Pages

Monday, June 15, 2015

Farm in The City at Equine

Berangan nak bawak Iman pergi any zoo or safari dah lama (parents yang over sebenarnya :p) tapi hold dulu, tunggu Iman dah pandai jalan baru nak bawak.

So bila Iman dah pandai jalan and ada masa free, kami pun bawak Iman pergi tempat paling dekat dengan rumah kami : Farm in The City di Equine. Daddy yang selalu usha tempat ni, katanya dia konsep kampung and haiwan semua open cage, tu yang excited lebih nak pergi.

Sedikit sebanyak mengenai Farm in the City :

Lokasi : 
Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Masa : 
10am-6pm (Isnin, Rabu - Jumaat) 
9.30am-6pm (Sabtu, Ahad, Cuti Umum)
** Tutup setiap hari Selasa

Harga tiket (Sila tunjuk Mykad and Mykid):
RM32 untuk dewasa, kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas (Normal RM48)
RM27 untuk kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah dan ketinggian melebihi 90cm, juga untuk warga emas (Normal RM38)
Percuma untuk kanak-kanak bawah 90cm 

Since Shazrie Iman cenonet lagi so kami just bayar untuk 2 tiket dewasa sahaja.. Jimat duit daddy. Huhu.

Maklumat lanjut boleh tengok dekat Facebook Official depa.

Kami pergi hari Ahad and cuti sekolah (maybe), jadi orang agak ramai.. Maksud ramai tu, carpark dekat dalam penuh sampai kena park dekat belah luar. Serious kami tak expect orang ramai datang. Tapi kereta jelah banyak.. Dekat dalam tu tak terasa pun padat.. maybe sebab kawasan dia yang agak besar. Memandangkan tutup pukul 6petang, and kami budget dalam 2 jam dalam tu, so kami masuk dalam pukul 3petang..

Timing agak cantik sebab masuk-masuk, ada bird show.. Mulanya excitedlah nak tengok tapi pasal mommy dengan daddy je yang excited, Iman takde perasaan pun (mungkin belum faham plus baru kena paksa bangun tidur) jadi kami tengok bird show tu sikit je, pastu mula bergerak ke aktiviti seterusnya.. Tambahan pulak, position bird show tu tak berapa sesuai. Takde stage and tempat duduk. Orang kena berdiri kerumun tengok. So siapa yang lambat, tak berapa nampak lah dihalang dek orang depan. Pulak tu dia memanjang, so kalau instructor tu explain (walaupun guna pembesar suara) dekat penonton belah kanan, yang belah kiri ni tak akan dengar or nampak apa pun. Camtulah sebaliknya. Dorang patut improvise dekat part ni. 

Macamnilah keadaan time tengok bird show tu.
Time ni, instructor tengah explain dekat audience belah kiri,
so kami yang belah kanan ni memang tak dengar langsung
Betul, konsep farm ni terbuka and ala kampung. So expectlah rupa ladang dekat kampung macam mana. Tapi still selesa, ada je cafe and tempat untuk minum and makan-makan ringan.. Haiwan (pets) boleh pegang, and beri makan. Jangan risau, ada je penjaga haiwan yang akan jaga and terangkan sedikit sebanyak mengenai haiwan tu (bahaya/tak etc)

Ada jugak reptiles (ular etc) insects (scorpion, tarantula etc), tapi of coursela dalam cage yang bertutup.


Malas nak cakap banyak, tepek gambar jelah antara aktiviti yang Iman buat dekat sana.

Feeding the birds
Burung atas kepala ni jinak. Nak bagi Iman pegang tapi dia tak reti duduk diam pulak

Yes, its real sayang..


Kantoi screen shot video huhu. Tapi this kambing haa sangat jinak woo.
Jinak sampai mommy yang menjerit takut haha



By 5.30pm, kami pun keluar daripada farm ni.. Masa keluar, ada staf yang hulur sijil untuk Iman. Idea yang bagus! So, Iman dapatlah sijil yang pertama dalam hidup :).

Sebelum balik, sempat shopping souviner dekat gift shop. Pulak tu ada dapat voucher RM5 bila spend RM30 and above dekat gift shop, so haruslah digunakan ye dak. Tak beli apa pun, beli benda wajib fridge magnets and topi Iman..

Overall, seronok untuk bawak anak yang dah reti and faham untuk ajar tentang haiwan and bagi dorang merasa pegang and main. Tapi untuk Shazrie Iman, hmmmm nampaknya daddy kena bawak lagi la huhu.

Bye! Kami akan datang lagi!
Dah ada bukti, orang tak percaya lagi dah pergi, tak tahulah khenn :p

No comments:

Post a Comment