Sejak Shazrie Iman lahir, susah daddy nak bagi mommy keluar berdua dengan Iman. Kalau dah nak sangat pun, dekat-dekat je macam dekat Alamanda, Mines and IOI City Mall. Ikutkan mommy ok je kalau nak berjalan jauh sikit berdua (walaupun ada jugak rasa cuak di hati) tapi pasal hubs dah tak bagi, akurlah kite..
But finally, dapat jugak mommy merasa! Tu pun sebab dah 'terpaksa'. Sebabnya, mommy nak jadi tourist guide, bawak labmate foreigner dah nak balik negara asal.. Walaupun daddy keberatan, tapi dapat jugak mommy ladies day out bertiga, Iman teman.. Dengan syarat, kami tak boleh pergi Central Market or Petaling Street, which actually dah termasuk dalam senarai tempat 'must go'. Takpelah.. Turut jelah.. Huhu. (Ikutkan daddy, nak je dia ikut. Tapi pasal kerja, kenalah tinggal.. Huhu)
Menara KL/KL Tower
Tujuan pertama, Menara KL! Last mommy pergi naik menara, dalam 10 tahun lepas? Lama gila. Now dah ada open sky deck ok! Mommy excited nak pergi tapi tak boleh since ada Iman.. 13 years and above je boleh pergi dekat open deck.. Nampaknya memang dah berkedutla baru mommy dapat naik.. Tu pun kalau time tu berani lagi.. Huhu. Sudahnya, terpaksalah mommy berdua dengan Iman tunggu dekat yang indoor sementara Shela and Safiya enjoy kat open deck. Huk.
Tips bawak baby :
1. The easiest way of course by babywearing.. Tapi kalau nak bawak stroller pun boleh..
2. Please make sure bawak something yang baby boleh masuk mulut untuk hisap since tekanan dalam telinga masa nak naik lift boleh buat baby tak selesa. (Sama macam naik flight).
Mommy memang ada bawak biskut untuk Iman tapi tak sempat nak korek dalam beg. So mommy bagi je Iman hisap jari. Alhamdulillah both masa naik and turun Iman ok je :).
P/s : Sebenarnya Shazrie Iman lagi advance daripada daddy sebab daddy tak pernah pun naik KL Tower sepanjang hidup! Kesian daddy.. Nanti kite pergi bawak daddy pulak ok?
With Safiya, my lovely labmate from Nigeria, |
Mommy selfie dengan Iman sementara tunggu Safiya and Shela enjoy themselves at open deck. Ceh. |
Shazrie Iman yang eksyen tak gayat. |
Muzium Diraja
Tujuan kedua, Muzium Diraja (Istana lama). Actually tujuan asal nak pergi Muzium Negara. Tapi kami terbelok kat sini dulu huhu.Yang ni jangankan Safiya, and Iman, mommy and Shela pun first time datang sini. Huhu.
Masa kami melawat, ada pameran khas dekat bangunan satu lagi.. Dekat pameran ni je yang boleh amik gambar. Kalau dalam istana tu tak boleh nak bergambar..
Tips bawak baby :
1. Again, babywearing makes life easier. Stroller tak boleh bawak masuk, kena tinggal kat luar. Lagipun dalam istana tu bertangga..
2. Since kena tanggalkan kasut, so nak mudah, pakailah kasut/sandal sarung je.. Senang nak tanggal, senang nak pakai balik..
P/s : Ni pun nak kena bawak daddy, nenek, atok, and lain-lain sebab dorang tak pernah pergi jugak.
Main gate. Masa kami datang, lengang! Maybe sebab weekdays and bukan musim tourist datang melancong (memandai je ni :p) |
Di perkarangan Istana Negara (lama) which now dah jadik Muzium Diraja. |
Ni dalam pameran in the next building. Aircond tak on, panas hokey |
'Singgahsana. Tak sangka apa yang kite tengok dalam drama melayu hitam putih dulu-dulu sama je huhu. |
Pergi berempat. Tapi gambar bertiga je (sorry Shela!) sebab bergilir amik gambar. Dahtu pakai satu hp je sebab hp kite kokak, bateri kejap dah kong. Takpelah, janji main character (Safiya) ada.
Since keluar dah lewat, pergi dua tempat ni je dah pukul 3 lebih. Pasal perut dah kelaparan tak lunch lagi, kami decided nak terus pergi lunch and tangguhkan plan tempat yang lain.. Pergi lunch dekat Midvalley, terus pulang sebab dah lewat petang. Daddy tak bagi balik lambat.
And guess what, nak sangat merasa drive jauh dengan Shazrie Iman kan, haaa sangkut dalam jem teruk on the way balik tu! Dahlah peak hour orang balik kerja petang Jumaat, dahtu ada treler melintang tengah jalan! Iman dah mengaruk-ngaruk nak tidur. Stress mak! Tapi finally tidur jugak, lepas dah berpuluh-puluh lagu mommy nyanyi nak dodoi. Serik! Ok tipu. Serik nak keluar time peak hour je. Drive berdua rasanya ok je lagi.. *Degil*
No comments:
Post a Comment