Pages

Tuesday, March 4, 2014

BSP Second Time, and HBA1c Result

Sebagai ibu mengandung yang 'bertuah', kenalah repeat BSP after two weeks.. (Luckily fortnight, bukan weekly. Huhu). Ala sebenarnya memang dah start kena check fortnight pun since dah masuk 8 bulan.. Cuma yang terasa nya, since appointment lari, terus jadi kena datang klinik every week. Nasib baiklah klinik tu dekat je and kite ni tak bekerja. Kalau tak payah jugak nak curi-curi masa or apply-apply cuti ke..

Kalini memang tak cheat diet langsung. Makan je apa yang rasa nak makan (but still kawal) sebab nak try tengok result. Untuk semalam, pukul 7.15 dah dinner, makan je nasi, siap minum air kelapa lagi. Haha. Pergi klinik pukul 10pm, lengang. Ada 2-3 orang je, tak macam previously. So sampai-sampai, tak sempat nak panas bontot duduk, dah kena panggil.. And jeng-jeng-jeng.. Merah!!! Hahaha. Actually ngam-ngam 6.7, tapi nurse dah tulis guna pen merah. Haishhhh.. Terus menyesal tak control diet, sebab macam tak best je tengok dakwat merah tu :p. Terus hilang mood. Tambah-tambah pulak hubs dah bising-bising membebel, risau baby besar. Huhu. Tapi balik-balik tu, terus tapau and sental hot burger daging special 1. Haha.

Tadi pagi, pergi sendiri klinik since nak ulang-alik. Sebelum pukul 8am dah keluar rumah. Biasanya ok je tak jem, tapi tadi for the first time stucked dalam jem dekat depan area South City tu. Rasanya mesti sebab pagi tadi hujan, so semua orang malas-malas or overslept, pastu lambat keluar pergi kerja. Kalau sebelum ni dalam 5min dah selamat sampai klinik, kali ni dekat 25min jugak la kan... Hishhh..

Nasib baik sampai-sampai, ada parking walaupun jauh ke belakang and kena jalan jauh sikit. Tak kisah lah, janji ada parking. Dah park, jalan laju-laju. Amik nombor dalam pukul 8.20am... Tunggu punya tunggu, pukul 9am baru nombor kena panggil. Without dapat buku satu lagi, terus ke kaunter lab untuk check 2nd BSP... Luckily kat kaunter lab tak ramai orang, so sekejap je dah kena panggil and my second result 4.6.. Fuh... Hehe.

As usual, masuk bilik 11 pulak untuk record result. Nurse dah kata ada possibility untuk kena check BSP weekly since dah ada 1 merah. Aiyooo.. Tamau wooo.. So pujuklah nurse taknak, lagipun merah tu belum lebih daripada sempadan, ngam-ngam je. Haha. Nurse tu lembut hati, dia kata ok kite tengok dulu result yang lagi dua macamana.. Huhu.

Since tahu previously ada ambil darah untuk test HBA1c, so tanyalah nurse result dia apa cerita.. Godek punya godek cari result, 5.1% sahaja - which is normal. Hurray!! Hehe. See... Nampak sangat yang kite ni pandai jaga pemakanan sepanjang kehamilan <- ayat kerek dekat hubs. Hahaha.

Oye, memandangkan sepatutnya kena jumpa pakar last week tapi pakar takde, nurse suruh tanya kaunter 20. So mak buyung ni pergi lah beratur dekat kaunter 20 (dekat area klinik am) dengan pakcik-pakcik uncle-uncle makcik-makcik semua yang beratur untuk dapatkan date next appointment dorang.. Bila dah tiba turn, kite bagilah tahu pasal hal kite and nurse tu terus bawak buku pink kite masuk bilik pakar?.. Alhamdulillah, pakar suruh kite jumpa dia terus harini, tak payah nak set-set appointment bagai (Ala... Sebab kite dah sarat... Kalau tak mesti kena buat appointment jugak...). Cuma masalahnya, sebelum jumpa pakar, kite kena check up as usual : urine test, hemoglobin test, blood pressure, check perut etc. Ah sudahhhh.. Kena repeat process! 

Nasib baiklah orang boleh dikatakan tak ramai, so sekejap je proses.. And nasib baiklah memang ada bawak bekal air mineral and roti sardin sebungkus, so sempatlah nak makan before BSP test pukul 11am.. And the results for today :

Blood pressure : ok
Berat : 61.7kg (je?)
Baby ok. Position still cephalic. (Maintain ok baby!!)
Kaki dah nampak bengkak sikit (nurse kata) huhu
Hb : 11 ! Hurray! (Walaupun tak makan pil iron and kerang. Huhu)

Untuk proses tu semua cepat je dah setel. Yang panas hatinya, time nak tunggu pakar tu, lama gilaaaaaaaaaa. Sejam lebih kut?! Kalau menunggu tu memang ramai patient tengah tunggu turn, ada ampun lagi. Ini tidak. Nombor tak bergerak-gerak! Sampaikan akak yang duduk sebelah pun dah panas hati, duduk komplen dekat kite. Haha. Yelah, bilik doktor lain nombor tak putus-putus kena panggil. Ni sepanjang tunggu daripada awal, takde kena panggil pun masuk bilik tu. Heran ok.. Kalau busy, rasanya tak payah lah kut nak amik patient.. Adoi.. Nasib baiklah kite ni memang kena tunggu turn bsp pukul 11am, dah alang-alang. Kalau orang yang semata-mata macam akak yang duduk sebelah, tak ke hangin satu badan. Huhu.

Finally, turn akak tu sampai.. And after few minutes, turn kite pulak kena panggil (Around 11.20am). Masuk-masuk bilik pakar (FMS or Family Medical Specialist), pakar tu lembut je tutur kata. Terus sejuk hati, cair. Macam dah kena mandrem pun ada. Haha. Ala.. Takde apa pun jumpa pakar.. Dia just update je tanya pasal keadaan diri, tengok buku pink, tanya dah jumpa dietitian ke belum.. Pastu check-check perut.. Sambil check, dia tanya nak bersalin dekat mana.. Kite cakaplah Hospital Serdang je.. So dia pesan,bersalin dekat hospital, jangan dekat rumah sebab ada je orang yang taknak bersalin dekat hospital.. Don't worry doctor, confirm-confirmlah kite bersalin dekat hospital. Hehe. Tengah doktor tekan-tekan perut, baby pun bergerak. So doktor macam excited pulak haha. Mesti baby dah pening sebab kena tekan-tekan beberapa kali untuk hari ni. Hehe.

Dah check perut, doktor bagilah few pesanan lagi including teruskan kiraan baby and cepat-cepat ke hospital kalau baby kurang gerak.. Then make sure bersalin on time edd, jangan lebih since kandungan ibu GDM ada high risk untuk tiba-tiba baby tak bergerak (Mintak dijauhkann Ya Allah....). So, tak sampai 10minit, setel jumpa pakar. Itu je.. Tak faham apa kepentingan jumpa pakar sebab rasanya macam sama je jumpa doktor, or even nurse. Hurmmm entahlah..

Lepas jumpa pakar, laju-laju pergi kaunter lab untuk 3rd BSP test.. Since just makan roti and air mineral, haruslah result rendah kan... (4.3). Sebelum balik, jumpa nurse lagi untuk maklumkan yang dah jumpa pakar then pulang....

Pulang, ambil hubs, pergi lunch omnomnom makan dengan sedapnya. Huhu. Sementara tunggu pukul 3pm, sempat lah tidur kekenyangan hahaha.

Pukul 3pm, pergi klinik untuk final BSP for this round :p. And yeah, my result ngam-ngam 6.7! Heuheu. Jumpa nurse untuk set appointment, luckily nurse tak kata kena buat weekly, which my next appointment will be another 2 weeks yeay! Dah penat nak ulang-alik klinik setiap minggu :p

And yes, still kena cucuk-cucuk BSP lagi on that date. Selagi tak beranak. Urghhhhh


No comments:

Post a Comment