Pages

Tuesday, March 18, 2014

BSP 3rd and Regular Check up

BSP lagi! Semalam terlambat 15 minit pergi klinik, nurse dah balik. Haha. Pastu boleh tak terfikir nak pergi klinik swasta untuk buat glucose test. Just fikir pasal pharmacy je. Tapi manalah ada pharmacy yang bukak lagi after 10pm.. Sudahnya, sangkut 1 test, kuciwa puasa tak berbaloi :p, balik dari klinik tutup tuh terus sental makan banyak haha.

Tadi, seawal 7.40am dah kuar rumah. Tapi pasal jem and jalan 'mengelat' yang selalu lalu nak pergi klinik dah kena halang dengan batu, pukul 8.08am jugak baru dapat amik no.. Ntah kenapa, harini ramai betul patients, especially yang bawak babies, compared yang lepas-lepas kalau datang time-time macamni. So dekat pukul 9am jugaklah baru dapat pergi lab untuk bsp and urine test..

After pergi lab, pergi bilik 14 untuk nurse check bsp result yang ada so far. Tapi pasal malam tadi punya tak ada, takde guna jugak. Huhu. Time ni lah baru nurse tanya kenapa tak pergi buat je test dekat klinik.. Serious tak terfikir! So dia suruh pergi buat malamni dekat mana-mana klinik or pharmacy.. Noted!

Then, as usual, buat regular check up. Berat 62.75kg. Blood pressure ok, position baby still cephalic, heart rate cantik (kata nurse :p). Then antara pesanan nurse :

1) Make sure beg dah ready.
2) Jangan lupa bawak buku pink pergi mana-mana.
3) Kalau ada tanda-tanda eg keluar darah/air/sakit cepat-cepat pergi hospital.
4) Kalau dah bersalin, mintak suami datang klinik (bawak buku pink) untuk bagitau.
5) Since balik kampung (Rawang je pun haha) so hubs kena pergi klinik kesihatan sana jugak untuk bagitau. Nanti akan ada nurse datang rumah.

Then jumpa doktor pulak untuk scan.. Tanya doktor berat baby berapa, 2.7kg. Mudah-mudahan tak exceed 3kg masa labour :). Yang kelakar, doktor tanya dah tahu kan anak lelaki? Jawablah dah. Pastu doktor golek-golekkan stick tu, memang nampak gila bibird. Doktor pun tergelak sebab serious jelas! :)

By 10.08am, semua dah setel.. Nak tunggu next bsp, ada dalam sejam lebih, malas pulak nak stay sorang-sorang dekat klinik tak buat pape. So, decide balik rumah, sempat lah kemas-kemas bilik yang bersepah and readykan hubs minum pagi.. Dalam kol 11.38am baru datang balik, cucuk jari and balik semula..

Before balik, singgah tapau nasi goreng ayam (teringin!:p) dengan air sirap limau untuk buat lunch.. Dah lunch, sambung semula puasa and datang semula klinik around 3.30pm.. Hubs nak temankan tapi kite tak bagi, takut-takut terlama pulak, kang dah ganggu jadual kerja hubs.. So better pegi sendiri je..

Setel lah semua bsp untuk harini.. Tapi still hutang 1 lagi (post dinner). And the results bagus-bagus huhu :

Fasting : 4.1
Post breakfast : 4.1
Post lunch : 6.3

Malam, nak tak nak kena lah pergi klinik untuk buat post dinner BSP.. Since dah ada nama dekat Klinik Mediviron, nak shoot kat situ terus, senang.. Pergi sorang-sorang je sebab hubs kena kerja pulak malam ni.. Dia suruh tunggu dia balik tapi since by 10pm dia tak sudah kerja lagi, pergi jelah sendiri.. Lagipun bukannya jauh pun.. Dekat sejengkal je :p.

Kusangkakan tak payah jumpa Doktor, just cucuk je depan kaunter pendaftaran tu :p. Rupa-rupanya kena jugak jumpa doktor, doktor yang buatkan.. Luckily time datang tu memang klinik kosong, takde patient langsung, so terus masuk bilik doktor.. Doktor yang sama masa kena masuk air dulu tu :p.

And the result, dengan dukacitanya : 6.7! Haiyaaa dekat border lagi.. Habislah... Tapi malas dah nak fikir/ Biar jelah.. Dah nak beranak pun haha.. Lagipun bukanlah tinggi sangat pun.. Just dekat sempadan :p

Ohye, untuk bsp kalini, ada pengajaran sikit. Iaitu, jangan sekali-kali terlepas bsp dekat klinik kesihatan! Sebab apa, buat dekat klinik swasta, kena sampai RM25 hokey untuk sekali cucuk!!! Boleh makan McD sampai kenyang :(. Taktau kenapa pricey sangat (or klinik yang kite pergi ni je cekik darah) padahal tengok mudah je nak buat. Dah lah jari yang kena cucuk tu sengal lebih berbanding buat dekat klinik kesihatan. So masa ni lah rasa betapa bertuahnya check up dekat klinik kesihatan. Free woo haha.

No comments:

Post a Comment