Pages

Thursday, June 16, 2016

Shazrie Iman Cerai Susu

Dari awal tahun memang dah aim untuk stopkan Shazrie Iman susu badan genap 2 tahun. Bukan apa, susu memang tak berapa meriah dari awal. So makin lama susu makin sikit. Kalau susu badan je, dia kurang nak minum air lain, jadi nak berhentikan pun pasal kesiankan dia. Jadi 2 tahun tu rasanya masa yang paling sesuai, selari dengan azam kite/ yang disarankan.

Sebelum fokus ke arah nak stop breastfeed, try usaha dulu biasakan dia dengan susu formula dan botol susu. Tapi kalau dah still susu badan, dia kurang nak. But atleast dah ada alternatif lah kalau nak berhentikan. 

Bila dapat tahu pregnant, dah mula try sikit-sikit petua yang orang banyak cadangkan : letak sos cili, lipstick, kunyit tapi gagal. Maybe tak berapa determine. Yela time letak memang dia tak nak. Kite pun tak berapa bersungguh, kalau malam/ time dia nak tidur tu bagi lah jugak sebab senang dia nak tidur. Kalau bangun pagi pun sama, kalau dia dah bangun, sua kan je. Kite still boleh sambung tidur huhu.

Makin besar perut, air makin kering. Setitik dua je. Plus, kite dah makin sensitif tang breast. Jadi panas hati je kalau dia nak (As I mention here). Jadi memang macam manapun nak kena jugak stopkan dia. Untuk kebaikan kami berdua, termasuk baby dalam perut.

Tak jalan dengan ikut petua je, rasa nak try cara lain pulak. Mintak air /'tangkal' dari mana-mana orang yang reti. Tanya mak mertua kalau-kalau dekat area rumah ada yang pandai, mak pulak tak tau. Tanya ibu, ibu kata dekat kampung dia tahu lah. So dia try mintakkan which kebetulan dia memang ada nak balik kampung. Masalahnya, rupa-rupanya nenek yang kat kampung tu nak budaknya ada sekali. 

Nasib baiklah memang ada kenduri kahwin cousin dekat JB 14hb bulan lepas. Alang-alang dah balik JB, singgah ke kampung (Batu Pahat) untuk bawak Iman jumpa nenek tu. Nenek tu selawat and baca ayat-ayat (tak tau ayat apa) sambil kunyah bonglai (macam kunyit). pastu sembur ke kepala Iman dan dekat breast kite dua-dua belah, sambil Iman perhatikan. Pastu dia buat benda yang sama (selawat dan baca ayat) dekat roti coklat kegemaran Iman (nenek memang dah pesan bawak pape makanan yang dia suka makan). Roti tu kena perabiskan. 

Sebelum balik, nenek pesan suruh kite sapu asam jawa dekat breast setiap kali kalau dia nak. Pastu bertabahlah untuk 2-3hari, jangan sekali pun bagi dia mengempeng. Huhu. 

And yes, memang kena tabah habis. Siang ok lagi. Bila malam tu, Ya Allah.. Menguji betul. Dia merengekkkk je susah nak tidur. Kesian pun ada. Sampai bertekak dengan hubs sebab hubs dah tak sampai hati. Memang ikutkan nak je bagi, tapi mengenangkan untuk long term, keraskanlah jugak hati. Pulak tu Iman pandai, botol susu dia tak nak, maybe tanda protes. Tak nak dia dehydrated, kite siapkan air sirap, letak dalam straw cup. Nasib baik dia minum jugak, agaknya dah kehausan huhu.

Ada jugak selak-selak baju. Tapi bila nampak / bau asam jawa, dia tak jadi. Tutup balik. Terpaksalah mak tepek asam jawa siang malam sampaikan gatal haha.

Genap 3 hari 3 malam, Alhamdulillah.. Iman dah tak merengek lagi.. Tidur pun dah senang. Botol masih belum nak minum sangat tapi dah mula la minum sikit-sikit. Kite tetap jugak bancuhkan susu letak dekat tempat yang dia selalu main, biar senang dia nak capai kalau dia nak minum. Tapi banyak buang gitu jelah. Nasib baik susu murah nak oiiii.. Kalau susu mahal, mahu makan hati jugak tengok setiap kali susu curah balik dalam lubang singki huhu.

Dan sekarang ni, dia dah ok. Setiap pagi memang akan minum sebotol susu 90ml (kadang-kadang tak habis jugak). Petang and malam pun dah mula nak biasakan dia minum susu (Mommy target sehari dapat 3x 90ml pun ok). Time-time lain memang sirap jelah. Air lain tak nak. Air masak yang dia ok je nak minum masa sebelum ni pun, dia dah tak nak. Kena usaha lebih untuk galakkan dia minum air masak balik lah nampaknya.

Bab selak baju pulak, masih ada. Tapi jarangggg sangat. Bila kadang-kadang tu tiba-tiba dia teringat, dia akan datang untuk selak dan tengok. Tapi jarang lah.. Seminggu sekali pun belum tentu. 

Bila Iman dah betul-betul cerai susu, maknanya tercapai lah azam kite nak susukan Iman sampai 2 tahun. Diam tak diam, tak sangka dapat cecah. Alhamdulillah. Harap-harap untuk second baby dan seterusnya pun ada rezeki yang sama.

Nota : Tangkal di sini bukan bermaksud benda-benda yang syirik tu. Tapi lebih kepada air penerang hati yang memudahkan Shazrie Iman untuk lebih bersedia untuk berhenti daripada terus nak mengempeng. Takdelah sampai dia boleh demam. At the same time, untuk kite jugak so that hati tu lebih kuat dan cekal dalam proses nak cerai susu tu.

p/s : The interesting part is, that nenek is actually nenek yang jaga kite masa ibu berpantang, dan juga yang stopkan kite susu badan almost 28 years ago (Kite stop susu dalam umur 2 tahun jugak). So tak tau lah umur nenek tu berapa sekarang. Semoga umur dia panjang, kalau boleh sampailah kite nak stopkan susu untuk anak yang last hahaha.

No comments:

Post a Comment