Pages

Monday, June 1, 2015

Short Trip to Kuantan

Last weekend, Shazrie Iman ikut nenek, makngah dan mommy ke Kuantan. Tujuan utama sebenarnya untuk pergi ke kenduri kahwin di Kemaman. Tapi memandangkan Kuantan tak jauh dari Kemaman and cousin mommy pulak ada duduk di Kuantan, so kami stay di situ je untuk satu malam.. Pergi berempat je, the rest tak dapat ikut since kerja.

The only hero yang 'temankan' ladies trip kami.
Dekat rumah cousin mommy, walaupun ramai second cousins Iman, tapi semua dah besar-besar (2 tahun ke atas) so Iman main sendiri-sendiri je, belum turn nak main lasak macam dorang, Huhu. Luckily second cousin, Asyraf ada few toys yang Iman layan, so senang mommy. And boleh dikatakan dekat rumah cousin ni Iman full dengan aktiviti bermain

Toys favourite Iman. Sampai mommy kena ganti bateri Iman buat main tak lepas-lepas. Huhu.
Bawak main dekat luar, naik ni pulak. Iman agak jakun sebab tak pernah naik basikal.
Siap join abang-abang swimming dalam kolam cetek.

Malam kami stay, cousins mommy ajak pergi makan seafood dekat Pantai Remis pulak. Tapi malangnya, sepanjang orang mentekedarah, Iman lena tidur atas meja. Bila orang dah nak balik baru lah dia bangun. 

 

Sedara sebelah nenek. Tak complete ni,,
Esoknya, kami pergi ke Kemaman untuk attend the wedding.. Honestly, mommy tak kenal pun siapa punya wedding, or even tuan rumah tapi nenek kata sedara, anak paksu nenek yang kahwin. Takpelah, kite layankan jelah kenal ke tidak pengantinnya huhu.

Dalam perjalanan ke Kemaman. Iman duduk carseat actually tapi masa ni nak susukan kejap.
Dekat rumah pengantin. Baju ni aunty Rini beri pada Iman. Mommy suka!
 Dari majlis, sedara yang lain ke Kuala Terengganu pulak. Memandangkan kami hanya berempat, and atuk and daddy tak bagi melencong ke tempat lain, so kami pun geraklah balik.. Tapi tak direct jugak, sempat belok ke Kuantan semula untuk ke Teluk Cempedak :p. Saja amik angin pantai kata nenek..

Iman bergaya dengan rayban nenek baru belikan.
Kalau dah dekat laut, tak main air, tak sah. Walaupun mommy takde bawak swimming suit Iman, Iman tetap tak miss cepuh air main ombak. Nasib baik Makngah rajin melayan. Kalau tak, tak merasa lah Iman sebab mommy malas. Haha. Thank you Makngah..



Dari pantai Teluk Cempedak, kami terus gerak balik ke Rawang.. Alhamdulillah perjalanan ok-ok je..

Sebenarnya memang dah lama mommy ajak daddy ke Kuantan, nak ke Cherating sebab dah berkurun mommy tak kesana. Daripada mommy pregnant kut ajak daddy baby moon ke sana, tapi tak kesampaian sebab busy. So, dalam trip ni, walaupun sekejap and tak ke Cherating pun, atleast sampailah jugak hajat mommy nak ke Kuantan.. Next memang kena ajak daddy pergi bercuti dekat sini.

No comments:

Post a Comment