Pages

Wednesday, May 6, 2015

Krabi Getaway!

Kalau dulu ke Krabi untuk honeymoon, kalini kami pergi lagi bawak Shazie Iman dan keluarga! Hubs lah yang beria-ia nak bawak family ke resort yang kami stay masa honeymoon dulu. Since hubs belanja, siapa yang tak nak pergi, kan huhu. 

Kalau ikutkan kite, ofcourse nak naik flight. Tapi pasal kami dah decide tarikh agak lambat, and pulak tu hari pekerja kut?! so flight tiket memang mahal gilerrrr sampaikan sorang dalam RM900 return. Gila ke apa. Pergi Guangzhou dulu pun RM600 je. So, dalam keterpaksaan, the only option yang ada, travel by car lah. Perjalanan jauh kut dari KL-Perlis. Then dari Bukit Kayu Hitam kami chartered van Commuter muat untuk 11 orang including driver. Dah lah perjalanan dari KL-Perlis tu je dah amik masa, dari Sadao nak ke Krabi tu pun dalam 4-5 jam lagi. Walaupun selesa je, tapi hooo tobatlah mintak ampon banyak-banyak tak mahu lagi. Penat!!

Yang lagi memeritkan, kami sangkut jem nak masuk border je dekat 2jam!! Ya Allah... Time tu memang menyumpah je dalam hati. Tapi apakan daya, kena harung jugaklah. SERIK OII. Banyak lagi benda tak best jadi tapi takmau ingat dah, so terus ke part best je.

Kami pergi 10 orang dewasa, 1 kanak-kanak which is Shazrie Iman. Maternal side, ada atok dengan nenek je. Paternal side, tokma, aunties and toksu. Sorang kawan tokma pun ikut. Semua yang kami bawa first timer ke Krabi. So memang kami laki bini uruskan semua and jadi planner. Since resort yang kami stay : Aonang Krabi Tipa Resort memang betul-betul dekat pantai Aonang, senang dari segi nak makan and shopping souvenirs, dorang boleh pergi sendiri. Kami just rancang aktiviti sahaja.

My both heroes di Ao Nang
Elephant riding

Since kami chartered van, so kami just mintak driver bawak pergi tempat elephant riding. Yang tak bestnya bila pergi sendiri ni, limited ticket, sebab dia utamakan orang yang memang dah beli tiket siap-siap dari counter travel & tours. Dah lah harga pun takde beza beli dekat kaunter (free pick up lagi dari hotel masing-masing) dengan kalau beli on the spot dekat tempat tu. Nasib baiklah tempat yang kami pergi tu boleh berlebih kurang so dia boleh selitkan kami 10 orang ni (4 gajah), tu pun untuk yang setengah jam je.



Beramah mesra sebelum kena tunggang
Mungkin bila dengar setengah jam je mesti tak best. Tapi pada kami, ok sangat! Sebab lengkap dia bawak masuk hutan walaupun tepi jalan je, then tunjuk macamana gajah makan, and siap berendam sekejap dalam sungai! Kalau macam ni, tak payah lah nak naik sejam duduk atas gajah tu, pengalaman still sama. Harga pun murah huhu. 

Jungle trekking kononnya. Hutan tepi jalan
Demo macam mana gajah makan
Rupa Shazrie Iman sepanjang atas gajah.
Berendam sat..
Sempat lagi main sembur-sembur air (tapi takde gambar :p)

Island hopping

Dekat Aonang, manusia punyalah ramai, especially dari Malaysia. Keadaan berbeza betul dari tahun 2012 kami pergi dulu. Dah macam dekat Langkawi, tak terasa dekat Krabi sebab penuh dengan orang Malaysia je. Mungkin sebab cuti panjang kan, banyak tertumpu ke sini. Memandangkan orang ramai, susah nak dapatkan pakej island hopping. Tapi kebetulan kami terjumpa 1 so belasah jelah janji ada. 

Mungkin bot tambahan, so memang tak dapat nak service first class lah. Naik longtail boat yang boleh muat dalam 25 orang so kami combine dengan other families, also from Malaysia. Dulu kami naik speedboat yang memang jauh beza selesa and service tip-top. Ni tukang bawak boat pun tak reti English. So mostly kami pandai-pandai sesama sendiri huhu. 


Beratur tunggu turn nak naik bot
2plus1
Right before naik bot kat belakang tu haaa
First pitstop. Tak ingat apa nama pulau.
Masa ni Iman tidur
Tak lama pastu dia bangun, ha ape lagi main air la
Tak sempat tuka swimming suit dah berkubang
Well behaved atas bot
Selain island hopping, as usual ada pergi snorkel. Yang tak bestnya, boleh pulak orang boat bawak kami pergi snorkel dekat dengan batu karang yang banyak sea urchin aka landak laut. Sudahnya, beberapa orang termasuk makngah Syifa and toksu jadi mangsa. So daripada excited-excited nak snorkel, jadi kureng pulak. Tapi orang yang kena jelah naik atas bot. The rest, including tokma sakan ngendap ikan heheh. Iman time ni duduk dengan nenek je, buat muka kesian dari atas bot.

Mommy dengan daddy sakan snorkel
Muka sedih tak dapat join. Kena duduk atas bot dengan nenek.
Baru sempat tiup pelampung
Sambung lagi main air..

Kalau ikut perancangan kami, nak ke Hotspring tapi boleh pulak driver refused nak bawak kami. Dengan alasan, kalau kami nak pergi situ, dia tak akan bawak kami ke Floating Market Khlong Hae (Hatyai). Eh eh... Sakit hati betul. Nak tak nak, kena pilih satu jelah which kami pilih floating market. Berbuku je dekat hati

Bergambar dulu sebelum gerak balik..
Singgah beli local food. Tapi kite tak beli apa pun..

Di Khlong Hae Floating Market.
Jakun

Ye, sepanjang percutian, kami babywear Iman. Termasuklah masa naik bot. Walaupun mungkin ada beberapa pendapat berbeza mengenai babywearing while riding a boat, for me, ia sangat memudahkan lebih-lebih lagi masa nak turun naik bot dalam keadaan yang mencabar. Tambahan pulak, kalau Iman tengah lena tidur. (Don't worry, I securely wore life jacket, kecuali kalau nak breastfeeding) . Tak boleh nak bayang kalau tak babywear. We owed alot dengan our carrier *pejam mata jela Pognae kena air masin. Sampai rumah cepat-cepat cuci huhu*

Well, kalau dah nama bercuti, mesti lah seronok. Lebih-lebih lagi pergi tempat kami honeymoon dulu. So banyak flashback kenangan manis ewah. Dan yang pasti, setiap percutian ada keistimewaan dan pengalaman tersendiri, walaupun kita dah pergi berulang-kali.

Cakap dengan hubs, nak jadikan trip ke Krabi as trip 'wajib' setiap kali ada pertambahan ahli keluarga *demand*. Tapi yang pasti, mintak hampon banyak-banyak, tak nak road trip lagi. Biarlah ni frist and last. Pheww!

No comments:

Post a Comment