Pages

Monday, August 15, 2016

Majlis Aqiqah Nuha Asraf

Semalam, 14 Ogos, kami ke Kajang untuk Majlis Aqiqah anak kawan mommy, Ude. Dari grad Degree tahun 2008, baru ni jumpa semula! Punya lah lama tak jumpa padahal dia duduk Ampang je pun.. And nak tambah lagi haru, Nuha merupakan anak kedua Ude! Anak pertama, Haniah Miza tak pernah pun jumpa lagi haha (Haniah umur 2 tahun).

Nuha, the pengantin and mamanya

Masa kami sampai, majlis dah pun selesai.. Tinggal jamuan makan je.. (Memang niat nak datang time makan je hahaha punya lah tak senonoh :p). Yang makan pun daddy dengan mommy je. Iman sempat lah jamah sikit, lepas tu ketiduran (lagi lah senang mommy daddy nak melantak plus mommy borak sakan haha)

Shazrie Iman yang ketiduran.
The geng ketat.
Geng ketat, coursemate masa degree. Actually ada 6 orang tapi sorang di Kuching, dan sorang lagi tak dapat datang. Ni lah geng mommy sepanjang tiga tahun, yang terkenal dengan datang lambat kuliah especially kalau kelas awal pagi pukul 8 huhu. Tak tau siapa dan kenapa kami dilabel geng ketat. Maybe sebab kami suka pakai seluar ketat kut? Ahaha.

Puas makan merasa semua menu yang ada :p and mommy puas berborak, dalam sejam lebih kami pun pulang.. 

Dah tu je nak cite. Bye!

Friday, August 5, 2016

Toys R Us Clearance Sale

Last Tuesday (2/8) ada dapat msg daripada Toys R Us, bagitahu they will having Babies Clearance Sale di Great Eastern Mall starting 3rd-14th Aug. Terus forward dekat hubs. Dan-dan lah hubs nak ajak malam tu jugak padahal belum start ceh.

Takdelah beria sangat nak pergi, tapi saja nak menjenguk kata orang.. Kalau tak, tak pernah jejak GE Mall tu huhu. Lagipun kite memang ada aim nak beli foam bath untuk Iman since dia ada mintak dekat one of kids/babies shop di The Curve, harga dalam Rm60 kut untuk ABC punya. Kite pernah nampak dekat Toys R Us dalam Rm30 je. So better beli yang murah, benda pun sama je. Tapi takdela mengharap ada dekat clearance sale tu. Kalau takde, still beli jugak walaupun normal price.

At the end, semalam hubs ajak pergi GE Mall. Mula-mula masuk, terus usha toys Leapfrog, Megablock, babygears Vtech and botol Suavinex (sebab depan entrance). Badan belum panas, so tengok-tengok gitu je. Lagipun zaman-zaman nak beli toys Leapfrog dah lepas. Nak beli yang Leapreader, takde pulak. Untuk beli babygear next baby, awal lagi kauu.. Huhu. Cakap dalam hati, kalau takde hasil, nak beli la 1 botol Suavinex untuk try and error Iman, buat cukup syarat.. Heh.

Bila dah makin gerak ke tengah, eh menarik pulak mainan yang ada. Badan dah mula warmed up. Bila dah sampai part 50-70% je, ha menggila kite. Sampai tak muat tangan nak pegang barang (main pegang je dulu mana yang berkenan. Beli tak beli belakang kira. Takut kang lambat pegang, orang lain dah sauk dulu. Huhu)

Nampak toys remote control. Hubs pernah cakap nanti dia nak beli kereta remote control kalau pegi Padang Besar, untuk saja main dengan Iman. So cepat-cepat panggil hubs biar dia tengok berkenan ke tak. While hubs tengah usha, kite pulak tak over jaga Iman yang dah mula nak cranky.

Masa tengah dekat area plane remote control, ada cerita best :p, lebih kepada orang kena psycho dengan kitorang haha. Tak banyak jenis yang ada. Untuk meringkaskan, saiz XL tinggal satu, saiz L, pun 1. Yang banyak saiz kecik. Hubs berkenan nak yang saiz XL. Tapi ada sorang mak ni tengah pegang. So hubs pegang la dulu saiz L sambil datang dekat kite. Bab merebut ni better serahkan dekat kite, so kite datang semula ke offer bin remote control tu untuk get ready kalau-kalau mak tu tak jadik nak ambil. Dia dah nak letak balik okkkeyyyy. Tapi pasal dia nampak kite dah get ready nak ambil, bila dia dah letak tu, dia tak lepaskan tangan dia dekat kotak toys tu and terus ambil balik. Cisss! Padahal dia nak belikan untuk anak perempuan dia! (Tau sebab dengar husband dia tanya *sebut nama anak perempuan* nak main ke ni? But I dunno what she answered). Takpelah dah bukan rezeki, tapi still usha dari jauh manetau dia berubah fikiran.

While kami dah moved on, dah buat decision nak beli yang mana, dah pulangkan balik mana yang tak nak, Iman pun dah cranky so kite dah tak sempat nak usha baju-baju, kami terus ke kaunter cashier. Surprisingly, mak tadi dekat depan kami baru nak bayar jugak. And yes, she took that toys. Sementara queue, hubs sempat usha the price tag dekat kotak tu and tak puas hati kenapa harga macam lagi murah daripada yang saiz L kami ambil (saiz L Rm299.90, while saiz XL tu as he saw on the price tag Rm169.90 - both before 70%).

But, bila dorang nak bayar, rupa-rupanya harga dia Rm369.90! And we guess they're a bit surprise with the price sebab mulanya nak bayar cash but change to card. Hubs dia tanya lagi sekali dekat the mak, nak ke and she still with her answer, yes. Punyalah tak nak kitorang yang dapat toys tu kannnnn. Haha. Or dah malu dengan kitorang nak cancel last minute? Tak tau la kan.. Biaq p la depa.. Kami tak heran dah (tapi kalau dia cancel, tetap kami yang akan beli :p)

Oh panjang nya cerita! So at the end, inilah hasil kami.

Wet tissue 1 tub 200pcs RM8 (NP RM11.90). And the plane remote control saiz L (Disney's)

Guess what, we saved around Rm320++! Tu pun tak tau original price baju berapa sebab harga yang ada memang harga punch. What a bargain! Sebenarnya kalau ikutkan nafsu, lagi banyak barang nak ambil. Tapi kena beringat preparation untuk next baby tak buat apa pun lagi so better focus duit dekat situ.

Satu-satunya benda yang memang kite aim nak beli dekat Toys R Us - foam bath. Tapi yang best, dapat beli yang pack besar! (RM29.90. NP RM59.95)

Isi yang lain dah disepahkan satu rumah.
Violin pun kite dah usha lama nak beli untuk Iman (penangan one of Elmo's World's episode). Tapi usha-usha dekat Lazada je, for sure China brand. And the cheapest around Rm30++. Bila jumpa yang brand Bruin ni, apa lagiiiii. Memang nasib baik bertangguh je nak beli from Lazada. (RM71.95, got 70%)



And kite grab this designer desk untuk Iman sebab harga murah 50% from NP RM49.90. Tapi kena simpan dulu, sampai Shazrie Iman dah 'cukup umur' nak guna :)


Untuk baju, actually ada banyak pilihan corak yang menarik, especially pyjamas. Tapi tak sempat nak kembur sebab Iman dah cranky. Main amik je sehelai dua buat cukup syarat.

2 piece pyjamas. RM25. Original price tak tau. Cuma nampak sticker Parkson je.
For the baby pun sempat grab sehelai, sebab murah je RM10.. Huhu


Well, we just love the sale! Dah lah pergi time tak ramai orang. Barang pun still banyak (they keep restock). Bukan selalu dapat pilih barang dengan tenang (tak payah berebut or berhimpit dengan orang lain). Cuma tang Iman cranky jela. Maybe dia nak selamatkan duit daddy daripada disapu licin kut haha.


Tuesday, August 2, 2016

Baby's First Gift!

Eventhough kami pergi baby fair di Midvalley last Thursday, tapi secara amnya kami masih belum beli apa-apa untuk baby. Sebab mommy belum kemas betul-betul barang Shazrie Iman (mana yang perlu bagi orang, mana yang bole dipakai/guna, cuci etc) so tak tau lagi apa yang perlu dibeli. Lagipun baru 6 bulan lebih, dah tu baru first time scan, tak nak lah beria excited shopping bagai benda-benda pink , kan? Buatnya salah, tak memasal haha. So.... First visit to baby fair tu lebih kepada nak amik mood kata orang :p.

Tapi, dah rezeki, baby dah dapat first item daripada Toksu, yang juga pergi babyfair hari Sabtu untuk teman Maklang carikan hadiah untuk kawan-kawan dia.

Rompers and socks.

Kata Toksu, yang buat dia geram nak beli sebab baju Hello Kitty tu. Huhu.

Nampaknya dah nak kena kemas barang Iman cepat, sebab boleh start shopping dan buat pre-wash. Kalau tengok keadaan sekarang yang almost 7 months ni cepat penat je, so maknanya ada possibility lagi cepat pancit bila dah sarat nanti. Nak kena settlekan semua keperluan sebelum sampai stage tu huhu.

Monday, August 1, 2016

Baby Fair (July Onwards) 2016

Yeah! Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke baby fair/expo, kite mulakan kembali aktiviti mengeluarkan peluh (walaupun dekat tempat sejuk) yang menghabiskan duit daddy :p. Baby fair yang ada pulak tu timing yang agak cantik sebab (almost) masuk third trimester. Here is the list of expos yang ada sekitar Klang Valley (as far as we know) :

28-31st July : Midvalley.
19-21st August : KLCC.
26-28th August : SACC.
16-18th Sept : Midvalley lagi.

So, kunjungan pertama kami adalah di Midvalley. Dah cakap awal-awal dengan daddy nak pergi hari pertama : Khamis siang. Tak nak pergi malam, apatah lagi weekend sebab confirm sesak gila. Even hari Khamis tu pun orang dah ramai (dorang ni tak kerja ke ha? :p) tapi ada ampun lagi lah kut, takdelah sesak sangat sampai payah gila nak jalan. Tapi the cons is, susah nak dapat parking kereta! Semua full. Faham-faham jelah weekdays, dengan banyak office sekeliling Midvalley tu, so ramailah yang nak berurusan. Alhamdulillah, rezeki kami takdelah susah sangat nak dapat parking, which kebetulan ada kereta keluar time kami belum panas hati nak pusing-pusing carpark :p.

Since belum buat proper list nak beli apa sebab belum check lagi barang/pakaian Shazrie Iman mana yang masih elok untuk diperturunkan. Makanya, lebih kepada sesi memanaskan badan setelah sekian lama tak exercise :p. So, hasil pun tak banyak. (Mommy aim nak beli nursing bra je)


Item yang dibeli :
Bra 5 (2 RM26each di Autumnz) dan 3 for RM65 di MumzDreams
Zwitzal travel pack (bedak, bath, lotion) RM5
Set Pengurusan Uri RM30 (NP RM55). Beli 2 actually, 1 untuk adik ipar.
Sarung tungku herba nak ganti sarung yang hangus time Iman dulu (konon bertungku bagai chait! :p) RM38 (NP RM45)
Set sarung tilam dan bantal Babylove RM49. Ni memang gamble beli pink hoho. Time Iman punya ada lagi 2 set, elok pun lagi tapi saja beli nak kenkunun pink :p.

Selain tu, kami jugak beli beg woof woof (kite panggil macam tu). Ala, beg yang budak pakai then ada tali untuk kita jaga dia. Daddy yang beria nak beli bag tu. Pastu bila terjumpa booth yang jual, ada pulak design yang best, so terus grab, RM35.

Our little dinasour!!
Dah ok kalau pakaikan topi. Kalau dulu, jangan harap. Tak berapa saat dah sibuk cabut.
Beg ni agak kontroversi sikit. Yelah, ada orang tak berapa setuju pakaikan anak beg ni, dah macam pet. Tapi pada pandangan kami, bukanlah tali tu diikat kat leher (macam pet), but bersambung ke beg. Lagipun, apa yang lebih utama adalah keselamatan. Sekarang ni macam-macam kes jadi (mintak dijauhkan...). Budak dah lah kalau time dia excited, laju je zup zap lari tah ke mana kita pun tak terkejar. Kalau ada beg ni, rasa atleast secure la sikit..

And yes, bukanlah sepanjang masa kami pasang tali tu.. Bila rasa dia nak gerak sendiri baru pasang, Selagi Iman behave, kami pegang tangan dia..

Don't mess with mommy. 
See, nampak sangat kan hasil tangkapan tak memberangsangkan :p. Takpe, kite peram dulu duit daddy untuk next baby fair/expo. Huhu

Sepetang di Dataran Merdeka

Guess what, walaupun dah lebih 15tahun duduk di Klang Valley, dari zaman belajar, kahwin, anak dah nak masuk dua, berpuluh kali lalu ulang-alik kalau nak pergi Sogo, tak pernah jejak Dataran Merdeka even sekali! Pernah pergi, tapi masa tu kite baby kut?! Dahsyat tak dahsyat lah kan padahal kalau kau tourist yang datang Malaysia, ni mesti tempat wajib yang akan datang hoho.

Nasib baiklah ada Pesta Durian, and abah yang hantu durian ajak pergi semalam (31/7).. Jejaklah kami akhirnya ke sini.. Tapi malangnya, pesta durian dah bungkus pun sebab durian dah habis. Haha. Alang-alang dah sampai walaupun berputih mata tak dapat makan durian walau seulas, sempatlah ambil angin kejap.

Malas nak cerita panjang, tepek jelah gambar yang ada.

Nampak tak, gerai jual-jual pun dah bungkus huhu
Lepak sat sementara Iman main.


Shazrie Iman dan daddy, sebelum Iman dapat pau daddy bola sebijik :p
Shazrie Iman tak tahan, rasa nak terjun kolam haha
Excuse my 'whale size' 
Pasnih tak tau lah bila lagi datang sini. Maybe bila Shazrie Iman dah beranak pinak kut? (Nak samakan macam situasi nenek and atok haha)



Eating Ice-cream!!

Sebelum-sebelum ni pernah je ajar Shazrie Iman (bagi merasa) aiskrim. Macam-macam perisa, macam-macam brand, tapi dia tak nak pun! Lepas first suap, second suap dia dah tak nak. Maybe tak tahan sejuk kut (ngilu). Dah dia tak nak, takdelah kami nak paksa-paksa.

Then masa beli aiskrim vanilla time jalan-jalan dekat Mines last Sunday, kononnya sebab kami sekeluarga batuk-batuk (kata orang aiskrim vanilla boleh baikkan batuk-batuk), so try la suap dekat dia. Dapat makan sikit pun jadi lah, agak-agak cukup untuk petua batuk tu huhu. Tapi rupa-rupanya, tak cukup semangkuk! Huhu. Siap nak suap sendiri ok.. Tak tau lah maybe pasal flavour vanilla or dah tiba masa dia mula pandai makan ais krim. Masa beli semangkuk Baskin Robbins tak cukup, daddy beli pulak dekat Haagen Dasz.
(And nampaknya betul petua tu menjadi haha sebab sehari dua lepastu kami semua baik batuk)



Kelmarin pulak (29/7/2016), saja bawak dia ambil angin dekat taman permainan. Dah sampai sana, mommy sibuklah nak makan aiskrim calong. Beli 3, untuk mommy, daddy and uncle Danish. Sudahnya, Iman pau Danish punya ceh. Mommy beli satu lagi untuk ganti tapi Danish dah tak mau.






Syok makan. Tapi bila dia dah tak nak je, terus dicampak ke tanah. Aiyoo rugiii.

Nampaknya dah 27bulan++ baru Shazrie Iman pandai makan aiskrim. But don't worry, hopkos la kami tak beli selalu..

---Selingan---

Banyak-banyak mainan daddy beli, bekas beras mommy jugak yang dia buat main. Nak beli wagon Radio Flyer mahal sangat lah, tak cukup dana huk. Layankan jela Iman, selagi muat nak duduk dalam tu....



p/s : Tolong abaikan sepah dekat belakang tu. Ni lah gaya rumah orang ada budak kecik. Kemasnya sekejap, bersepai sepanjang masa!