Pages

Monday, August 1, 2016

Baby Fair (July Onwards) 2016

Yeah! Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke baby fair/expo, kite mulakan kembali aktiviti mengeluarkan peluh (walaupun dekat tempat sejuk) yang menghabiskan duit daddy :p. Baby fair yang ada pulak tu timing yang agak cantik sebab (almost) masuk third trimester. Here is the list of expos yang ada sekitar Klang Valley (as far as we know) :

28-31st July : Midvalley.
19-21st August : KLCC.
26-28th August : SACC.
16-18th Sept : Midvalley lagi.

So, kunjungan pertama kami adalah di Midvalley. Dah cakap awal-awal dengan daddy nak pergi hari pertama : Khamis siang. Tak nak pergi malam, apatah lagi weekend sebab confirm sesak gila. Even hari Khamis tu pun orang dah ramai (dorang ni tak kerja ke ha? :p) tapi ada ampun lagi lah kut, takdelah sesak sangat sampai payah gila nak jalan. Tapi the cons is, susah nak dapat parking kereta! Semua full. Faham-faham jelah weekdays, dengan banyak office sekeliling Midvalley tu, so ramailah yang nak berurusan. Alhamdulillah, rezeki kami takdelah susah sangat nak dapat parking, which kebetulan ada kereta keluar time kami belum panas hati nak pusing-pusing carpark :p.

Since belum buat proper list nak beli apa sebab belum check lagi barang/pakaian Shazrie Iman mana yang masih elok untuk diperturunkan. Makanya, lebih kepada sesi memanaskan badan setelah sekian lama tak exercise :p. So, hasil pun tak banyak. (Mommy aim nak beli nursing bra je)


Item yang dibeli :
Bra 5 (2 RM26each di Autumnz) dan 3 for RM65 di MumzDreams
Zwitzal travel pack (bedak, bath, lotion) RM5
Set Pengurusan Uri RM30 (NP RM55). Beli 2 actually, 1 untuk adik ipar.
Sarung tungku herba nak ganti sarung yang hangus time Iman dulu (konon bertungku bagai chait! :p) RM38 (NP RM45)
Set sarung tilam dan bantal Babylove RM49. Ni memang gamble beli pink hoho. Time Iman punya ada lagi 2 set, elok pun lagi tapi saja beli nak kenkunun pink :p.

Selain tu, kami jugak beli beg woof woof (kite panggil macam tu). Ala, beg yang budak pakai then ada tali untuk kita jaga dia. Daddy yang beria nak beli bag tu. Pastu bila terjumpa booth yang jual, ada pulak design yang best, so terus grab, RM35.

Our little dinasour!!
Dah ok kalau pakaikan topi. Kalau dulu, jangan harap. Tak berapa saat dah sibuk cabut.
Beg ni agak kontroversi sikit. Yelah, ada orang tak berapa setuju pakaikan anak beg ni, dah macam pet. Tapi pada pandangan kami, bukanlah tali tu diikat kat leher (macam pet), but bersambung ke beg. Lagipun, apa yang lebih utama adalah keselamatan. Sekarang ni macam-macam kes jadi (mintak dijauhkan...). Budak dah lah kalau time dia excited, laju je zup zap lari tah ke mana kita pun tak terkejar. Kalau ada beg ni, rasa atleast secure la sikit..

And yes, bukanlah sepanjang masa kami pasang tali tu.. Bila rasa dia nak gerak sendiri baru pasang, Selagi Iman behave, kami pegang tangan dia..

Don't mess with mommy. 
See, nampak sangat kan hasil tangkapan tak memberangsangkan :p. Takpe, kite peram dulu duit daddy untuk next baby fair/expo. Huhu

No comments:

Post a Comment