Benarlah, baby memang cepat betul membesar. Lebih-lebih lagi bila menghampiri/dah umur setahun. Sampaikan 'lost track' exact time bila baby mula pandai buat sesuatu. However, mommy try jog down perkembangan Shazrie Iman at 1 year 2 months for future reference :
1) Dah pandai melambai. Ni as early as 1 year dah reti.. Tapi ikut mood. And kadang-kadang tu, orang lain dah habis babai-babai, dia baru je babai. Ceh.
2) Nak bersalam. Kira kalau orang sebut perkataan 'salam', sambil hulur tangan, high probability dia akan sambut. Salam yang siap cium tangan tu. Selain tu kalau kata give me five (sambil buat action tersebut) dia akan balas.
3) Pantang dia rasa dia berjaya buat sesuatu, contoh tutup pintu, dia akan tepuk tangan sendiri. Nak suruh orang puji pandai lettew.
4) Rajin betul 'mengemas'. Bukan toys, tapi barang-barang kite. Jenuh mommy nak mengemas.
5) Reti dah nak mintak sesuatu daripada orang. Example, bagi remote dekat kite, tu maknanya nak suruh bukak cartoon favourite dia iaitu Timmy Time. Kalau tiba-tiba datang dekat aunties/toksu, maknanya nak suruh bukak video dekat hp. (Sebab diorang rajin bagi Iman tengok video dekat hp. Kalau mommy, sorry la eh)
6) Tak boleh nampak sandal dia. Mesti amik and mintak orang pakaikan. Takpun acah-acah nak pakai sendiri. Nak ajak keluar la tu maksudnya..
7) Memilih makanan. Makanan/minuman yang tak berkhasiat, laju je datang balik dekat kite nak mintak suapkan lagi. Cuba bagi air masak ke, or nasi, berperanglah mommy nak bagi makan tetap tak nak bukak mulut. Grrr.
8) Dah tahu kalau daddy balik kerja, terus kejar mintak dukung. Kalau daddy nak keluar naik kereta and dia nampak, alamatnya boleh melalak lah dia nak ikut.
9) Dah mula menconteng. Tapi setakat ni dekat kertas yang mommy/daddy bagi je dulu. Advance sikit, conteng cadar katil *huaa* or tangan kaki dia. Harap tak sampai ke dinding. Tapi daddy dah gigih belikan crayola crayon. RM30 sekotak ok! Beli sebab non toxic and washable. Tapi nampaknya Iman lagi berminat patahkan crayon tu daripada menconteng. Sabo ajelah.
Shazrie Iman's first hasil seni. Using highlighter pen (28/5/2015) |
10) Suka main dengan kucing! Dekat rumah nenek memang ada kucing. Dekat rumah wan kucing taktau malu datang. Tapi pasal Iman suka main kucing and kucing tu pun rajin melayan main, so non official jadilah kucing belaan huhu. Terkekek-kekek ok gelak kalau kucing tu beraksi. Kucing pun nasib badan la kena gomol, smack down or tarik ekor dengan Iman. Pasrah je muka masing-masing. Tapi yang bagusnya, so far kalau bagi kitten, dia tak usik pulak. Maybe tau kut baby lagi kucing tu.
11) Suka dengar azan. Kalau dekat rumah, dia tengah buat pape, dengar azan dekat tv, akan pergi depan tv tu and tekun dengar sampai habis tak gerak-gerak.
12) Ni recently. Dah pandai tadah tangan untuk baca doa (mainly doa makan). Bila baca Bismillah je, terus tadah tangan. Tapi tak sempat doa nak habis, dia da sudah. Dah tu bukan mula makan je. Almost setiap kali nak suap dia makan dia akan tadah tangan. Sekali je baca dah la nak oii..
13) Dah mula cantum-cantumkan megablocks dia. Kalau bagi shape sorter pun, dah tau yang that shape boleh masukkan dalam lubang cuma bukan lubang shape yang sepatutnya. Atleast he got the idea.
Rasanya tu je lah kut perkembangan Shazrie Iman at the moment. Still, mommy ada lagi yang mommy nak achieve :
1) Buat flying kiss. Walaupun takde kepentingan tapi benda ni macam 'wajib' baby reti buat.
2) Mengembur dah reti. Nak ajar kemas balik barang-barang. Atleast toys megablocks dia. Penat tunjuk tapi belum berjaya.
3) Suap makanan sendiri dalam mulut. Kadang-kadang tu macam kucing dah! Makan yg berterabur. Eii geram jela budak ni! Penangan suka main dengan kucing la ni.
4) Pegang cawan/ sipping cup sendiri. Maybe sebab Iman tak minum botol so tak reti. Lagipun dah manja sangat orang dok pegangkan..
5) Kekal duduk dekat car seat sepanjang perjalanan. Setakat ni dia nak duduk dekat car seat and selalunya tertidur. Tapi kalau dia wide awake tu, walaupun dah distract macam-macam, kalau dia rasa perjalanan lama sangat, mulalah dia meragam nak keluar.
Ni antara milestone yang mommy nak capai dalam masa terdekat. Yang advance lagi, kena tunggu masa yang lebih sesuai.