Tersepit Laci (22/1)
Kitchen adalah salah satu fave spot Shazrie Iman. Standard la kadang-kadang kena mintak tolong Tokma tengokkan Iman while mommy mandi ke, sidai baju ke, etc and biasanya Tokma ada dekat dapur. Kalau tak main fridge magnet yang melekat dekat fridge tu, menda lain yang dia suka buat, bukak tutup laci kabinet. Selalunya memang kami akan tengok and jaga daripada jari tersepit or dia ambil menda bukan-bukan daripada laci (Tapi Iman tak berapa interested, yet! untuk selongkar barang dalam laci kabinet tu) tapi entah macam mana on that day, for the first time, one of his tiny jari tersepit! Meraungnye Ya Allah bukan main.. Mommy yang dari dalam bilik (tengah kemas bilik time tu) bergegas ke dapur sebab terkejut. Huhu. Takde pape kecederaan pun.. Tapi yelah, mestilah sakit.. Dah la jari tu halus je.. Lagipun dengan tambah first time kena lagi, mesti dia terkejut. Nasib baik tak demam.. Tapi yang pasti, still nak main dekat laci tu, tak reti rasa serik *sigh*. Kalau ikut mommy, nak je diikat semua laci-laci (yang reachable) tapi harus diingat oii tu bukan dapur hang, jangan sesukati nak buat macam dapur sendiri hukhuk.
Tersepit Daging (23/1)
Baca subtitle atas rasa macam ngeri je.. Its more, nak sepit (or ketip?) kuku then tersepit kulit jari sket. Mommylah punya pasal! Mommy tak selalu sepit kuku Iman due to ketidakberanian plus sight yang bermasalah huhu. So biasanya yang sepit Toksu or daddy. Tapi pasal few days ni daddy and toksu rak berkesempatan, mommy plak dah tak tahan sangat kuku Iman panjang!!, muka da calar balar. Dengan keberanian since first time ritu try sepit kuku succeed, nak lah sepit kuku Iman lagi sekali, while Iman tengah syok main toys. Ntah macamana, tersalah aim and tersepit kulit Iman (dah aimed baik punya, tapi Iman boleh pulak tarik tangan dia..). Iman menangis, tapi tak lah seteruk tersepit jari semalam. Mommy cepat-cepat dukung Iman bawak keluar main buaian dekat taman sebab nak pujuk huhu. Sambil-sambil tu, try stopkan darah yang keluar. Ya Allah..Darah banyakk sangattt. Tak nak berhenti! Daripada nak settlekan sendiri taknak bagitahu Tokma, last-last mommy mengadu jugak dekat Tokma, sebab dah cuak sangat darah taknak stop! Habis kena baju, seluar, toys Iman (Iman relax je, tak nangis, sakan sambung main). Bila dah bagitahu, Tokma terus suruh pergi amik minyak gamat (ha'ahhhhh macamana boleh tak teringat nak sapu minyak gamat.... sengal!). So mommy amik kapas muka, bersihkan darah, sapu dengan minyak gamat, and tampal plaster.. Fuh!. Betullah darah baby belum pekat lagi. Agen bekukan darah pun tak banyak, tu yang lambat darah nak stop. Sejak daripada tu, mommy sumpah taknak sepit kuku Iman lagi, no matter how long!!
Digigit serangga (24/1)
Ya, 3 hari berturut-turut Iman kena tragedi jari. Hari ketiga, malam, while mommy and daddy syok tengok Maharajalawak Mega tema karot komedia. Iman memang tengah main, duduk elok sebelah mommy. Sambil tengok tv, mommy layan Iman main, bukannya leka sangat tengok tv.. Tapi ntah macamana, dalam few seconds mommy alihkan mata dekat tv, tiba-tiba Iman meraung. Mommy tengok ada satu serangga dekat jari telunjuk Iman tangan kanan. Cepat-cepat mommy tepis-tepis tangan Iman tapi serangga tu melekat!! Haaa mommy terus la gelabah bagi dekat daddy sambil jerit-jerit, lompat-lompat, menangis cuak *buruk rasanya kalau nak dibayangkan semula*. Daddy yang blur mula-mula tak dapat tangkap apa yang mommy cakap, cepat-cepat cabut serangga tu daripada jari Iman and hisap jari Iman, takut ada bisa. Banyak kali jugak daddy hisap-buang-hisap-buang. Agak-agak dah sudah, mommy pujuk Iman and bagi susu, Iman terus tertidur (dia memang dah mengantuk sebenarnya).
Kami laki bini bincang-bincang kejap, and atas advice father in law through whatsapp, (masa tu semua orang takde dekat rumah sebab pergi hantar pengantin ke Johor, tinggal kami sekeluarga kecik je huhu), we decided nak pergi klinik, takut melarat or jadi lebih teruk since kami taktau apa nama serangga yang dok kepit jari Iman tu.
For the first time pergi klinik tengah-tengah malam, pukul 12. Ayah yang cadangkan pergi klinik 24 jam dekat Bandar Putra Permai. Kami siap bawak serangga tu pergi klinik hokeyyy, tunjuk dekat doktor.. Tapi hopkos doktor tak kenal apebenda binatang tu, dah dia bukan entomologist huhu. Doktor kata tak perlu injection, just bagi few ubat including paracetamol (pain killer) takut-takut dia rasa sengal and tak boleh tidur malam. Kami kena pantau within 24 hours if ada sebarang rashes or demam or problem in breathing, then kena rushing pergi klinik semula. Alhamdulillah, Shazrie Iman baik-baik sahaja.. Mungkin sebab daddy dah completely keluarkan bisa (kalau serangga tu berbisa).
Apa yang menghairankan, sepanjang mommy main dengan Iman, tak nampak sekor pun serangga tu ada. Ntah dari mana dia wujud, boleh ketip jari halus anak aku. (Shazrie Iman baru belajar pointing and touching using jari telunjuk, so semua benda nak dicuitnya). Kurang ajar betul. Dah tak pasal-pasal Maharajalawak Mega kemana, tengah-tengah malam pergi klinik. Iman dah kena gigit, kami dah balik dari klinik, baru lah nampak beberapa ekor serangga tu. Apalagi, daddy dengan perasaan berdendam, terus nyahkan saja mereka huhu.
|
Unknown serangga. Nampak tak ujung kepala dia tu. Tu la yang dok ketip jari Shazrie Iman sampai taknak lepas. Best sangat agaknya. |
|
Bekas jari yang diketip |
Well, nampak sangat walaupun parents sendiri yang jaga, still berlaku perkara-perkara macam ni. Makes me wonder macamanalah kalau kita mintak orang lain tolong jagakan, especially kalau dia jaga lebih daripada seorang (nursery). Hmm..