Apa yang agak sukar dekat Singapore ialah mencari average hotel. Tak banyak pilihan especially dekat strategic location yang berdekatan dengan stesen mrt memandangkan kami akan bergerak menggunakan perkhidmatan awam (mrt). Kebanyakan hotel dekat Singapore sama ada jenis backpackers atau yang pricey, 4-5 bintang ke atas, dua-dua bukan pilihan kami.
Dengan last minute plan (book hotel just a night before, through Agoda), tak banyak hotel yang sempat hubs survey plus of course limited availability. So main amik je mana yang dirasa ok. Kami stay di Hotel Fragrance, Geylang.
Review Hotel Fragrance Geylang
Masa kami book, dapat harga RM 170per night. Kami book 2 bilik.
Lobi.
Kecil je. Tapi bersih dan selesa. Ada dua lift.
Eee peha besaq! Nak tunjuk reception counter kat belakang tu. |
Belah kiri ada sediakan PC. Bilik takde free wifi ye. Nak kena beli. Belah kanan pulak, dua bijik lif. |
Mesra. Diorang ni tengok je muka macam Melayu, tapi jangan perasan! Diorang tak reti and tak faham bahasa melayu. So sila speaking.
Bilik.
- Air conditioned, ada water heater, tv, kettle, mini bar (yang ni tak berapa confirm. Tak ingat!!)
- Kecil je. Cukup untuk 1 katil queen dengan side tables kiri kanan.
- Takde closet, ada besi untuk sangkut hanger. Provide 3 hanger.
- Ada meja solek dan bangku. Kettle boh kat sini.
- Walaupun kecil, bersih dan sangat selesa untuk kami 3 beranak.
- Ada juga standard bottled toiletteries and 2 botol mineral free labelled hotel itselves.
Lokasi.
Jarak dari stesen mrt terdekat takdelah jauh sangat, dalam 600meter kut. Boleh pilih sama ada untuk jalan dekat pedestrian path atau lalu deretan kedai. Both dekat dengan area kereta yang banyak (tak sunyi).
Kalau lalu pedestrian path, agak gelap untuk malam, kalau lalu kedai plak, most of them non halal restaurants so expect the 'ambience'. Pilihan di tangan masing-masing. As for us, kami lalu je dekat deretan kedai tu.. Jalan jelah laju-laju, buat tak nampak apa yang tak patut. Huhu.
Tu kalau nak naik mrt. Kalau nak naik bas pun dekat je nearest bus station. Rasanya stesen Geylang la kut. Lagi dekat dari nak ke stesen mrt.
Makanan halal dekat je.. Lorong sebelah. Mulanya memang akan confius sebab signboard ada, tapi bila tengok macam restaurant chinese. Ya, betul, dia terletak dalam restaurant chinese tu, kira macam sewa section dalam restaurant ala foodcourt tu. Jangan risau, ada tanda halal dan pekerja pun melayu Singaporean. Makanan bergoreng (petang-malam je) ada, lauk pauk pun ada. Bukak 24 jam yang penting dan harga berpatutan (standard macam dekat Malaysia tapi have to expect lah dalam Singapore Dollar). Air bancuh takde ye. So kalau nak minum air, sila beli kotak/tin yang jual dekat restaurant chinese.
Mini mart pun dekat je and running by muslim (sebab dia ada company travel and tours yang ada pakej umrah haji)
Kata orang, untuk last minute plan, tempat yang kami stay ni ok sangat sebab boleh dikatakan strategik.
No comments:
Post a Comment