Pages

Monday, August 15, 2016

Majlis Aqiqah Nuha Asraf

Semalam, 14 Ogos, kami ke Kajang untuk Majlis Aqiqah anak kawan mommy, Ude. Dari grad Degree tahun 2008, baru ni jumpa semula! Punya lah lama tak jumpa padahal dia duduk Ampang je pun.. And nak tambah lagi haru, Nuha merupakan anak kedua Ude! Anak pertama, Haniah Miza tak pernah pun jumpa lagi haha (Haniah umur 2 tahun).

Nuha, the pengantin and mamanya

Masa kami sampai, majlis dah pun selesai.. Tinggal jamuan makan je.. (Memang niat nak datang time makan je hahaha punya lah tak senonoh :p). Yang makan pun daddy dengan mommy je. Iman sempat lah jamah sikit, lepas tu ketiduran (lagi lah senang mommy daddy nak melantak plus mommy borak sakan haha)

Shazrie Iman yang ketiduran.
The geng ketat.
Geng ketat, coursemate masa degree. Actually ada 6 orang tapi sorang di Kuching, dan sorang lagi tak dapat datang. Ni lah geng mommy sepanjang tiga tahun, yang terkenal dengan datang lambat kuliah especially kalau kelas awal pagi pukul 8 huhu. Tak tau siapa dan kenapa kami dilabel geng ketat. Maybe sebab kami suka pakai seluar ketat kut? Ahaha.

Puas makan merasa semua menu yang ada :p and mommy puas berborak, dalam sejam lebih kami pun pulang.. 

Dah tu je nak cite. Bye!

No comments:

Post a Comment