memang dah taknak terima (Kadang-kadang sampai fikir, esofagus aku tersumbat ke? Peristalsis ada masalah ke? Heuheu). Bila hubs bangun, ajak dia pergi klinik, sebab mengenangkan badan dah dehydrated *risau*. And dah takde vomit lagi, senang sikit nak ke klinik, tak payah nak berkejar ke bilik air kalau kena tunggu turn. Maka ke klinik lah kami...
No comments:
Post a Comment